You are on page 1of 14

Laporan hasil kajian kes akan dibentangkan berdasarkan beberapa aspek seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 1 berikut.

3.0 Masalah
yang dikenal
pasti

4.0 Teori
kaunseling
yang dipilih

2.0 Latar
Belakang
Klien

1.0
Pengenalan

5.0 Kaedah
Penyelesaian
Masalah

Laporan
Kajian Kes

6.0
Kesimpulan

Rajah 1: Pembentangan Isi Laporan Kajian Kes Sekolah


1.0

PENGENALAN

Perkataan kaunseling semakin signifikan dalam masyarakat hari ini. Hal ini
bermaksud perkhidmatan kaunseling semakin penting dan diperlukan oleh orang
ramai, termasuklah warga murid di sekolah. Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling (B&K) sekolah memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan
negara terutamanya bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan
menyambut cabaran Wawasan 2020. Perkhidmatan B&K perlu mempunyai
pengurusan yang mantap dan sistematik dalam usaha mencapai hasrat memberikan
perkhidmatan yang terbaik. Perkhidmatan B&K sekolah wujud dalam usaha manusia
mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan menangani masalah
yang dihadapi oleh murid.
Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia
bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini. Pada
asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling yang bermaksud
menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud
kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah
satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan

keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan


potensi diri untuk masa depannya.
Manakala menurut Gladding (2003), kaunseling ialah proses menolong individu
yang biasa dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas-tugas
perkembangan dan keadaan hidup. Tujuannya adalah bagi mengenali diri,
permasalahan, penyesuaian, menenteramkan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh
klien. Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan
secara profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana
sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang positif
kepada klien tersebut.
Perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Dalam laporan kajian kes hasil
daripada temu bual yang dijalankan antara saya dengan guru bimbingan dan
kaunseling di SJK(C) Kuo Min Seremban, Puan Low Set Choo, kes yang terlibat
ialah jenis kaunseling individu. Berdasarkan takrifan Shertzer dan Stone (1981),
berpendapat bahawa kaunseling individu merupakan satu proses interaksi yang
menyediakan hubungan bermakna mengenai diri dan persekitaran yang akan
menghasilkan matlamat dan nilai untuk perubahan tingkah laku pada masa hadapan.
Sesi kaunseling ini baru dijalankan dalam bulan Januari Tahun 2015 dan
melibatkan interaksi antara Puan Low dengan seorang murid Tahun 6. Murid ini baru
bertukar dari kelas tahap sederhana lemah ke kelas tahap cemerlang. Guru kelas
mula mendapati tingkah laku murid ini yang bersikap keterlaluan pendiam dan leka
dalam melengkapkan kerja sekolah ataupun membuat revisi secara bersendirian di
dalam kelas. Klien kurang bersosial dengan rakan sekelas. Guru kelas bimbang
dengan keadaan klien lalu merujuk kes ini dengan Puan Low.
Dalam sesi kaunseling yang dijalankan, guru kaunseling cuba memahami
keadaan klien, mengenalpasti masalahnya dan juga membantu klien memahami
personalitinya. Menurut Blocher (1966), kaunseling dapat mempercepatkan individu
mempelajari sifat peribadinya secara mendalam. Ia dapat dilakukan dengan
memahami watak dirinya dalam kehidupan seharian.

2.0

LATAR BELAKANG KLIEN


2.1

2.2

Maklumat Peribadi Klien


2.1.1

Nama

: Ronald The Rok Yen

2.1.2

Umur

: 12 tahun

2.1.3

Jantina

: Lelaki

2.1.4

Kelas

: 6K

2.1.5

Agama

: Buddha

Latar Belakang Keluarga


2.2.1

Pekerjaan Ibu Bapa

Ibu kini bekerja sebagai seorang akauntan. Nenek mengurus


perniagaan roti sendiri. Bapa bekerja sendiri di Kuala Lumpur.
2.2.2

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

Ibu belajar sampai tahap pengajian tinggi manakala bapa ialah


lepasan sekolah menengah.
2.2.3

Bilangan Adik-beradik

Cuma dia seorang ialah anak tunggal dalam keluarga.


2.2.4

Kualiti Hubungan Klien Dengan Ibu Bapa

Ibu bapa telah berpisah lama, sehingga dua bulan lepas baru
bertemu

balik

menyebabkan

dengan
kurangnya

bapanya.
kasih

Perpecahan

sayang

yang

keluarga
sempurna

daripada ahli keluarganya.


