You are on page 1of 25

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LADANG TUPAH

ANTI DADAH
NAMA:KEVIN RAJ A/L
RAMAN
KELAS:6
SEKOLAH:SJK(TAMIL)LADAN
G TUPAH

Mengenali Penagih Dadah


Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda
atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai
hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap
jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau
pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekalisekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan
dadah adalah seperti berikut:
Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat
kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan
hasil
kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak
bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta
dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca
dan berair atau mata yang redup. Anak mata
menjadi kuyu.
Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna
akibat kesan menghisap dadah.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa
lapang.
Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.
Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang
yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,
saudara-mara atau kawan.

Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor,


bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk
mengambil
dadah )

Akibat Kepada Tabiat Dan Kelakuan


Seseorang itu akan berubah tabiat dan kelakuannya apabila terlibat
dengan penagihan dadah. Ini ialah akibat awal sebelum menemui maut.
Adakah anda mahu keadaan seperti ini berlaku pada diri anda?
Pandai menipu
Mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan wang
bagi membeli dadah.
Tidak mengaku terlibat dengan dadah.
Penagih dadah mempengaruhi rakan sebayanya supaya terlibat
sama.
Menjauhkan diri daripada masyarakat umum.
Penagih dadah hanya bergaul dengan kumpulan mereka
sahaja.

Akibat Kepada Kesihatan Diri


Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang penagih dadah untuk melawan
ketagihan adalah lemah. Penagih dadah secara langsung atau tidak talah
mendedahkan diri mereka kepada pelbagai jenis penyakit kerana mereka
berkongsi menggunakan alat menyuntik yang kotor. Di antara akibat lain
adalah seperti yang berikut:
Melemahkan tenaga dan menimbulkan kemalasan
Boleh melemahkan tenaga batin sehingga tidak dapat
dipulihkan semula ( Walaupun pada peringkat
permulaan
tenaga batinnya berlebih-lebihan )
Menjadi mandul di kalangan wanita.

Merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila


Menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri.
Menaikkan perasaan ganas yang boleh menghilangkan
maruah.
Menimbulkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
Membawa ketagihan yang berlebih-lebihan untuk
mententeramkan diri dan jiwanya dan jika tidak dapat
mengakibatkan kerosakan jiwa dan tenaga badan.
Mati kerana menggunakan dadah yang berlebihan.

Akibat Kepada Keluarga


Seseorang penagih sudah tidak berupaya lagi untuk memberikan
sumbangan kepada keluarganya kerana dia sendiri berkehendakkan wang,
bahkan seringkali pula dia menjadi beban kepada keluarga.Akibat lain
adalah seperti yang berikut:
Porak-peranda rumah tangga, perpisahan di antara
keluarga.
Kehilangan harta benda.
Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik
keluarga.
Menghancurkan harapan ibu bapa.

Akibat Kepada Masyarakat


Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Kemantapan sosio politiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan
masyarakatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kemantapan ini akan tergugat
jika ramai daripada rakyatnya yang hilang pertimbangan dan perhitungan
akibat dadah. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut:

Menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri,


menyamun, merompak dan membunuh.
Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu
keluarga dengan keluarga yang lain.
Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan
masyarakat.
Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak
muda mereka.
Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap
agama.
Melemahkan kesopanan dan kesusilaan.

Mengenali Pelajar Yang Terlibat Dengan Dadah


Di antara tanda awal seseorang pelajar yang terlibat dengan dadah adalah
seperti yang berikut:
Selalu tidak hadir ke sekolah dan pelajar yang terlibat ini
tidak hadir pada hari-hari yang tertentu.
Misalnya pada
minggu pertama mereka tidak hadir pada hari Isnin dan Selasa, pada
minggu yang
berikutnya mereka tidak hadir pada hari
Khamis pula.
Selalu ponteng sekolah
Prestasi dalam pelajaran merosot dengan mendadak
Perlakuan dan tabiat belajar berubah.
Mata merah
Sering memakai cermin mata hitam.
Sering ke tandas.
Selalu mengantuk apabila berada dalam kelas.

Berkawan dengan kumpulan tertentu sahaja.

