You are on page 1of 4

Lampiran B

Tajuk : HANG TUAH DAN HANG JEBAT

Baca Dialog di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hang Jebat

: Wah, cantik sungguh Taming Sari kau ni Tuah!

Hang Tuah

: Cis, jangan cuba hendak memujuk aku Jebat!

Hang Jebat

: Amboi, tajam betul fikiran awak!

Hang Tuah
kita!

: Cis, jangan berlengah lagi! Mari kita mulakan pertarungan

Hang Jebat

: Nah, terimalah tikaman pertama aku!

Hang Tuah

: Kasihan, tikam orang pun tak kena!

Hang Jebat

: Aduh, kau tikam aku secara curi!

Hang Tuah

: Itulah cara nak menang Jebat. Maafkanlah aku.

Lampiran C
Cadangan Soalan

1.

Siapakah yang memegang keris Taming sari?

2.

Apakah yang berlaku antara Hang Tuah dan Hang Jebat?

3.

Mengapakah Hang Jebat memuji keris Taming Sari Hang Tuah?

4. Hang Tuah menikam Hang Jebat dengan cara tikam curi. Adakah itu seorang
wira? Berikan pendapat anda.

Lampiran D
Lembaran Kerja

Arahan : Tuliskan Kata Seru dan Tanda Seru yang sesuai dan tepat pada tempat
kosong dalam ayat-ayat yang berikut.

1.

__________________, cantiknya hadiah yang ayah beli untuk saya

2.

__________________, awak yang meletakkan buku ini di sini

3.

__________________, sakitnya perut saya

4.

__________________, pandainya awak mengajar saya

5.

__________________, jangan cuba menipu aku

6.

__________________, malangnya nasib kita

7.

__________________, ambil balik barang-barang engkau

8.

__________________, kanak-kanak itu tiada tempat bergantung

9.

__________________, berkilatnya kasut yang awak pakai

10. __________________, berani engkau menggangu adik aku

Lampiran E
Rumusan guru
Kata Seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang dan digunakan dalam
ayat seru. Ayat Seru diakhiri dengan Tanda Seru (!)

Contoh Kata Seru :

aduh untuk meluahkan rasa sakit ,

amboi untuk memuji atau menyindir

wah untuk meluahkan rasa kagum pada sesuatu

Cis untuk menyatakan rasa marah

Eh untuk meluahkan rasa hairan atau terkejut

Aduhai untuk meluahkan rasa kasihan

Nah untuk member sesuatu

Contoh Ayat Seru:

1.

Amboi, cantiknya baju awak!

2.

Cis, berani dia melawan aku!

REFLEKSI PENGAJARAN
Berikut ialah refleksi yang saya buat setelah sesi pengajaran saya pada hari
tersebut. Saya mengajar tatabahasa Bahasa Melayu dengan tajuk Ayat Seru. Sesi
Pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 30 minit. Secara
keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai
objektifnya apabila 80% ataupun 19 orang daripada 24 orang murid dapat
membaca ayat seru dengan baik, membaca petikan dengan nada dan intonasi yang
betul, dan melengkapkan ayat dengan kata seru dan tanda seru yang betul
sedangkan saya mensasarkan sekurang-kurangnya 70% daripada murid dapat
menguasai pengajaran saya pada hari tersebut. Ini dibuktikan dengan hasil kerja
yang mereka laksanakan dan telah saya semak.
Di samping itu, ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid-murid
telah melibatkan diri secara aktif kerana saya menggunakan pendekatan dan
kaedah yang mudah difahami oleh murid. Saya menggunakan kaedah tunjuk cara
dan pendekatan pembelajaran masteri. Set induksi yang saya mulakan dengan
menunjukkan gambar-gambar mimik muka atau ekspresi wajah telah menarik minat
murid untuk meneka reaksi atau perasaan yang ditunjukkan dalam gambar. Mereka
dapat meneka dengan betul setiap aksi atau mimik muka yang ditunjukkan kerana
gambar yang saya gunakan sangat jelas. Walaupun gambar yang digunakan adalah
gambar yang saya lakar sendiri.Ketika saya meminta murid untuk meneka gambar,
keadaan agak riuh kerana murid berebut-rebut untuk menyatakan pendapat
mereka. Namun demikian, keadaan masih dapat saya kawal. Bagi murid-murid yang
meneka dengan betul, saya menggunakan kata-kata pujian agar murid berasa
jawapan mereka dihargai.
Setelah selesai sesi pengajaran, saya meneliti semula set induksi pengajaran saya
berdasarkan gambar video yang dirakam. Saya terfikir adalah lebih baik sekiranya
saya melakonkan sendiri mimik muka yang dikehendaki kerana ia lebih mudah dan
menjimatkan masa jika dibandingkan dengan masa yang saya ambil untuk
mempamerkan satu-satu gambar. Keadaan tersebut juga akan lebih menarik kerana
murid-murid pasti akan berasa lucu melihat ekspresi wajah saya yang berubah-

