Pada14 Oktober 2014, guru-guru pelatih Unit Bahasa Cina 1 telah
menjalankan BIG ke-6 iaitu Interaksi Dengan Guru Cemerlang di SJK ( C ) Ma Hwa, Kampung Baru Rasah, Seremban. Guru pelatih dapat diberi peluang untuk mengenali dan bertemu bual dengan guru cemerlang. Pada pukul 7:30 pagi, guru pelatih akan berkumpul di garaj bus. Selepas mengambil kehadiran dan memastikan semua guru pelatih telah berkumpul, bus bertolak ke SJK (c) Ma Hwa pada pukul 7.45pagi. Pada pukul 8.10pagi, bus telah sampai ke SJK (c) Ma Hwa. Selepas itu, guru pelatih telah diiring oleh tutor Encik Chin Kuang Tiu masuk ke sekolah. Ketibaan kami telah disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut. Pada jam 8.15pagi pula, kami telah dijemput masuk ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang pagi tersebut. Beberapa aktiviti telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru kali ini. Aktiviti program pertama ialah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang guru cemerlang iaitu Cik Chan Shi Yee yang pernah menerima anugerah Guru Cemerlang. Dalam sesi ceramah ini, Cik Chan telah berbincang tentang teknik-teknik, rutin, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak info tentang cara menjadi seorang guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Cina telah disampaikan melalui ceramah oleh Cik Chan. Selepas tamat sesi ceramah, kami telah mencari peluang untuk bertemu bua ldengan Cik Chan. Selepas tamat temu bual dengan guru cemerlang, guru pelatih telah mengadakan beberapa aktiviti yang menarik kepada murid Tahun 6. Aktiviti pertama ialah menayang video yang berkaitan tentang menghargai sumber air. Guru pelatih telah mengadakan sesi soal jawab kepada murid. Bagi murid yang
berjaya menjawab soalan telah mendapatkan hadiah sebagai galakan untuk
mereka. Seterusnya, kami telah mengiring murid menyanyi dan menari. Selepas itu, sesi permainan telah disediakan untuk murid. Tujuan mengadakan sesi ini adalah untuk mengurangkan stress murid dalam pembelajaran. Sebelum tamatnya semua aktiviti program, guru pelatih telah mengambil gambar sebagai satu kenangan. Guru pelatih juga mengambil peluang untuk mengambil gambar dengan penolong kanan sekolah dan En. Chin. Guru pelatih juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Chin, kerana telah mengiring kami menjayakan program kali ini. Kira-kira pada pukul 10:00pagi, guru pelatih berkumpul di pintu hadapan SJK (c) Ma Hwa. Selepas itu, semua guru pelatih diminta naik ke bas dan kehadiran juga diambil oleh ketua ajk pengangkutan. Kami bertolak pulang ke IPG Kampus Raja Melewar pada pukul 10:05 pagi dan tiba di sekolah pada pukul10:30 pagi.
Disediakan oleh,
(LAU YAN) Naib Setiausaha, Bina Insan Guru, IPG Kampus Raja Melewar. PISMP Ambilan Januari 2012.