You are on page 1of 7

Tugasan A

Bincangkan sejauhmanakah anda bersetuju dengan pertanyaan bahawa pengamal


professional memerlukan autonomi individu yang tinggi.
Dalam dunia pendidikan di Malaysia, guru merupakan tunjang utama penggerak
dalam segala aspek bermula dari sistem kurikulum, pelaksanaan, pentadbiran sekolah
dan lain-lain. Guru antara individu yang memainkan peranan dalam membangunkan
modal insan selain ibu dan bapa. Hal ini kerana di sekolah guru sebagai individu yang
bersama-sama dengan pelajar dan individu yang bertanggungjawab menggilap potensi
pelajar,

pembimbing,

pembentuk

akhlak,

penjana

perubahan

dalam

diri

pelajar.pendorong dalam mencetus kreativiti pelajar dan sebagainya.


Namun tugas guru bukan sahaja meliputi aspek perkembangan pelajar sematamata. Keluasan bidang ataupun skop tugas seorang guru turut meliputi aspek
pentadbiran di sekolah. Dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 dimana perubahan
paradigma terbesar merupakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
menuntut guru mengukur pemahaman murid berdasarkan pengajaran harian. Di sini
akan memerlukan autonomi individu yang tinggi dimana KPI yang ditetapkan oleh pihak
atasan menginginkan semua pelajar mendapat A dan pihak yang lain mahu markah
sekolah yang tinggi. Terdapat beberapa pro dan kontra sekiranya pengamal
professional menggunakan autonomi individu yang tinggi.
Pengamal professional memerlukan autonomi yang tinggi bagi memastikan
keputusan dapat dibuat untuk perkembangan individu tanpa banyak melalui
kerenah birokrasi. Tan Sri Musa Muhamad (2003) menyatakan kuasa autonomi ini
mampu membebaskan pihak sekolah daripada terlalu terkongkong di bawah manamana pihak. Ini memberi ruang yang besar kepada sekolah untuk bergerak lebih bebas
menggunakan kreativiti dalam mentadbir urusan masing-masing. Contohnya pelajar
dari sebuah sekolah ingin mempelajari mengenai astronomi maka pakar dari luar
sekolah sama ada dalam atau luar negara dijemput untuk memberi pendedahan
mengenai perkara tersebut. Guru dan pakar terlibat boleh saling bekerjasama dalam
membina kaedah PdP yang lain daripada biasa.

Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati sistem persekolahan Malaysia telah


mengalami proses pembirokrasian yang melampau. Pertama berlaku pembirokrasian
menegak dengan aliran kawalan dan proses pembuatan prosedur 3 yang berlapis dari
agensi pusat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah yang mengawal pengurusan sekolah secara terus. Kedua berlaku
proses pembirokrasian secara mendatar. Banyak bahagian Kementerian Pelajaran
mengawal dan memberi tunjuk ajar kepada penguruspengurus sekolah apa yang perlu
dilakukan dengan cara preskriptif. Sungguhpun kawalan dari bahagianbahagian
tersebut bertujuan meningkat keupayaan pengurusan sekolah tetapi masalahnya ialah
peraturan dan prosedur yang berlebihan yang dipaksa terhadap sekolah telah
menghimpit kemungkinan pengurusan sekolah untuk bertindak menggunakan budi
bicara. Secara tidak langsung peraturan dan prosedur kewangan yang terlalu ketat
serta kepatuhan kepada aliran kuasa berasaskan sistem hierarki berautoriti berlaku
secara meluas di semua peringkat sebenarnya mencabar kewibawaan pengetua untuk
mengurus sekolah menggunakan budi bicara serta menjadi salah satu faktor kepada
timbulnya ketidakhirauan dan keterbiaran sumber pembangunan fizikal di sekolah
(Ibrahim Ahmad Bajunid, 2000).
Selain itu autonomi individu yang tinggi membolehkan seseorang merancang
pelan strategik yang relevan bagi mengatasi kelemahan dan mengekalkan
kekuatan individu lain. Dengan memberi kepercayaan kepada guru di dalam menilai
dan metaksir pencapaian pelajar, guru dapat mengetahui standard pengetahuan dan
kemampuan pelajar secara individu. Sejajar dengan itu guru mampu merancang PdP
yang sesuai bagi standard pelajar di dalam kelas. Guru bebas merancang proses
pembelajaran yang diingini selaras dengan kurikulum yang mampu mengatasi
kelemahan pelajar dan mengekalkan kekuatan individu tersebut. Pensyarah Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Profesor Dr Othman Lebar (2014) di dalam
akhbar Metro menyatakan Guru bebas menggunakan apa jua cara dalam proses PdP
kerana secara dasarnya PBS memberi kebebasan kepada guru.
Kuasa autonomi menonjolkan kreativiti dan kredibiliti guru sebagai seorang
pemimpin. Mereka yang mempunyai autonomi individu yang tinggi mejadikan autonomi