Sebab Seseorang Itu Terlibat Dengan Dadah


Banyak sebab mengapa seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah.
Antara sebabnya adalah seperti berikut:
Tidak mempunyai atau kurang mengamalkan suruhan
agama.
Tidak mendengar atau mengikuti nasihat ibu bapa atau
guru.
Mudah terpengaruh dengan desakan atau pujukan rakan
sebaya.
Terperangkap dengan perasaan ingin tahu.
Tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara yang
berfaedah.
Tidak sanggup menghadapi tekanan dan masalah yang
dialami dengan tenang, bersabar dan
bertakwa.
Punca sebenar mengapa seseorang itu mudah
terpengaruh dengan gejala di atas ialah kerana tidak
mempunyai ketahanan diri yang kuat dan kukuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Dadah


Kesan dadah terhadap seseorang berbeza mengikut individu dan
bergantung pada beberapa faktor seperti berikut:
Jenis Dadah
Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat
iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya
denganheroin den depresen) atau merangsangkan (contohnya

dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan


merangsangkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ).

dan

Jumlah Yang Digunakan


Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya,
dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa
mengantuk atau
euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan
dan membawa maut.
Cara Menggunakannya
Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan,
kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama
ada ditelan,
disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah
lain.
Kesan Individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan
dadah, kesan
perasaan ( mood ) dan aktiviti.
Situasi Ketika Menggunakannya
Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada
atau tiada orang lain, juga merupakan faktor
yang
mempengaruhi kesan dadah.

Risiko Yang Dihadapi


Apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah, banyak risiko
yang akan dihadapi. Antara risiko yang akan dihadapi olehnya adalah
seperti berikut:
Maut kerana dos yang berlebihan
Menyebabkan pergantungan pada dadah

Menyebabkan penyakit AIDS dan kesihatan terganggu.


Menimbulkan masalah undang-undang.

Jenis Dadah
Dadah dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang besar
iaitu kanabis, depresen, halusinogen, stimulan dan narkotik. Dadahdepre
sen, stimulan, dan halusinogen disebut bahan psikotropik.

Bil

Kumpulan Dadah

Jenis-Jenis Dadah
Ganja, Hasbish, Minyak Hasbish.

1.

Kanabis

2.

Depresen

3.

Halusinogen

4.

Stimulan

5.

Narkotik

Barbiturat, Tranquilizer,
Methaqaolone.
Lysergic Asid Diethylamide ( LSD ),
Mescaline, MDA, DMT, STP
Amfetamin, Kokain.
Candu, Morfin, Heroin, Kodein.

Undang-Undang Mengenai Dadah


Akta Dadah Berbahaya 1952
Akta Racun 1952
Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan )
1983

Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah


Pencegahan Khas ) 1985
Akta Dadah Berbahaya ( Perlucuthakan Harta )
1988

Langkah-langkah menangani masalah penyalahgunaan dadah


di Malaysia.

Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri
sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah
mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal
menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu
yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan
bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak
perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia
dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak
berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah
gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan
rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan
sebagainya.

Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai


sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau
Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan
dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat
dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah
yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam
bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan,
kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan
berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk
memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin
gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anakanak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa
secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta
penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah
penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan
baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak
mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah
diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan
mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak
ditentukan oleh institusi kekeluargaan.
Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal

untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak


dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara.
Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping
memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya
penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat
remaja terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam
membenteras masalah ini amatlah penting. Antara program yang boleh dilaksanakan
ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan
kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak
langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan
pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan
seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.
Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan
peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui
program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti.
Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa
senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh
mengadakan kempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa. Undangundang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah
hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang
ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan
jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah
kembali.
Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri
ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan
pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang
pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan
pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka
perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk
kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak
dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.
Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan
perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama
negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai
pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa
dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita
adalah contoh dalam kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan
dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya.

CARA - CARA MENGATASI MASALAH DADAH

Kini, kita sering terbaca di dada akhbar


mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan
murid-murid yang sering menjadi isu polemik
dalam kalangan media massa yang meniti dari
bibir ke bibir. Mengapakah hal ini boleh menular
dalam kalangan murid-murid? Sudah tentu
sesuatu perkara yang berlaku ada puncanya. Hal

ini kerana, pepohon pokok tidak akan berliuk


lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi
penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.
Antaranya, ibu bapa hendaklah
memainkan peranan yang penting dalam
membendung masalah ini. Ibu bapa hendaklah
mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi
mengenai penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai
contoh, apabila mereka dewasa kelak, sudah
tentu mereka pintar untuk membuat perbezaan
untuk memilih intan atau kaca. Janganlah kita
jadi seperti ketam yang mengajar anak mereka
berjalan lurus, sedangkan dia sendiri yang
berjalan senget. Sudah terang lagi bersuluh,
peranan ibu bapa dapat membendung
penyalahgunaan dada di kalangan murid-murid.
Selain itu, peranan pihak sekolah juga
turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak
seperti virus epidemik di kalangan murid-murid.
Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti
yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada
murid-murid. Biar kita ambil sebagai contoh,
pihak sekolah boleh mengadakan ceramah
mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan
murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat
menghindarkan diri mereka daripada perkara
yang tidak berfaedah seperti mencencang air

