You are on page 1of 20

36 Strategi Menarik Pelanggan

MAJALAH ONLINE

Dengan adanya teknologi, ramai orang sudah mula beralih


medium pembacaan dari majalah fizikal kepada majalah digital.
Ini mungkin terjadi kerana wujudnya teknologi smartphone yang
memudahkan para pembaca mendapat majalah digital melaluinya.
Gunakan peluang ini! Bina majalah digital anda sendiri dengan
memasukkan input yang menarik dan berguna kepada orang
ramai. Pastikan majalah yang ingin dikarang mempunyai hubung
kait dengan perniagaan anda contoh, jika berniaga kek, anda boleh
mencari bahan penulisan berkaitan dengannya seperti membuat
temuduga dengan pakar membuat kek, kongsi resepi kek, tips-tips
dan sebagainya. Beri majalah digital ini secara percuma melalui
online, dapatkan nama dan email orang ramai untuk dijadikan
database pemasaran.

PILIH GERILA ANDA DENGAN TELITI DAN BETUL

Terdapat beratus malah mungkin beribu teknik pemasaran


yang anda boleh gunakan. Teknik gerila merupakan teknik
pemasaran yang menggunakan kesemua alat pemasaran
secara
keseluruhan. Anda boleh bermula dengan
menggunakan alat pemasaran yang tidak memerlukan modal
dahulu kemudian perlahan-lahan diikuti dengan yang bermodal
rendah sehingalah bermodal tinggi. Pemilihan alat
pemasaran haruslah diteliti dengan
baik dan pastikan
ia
adalah
tepat
dengan
konsep
perniagaan
anda. Contoh alat pemasaran,
emel, media sosial (Facebook,
Twitter, YouTube), telefon,
website, blog, sms, billboard,
TV, radio dan banyak lagi.

MEMBERI RESPON DENGAN CEPAT DAN


SEGERA

36 Strategi Menarik Pelanggan

Fast action, fast result. Jika ingin berjaya di dalam


perniagaan, anda mesti bertindak dengan cepat apabila
peluang lumayan wujud. Tidak kira apa jenis keadaan pun,
jika anda nampak sesuatu perkara yang menguntungkan
diri, perniagaan dan orang ramai, anda perlu bertindak
dengan segera sebelum orang lain mendapatkannya.
Contoh, memberi respon yang cepat apabila menerima
maklumbalas dari pelanggan berkaitan dengan produk
atau perkhidmatan anda. Pelanggan suka bila diservis
dengan segera.

KONGSIKAN PENGALAMAN PELANGGAN ANDA YANG BERPUAS HATI


Dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang menggunakan produk atau perkhidmatan
anda. Dapatkan keizinan untuk menggunakan maklumbalas mereka untuk tujuan
promosi perniagaan. Kongsikan pengalaman pelanggan ini secara meluas dengan
menggunakan alat pemasaran yang ada, seperti media sosial, emel, website dan lainlain. Dengan adanya cerita pengalaman pelanggan, orang ramai mula bertambah yakin
untuk membeli produk anda.

36 Strategi Menarik Pelanggan

LANTIK PEKERJA JUALAN YANG


BERTAULIAH

Jangan susahkan diri dengan menjadi


penjual kepada produk sendiri jika tidak
mempunyai pengalaman di dalam bidang jualan. Dapatkan bantuan
dengan melantik pekerja jualan yang bertauliah. Dengan pengalaman
mereka, anda tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan teknik atau
dialog jualan secara sendirian. Gunakan pekerja bertauliah ini untuk
melatih pekerja baru sehingga pekerja ini menjadi mahir.