sebagai KPI keberkesanannya mengurus individu yang lain menggunakan pendekatan


mereka tersendiri. Contohnya pengetua sekolah kluster. Mereka antara pihak atau guru
yang diberi autonomi dalam setiap perkara. Namun setiap autonomi yang diberikan
merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada pematuhan piawaian Akta
Pendidikan 1996, Sistem Pendidikan Kebangsaan, Akta Tatacara Kewangan !957,
Pekeliling perbendaharaan serta SKPM (Yahya Don 2007). Terbukti beberapa buah
sekolah yang mendapat pengiktirafan kluster masih mengekalkan prestasi pencapaian
GPS sekolah yang meberangsangkan kerana autonomi yang diberikan.
Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah ditentukan oleh kemampuan
pengetua menggembleng staf dibawahnya dengan cekap lagi berkesan ke arah
mencapai matlamat sekolah tersebut (Rusmini Bt Ku Ahmad, 2004). Malah menurut
Rusmini Bt Ku Ahmad (2004) lagi pengetua yang cemerlang ialah pengetua yang tahu
hala tuju ke arah memposisikan organisasinya serta berkeupayaan mencungkil dan
memperkasakan potensi yang ada pada stafnya bagi faedah organisasi. Seterusnya
berupaya menunjukkan keprihatinan terhadap kualiti kerja dan kebajikan stafnya serta
berani memperjuangkan hak sebagai sokongan organisasi terhadap stafnya.
Selain daripada itu pengamal professional memerlukan autonomi individu yang
tinggi

mampu

organisasinya

memastikan
serta

komitmen

meningkatkan

dan

motivasi

kesediaan

guru

yang

tinggi

untuk

dalam

menerima

tanggungjawab terhadap hasil pengajaran mereka, dan lebih penting ialah


memperbaiki pencapaian para pelajar (Lee, 1999). Dalam pada itu Hussein
Mahmood (1993) menegaskan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan di
sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja serta
tanggapan positif guru terhadap kepimpinan dan sokongan organisasi (pengetua)
terhadap mereka. Justeru, para guru digalakkan untuk mengambil bahagian dan ikut
serta dalam proses pengurusan atau pembuatan keputusan di peringkat sekolah.
Sehubungan itu sokongan organisasi perlu dimantapkan dengan melaksanakan
pengupayaan dengan melibatkan guru dalam proses membuat keputusan serta
memikirkan sesuatu yang luar biasa dan kreatif dalam menyelesaikan masalah sekolah
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin, 1993). Pengetua juga digalakkan bertindak sebagai

