You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERTING HILIR KOMPLEKS

72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 1/2015
Tarikh
: 08 Januari 2015
Hari
: Khamis
Masa
: 10.00 12.00 tengahari
Tempat
: Bilik Gerak Minda, SMK Serting Hilir Kompleks
Kehadiran:
1. Pn. Hjh. Yusniza bt Yaacob
- Ketua Bidang Sains, Matematik & ICT
2. Pn. Norhidayah bt Ramlan
- Ketua Panitia Sains
3. Pn. Zaimah bt Musa
- Guru Sains Tingkatan 1, 3 dan 4
4. En. Wan Raalzizi b. Wan Rahimi
- Guru Sains Tingkatan 1, 4 dan 5
AGENDA:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat panitia pada kali ini. Beliau memaklumkan
tentang ketidakhadiran seorang ahli panitia ke mesyuarat kali ini disebabkan oleh masalah
kesihatan.
1.2 Pengerusi memaklumkan keputusan PT3 2014 bagi mata pelajaran Sains amat tidak
memuaskan kerana hanya 20.8% pelajar yang lulus dan tiada pelajar yang memperoleh gred
A dan B bagi tahun 2014. Oleh itu beliau berharap program-program yang lebih baik pada
tahun ini dapat menaikkan peratus lulus.
1.3 Bagi SPM 2015, pengerusi mengharapkan supaya semua guru terlibat dapat mengembleng
tenaga dan usaha untuk meningkatkan GPMP kerana pencapaian peperiksaan akhir tahun
tingkatan 4 bagi subjek sains juga agak tidak memberangsangkan.
Tindakan : Makluman Semua Guru
2.

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Sains Kali Ke-4, 2014


2.1 En. Wan Raalzizi mencadangkan supaya minit mesyuarat tersebut disahkan.
2.2 Pn. Zaimah bt Musa menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman Semua Guru

3.

Perkara-perkara Berbangkit
Tiada
Tindakan: Makluman Semua Guru

4.

Dasar dan KPI Panitia


Lampiran
Tindakan: Makluman Semua Guru

5.

Post-Mortem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)


Tingkatan 1, 2 dan 4, 2014
5.1 Dapatan post-mortem PT3 dan PAT tingkatan 1, 2 dan 4 seperti dalam lampiran (Rujuk
Lampiran)
Tindakan : Makluman Semua Guru

6.

Pengurusan Panitia
6.1 Bagi penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) tahun 2015, pembahagian tugas
adalah seperti berikut:
TINGKATAN
NAMA GURU
Satu
Pn Zaimah bt. Musa
Dua
Pn Norhidayah bt. Ramlan
Tiga
Pn Zaimah bt. Musa
Empat
Pn Norhidayah bt. Ramlan
Lima
En Wan Raalzizi b. Wan Rahimi
Tindakan : Guru terlibat
6.2 Penyelaras PBS bagi tingkatan 1, 2 dan 3 bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
TINGKATAN
Satu
Dua
Tiga

NAMA PENYELARAS
Pn Norashzila bt. Yahya
Pn Norhidayah bt. Ramlan
Pn Zaimah bt. Musa
Tindakan : Guru Penyelaras

6.3 Pengerusi memaklumkan tarikh penghantaran buku rekod mengajar (BRM) yang lengkap
adalah pada 30 Januari 2015. Guru-guru diingatkan supaya dalam setiap rancangan
pengajaran harian mesti mengandungi sekurang-kurangnya 4 aktiviti dan perlu menulis hasil
refleksi dalam bentuk bilangan. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) juga
perlu dicetak dan diletakkan di dalam BRM.
Tindakan : Semua guru sains
6.4 Semua fail peribadi guru perlu dilengkapkan dengan semua headcount bagi setiap kelas yang
diajar.
Tindakan : Semua guru sains
7.

Hal-hal Lain
7.1 Jadual penggubalan soalan ujian dan peperiksaan masih dalam proses dan akan diedarkan
kepada semua guru kemudian.
Tindakan : Ketua Panitia
7.2 Pengerusi mencadangkan semua guru memberi pendedahan kepada pelajar tentang enam
peta pemikiran (i-think maps) pada minggu pertama persekolahan.
Tindakan : Semua guru sains
7.3 Bagi penyediaan bahan untuk pelaksanaan PBS, guru-guru bersepakat untuk menyediakan
bahan berbentuk riso. Walau bagaimanapun guru-guru boleh menggunakan bahan berbentuk
buku bagi kelas-kelas hadapan.
Tindakan : Semua guru sains
7.4 Tempoh pelaksanaan PBS bagi tingkatan 1 dan 2 telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat iaitu
sehingga penghujung bulan Oktober 2015. Bagi tingkatan 3, tempoh pelaksanaan tamat

lebih awal iaitu sehingga penghujung bulan September, yang bertujuan untuk memudahkan
proses mencetak pelaporan PBS dengan lengkap.
Tindakan : Semua guru sains (MR)
7.5 PLC bagi kitaran 1 akan dijalankan oleh Pn Norashzila bt Yahya dan PLC kitaran 2 akan
dijalankan oleh Pn Norhidayah bt Ramlan.
Tindakan : Pn Norhidayah dan Pn Norashzila
7.6 Masalah pendawaian di makmal Sains
7.7 Bajet untuk minggu sains
7.8 Pn Yusniza memaklumkan bahawa semua program peningkatan akan diselaraskan oleh pihak
pengurusan.
Tindakan : Makluman semua guru sains
7.9 Pn Yusniza juga menyatakan borang One Page Project Manager (OPPM) akan dibuat oleh
beliau sendiri. Beliau turut memaklumkan bahawa setiap program mesti dilaporkan dan
disertakan dengan 2 keping gambar.
Tindakan : Makluman semua guru sains
PENUTUP
Pengerusi berharap semoga segala program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun
2015 akan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua ahli
panitia. Anjakan paradigma perlu ada dalam diri setiap guru seiring peralihan pendidikan
menjelang abad ke-21. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kifarah dan surah AlAsr pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(PN ZAIMAH BINTI MUSA)


Guru Sains SMKSHK

(PN NORHIDAYAH BINTI RAMLAN)


Ketua Panitia Sains SMKSHK

You might also like