KARANGKAN SATU ELEVATOR SPEECH

Elevator Speech atau ucapan lif, adalah ringkasan


penyataan pendek yang digunakan dengan cepat
untuk mencerminkan idea serta nilai sesuatu produk
atau perkhidmatan dalam jangka masa pendek seperti
masa dalam perjalanan lif, antara kira-kira tiga puluh
saat sehingga dua minit. Elevator Speech ini berasal
dari senario perjumpaan atau pengenalan dengan
seseorang yang penting dalam lif. Perbualan di dalam
lif hanya beberapa saat, dan jika ia dapat menarik
perhatian seseorang, perbualan itu akan diteruskan
dengan lebih lanjut dengan pertukaran kad perniagaan atau mesyuarat yang
dijadualkan.

AMBIL PELUANG PADA SENARAI DIREKTORI


PERCUMA

36 Strategi Menarik Pelanggan

Gunakan peluang sumber direktori percuma untuk membina


rangkaian (network) perniagaan atau bagi mendapatkan pelanggan
baru. Direktori ini boleh didapati melalui Internet atau anda boleh
dapatkannya di persatuan-persatuan yang mempunyai senarai
rangkaian perniagaan seperti Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil
Melayu Malaysia (PPPKM).

MUDAHKAN CARA PELANGGAN MEMBUAT


BAYARAN

Pelanggan akan beli jika ianya (produk) mudah dibeli.


Sediakan pelbagai jenis perkhimatan pembayaran bagi
memudahkan pelanggan untuk memilih jenis bayaran yang
selesa bagi mereka. Antara contoh jenis pembayaran, secara
tunai, kad kredit, wang pos, bank-in bank, cek, bank draft,
paypal dan lain-lain lagi.

1
9
10
36 Strategi Menarik Pelanggan

BERIKAN JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN


Sekiranya anda yakin dan percaya dengan
produk atau perkhidmatan anda, berikan
jaminan anda. Tawarkan pemulangan
wang jika mereka tidak berpuas hati
dengan apa yang anda berikan kepada
mereka. Anda akan menarik lebih ramai
orang untuk mencuba produk atau
perkhidmatan anda dan biasanya mereka
tidak akan meminta wang untuk dipulangkan
sekiranya ianya bagus untuk mereka.

MEMINTA DAN GUNAKAN TESTIMONIAL


PELANGGAN

Manusia lebih yakin bila mereka membaca


pengalaman orang lain yang mendapat
penggalaman yang bagus menggunakan produk atau
perkhidmatan
anda.

11

36 Strategi Menarik Pelanggan

BERIKAN
HADIAH
PERCUMA YANG
LAIN DARI YANG
LAIN

Hadiah pen dengan logo


syarikat anda mungkin
membosankan dan orang mudah lupa.
Apakata cuba berikan sesuatu yang
berbeza, seperti seluar dalam yang
berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau
mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka
mandi bersama-sama anda setiap hari?

MENCIPTA SUASANA YANG SESUAI DENGAN TEMA SEMASA

12

Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa
sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun
baru cina, anda mungkin memakai baju cheong-sam serta
memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan
anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah
kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan
anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada
trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang
dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda.
Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu
ditayangkan filem Harry Porter di panggung wayang,
anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut
konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai
skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem Harry
Porter pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai
anak-anak yang akan menarik ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa
lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin
pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan Transformer dan hadiahkan kepada anak-anak
pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda,
mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

36 Strategi Menarik Pelanggan

13

KONGSIKAN APA YANG ANDA TAHU KEPADA ORANG LAIN


Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda
kadang-kadang merupakan maklumat yang
sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi
bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi
maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna
kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan
artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti
FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa
yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di


dalam bidang takaful
atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas
perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai
pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk
merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan
kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda,
anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang
lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman
yang sama.

14

SENTIASA TERSENYUM DAN TERUJA

Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka


berurusan dengan mereka
yang
memberikan
mereka tenaga
positif. Pastikan
anda juga boleh
buat pelanggan
tersenyum
dan
teruja
selepas
berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda.
Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain
secara percuma!