yang boleh membawa impak negatif dalam diri


mereka. Oleh hal yang sedemikian, pihak sekolah
hendaklah memainkan peranan yang penting
bagi mengatasi masalah ini yang boleh
menjejaskan imej sesebuah sekolah.
Selain itu, badan-badan NGO boleh
mengadakan serta menganjurkan perkhemahan
bagi menerapkan nilai-nilai murni dan berkongsi
sebarang maklumat mengenai keburukan
pengambilan dadah. Berlandaskan kepada
keyakinan bahawa peranan golongan wanita
penting dalam usaha untuk mencapai matlamat
Malaysia bebas dadah 2015, maka strategi terus
dibuat bagi memperkasakan peranan wanita
dalam usaha-usaha untuk mencegah
penyalahgunaan dadah melalui program
Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah).
Masyarakat haruslah membuka minda dan tidak
memandang serong terhadap penagih dadah.
Mereka perlulah cuba untuk berdampingan
dengan penagih tersebut seterusnya mengajak
serta memberi galakan kepada mereka untuk
meninggal kegiatan terkutuk itu melalui Kempen
Anti Dadah.

Di samping itu, kecanggihan teknologi


dan komunikasi menjadikan media massa
sebagai agen penyalur maklumat. Pihak media
massa boleh mengadakan kempen-kempen
kesedaran kepada orang ramai seperti Belia
Benci Dadah. Televisyen, internet dan radio
dijadikan medium perantaraan maklumat
berbentuk drama atau filem yang berunsurkan
nasihat dan pengajaran. Nilai-nilai murni dan
permuafakatan antara masyarakat dapat dipupuk
seterusnya ia sedikit sebanyak mengurangkan
aktiviti pengambilan dadah oleh masyarakat.
Kanak- kanak dan golongan remaja
perlu dididik sejak dari kecil bahaya dadah
adalah benda yang kotor dengan memberi
penekanan terhadap kesan buruk
penyalahgunaan dadah.Pemantauan hendaklah
sering dilakukan terhadap penagih dadah untuk
mencegah mereka daripada bergaul dengan
rakan lama bagi mengelakkan mereka terlibat
dalamkancah dadah semula kerana ia akan
memudahkan mereka mendapat bekalan
dadah dengan mudah.

Konklusinya, semua pihak hendaklah


berganding bahu dalam mengatasi
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar yang
semakin merebak seperti virus epidemik. Hal ini
kerana, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Melalui cara ini, kita dapat merialisasikan impian
Perdana Menteri kita untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju berdiri gah dipersada
dunia selaras dengan gagasan satu

Malaysia, rakyat didahulukan,


pencapaian di utamakan.

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

2.0 FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH


Terdapat beberapa faktor penting atau secara umum yang telah dikenalpasti sebagai penyebab
utama kepada peningkatan penagihan dadah di Malaysia iaitu faktor diri sendiri, persekitaran
dan masyarakat, rakan sebaya, sekolah dan ibu bapa. Faktor-faktor ini merupakan faktor
risiko seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah.
2.1 FAKTOR DIRI SENDIRI
Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba.
Perasaan ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari
daripada terlibat dengan dadah. Remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai
perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula
berputik. Kajian menunjukkan peratusan tertinggi penagih baru adalah remaja. Mengikut

statistik pada Januari hingga Disember 2005 remaja berumur antara 20 sehingga 24 tahun
menunjukkan jumlah penagih baru yang tertinggi iaitu sebanyak 4018 orang iaitu 26%
daripada penagih baru pada tahun tersebut. Hal ini sangat membimbangkan kerana remaja
adalah aset negara yang harus dijaga.
Selain itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah cenderung untuk
berseronok. Keseronokan juga merupakan sebab utama kenapa remaja mencuba dadah. Sifat
remaja yang suka kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada diri sendiri
menyebabkan mereka mencuba dadah. Hasilnya remaja mula ketagih dan menjadikan dadah
sebagai medium utama untuk berseronok. Statistik pada bulan januari hingga disember pada
tahun 2005 menunjukkan sebab utama mereka mencuba adalah untuk keseronokkan. Dan ia
menunjukkan peratusan yang agak tinggi pada tahun tersebut iaitu sebanyak 9.2%.

