You are on page 1of 16

Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib

Negara kita mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di antara
yang terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional
tempatan gagal untuk mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan
pembangunan industri perubatan tradisional. Mengikut kajian yang telah dijalankan
mendapati terdapat potensi besar pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan
tumbuh-tumbuhan dan herba.

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya Ficus deltoidea dari famili moracea
adalah sejenis pokok herba meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya
dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 spesies
mas cotek antaranya adalah telinga beruk, telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek
kelilik kering, pitis skeleng kecil dan lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat dikenalpasti
melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap spesies mempunyai
peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Di Malaysia, spesies serapat angin boleh dijumpai dengan banyaknya di bahagian


pantai timur semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga
gajah pula banyak dijumpai di negeri Kelantan. Di kawasan tengah dan selatan semenanjung
boleh dijumpai spesies delima sudip, manakala di bahagian utara semenanjung dengan
banyaknya terdapat spesies telinga kera.

Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang berwarna emas
pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Manakala pada buahnya terdapat titik yang
berwarna merah muda. Benihnya pula disebar oleh burung yang memakan buahnya. Secara
tradisinya mas cotek boleh dikategorikan kepada :

a)

Mas cotek jantan

b)

Mas cotek betina

Perbezaan yang paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan
spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas cotek jantan
mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun
terdapat bintik bewarna merah. Pada lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah,
namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi pokok mas cotek betina pula mempunyai rupa bentuk daun yang lebih besar dan
kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan spesies
jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan, daun mas cotek betina turut mempunyai bintik
pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam

bukannya berwarna merah. Urat daun mas cotek betina kelihatan lebih jelas di bahagian
permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

Mengikut konsep Doctrine of signature bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap
bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan
penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi
tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat

masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan
kecantikan.

Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem
tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins,
triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan
membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat
merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin
C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal
pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol
jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada
penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Riwayat Abu
Daud)
Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan
perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan
tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian,
khususnya dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.
Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit.
Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.
Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan,
tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit'. Selain itu, ada juga suku etnik di Sabah yang
menyebutnya sebagai 'agoluran'. Di Indonesia, tanaman ini disebut 'Tabat Barito' dan beberapa
nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera.
Di Afrika pula, ia dikenali sebagai 'Kangkalibang'. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan
nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang
lain.
Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada
permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti
bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea
Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti
delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia,
spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesis
telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesis
Delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera

banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas
Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek
Betina .
Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis Mas Cotek jantan dan spesis Mas Cotek
betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih
dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat
bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang
mempunyai dua atau tiga bintik merah.
Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan
daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesies jantan. Sama seperti
daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bagian belakang daunnya tetapi warna
bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas di bagian permukaan atas daun jika
dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek
jantan.
Seperti konsep 'Doctrice of signature', bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian
tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Emas Cotek
digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan
rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan
pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur
daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang
hidup di alam bebas.
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi
mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada
kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga
mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan
mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan
dan memperbaiki kerosakan saraf.
Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat
dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun,
batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang
paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan ia juga mampu meningkatkan keinginan
seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan
hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik
dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila
diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:

Memperbaiki kerosakan urat saraf

Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin

Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri

Membantu mengawal tekanan darah tinggi

Merawat penyakit pneumonia

Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi /
rendah

Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda

Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah

Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan

Membantu masalah keputihan

Melancarkan peredaran haid

KAJIAN

Jabatan Agensi Kerajaan dan Universiti yang telah bekerjasama melakukan Research dan
Development bagi produk iMas Care Koperasi Usahawan Islam Selangor Berhad
Mengikut konsep Doctrine of signature bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian
tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara
tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim,
memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran
darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.

Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan
manusia

terkandung

di

dalam

mas

cotek

adalah flavonoid,

tannins,

triterpenoids,

proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda


dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang
daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian antioksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein
ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat
mengurangkan tekanan darah tinggi.

Lima bahan aktif yang terkandung didalam Mas Cotek :-

1. FLAVANOID
Anti-oksida yang tinggi dan mampu membuat pengaliran darah yang sihat, anti radang, anti virus
dan melindungi hati.

