You are on page 1of 2

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Yang saya hormati,


Ketua-ketua jabatan,
Pensyarah kanan,
Barisan jawatan kuasa program
Seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian.
Pada pagi yang berbahagia ini, dapat kita bersama-sama menghadiri satu
majlis dan seterusnya menyaksikan perasmian Galeri Seni Perempuan
Melayu yang julung kalinya diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka. Di atas undanagn ini saya mewakili pengarah
ingin mengucapkan ribuan terima kasih.
Tahniah dan syabas kepada siswi pendidik PISMP Pendidikan Seni Visual
Ambilan Januari 2012 yang berjaya menganjurkan sebuah program iaitu
perasmian galeri Perempuan Melayu. Perasmian galeri ini merupakan julung
kalinya diadakan semenjak perasmian blok akademik yang menempatkan
galeri seni ini dianjung makmur pada tahun 2010.
Saya difahamkan bahawa Galeri Seni Perempuan Melayu memperoleh nama
melalui pertandingan mencipta nama galeri seni yang diadakan sebelum ini.
Galeri seni ini mempamerkan karya-karya yang dihasilkan oleh siswi pendidik
PISMP Pendidkan Seni Visual selama lima tahun berada di sini. Dan ini
merupakan pameran yang terakhir bagi mereka sebelum menamatkan
pengajian tak lama lagi.
Perasmian

Galeri

Seni

Perempuan

Melayu

ini

diharapkan

dapat

memperkenalkan dan mengiktiraf galeri seni yang pertama dalam kampus


Perempuan Melayu Melaka dan dimanfaatkan secara maksima pada masa
hadapan. Diharapkan program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan
dengan lancar dan dapat memberi pengalaman, pendedahan dan ilmu yang
baru kepada semua warga IPGK PM.

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi


syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bekerjasama dan
komitmed bagi memastikan kerja-kerja perasmian galeri ini berjalan dengan
lancar.
Saya dengan sukacitanya merasmikan peramian galeri dengan rasminya.
Sekian.

You might also like