You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LIPUS,

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH,


DEARAH KANOWIT
96700 KANOWIT
Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : JPS(W)/153/02/08/01( )
Tarikh
: 02 OKTOBER 2014
Setiausaha Politik Kepada
Yab Ketua Menteri Sarawak
5th Floor, Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya,
93502 Kuching, Sarawak,
Malaysia.
Tuan,
Permohonan Peruntukan Untuk Membiayai Lawatan Murid Tahun 6 SK. Nanga Lipus
2014
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik Yang Amat Berhormat agar
dapat meluluskan peruntukan bagi membiayai Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun
Enam 2014.
3.
Untuk makluman pihak tuan, sekolah ini merupakan sekolah kurang murid(SKM)
harian dan tidak mendapat peruntukan untuk mengadakan lawatan murid tahun Enam.
Walaubagaimanapun, pihak sekolah merasakan bahawa lawatan sambil belajar ini penting
untuk mendedahkan anak-anak kampung dengan cabaran dan realiti kehidupan di Bandar.
Ini adalah penting untuk membuka mata mereka tentang pentingnya pendidikan kepada
mereka.
4.
Diharap Yang Amat Berhormat dapat meluluskan peruntukan tersebut demi
kepentingan pendidikan. Anggaran kos peruntukan adalah sebanyak RM 8312 (Lapan Ribu
Tiga Ratus Dua Belas Ringgit Malaysia sahaja). Kertas Kerja adalah seperti Lampiran 1
berkembar. Keprihatinan dan jasa baik YAB amat-amat kami hargai.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( GIA ANAK MABONG )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Nanga Lipus, Kanowit.

You might also like