You are on page 1of 6

Domain Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom menyedari bahawa perkembangan pemikiran adalah suatu proses


yang mengambil masa yang lama. Perkembangan pemikiran murid berlaku dengan
pesat sewaktu mereka bersekolah. Oleh itu, Taksonomi Bloom memberi fokus utama
kepada aspek kognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Domain Krathwohl pula berpendapat setiap murid mempunyai perasaan (Mokhtar
Ismail, 2009). Selepas melalui pengajaran mereka akan mempunyai pandangan
atau sikap tersendiri. Oleh itu, guru perlu memberi perhatian kepada perkembangan
sikap dan nilai-nilai murid. Pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat
banyak perbezaan dan persamaan antara Domain Taksonomi Bloom dan juga
Domain Krathwohl. Rajah di bawah menunjukkan perbezaan Domain Taksonomi
Bloom dan juga Domain Krathwohl.

Penggunaan dalam pengajaran


Pengasas

Tujuan

Perbezaan Domain Taksonomi Bloom dan

Objektif

Domain Krathwohl

Hasil pembelajaran
Aras

Rajah 1. Perbezaan Domain Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.


Pertamanya Domain Taksonomi Bloom ini diperkenalkan pada tahun 1956
oleh Benjamin S. Bloom. Pengasas Taksonomi Bloom iaitu Benjamin S. Bloom, lahir
di Lansford pada 21 Februari 1913 dan meninggal pada 13 September 1999 pada
umur 86 tahun (Ahmad Hozi H. A. Rahman, 2009). Beliau adalah seorang psikologi
pendidikan dari Amerika Syarikat, dengan kontribusi utamanya adalah dalam

penyusunan taksonomi bertujuan pendidikan dan pembuatan teori belajar tuntas.


Manakala, Domain Krathwohl pula diasaskan oleh David R. Krathwohl. Beliau
merupakan seorang ahli psikologi pendidikan Amerika yang telah berkhidmat untuk
pendidikan. Beliau merupakan pengarah Biro Pendidikan Penyelidikan di Michigan
State Universiti dan juga merupakan bekas presiden Pendidikan Amerika Persatuan
Penyelidikan di mana beliau berkhidmat dalam pelbagai kapasiti, sebagai ahli
jawatankuasa penasihat penyelidikan untuk Biro Penyelidikan yang USOE dan
sebagai pengerusi serantau lembaga trusties Institut serantau Timur Pendidikan.
Seterusnya,

jika

dilihat

dari

segi

aras,

Domain

Taksonomi

Bloom

mengandungi 6 peringkat. Manakala, Domain Krathwohl pula mengandungi 5


peringkat. Domain taksonomi bloom ini bercorak hieraki di mana tahapnya bermula
dari rendah ke tinggi. Rujuk rajah 1.

Rajah 2. Aras Taksonomi Bloom


Aras pertama ialah pengetahuan. Tujuannya adalah untuk mengingat semula
perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan. Aras kedua ialah
kefahaman.

Ia

bertujuan

untuk

memahami

sesuatu

bahan,

menjelaskan

menterjemah, merumuskan, menulis, dan membezakan sesuatu. Seterusnya, aras


aplikasi yang bertujuan untuk menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk
menyelesaikan masalah yang maujud. Aras keempat pula aras analisis di mana
murid harus menggunakan kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-

perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian. Aras kelima ialah aras
sintesis yang bertujuan untuk menggalakaan murid membentuk sesuatu yang
baharu. Aras yang terakhir ialah penilaian. Aras ini bertujuan untuk membuat
penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu. Aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi merupakan pemikiran aras rendah manakala analisis,
sintesis dan penilian merupakan pemikiran aras tinggi. Aras-aras ini merupakan
salah satu kelebihan yang terdapat dalam Domain Taksonomi Bloom ini. Ini kerana,
keenam-enam soalan yang termaktub dalam Taksonomi Bloom sedikit sebanyak
memberi panduan kepada guru untuk menghasilkan soalan pelbagai aras bagi
meraikan perbezaan tahap kepandaian dalam kalangan murid. di dalam sebuah
kelas (Raminah Haji Sabran, 1991). Justeru, tidak kira murid yang pandai atau
lemah, mereka tetap dapat menjawab soalan dalam ujian.

Rajah 3. Aras Domain Krathwohl


Manakala, Domain Krathwohl pula mengandungi 5 aras. Aras pertama ialah
penerimaan, kedua ialah gerak balas dan ketiga ialah menilai. Manakala, aras
keempat ialah organisasi dan aras kelima ialah perwatakan (Raminah Haji Sabran,
1991). Pada peringkat pertama iaitu penerimaan, murid diberi rasa kesedaran
mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan agar mereka sanggup
menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau rangsangan itu. Pada
peringkat kedua pula, murid mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan. Murid diberi peluang untuk mengambil perhatian dan bertindak balas
mengikut 3 kategori iaitu persetujuan membalas, kesediaan membalas dan
kepuasan. Di samping itu, peringkat menilai perlakuan adalah didasarkan atas
konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
Perlakuan yang cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang

berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikan. Seterusnya organisasi membawa


maksud membentuk suatu system nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan
maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Peringkat terakhir iaitu peringkat
perwatakan bermaksud perubahan tingkah laku murid dari tingkah laku negatif ke
positif. Murid membentuk nilai-nilai positif dan mengekalkannya untuk membentuk
disiplin diri.
Kemudian, terdapat juga perbezaan dari segi tujuan. Taksonomi Bloom
bertujuan untuk membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman murid (Raminah
Haji Sabran, 1991). Sebagai contoh,

murid diminta untuk mencari isi penting

berdasarkan

Seseorang

petikan

yang

dibaca.

