You are on page 1of 17

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Definisi Kebudayaan

 keseluruhan cara hidup manusia.

• Kepentingan kebudayaan

 berperanan penting dalam proses pembangunan negara di


Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
 Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti
dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan.

 Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat


yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara.
 Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka


disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan
kebangsaan.

Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai


kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan
kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.
 
RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


merupakan langkah penting untuk mengekalkan
perpaduan.

Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan


mewujudkan serta mengekalkan identiti dan
perpaduan dalam masyarakat.

Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia


bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya
3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau


ini.
 Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran
dan warisan kebudayaan Melayu.
 Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan
Bahasa Melayu.
 Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam
Kebudayaan Kebangsaan
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan
sebagainya
Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan
kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-
prinsip Rukun Negara

3. Islam menjadi unsur penting di dalam


pembentukan kebudayaan kebangsaan.

• Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan


Malaysia sebagai sebuah negara Islam
Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain
yang tidak bertentangan dengan budaya Islam
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak
kebudayaan nasional.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke
arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan
melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui


usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong
dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

Memenuhi keperluan sosiobudaya

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.


PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN 

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan


Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi
dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian
dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan.
Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola
dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis
Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-
badan antarabangsa.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,


penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar
ini.

Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan


Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun
dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
    
 Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri
dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting
dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan
harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.

Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan


kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh
memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan
kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-
masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau
projek-projek kebudayaan.
CABARAN YANG DIHADAPI
Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat
melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.

Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta


hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-
masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan


permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing.
Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga
ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing.
Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah
'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan
budaya dan adat resam masing-masing.
PENUTUP

      Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya
yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam
membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun
demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan
dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar
ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan
dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan
kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat
persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum
dan memperlihatkan keperibadian   kebangsaan Malaysia itu sendiri
sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Contoh-contoh aktiviti yang mengalakkan
perpaduan di Malaysia
Pendidikan
- Sekolah wawasan
- Sekolah kluster
- Sekolah sukan
• Kesenian
- Seni suara
Contoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di sekolah,
Seni tari
- Kelab tarian, Kelab rehlah, pertandingan tarian-
contoh KAGUM IPG
- Seni ukir
- Khat

You might also like