15

36 Strategi Menarik Pelanggan

LANCARKAN PUBLISITI TERGEMPAR


Buat sesuatu yang dapat menarik media dan
orang ramai kepada anda atau perniagaan
anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada
kaitan dengan jenama anda atau perniagaan
anda.

16

LAKUKAN SESUATU YANG ORANG


LAIN TIDAK LAKUKAN ATAU TIDAK
DAPAT LAKUKAN

Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang


pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa
yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak
sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia
akan membuatkan anda unik.

36 Strategi Menarik Pelanggan

10

KEMPEN MENGUTIP SAMPAH


Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta
kempen menderma untuk tabung anak yatim.
Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam
kempen yang melibatkan
masyarakat setempat.
Pastikan juga yang
anda menaja Tshirt
yang mempunyai
logo syarikat anda serta
membuat press release
untuk mengumumkan kempen
tersebut.

18

17

SERTAI MANA-MANA ORGANISASI YANG


BOLEH MENYOKONG PERNIAGAAN ANDA
Libatkan diri dengan mana-mana persatuan,
kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat
memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan
jaringan perniagaan anda serta meningkatkan
perniagaan anda.

19
11

BUAT SESUATU YANG DILUAR


JANGKAAN

36 Strategi Menarik Pelanggan

Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat


anda mengirimkan SMS kepada anda dan
meminta anda untuk datang ke kedainya
untuk mengambil hadiah istimewa atau
memberikan anda diskaun kepada anda untuk
hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya
sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh
lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit
percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.

MENJUAL HADIAH/VOUCHER
PENGHARGAAN
Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah
atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada
orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku
Borders, mereka ada menjual voucher hadiah
di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan
kepada orang lain.

20

36 Strategi Menarik Pelanggan

12

GUNAKAN KREW PROMOSI


Anda boleh mendapatkan krew part-time atau
sementara yang boleh membantu anda membuat
promosi serta memberikan informasi perniagaan
anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai
tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen
pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila
menyertai kempen ini.

21

MENAIKKAN HARGA
Kadang-kadang, strategi menurunkan harga
bukanlah cara paling baik untuk menarik
pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh
menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin
akan kehilangan pelanggan yang low-end tetapi
anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi
kualitinya.

22

123

13

36 Strategi Menarik Pelanggan

BERKAWAN DENGAN SELEBRITI


RADIO ATAU TV
Cari jalan untuk merapatkan diri dengan
selebriti radio atau tv. Mereka adalah
manusia biasa yang sukakan penghargaan.
Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa
yang membuatkan mereka akan menyebut
nama anda apabila mereka bersiaran.

KAIN RENTANG

24

Perkembangan teknologi baru menawarkan banyak kelebihan untuk percetakan kain


rentang terutamanya menggunakan kain vinil. Kain rentang lebih fleksibil dari segi
reka bentuk dan ketahanan. Pengiklanan kain rentang juga lebih murah berbanding
pemasaran papan iklan tradisional yang lebih mahal. Cara pengiklanan kain rentang
berkesan untuk mencapai sasaran pelanggan yang luas. Ia boleh menarik perhatian
orang dan mempunyai tetapan trafik yang tinggi jika diletakkan di tempat yang
menjadi laluan orang ramai.

36 Strategi Menarik Pelanggan

14

25

PAPAN KENYATAAN KEDAI 7-ELEVEN


Jangan terkejut jika papan kenyataan 7 eleven
merupakan salah satu alat pemasaran yang
berkesan untuk promosikan produk atau
perkhidmatan perniagaan anda. Gunakan
papan kenyataan ini, kos murah, efektif dan
berfungsi sebagai alat pemasaran 24 jam
tanpa henti.

26

TAMBAH MAKLUMAT BARU DI


LAMAN WEB ANDA
Anda sebenarnya tidak perlu bimbang
tentang strategi SEO (Search Engine
Optimisation) untukmeningkatkan ranking
laman web anda di enjin carian seperti
Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah
sentiasa menambah informasi terkini atau
aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap
yang mungkin. Anda akan terperanjat
melihat ranking laman web anda meningkat
dalam masa yang singkat.

