You are on page 1of 1

Zabur

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Zabur (Bahasa Arab: )disamakan oleh sesetengah ulama dengan Psalms, yang, menurut
Islam, salah satu kitab suci yang diturunkan sebelum Al Qur'an (selain Taurat dan Injil).
Istilah zabur adalah persamaan dengan istilah ibrani zimra, bermaksud "lagu, muzik." Ia,
bersama dengan zamir ("lagu") dan mizmor ("psalm"), merupakan terbitan zamar, bermaksud
"nyanyi, nyannyikan pujian, buatkan muzik."

[sunting] Pengenalan
Zabur merupakan koleksi sajak dan lagu kerohanian. Semua itu asalnya disalin untuk
dinyanyikan, bukan sekadar dibaca. Menurut tradisi Islam, Zabur merupakan kitab yang
digunakan di Istana Suci Sulaiman di Baitulmaqdis (iaitu, kuil Sulaiman). Lazimnya, digelar
Zabur Daud. Tidak dikatakan yang Daud menulis semua yang ada di dalam Zabur, kerana
sesetengah ulama Islam menyatakan beberapa nabi dan wali turut menyumbang kepada Zabur.
Walau bagaimanapun, Zabur ditujukan kepada Daud berbanding yang lain. Beberapa yang
terdapat dalam sumbangan kepada Zabur ialah Musa, Uzair, Sulaiman, Ethan, Haman, dan
Asaph. Kebanyakan bab menyatakan siapa yang menulis di permulaannya. Zabur mengandungi
150 bab atau lagu yang dipecahkan kepada lima bahagian:
Bahagian pertama -- bab 1 hingga 41
Bahagian kedua -- bab 42 hingga 72
Bahagian ketiga -- bab 73 hingga 89
Bahagian keempat -- bab 90 hingga 106
Bahagian kelima -- bab 107 hingga 150

[sunting] Zabur menurut hadis


Satu hadith dari sahih Bukhari, mengatakan: Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda,
"Pembacaan Zabur dimudahkan bagi Daud. Dia sering mengarahkan agar binatang
tunggangannya diletakkan pelana, dan mampu menghabiskan bacaan Zabur sebelum
pelana siap diletakkan. Dan dia tidak akan makan tetapi hasil dari kerjanya sendiri."
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Zabur"
Kategori: Kitab

You might also like