seorang pemikir yang berupaya menyepadukan segala aspek fakta dan pengalaman
yang releven bagi membina kemahiran hubungan manusia dan teknikal serta memiliki
set kecekapan seperti kemahiran, kebolehan dan 6 keterampilan (Mohd Salleh Lebar,
2000).
Autonomi yang tinggi juga memastikan perbelanjaan dapat diurus oleh
seseorang bagi memastikan peruntukan terus ke atas perancangan sebenar. Akan
tetapi perkara seperti kewangan perlu kepada audit untuk terus memantau agar tidak
wujud sebarang penyelewengan berlaku dalam sesebuah institusi.
Melalui autonomi yang tinggi, guru dapat menggunakan kepimpinannya untuk
mengurus dirinya sendiri dan mempunyai hubungan komunikasi dengan pelajar
yang baik dalam membentuk suasana bilik darjah yang kondusif. Aspek fizikal
merupakan perkara penting dalam membentuk suasana bilik darjah yang diharapkan.
Susunan meja, kerusi, papan tulis dan sebagainya seharusnya sesuai dengan keadan
pelajar agar memudahkan serta meberi ruang yang selesa untuk pelajar berkomunikasi.
Kemudian sikap guru yang tidak membezakan pelajar berdasarkan latar belakang.
Setipa pelajar mempunyai hak dilayan secara adil, bukan berdasarkan hierarki
keluarga. Kegagalan guru mewujudkan suasana yang kondusif dan positif dalam biliik
darjah akan merencatkan sistem pembelajaran. Sekiranya Berjaya mewujudkan
suasana yang kondusif dan positif guru akan lebih mudah menjalankan aktiviti yang
menarik dan menjadikan sistem pembelajaran lebih bermakna.
Tambahan pula kuasa autonomi guru diperlukan di kelas adalah untuk
mengawal keadaan kelas. Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohd, dan Abdul
Ghani Abdullah (2007) menyatakan autonomi yang dimaksudkan merangkumi aspek
penyelesaian masalah, membuat keputusan, dan mengambil tindakan untuk kebaikan
dan pencapaian murid. Pendek kata, pengupayaan sewaktu berada dalam bilik darjah
adalah penggunaan kuasa yang telah diberikan kepada setiap guru bagi menjalankan
tugas yang diarahkan dan dipertanggungjawabkan disamping mengawal pelajar.
Walaupun terdapat banyak pro sekiranya pengamal professional mempunyai
autonomi individu yang tinggi, tidak kurangnya membawa kepada kontra perkara

tersebut. Antaranya adalah individu tersebut akan menjadi pemimpin yang autokratik.
Abdul Ghani Abdullah, Abd Rahman Abd Aziz dab Mohamad Zohir (2008), menyatakan
tidak dinafikan bahawa kebanyakan pemimpin sekolah yang mempunyai stail
kepimpinan autokratik memberi impak yang bagus terhadap pencapaian sekolah
kerana keputusan yang tepat dan tegas. Namun faktor yang diambil kira adalah hilang
kreativiti dan kredibiliti di dalam pengurusan atau pentadbiran. Anak buah di bawah
kepimpinan mula hilang semangat dan minat kerana dibebani tugas yang banyak. Guru
besar atau pengetua tidak mengambil kira pendapat atau cadangan orang lain
walaupun usul tersebut memberi impak yang baik terhadap perkembangan pelajar.
Kepimpinan berpusatkan tugas, pengeluaran hasil, pencapaian matlamat dan
kepimpinan paksaan merupakan ciri penting terhadap individu ini.
Selain itu, autonomi individu yang tinggi menyebabkan segala tindakan yang
dilaksanakan tersasar daripada visi dan misi organisasi. Hal ini kerana individu ini
akan mementingkan matlamat diri melebihi matlamat organisasi. Segala perancangan
yang dirancang atau dilaksanakan menurut kepentingan diri. Contohnya dalam sistem
PBS. Secara teorinya PBS memberi ruang untuk guru menilai sendiri prestasi pelajar,
memerhati perkembangan pelajar melalui PdP dan mentaksir pencapaian pelajar.
Walaupun PBS mencakupi keseluruhan keperluan untuk melahirkan pelajar yang
mampu bersaing

selain mempunyai pemikiran yang tinggi dalam berfikir dan

menyelesaikan masalah, namun PBS masih mempunyai kelemahan akibat faktor


manusia, kualiti ujian dan teknikal.
Ini tidak dapat dielakkan contohnya, guru memberi penilaian pelajar yang baik
kerana faktor peribadi sedangkan pelajar itu tidak mencapai keupayaan yang sebenar.
Kadar autonomi guru mendatangkan keburukan kerana PBS itu sendiri untuk
menyokong pembelajaran dan menghargai perbezaan keupayaan pelajar.
Tidak dilupakan juga sekiranya kuasa autonomi tiada pada sekolah atau guru
maka akan lahir sistem yang tidak telus. Ini disebabkan wujud beberapa kepentingan
pihak atasan menjadikan virus taksub A suatu KPI yang wajib dicapai oleh guru di
sekolah. Sedangkan pencapaian pelajar tidak setara dengan apa yang diingini. Maka
ketelusan atau integriti seorang guru akan dipertikaikan demi mendokong aspirasi