murid

perlu

menggunakan

penguasaan inteleknya untuk mengintepretasikan petikan teks dan berupaya untuk


membezakan isi penting dengan isi sampingan. Jawapan yang diberikan oleh setiap
murid bergantung kepada aras kognitif masing-masing. Selain itu, taksonomi bloom
juga bertujuan untuk melahirkan murid yang kreatif dan berpengetahuan. Murid perlu
berfikir secara kreatif dan kritis. Penggunaan Taksonomi Bloom juga amat penting
bagi setiap guru. Hal ini demikian, setiap item yang dibina perlu menepati aras
kognitif Bloom kerana ia amat penting bagi memastikan taburan aras kesukaran
adalah tepat dan adil pada setiap murid. Manakala, Domain Krathwohl pula
bertujuan untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik (Jamaludin
Badusah et.al., 2000). Hal ini demikian, pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Domain ini
menunjukkan tahap sejauh mana sikap murid berkembang dan menjadi sebati
dengan mereka. Contohnya, domain Krathwohl bertujuan untuk menanam sikap
menepati masa dalam kalangan murid. Maka, domain ini akan melihat perubahan
sikap murid dan bagaimanakah mereka mempraktikkannya dalam kehidupan
seharian.
Perbezaan seterusnya ialah objektif menggunakan penilaian dan pentaksiran
taksonomi Bloom serta Domain Krathwohl. Taksonomi Bloom menitiberatkan aspek
kognitif atau pengetahuan (Suzana Abd. Mutalib & Jamil Ahmad, 2012). Taksonomi
ini

membincangkan

tentang

pengetahuan

murid

seperti

mengenal

fakta-

fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Ia merupakan domain yang utama


berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan kognitif. Taksonomi Bloom juga

membincangkan

pengingatan

semula

atau

pengecaman pengetahuan

dan

perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran murid (Jamaludin Badusah,


Muhammad Hussin dan Adbul Rasid Johar, 2000). Malah, objektif kognitif juga
berubah-ubah iaitu daripada mengingat kembali dengan mudah bahan- bahan yang
telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskanidea dan bahan
baru. Manakala, Domain Krathwohl pula mengenai perasaan, afektif dan perkara
yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perkara ini merupakan kelebihan
yang terdapat dalam Domain Krathwohl. Ini kerana, perasaan murid yang suka atau
benci akan sesuatu matapelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Perasaan
afektif adalah lebih kekal dan mendalam kesanya daripada kebolehan kognitif.
Justeru, seseorang guru yang mengikuti Domain Krathwohl ini dapat memastikan
emosi murid sentiasa dalam keadaan yang sedia dan stabil untuk proses pengajaran
dan pembelajaran.
Di samping itu, ada juga perbezaan di antara Taksonomi Bloom dan Domain
Krathwohl dari segi pengajaran subjek iaitu kedua-dua kaedah tersebut tidak boleh
digunakan untuk semua subjek. Biasanya, taksonomi bloom ini digunakan untuk
membuat soalan bagi subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa
Inggeris dan Matematik yang memerlukan murid menggunakan intelek untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini kerana peringkat taksonomi bloom memberi
lebih tumpuan kepada tahap kognitif murid. Manakala, Domain Krathwohl pula lebih
digunakan untuk subjek bukan teras seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Pendidikan Jasmani. Ini kerana, Domain Krathwohl ini mementingkan perasaan dan
emosi murid. Domain Krathwohl sangat sesuai untuk menilai sahsiah murid kerana
domain ini tergolong dalam hierarki kontinum afektif.
Selain itu, hasil pembelajaran Domain Krathwohl jarang ditulis dalam buku
rekod pengajaran oleh guru berbanding dengan hasil pembelajaran Taksonomi
Bloom yang ditulis dalam bentuk perlakuan murid. Hal ini berlaku kerana tiada
prosedur atau alat yang sesuai untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran
Domain Krathwohl. Sebagai contoh, pada peringkat organisasi murid boleh
menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal
seperti mengajak rakan-rakannya mengumpul bahan-bahan kitar semula untuk
mengambil bahagian dalam kempen kitar semula di sekolah. Namun, nilai-nilai yang

dibentuk oleh seseorang murid tidak dapat ditulis dalam hasil pembelajaran. Malah,
guru juga tidak dapat menilai tahap minat yang ditunjukkan oleh setiap murid dalam
bentuk numerik. Jika dibandingkan dengan taksonomi bloom, guru dapat
membezakan penguasaan kognitif setiap murid berdasarkan jawapan sama ada
secara lisan atau tulisan. Sebagai contoh, murid yang dapat menjawab 8 daripada
10 soalan dengan betul berada pada tahap cemerlang berbanding murid yang hanya
dapat menjawab 3 soalan dengan betul. Malah, guru juga dapat menulis hasil
pembelajarannya berdasarkan keputusan yang diperolehi oleh semua murid.
Namun, Taksonomi Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Spesifikasi
Ujian ( JSU ) yang mengambil kira pengagihan topik dan masa.

You might also like