You are on page 1of 5

SMK SUNGAI BURONG,

45500 TANJONG KARANG,

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA


PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH KALI KE-4
TARIKH

15 Oktober 2014

MASA

2.30 PETANG

TEMPAT

BILIK MESYUARAT, SMK SUNGAI BURONG

KEHADIRAN :
1.Tuan Hj Mohd Zawnwi B Salikin

[ GPK Akademik ]

2.Encik Mohd Hanim Bin Satek

[ GPK HEM ]

3.Puan Hjh Zaliha Bt mohd Nor

[ GPK Kokurikulum

4.Puan Mahani Bt Abd Rahman

[ GKMP Sains dan Matematik ]

5.En. Anuar bin Tompang

[ GKMP Kemanusiaan ]

6.Encik Sabri Bin Abdullah

[ GKMP Teknik dan Vokasional ]

7.En Wan Muhd Zaini B Wan Hassan

[GKMP Bahasa ]

9.Cik. Siti Harain binti Md Sisut

[Setiausaha Majalah]

10.Pn. Hjh Ainon bin Ismail

[AJK Majalah]

11.Pn. Hjh Rosmidah binti Ismat

[AJK Majalah]

12. Pn. Norriza binti Yahaya

[AJK Majalah]

13. Pn. Norwati binti Soleh

[AJK Majalah]

14. En. Farok Hadumi bin Mario

[AJK Majalah]

15. En. Saiful Amran bin Abd RAhman

[AJK Majalah]

Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn. Noorafzan binti Ihwan

[Cuti Bersalin]

1.1.

PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab.


1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran Jawatan kuasa Lembaga Penerbitan Majalah
Sekolah.
1.3 Berpuashati dengan sesi fotografi yang telah di adakan selama 5 hari dalam keadaan
terkawal,
1.4 Harga majalah Imej SMKSB 2014 yang dipersetujui oleh Pihak Pentadbiran dan
PIBG adalah sebanyak RM15.00 sahaja.
1.5 Berharap dummy majalah Jentayu 2014 akan diluluskan oleh JPNS secepat
mungkin sekaligus melicinkan tugas pihak sekolah dalam merealisasikan penerbitan
majalah ini.

2,0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2014


Minit Mesyurat kali-2 yang lalu bertarikh 23 Julai 2014 telah disahkan sebulat suara
tanpa pindaan.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 4.1.1 Sebut harga pengiklanan- pihak sekolah akan meletakkan sebut
harga baru bagi iklan dalam majalah sekolah pada tahun hadapan.
Tindakan: AJK Pengiklanan
4.0 PERKARA-PERKARA BARU
4.1 LAPORAN PENYELARASAN
4.1.1 Pengedaran majalah sekolah pada tahun 2013 berjalan dengan lancar kecuali
pengedaran majalah kepada bekas murid-murid Tingkatan 5 masih terdapat
baki yang belum diambil walaupun telah dimaklumkan.
Tindakan: Makluman
4.1.2 Kutipan yuran majalah bagi tahun 2014 memuaskan. Sebab-sebab kutipan
yuran meningkat berbanding tahun lepas;
(a) Lebih ramai yang membayar.
Tindakan:Makluman
4.1.3 Pihak pengurusan memutuskan untuk membenarkan satu keluarga hanya
perlu memberi sumbangan untuk majalah sekolah bagi seorang anak sahaja.