pucuk kepimpinan. Ini telah jauh dari matlamat PBS yang mengutamakan penilaian
yang holistik kepada pelajar kerana gred A yang ingin dicapai.
Pengurus sekolah atau pengetua bagi tujuan memenuhi kehendak dan arahan
atasan tidak berupaya melakukan peraturan dan kawalan yang tersendiri. Sehubungan
itu peranan dan tanggungjawab seseorang pengetua menjadi seolah olah muthlak
dalam memberi sokongan mahupun membuat keputusan mewakili organisasinya tanpa
soal (Razali Mat Zin, 2001). Akibat yang nyata dari tindakan birokratik ini ialah wujudnya
budaya pengurusan yang menafikan pengaruh penglibatan warga guru dalam
menentukan sesuatu keputusan pengurusan sekolah.
Autonomi guru di bilik darjah seharusnya mempunyai batasan terutama
melibatkan emosi dan fizikal. Ini disebabkan akan wujud guru yang melakukan
keganasan. Isitlah keganasan tidak sesuai digunakan untuk menggambarkan
kesungguhan guru melahirkan modal insan yang berkualiti. Seperti kes tahun 2012
seorang murid pecah gegendang telinga setelah ditampar oleh guru di sebuah sekolah
di Padang Sera. Kementerian telah menggariskan panduan bagaimana menangani
pelajar yang bermasalah dan bukannya dengan emosi yang tidak terkawal. Masalah
yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang tipikal adalah saling menunding jari
kesalahan mana-mana pihak. Akan tetapi perkara sebegini merupakan penyengat
kepada setiap golongan masyarakat untuk melihat semula peranan mereka dan
mencari penyelesaian.
Dalam

aspek

kewangan

autonomi

individu

mendorong

kemungkinan

penyalahgunaan kuasa atau wang amanah yang disediakan. Ini disebabkan tiada
wujud pemantauan dari pihak yang bertanggungjawab. Berdasarkan laporan Ketua
Audit Negara, Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) dilaporkan
lapan kes kehilangan dan penyelewengan hilang berjumlah RM 196550 dilaporkan
pada tahun 2004 sehingga 2008. Semua kes dilaporkan melibatkan guru besar.
Dr Mohd Puad Zarkashi (2013) dalam Utusan Malaysia mendedahkan bahawa
terdapat beberapa sekolah di semenanjung menyalahgunakan wang bantuan awal
persekolahan. Pihak sekolah menarik wang tersebut untuk digunakan di dalam PIBG

dan ini sangat bertentangan dengan tugas pendidik. Pemimpin di sekolah ini seolaholah menafikan hak pelajar dan ibu bapa dalam mengawal selia wang bantuan terutama
dalam kalangan pelajar miskin bagi tujuan awal persekolahan.
Kesimpulannya, pengamal professional lebih baik mempunyai autonomi individu
yang tinggi kerana apa yang dititikberatkan adalah kualiti sesuatu usaha serta kreativiti
dalam melaksanakan sesuatu. Aspek penyalahgunaan kuasa atau wang boleh diatasi
dengan membuat pemantauan berkala oleh audit. Seorang guru di kelas perlu
menguasai bilik darjah untuk memastika guru tersebut mampu melahirkan atau
membentuk suasana yang positif dan kondusif di bilik darjah. Tambahan sistem PBS itu
sendiri meletakkan autonomi guru sebagai pengajar, pendidik, dan penilai murid itu
sendiri agar guru dapat merancang atau menggunakan pelbagai kaedah PdP yang
sesuai dengan standard pengetahuan dan kemampuan pelajar.

You might also like