Selain itu, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama seseorang itu
mengambil keputusan untuk mencuba dadah sebagai medium utama bagi mengurangkan
tekanan yang dihadapi. Menurut Roberts(1997), kadar kemurungan meningkat sebanyak dua
kali ganda pada zaman remaja berbanding pada zaman kanak-kanak dan kadar ini meningkat
lagi apabila remaja terbabit menginjak usia dewasa. Kini, remaja bukan sahaja berhadapan
dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. Tekanan yang dialami akibat masalah
peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah.
Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku sehingga mereka tidak mampu lagi
berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan
mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.
Selain itu, faktor diri sendiri yang tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dadah
menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal untuk terlibat dengan dadah. Mereka tidak
punyai kekuatan untuk lari daripada menyalahgunakan dadah. Hal ini di dorong oleh
kelemahan dalam mengawal nafsu dan kekurangan ilmu dalam agama serta perasaan tidak
takut pembalasan di akhirat kelak kerana mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan
diri sendiri. Kesedaran yang kurang tentang bahayanya dadah menyebabkan mereka mudah
menjerumuskan diri ke arah yang negatif. Kesedaran dalam diri itu penting kerana ia
merupakan faktor pelindung yang dapat melindungi diri kita daripada terlibat dengan najis
dadah.

2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA


Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama berlakunya penagihan pada
zaman remaja. Hal ini kerana, kajian menunjukkan ramai remaja yang terlibat dengan dadah

akibat daripada terpengaruh dengan rakan sebaya. Statistik pada bulan januari hingga
disember 2005 menunjukkan pengaruh rakan berada pada kedudukan yang tertinggi iaitu
sebanyak 6573 orang penagih baru dan 7203 orang penagih berulang dengan peratusan
sebanyak 41.9% daripada jumlah keseluruhan penagih. Hal ini demikian, kerana
kebanyakkan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu,
pemilihan rakan yang bersesuaian harus dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja.
Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah ia secara
tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.
Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih
serius. Inginkan penerimaan daripada rakan-rakan juga menyebabkan seseorang itu mula
terlibat dengan dadah. Remaja juga inginkan kuasa atau pengaruh yang kuat daripada rakanrakan yang lebih berpengaruh, hal ini menjadikan mereka diterima oleh rakan sebaya.
Berkawan dengan rakan-rakan yang tidak sihat menyebabkan remaja mudah terjerumus
dengan kancah penagihan dadah. Pengaruh rakan yang kuat menyebabkan seseorang individu
tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dengan dadah. Pergaulan yang bebas antara lelaki
dan perempuan pada zaman sekarang menyebabkan remaja perempuan turut sama terlibat
dengan dadah. Semakin lama semakin ramai remaja perempuan terlibat dengan dadah.
Sebagai contoh, pengaruh daripada teman lelaki menyebabkan remaja perempuan terikut-ikut
dan menyerahkan dirinya kepada teman lelaki tersebut untuk diperlakukan dengan perkara
yang membawa kepada keburukkan.
2.3 FAKTOR IBU BAPA
Ibu bapa merupakan insan yang telah mendidik dan memberi kasih sayang kepada
kita sejak dari kecil lagi. Mereka telah banyak berbakti kepada kita tanpa kita sedari. Namun,

apa yang menjadi keburukkannya ialah apabila ada segelintir ibu bapa yang kurang perihatin
terhadap anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka boleh terjerumus ke kancah
penagihan dadah. Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar
kemewahan dan

kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari

nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang penting untuk
keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak
menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan
kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan
yang dikecapi akan membawa mereka ke arah gejala sosial yang terlampau seterusnya ke
lembah penagihan najis dadah dan mereka hanyut di bawa arus kehinaan.
Selain itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu penyebab
mengapa individu mudah terlibat dengan dadah. Hal ini berlaku kerana, ibu bapa tidak
memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia serba moden ini remaja
sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.
Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang
telah dilarang oleh agama. Mereka juga tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.
Pengetahuan tentang dosa dan azab siksaan di neraka yang amat pedih dan perit yang kurang
didedahkan menyebabkan mereka tidak mempedulikan dan ambil kesah.
Ibu bapa juga kurang faham dari segi didikan agama menyebabkan mereka tidak
berupaya mengamalkan ajaran-ajaran islam yang sebenar kepada anak-anak mereka. Kurang
kasih sayang daripada ibu bapa juga menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang
secukupnya daripada mereka. Ibu bapa yang sibuk bekerja dan ibu bapa yang mengelak atau
tidak bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak menyebabkan anak-anak terabai. Anak-

