You are on page 1of 6

ELEKTROMAGNET

Elektromagnet adalah magnet yang terhasil apabila satu teras besi


lembut dililitkan dengan gegelung dawai bertebat dan arus mengalir
melalui gegelung dawai bertebat tersebut.
Elektromagnet merupakan magnet sementara.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
magnet bagi suatu elektromagnet :

kekuatan

medan

Bilangan lilitan solenoid


Semakin bertambah bilangan lilitan solenoid, semakin
bertambah kekuatan medan magnet yang dihasilkan.
Magnitud arus yang mengalir
Semakin bertambah magnitud arus yang mengalir,
semakin bertambah kekuatan medan magnet yang
dihasilkan.
Ketebalan dawai
Semakin bertambah ketebalan dawai solenoid, semakin
bertambah kekuatan medan magnet yang dihasilkan.
Bentuk teras besi
Menggunakan teras besi lembut berbentuk U.
Menggunakan teras besi lembut
Kekuatan medan magnet yang dihasilkan akan
bertambah apabila solenoid dililitkan pada suatu teras
besi lembut.

CANDLE SWING
Lilin dinyalakan serentak. Apabila
titisan lilin jatuh pada salah satu
bahagian lilin, lilin akan hilang
keseimbangan dan condong ke arah
satu lagi bahagian. Perkara ini
berterusan hingga lilin menjadi
pendek.

BANDUL BARTON
Resonans bermaksud suatu sistem yang
bergetar dengan amplitud maksimum.
Resonans berlaku apabila suatu sistem
bergetar dengan frekuensi yang sama
dengan frekuensi aslinya.
Frekuensi asli ialah frekuensi satu sistem
yang bergetar tanpa sebarang daya luar
bertindak ke atasnya.

SPINNING EGGS
Pusingkan telur mentah dan telur rebus.
Anda akan mendapati telur mentah akan
berhenti berputar terlebih dahulu.
Mengapakah situasi ini berlaku?Ini kerana
telur mentah mempunyai geseran cecair
dalam telur. Maka telur mentah tidak dapat
berputar lama berbanding telur rebus.

MAKING MUSIC WITH WATER


Ketuk gelas yang diisi dengan paras air yang
berbeza. Gelas yang mempunyai paras air
yang tinggi mempunyai nada yang rendah
manakala gelas yang mempunyai paras air
yang rendah mempunyai nada yang nyaring.
Getaran terhasil apabila gelas diketuk dan
menyebabkan bunyi merambat melalui air.
Getaran perlahan apabila air banyak dan
menghasilkan bunyi yang bernada rendah.

PEMBIASAN KANTA

You might also like