You are on page 1of 13

RUMUSAN INTERAKSI 5

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti
seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam
Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan
pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi
dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat
untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang
tinggi.
Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan

akan

memberi

manafaat

dari

segi

jangkamasa

panjang

dalam

membangunkan sahsiah dan jati diri individu. Teori Konstruktivisme menyatakan


bahawa

kanak-kanak

yang

diajar

melalui

pembelajaran

secara

meneroka,

bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea
secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam
pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan
bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau
pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu
sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.
Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan Berdasarkan pandangan daripada
tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam
Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan.

Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam


penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :i.

Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan


pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat
murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak
dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi,
bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam
pembelajaran

yang

melibatkan

berbagai-bagai

kemahiran

yang

disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea
dan

kreativiti

mereka

dengan

bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama


iaitu lagu burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti
burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti
tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan
oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau
sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau
mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak
akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.
ii.

Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.


John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi
kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan
intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni
yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium
untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-

proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan
merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh.
Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan
lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh
guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah.
Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang
meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang
inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan
mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk
menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi
berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini
berinteraksi

sesama

rakan

sebaya

dan

guru.

Model Wholistik Perkembangan Kanak-kanak


Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan
emosi, jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti
bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan
pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam
pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.
iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang
pengajarannya. Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah,
pengajaran

dan

pembelajaran

akan

lebih

menyeronokkan

dan

penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih


bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran
mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta
mengutamakan

perkembangan

intelek,

emosi,

psikomotor

dan

kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang


kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru
yang

sesuai

dengan

pencapai

murid-muridnya.

Hasil

daripada

persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat


profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan

masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi


sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.
Penghubungkaitan

Pelbagai

Bidang

dalam

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang


kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut
pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan
mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran
dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran
yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia
juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan
kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk
Haiwan. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat
rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil
pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah
dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan
haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan
kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah
dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid
menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga
disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya
dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan
kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor
ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?

Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual.


Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran
berintegrasi

seperti

yang

tersebut

di

atas

dapat

juga

meningkatkan

tahap

perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran


dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru
memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.
B.

Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya

adalah:i.

Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid.


Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan
rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif
pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang
diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru
perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran
murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa

ii.

mengambil kira tahap kebolehan mereka.


Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran
serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah
mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Bahan tersebut
sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah
bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan
sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti
carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang

iii.

bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.


Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah
memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan
idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif
dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.

Selain

itu

juga

adalah

fasilitator

atau

pemudahcara

semasa

pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta memberi tunjuk


ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah
meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknikteknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian muridiv.

murid dari semasa ke semasa.


Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar
mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini
ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian
dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu
memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu
diambil perhatian ialah kelas atau bilik yang selesa, peredaran udara dan
cahaya yang sesuai, kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang
mencukupi

v.

Peranan Murid
Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk
memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya.
Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau
tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung
akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka
juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan
diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu
kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya
menghadapi masalah pembelajaran.
Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau
dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi
koleksi

bahan,

Pendekatan

aktiviti,

bertema

isi

pelajaran

memberi

serta

peluang

teknik
kepada

penyampaian.
guru

untuk

menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.


Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran
ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami
dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah
dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara
yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang

berkesan.

Antara

perkara

tersebut

ialah:-

tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta


pengetahuan sedia ada murid tema yang dipilih berfokus kepada
sesuatu isu.
Contohnya isu-isu semasa
sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah
didapati dalam tema yang dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang
dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai
pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih
mencabar.
Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada
murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan
adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema
yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran
bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi
dan mengekspresi bakat (melukis).
Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema
tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:- Tema
persekitaran,Tema

Masyarakat,

Tema

Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan


pendekatan

bertema.