ubah. Keadaan sedikit humor begitu akan menjadikan suasana pembelajaran lebih
menarik.
Strategi yang saya gunakan ketika menyampaikan isi pelajaran mudah difahami
oleh murid. Carta dialog Hang Tuah dan Hang Jebat yang saya pamerkan dengan
manila kad dapat dibaca oleh murid dengan jelas. Namun demikian, untuk
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, saya sepatutnya
menyediakan dialog tersebut dalam bentuk persembahan power point. Dengan cara
itu, saya dapat memperbaiki pengajaran saya kerana mengaplikasikan teknologi
maklumat dalam pengajaran saya.
Refleksi seterusnya ialah tentang kad perkataan yang saya gunakan. Kad tersebut
yang mengandungi kata seru saya pamerkan di papan tulis dan saya jelaskan satu
persatu tentang cara penggunaannya dan situasi yang menggunakan kata seru
tersebut. Murid dapat memahami pengajaran yang saya sampaikan. Sebagai bukti,
murid dapat membina ayat yang betul berdasarkan kata seru yang diberi apabila
saya mengarahkan mereka untuk membina ayat secara lisan. Namun, setelah
meneliti semula rakaman, saya terfikir adalah lebih baik sekiranya saya
menyediakan alat bantu pengajaran saya dalam bentuk power point. Ini
termasuklah kad-kad perkataan dan keterangan tentang penggunaan kata seru
dalam ayat seru. Ini akan membantu saya untuk menambahkan kefahaman murid
tentang tajuk yang saya ajar pada hari tersebut.
Ketika saya meminta murid-murid untuk membina ayat secara lisan, murid yang
dipilih dapat membina ayat dengan baik, malahan ada yang dapat membina ayat
majmuk. Seterusnya, latihan pengukuhan yang saya berikan dalam bentuk edaran
bercetak telah membantu menjimatkan masa murid untuk menyiapkan latihan
tersebut. Murid-murid yang cerdas dapat melengkapkan sepuluh ayat dengan kata
seru yang diberi dengan betul. Ini menunjukkan kefahaman murid tentang isi
pelajaran yang saya sampaikan. Bagi murid-murid yang lemah, saya arahkan
mereka untuk menggarisi kata seru yang terdapat dalam edaran lembaran kerja
yang diberikan.
Hasil daripada refleksi yang saya telah buat, sekiranya saya mempunyai peluang
untuk mengajar tajuk ini sekali lagi kepada kelas yang sama, saya akan ubah
pendekatan dan teknik mengajar yang saya gunakan. Untuk set induksi, saya akan
menggunakan diri saya sendiri untuk melakonkan ekspresi wajah kerana saya yakin
teknik ini akan lebih menarik perhatian murid. Mereka akan berasa lebih seronok
melihat mimik muka yang saya tunjukkan secara langsung. Selain itu, isi pelajaran
akan saya sediakan dalam bentuk power point untuk memudahkan penerangan
saya tentang isi pelajaran. Teknik ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa saya,
malahan murid akan turut terdedah dengan aplikasi teknologi maklumat sekiranya
persembahan power point tersebut saya sertakan dengan animasi-animasi bergerak
yang menunjukkan ekspresi mimik muka.

You might also like