Tindakan;Guru-guru Tingkatan
4.1.4 Pengambilan gambar untuk majalah sekolah bagi kelas-kelas,unit beruniform,
kelab dan persatuan telah selesai dijalankan dengan suksesnya pada 0708/April 2014.
Tindakan:Makluman.
4.1.5 Pada tahun ini, ruangan Senior Tingkatan 5, dua kelas mengambil gambar
sedikit lewat. Tahun hadapan perlu kerjasama guru-guru tingkatan.
Tindakan: Makluman.
4.1.6 Gambar guru/staf sokongan telah diambil dengan jayanya pada 29/08/2014
(Jumaat). Semua guru bekerjasama memakai baju berdasarkan tema warna
Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan:Makluman.
4.1.7 Pengambilan gambar murid-murid telah dilakukan di Dataran Perhimpunan
manakala guru-guru pula diatas pentas Dewan Terbuka.
Tindakan: Makluman.
4.1.8 Penjualan gambar agak lambat kerana pihak Sidred menerima gambar yang
hendak dijual lewat(Ogos). Sepatutnya dalam bulan Mei, sebulan selepas
sesi fotografi (April).
Tindakan:Makluman.

4.2 Laporan Kewangan.


4.2.1 Seramai 575 orang murid telah membayar RM 15.00 setiap sebuah keluarga
sebagai sumbangan majalah setakat 14.10.14.
BIL
1.
2.
3.
4.
5.

TINGKATAN
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5

JUMLAH PELAJAR
128 orang
117orang
120 orang
108 orang
83 orang

JUMLAH BESAR

575 ORANG

4.2.2 Akaun bayaran sumbangan majalah tahun 2014 adalah sebanyak RM 8625.00.
Tindakan: Makluman.
4.2.4 Guru kelas diharapkan menggalakkan pelajar membayar sumbangan majalah pada
masa akan datang.
Tindakan: Guru Tingkatan.

5.0 Kelulusan Menerbitkan Majalah Sekolah Edisi 12/2014 dan Pemilihan Pencetak.
5.0.1 Senarai nama pencetak yang telah memohon:
a) Arif Corporation Sdn. Bhd.
b) Gemilang Press Sdn. Bhd.
5.0.2 Ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju agar majalah JENTAYU bil. 12
diterbitkan pada tahun 2014.
5.0.3 Ahli mesyuarat telah memutuskan Syarikat Arif Corporation Sdn. Bhd dipilih
sebagai pencetak majalah JENTAYU atas sebab-sebab:
i) Berpengalaman dalam menerbitkan majalah Pendidik.
ii) Menawarkan kos penerbitan yang rendah.
iii) Memenuhi kualiti gambar yang tinggi.

5.1 Proses Pruf Reading


5.1.1 Pn. Hjh Zaliha, PK KOKU mengesahkan proses Pruf Reading majalah
telah dilakukan sebanyak 3 kali. Semakan tersebut telah dijalankan dengan
suksesnya.
5.1.2 Beliau memohon kerjasama daripada semua ahli jawatan kuasa agar
memberi kerjasama menyemak kali terakhir dummy majalah Jentayu edisi
12,2014.
5.1.3 Sedikit sahaja kesalahan ejaan yang telah diperbetulkan. Ahli mesyuarat
sebulat suara mengesahkan dummy majalah Jentayu 2014 menepati
spesifikasi yang telah ditetapkan.
5.1.4 Beliau juga menyatakan akan pergi ke JPS untuk menyerahkan dummy
yang telah dijilidkan kepada pihak JPS untuk disemak.
5.1.5 Pengerusi berharap agar AJK Penerbitan bergerak cepat agar pengurusan
penerbitan berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan..
Tindakan: Ahli Jawatankuasa Sid.Redaksi.
6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Makluman kepada semua AJK SiDred bahawa lawatan sambil belajar ke
Putrajaya akan diadakan pada bulan hadapan sebagai penanda arasan dan
memperbaiki bahan majalah bagi tahun hadapan.
6.2 Pengurus pengedaran diminta mengambil senarai nama pelajar yang membayar
duit sumbangan majalah bagi memudahkan pengurusan pengedaran majalah
2014.
6.0 PK KOKU mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat. Beliau berharap
semoga pengurusan majalah Jentayu 2014 berjalan seperti yang dirancang
dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.
Disahkan oleh,
...................................................
( PN HJH ZALIHA BINTI MOHAMED NOR)
Penolong Kanan Kokurilukum
SMK Sungai Burong.

You might also like