27

15

36 Strategi Menarik Pelanggan

HARI TERBUKA

Cara terbaik untuk melakukan demo produk


atau ingin menyebarkan maklumat secara
langsung dengan pelanggan adalah dengan menggunakan kaedah hari terbuka. Buat
satu majlis, jemput pelanggan yang sedia ada serta bakal pelanggan. Berikan sedikit
saguhati atau sajian makanan secara percuma jika mereka menghadiri majlis hari terbuka
ini bagi menarik lebih ramai untuk hadir pada hari tersebut.

PAY PER CLICK

28

Jikan anda ingin membuat sasaran


pemasaran pelanggan secara spesifik
di dalam online, PPC merupakan cara
terbaik untuk di aplikasikannya. Terdapat
beberapa syarikat online yang sediakan
perkhidmatan ini seperti Google (google
adsense), Facebook (facebook ads) dan
lain-lain lagi. Kaedah PPC ini memerlukan
anda mengeluarkan sedikit modal untuk
menggunakannya. Modal bergantung
kepada berapa jumlah klik iklan yang anda sanggup untuk membelanjakannya. PPC
ini bagus bagi produk atau perkhidmatan yang mempunyai sasaran pelanggan yang
spesifik.

36 Strategi Menarik Pelanggan

16

PEMBELIAN DARI RUMAH

29

Trend membeli produk melalui dari online telah


menjadi salah satu cara isirumah ber-shopping.
Dengan memberli secara online, pelanggan
tidak perlu risau lagi untuk menempuh halangan berbelanja seperti jalanraya yang
sesak, parking penuh, letih berjalan dan lain-lain lagi. Gunakan peluang ini, bina satu
perniagaan online yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah.
Anda boleh menggunakan perkhidmatan pos barangan (darat, laut atau udara), dispatch,
dan sebagainya.

30

KALENDAR
Membuat kalendar tahunan. Di dalam
kalendar anda boleh letakkan maklumat
produk dan perniagaan bagi memudahkan
pelanggan hubungi anda. Berikan kepada
pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan
anda setiap hujung tahun. Kalendar
merupakan alat pemasaran unik yang dapat
menarik perhatian para pelanggan.

31

17

36 Strategi Menarik Pelanggan

MEWUJUDKAN SISTEM
MEMPERKENALKAN KAWAN
Sekiranya pembekal atau pelanggan
gembira untuk berurusan dengan anda,
anda boleh memberikan
mereka penghargaan contohnya voucher
RM50 untuk setiap pelanggan baru yang
diperkenalkan.

MENAWARKAN PERUNDINGAN ATAU


MEMBERIKAN UCAPAN
Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki
dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda
dengan memberikan perundingan atau ucapan
secara percuma. Ia akan mula membina anda
untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang
tersebut.

32

36 Strategi Menarik Pelanggan

18

BERKENALAN DENGAN HAMPIR


SESIAPA SAHAJA

33

Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah


mereka yang bukan berkenalan dengan orang
lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk
mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka
lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat
untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau
tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang
apa yang anda lakukan. Terpaksalah anda
kongsikan tentang perniagaan anda.

34
MEMBUAT KATALOG PRODUK

Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk
atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di
senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh
menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.

35

19

36 Strategi Menarik Pelanggan

MENGGUNAKAN KAEDAH PEMASARAN YANG


MENYERONOKKAN
Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang
menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang
mempunyai logo perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah
cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.

BERIKAN KAD DISKAUN ATAU


VOUCHER PERCUMA

36

Ini adalah cara paling mudah dan murah


untuk membuat pelanggan setia kepada
anda. Contohnya anda mempunyai
perniagaan mencuci kereta, berikan
tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda,
mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini
juga cara anda untuk menunjukkan yang
anda menghargai mereka.

You might also like