2. TANNIN
Menegangkan tisu yang lemah, mengeringkan lebihan air akibat cirit birit dan melindungi tisu
roasak akibat terbakar atau exzema

3. TRITERPENOIDS
Meningkatkan system ketahan badan, penyerapan nutrient

4. PROANTHOCYANNIN
Mengandungi tisu pengaliran darah untuk jantung, tangan, kaki dan mata. Ia adalah antioksida

5. PHENOL
Anti radang , anti septic
HASIL KAJIAN yang telah dijalankan oleh Agensi Nuklear dan Forest Research Institute of
Malaysia
Pegawai penyelidik dari Agensi Nuklear Malaysia, Dr. SHAFIE Bin KHAMIS telah berjaya menemui
beberapa keputusan khasiatnya seperti;

Mempunyai khasiat anti kanser, anti oksidan dan anti kencing manis.

Kajian imuniti keatas abstrak herba ini sedang dijalankan, bagi melihat adakah ianya
berpotensi untuk membantu meningkatkan ketahanan sistem badan kita.

Cth: kanser, HIV dll

Kajian mendalam akan dijalankan bagi mengenal pasti adakah ianya berpotensi untuk
digunakan sebagai vaksin.

Membantu untuk memulihkan tenaga luaran dan dalaman.

Dan diantara khasiat herba Mas Cotek yang boleh membantu didalam perawatan ialah :-

Mengeluarkan toksin dalam badan

Melancarkan perjalanan darah

Sakit urat saraf

Gout

Kencing manis

Darah tinggi

Membuang kolestrol dan lemak

Buasir

Migraine /sakit kepala

Paru-paru berair

Pemulih tenaga batin

Sakit puan

Senggugut

Sakit pinggang

Keletihan

Masalah tidur

Rangsangan hormon lelaki

Mengecutkan rahim peranakan

Merapatkan pintu rahim

Sakit lutut

Mencantikkan dan melicinkan kulit

Demam/ Selesema

PRODUK
Pengiktirafan produk iMas Care

Nama Produk

Teh Uncang iMas Cotek

(Diadun menggunakan tujuh spesis daun Mas Cotek yang terpilih khasiatnya)

Kuantiti

Harga

Cara Penyediaan :

10 Uncang
:

RM25.00 sekotak
Uncang teh direndam kedalam 1 liter air

mendidih. Setelah air rendaman teh tadi telah


menjadi suam bolehlah diminum.

Nama Produk

Kapsul iMas Cotek

(100% buah Mas Cotek)

Kuantiti

Harga

Cara Penggunaan :

3 blister mengandungi 30 biji kapsul


:

RM60.00 / 3 blister
2 biji kapsul diambil selepas sarapan

(Bagi mereka yang mengamalkan ubat doktor / farmasi disarankan pengambilan kapsul iMas Care
setengah jam selepas mengambil ubat)

Ladang Mas Cotek, Terachi, Kuala Pilah,


Negeri Sembilan
Pemandangan pada tahun 2007 tapak ladang Mas Cotek di Kg Kundangan, Terachi, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
Pemandangan terkini ladang Mas Cotek di Kg Kundangan, Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
PENGILANGAN Produk iMas Care

MAL 09011517TC

Anugerah terbaik yang telah dicapai oleh produk


iMas Care

Nama
Saintifik:

Ficus deltoidea Jack

Sinonim:

Ficus diversifolia Blume, Ficus lutescens Desf, Ficus motleyana Miq

Penanaman: Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan anak benih atau keratan
batang. Mas cotek boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 1.2 m antara
pokok dalam baris dan 2 m antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada
jarak masa 4 bulan sekali dengan memotong pucuk muda (20 cm panjang). Kadar
pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 2 t/ha
baja sebatian NPK=10:10:10 pada jarak masa enam bulan sekali. Baja organik najis
ayam tidak diperlukan bagi tanah aluvium. Potensi hasil kering adalah dalam
lingkungan 2-3 t/ha.
Kegunaan:

Rawatan untuk mengurangkan cairan berlebihan pada faraj (leuchorea), menegangkan


otot-otot faraj, rawatan selepas bersalin bagi memulihkan peranakan, leuchorea,
penyakit paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, sakit-sakit urat, demam dan
sakit kepala.

Rujukan:

Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti


Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar. 797 pp.
de Padua, L.S., Bunyapraphatsara, N. and Lemmens, R.H.M.J. (Editors), 1999. Plants
Resources of South-East Asia No. 12(1). Medicinal and poisonous plants 1. Backhuys
Publishers, Leiden, the Netherlands. 711 pp.
Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan
Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
Musa Yaacob, Muhammad Ghawas Maarof and Mansor Puteh., ed. (2005). Teknologi
Penanaman Tumbuhan Ubatan & Beraroma.Serdang: Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Proses penghasilan produk Mas Cotek

Tapak Semaian Mas Cotek

Ladang Mas Cotek

Proses Pengasingan

Proses Pengeringan

Setor Penyimpanan

Pameran

Show Room

You might also like