Tema

yang

persekitaran.
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4

digunakan

ialah

tema

Tema : PengangkutanPersekitaran : Persekitaran Teknologi


Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan
mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan
Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan
pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa
perkara

penting

seperti

sejarah

teknologi

pengangkutan,kepentingan pengangkutan kepada manusia,kesankesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan
manusia, haiwan dan tumbuhan bentuk-bentuk pengangkutan,
pergerakan

kenderaan,

menggunakan kenderaan.
Tema persekitaran

perkaitan
teknologi

antara

laju

dipilih

kerana

dan

jarak

ia

telah

membawa kemajuan dan pembangunan kepada manusia .


Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah
memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan
hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang
berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej,
bunyi

serta

meluahkan

perasaan

mereka

secara

bebas.

Pengintegrasian MatapelajaranDalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


(KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali
kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang
kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan
nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian

negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah :
1. Penggabungjalinan Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai
bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran
dalam

sesuatu

matapelajaran

disampaikan

secara

menyeluruh

dan

bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau


beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang
murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi
pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan
menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan
proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih
dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai
kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi
kefahaman

dan

penerangan

yang

lebih

bermakna

kepada

murid.

sebagai

proses

(b)Penyerapan
Dalam

konteks

KBSR,

penyerapan

bermaksud

menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi


pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau
kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni
Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan
yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia.
Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak
kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran

berjalan.

Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi


mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran

antaranya

ialah

dengan

menayangkan

jenis-jenis

pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan


tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan
beberapa aktiviti. Pergerakan : cara memandu kereta atau kapal terbang
menunggang
Seni

Visual

motosikal
:

membuat

mengayuh

model

kenderaan,

mewarna

perahu
gambar

Pendidikan Muzik : membunyikan bunyi kenderaan, menyanyikan lagu yang


ada kaitan dengan kenderaan.
Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz
kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat
dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas
tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan).
Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada
murid-murid ialah kemahiran:
Lisan
menyoal
bercerita

secara

untuk

ringkas

mendapatkan

tentang

maklumat

kenderaan/pengangkutan

Bacaan - membaca petikan yang disediakan mencari maklumat yang


terdapat dalam multimedia
Tulisan
menulis

maklumat,

menjawab

soalan

Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?


Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya
dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang
disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang
dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang
boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan
dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang
asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat
badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan

dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi


sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini
perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus
membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka
untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.
Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid
membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini
dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya
intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama
rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi bendabenda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka.
Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan
interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian
guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat
membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan
pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej
visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini
menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan.
Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran
adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada
mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang
dikehendaki
menggalakkan

dalam

objektif

pertumbuhan

pengajaran
dan

dan

pembelajaran

perkembangan

individu

dan

secara

seimbang, harmonis dan bersepadu.


Penggunaan

Bahan

Dalam

Proses

Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru


dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar
mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid

lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam
ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan
sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat
merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan
berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman
dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-Bil Bahan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, Bahan elektronik, komputer,
tayangan

klip video,

Internet ,Penerangan

semasa

set

induksi.

Mencari maklumat Bahan bukan elektronik, carta gambar, lembaran kerja


teka

silangkata,

surat

khabar

lama,Mencari

maklumat

tentang

pengangkutan aktiviti pengayaan, aktiviti melukis dan mewarna gambar


Bahan

maujud,kereta,

motosikal

dan

basikal.Membina

ayat

dan

kemahiran membaca dan menulis.


Bahan pengajaran dan pembelajaran
Dalam
pengajaran

pengajaran
yang

bertema

digunakan

ialah

yang
klip

dicadangkan
video

yang

ini

bahan

ditayangkan

menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran


disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta
peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita.
Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas
jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio
dan visual. Contohnya;
1. menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
menunjuk

dan

membezakan

kepantasan

kenderaan.
2. menerangkan bunyi kenderaan.
3. menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

pergerakkan

Penerangan

guru

dengan

diiringi

bahan-bahan

tersebut

dapat

memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka


memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai
pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka
alam

maya

untuk

menimbulkan

rasa

pengajaran

dapat

mencari
ingin

maklumat.
tahu

membantu

Peluang

ini

murid .Penggunaan

murid

meneroka

dan

akan

dapat

bahan-bahan
mengaitkan

pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata pelajaran


lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat
memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

You might also like