anak akan merasa kesunyian dan rasa tidak diambil perhatian dalam setiap tindakan yang
dilakukan. Hal ini menyebabkan mereka memberontak dan apabila anak-anak memberontak
ibu bapa hanya mengambil tindakan dengan memarahi mereka tanpa usul periksa dan hanya
dapat menyalahkan mereka. Apabila ada ibu bapa yang memarahi dan menyalahkan mereka,
mereka akan cepat terasa dengan tindakan ibu bapa dan cuba menjauhkan diri daripada ibu
bapa seterusnya mencari rakan-rakan sebaya yang dapat beri keseronokkan.
2.4 FAKTOR SEKOLAH
Sekolah memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
dari pelbagai aspek terutamanya dari segi rohaniah, lahiriah dan jasmani. Namun, apa yang
menduka citakan apabila sekolah dijadikan sebagai tempat berlakunya gejala buli, samseng,
berjudi dan yang paling membimbangkan adalah sebagai tempat mengedar dadah. Remaja
mula terjebak dengan dadah sejak dibangku sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga
kurang kawalan oleh pihak sekolah. Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah
kepada remaja yang ingin mencuba dan ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan
mereka.
Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan Azmi
Md Deros(2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya jalinan hubungan
yang rapat untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak mudah terjebak dalam
gejala penagihan dadah. Beliau menjelaskan bahawa hampir lima juta pelajar sekolah di
negara ini terdedah kepada dadah kerana mereka menjadi sasaran utama pengedar yang
bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu meningkatkan peranan mereka di
sekolah untuk memastikan tidak ada pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam masalah
penagihan dadah.

Di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian


tinggi(IPT) yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan
memerlukan tindakan segera semua pihak. Dalam tempoh januari hingga disember tahun
2006, seramai 134 orang pelajar terbabit atas kesalahan dadah mengikut pelbagai seksyen.
Hal ini menunjukkan, peningkatan lebih 45 peratus berbanding bagi tempoh sama pada tahun
2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah mencari punca kepada permasalahan itu
sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan selesai selagi puncanya tidak dihapuskan. (Berita
Mingguan, 29 April 2007).
2.5 FAKTOR MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN
Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Persekitaran yang negatif seperti masyarakat
sekitarnya banyak yang terlibat dengan dadah menjadi penyumbang utama kepada keinginan
remaja untuk mencuba dadah itu sendiri. Remaja yang pada awalnya bebas dengan dadah
mula berjinak-jinak dengan benda tersebut setelah melihat sendiri di depan mata cara
bagaimana dadah itu digunakan. Setelah melihat sendiri di depan mata, perasaan ingin
mencuba itu timbul dalam diri individu. Reaksi daripada penagih yang tenang dan dikatakan
dadah itu sedap dan dapat melegakan tekanan menambahkan lagi perasaan ingin mencuba itu.
Remaja mula terpengaruh dengan persekitaran mereka apabila melihat ada segelintir rakanrakan atau kawasan persekitaran yang negatif kerana kebanyakkannya menagih.

Selain itu, bekalan dadah yang mudah didapati juga menjadi faktor pendorong remaja
mula menjinakkan diri ke arah penyalahgunaan dadah. Bekalan dadah yang mudah didapati
di kawasan perbandaran dan di kawasan sempadan negara menyebabkan bekalan dadah

mudah masuk ke Malaysia. Hasil tangkapan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis
Diraja Malaysia(PDRM) menunjukkan bahawa penyeludupan dadah sering diseludup melalui
lapangan terbang utama dan kawasan pelabuhan di Malaysia. Hal ini sangat
membimbangkan, sehingga ada segelintir rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim Mahmud(2005)
juga mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah Felda. Hai ini kerana,
pandangan serong masyarakat sekeliling terhadap penagih dadah. Mereka mengganggap
penagih dadah sebagai sampah masyarakat, kotor, jijik. Masyarakat setempat yang mudah
melabel seseorang walaupun mereka telah pun berubah menyebabkan mereka berputus asa
dengan kehidupan dahulu dan sekarang. Jadi mereka tiada tempat hendak di tuju, dan
mengambil keputusan untuk menagih lagi. Mereka menjadi tiada tempat kebergantungan
untuk menyara diri dan membuat keputusan untuk terlibat semula dengan dadah. Tekanan
berada di kampung dan ditambah dengan perspektif masyarakat yang negatif terhadap
dirinya, membuatkan bekas penagih kembali ke kancah penagihan dadah semula.

TAMAT

You might also like