You are on page 1of 1

PENGENALAN

Saya Muhammad dan dua rakan kongsi Amirul dan Syahmie telah menjalankan
perniagaan menjual peralatan elektrik. Perniagaan perkongsian didaftarkan sebagai
Perniagaan Elektrik MAS. Perniagaan ini terletak di alamat No.11, Jalan SB, 32400 Ayer
Tawar, Perak. Kami bertiga menceburi cabang perniagaan ini dengan membawa masuk
wang masing-masing sebagai modal seperti berikut:
Nama Pekongsi Sumbangan
1. Muhammad
2. Amirul
3. Syahmie

Modal (RM)
-

RM 120 000

RM 80 000
-

RM 40 000

Perniagaan Elektrik MAS adalah perniagaan perkongsian yang menjual pelbagai jenis
peralatan elektrik seperti kipas, lampu, televisyen dan sebagainya. Semua peralatan
elektrik yang dijual telah diluluskan kebolehgunaannya olah SIRIM. Perkongsian kami
dibantu oleh empat orang pekerja yang dibayar gaji RM 1500 sebulan. Keistimewaan
peralatan ini ialah tahan lama, berkualiti tinggi dan selamat. Untung atau rugi perniagaan
adalah di bawah tanggungan ketiga-tiga pemilik.
Saya memilih untuk menjalakan perniagaan peralatan elektrik bersama rakan-rakan niaga
atas sebab berikut:
i.

kami bertiga amat berminat di dalam bidang perniagaan peralatan elektrik

ii.

kami mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang elektrik

iii.

peralatan elektrik mempunyai permintaan yang tinggi

Saya percaya dengan menjalankan perniagaan berbentuk perkongsian, kami bertiga dapat
mengumpul jumlah modal yang lebih tinggi dan mampu membeli lebih banyak stok yang
yang mempunyai permintaan tinggi. Kami percaya dengan usaha dan pemasaran yang
berterusan, perniagaan ini akan mampu berkembang lebih maju.

pg.

You might also like