2.2.5

Status Sosioekonomi Keluarga

Dikira berada dalam tahap sederhana. Nenek, ibu dan bapanya


masih berkeupayaan untuk bekerja.
2.3

Sejarah Sosial Klien

Dari aspek hubungan klien dengan rakan-rakan dalam kehidupan seharian,


dia mempunyai sahabat tetapi dia bersikap pendiam, kurang pandai
bersosial. Dia menghabiskan lebih banyak masa dalam menjalankan revisi

secara bersendirian. Manakala dari aspek penyertaan dalam aktiviti sukan


dan hiburan, dia kurang berminat dan pasif dalam penyertaan aktiviti.
2.4

Sejarah Perubatan Klien

Dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang signifikan atau pernah
dimasukkan ke hospital. Dia tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan
mental. Dia tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, asma atau
lain-lain.
2.5

Sejarah Penerimaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di

Sekolah
Dia tidak pernah menerima perkhidmatan kaunseling sebelum ini. Ini
merupakan kali pertama, dan telah menerima perkhidmatan kaunseling
sebanyak tiga sesi.
3.0

MASALAH YANG DIKENAL PASTI

3.1

Bersifat pendiam dan kurang bersosial dengan rakan sekelas

Murid ini bersifat pendiam di sekolah. Oleh sebab murid ini baru bertukar kelas pada
beberapa bulan yang lepas, dia masih sedang cuba menyesuaikan diri dengan
persekitaran sosial bilik darjah. Namun demikian, guru kelas mendapati bahawa dia
kurang bersosial dengan rakan sekelas, kebiasaannya semasa waktu lapang, dia
cuma akan leka dalam menghabiskan kerja secara bersendirian.
Menurut kata murid sendiri, selepas waktu sekolah, dia kurang terlibat dalam
aktiviti hiburan semasa waktu lapang. Dia sering membebankan diri dengan kerjakerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu. Dia kurang memberikan
masa kepada diri sendiri untuk melapangkan minda.
Menurut Puan Low, hasil daripada perbualan beliau dengan murid ini,
mendapati bahawa sifat pendiam ini bukan berpunca daripada pengaruh oleh
perpecahan keluarganya. Hal ini kerana
Tambahan pula, atas punca sifat murid ini yang pendiam yang kurang
bersosial, dia tidak mempunyai rakan sekelas yang sanggup untuk belajar secara
berkumpulan dengannya. Pembelajaran berkumpulan adalah salah satu kaedah
pembelajaran yang banyak ditekankan dewasa ini. Pembelajaran ini melibatkan

perbincangan, penyelesaian masalah dan aktiviti lain yang dilaksanakan dalam


kumpulan yang kecil atau secara berpasangan untuk mencapai matlamat bersama.
Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka
lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari kumpulan. Menurut Kagan (1999),
pembelajaran berkumpulan melibatkan pengawasan dan penggalakan interaksi
dalam kalangan pelajar berbanding dengan persaingan pembelajaran dan
pembelajaran persendirian. Nyata sekali, belajar berkumpulan lebih baik daripada
belajar bersendirian.
3.2

Penggunaan kaedah belajar yang kurang berkesan

Murid ini menghadapi stres dalam aspek pembelajaran. Walaupun dia telah
menghabiskan masa yang panjang dalam membuat revisi, namun demikian dia tetap
tidak dapat mencapai hasil pembelajaran yang baik. Dia berkata bahawa dia
menghabiskan masa yang panjang untuk menghafal serangkap perkataan, namun
demikian tetap akan lupa isi pembelajaran dengan senang. Akibatnya, markah yang
diperolehinya sangat rendah dalam penilaian dan menyebabkan dia rasa rendah diri,
kurang berkeyakinan terhadap keupayaan sendiri.
4.0

TEORI KAUNSELING YANG DIPILIH

Dalam kes ini, Puan Low telah menggunakan Teori Pemusatan Klien sebagai
panduan. Teori Pemusatan Klien atau Individu telah diperkenalkan oleh Carls Rogers
dalam bukunya yang pertama, Counseling and Psychotherapy yang telah diterbitkan
pada 1942. Rogers memulakan pemusatannya kepada pengalaman klien dan juga
pandangan subjektifnya terhadap fenomena dunia ini.
Teori yang dikemukakan oleh Rogers adalah menganggap manusia adalah
aktif, mempunyai tujuan, matlamat, sedia memperbaiki kelemahan diri, yang mana
kesemuanya menggambarkan bahawa manusia mampu bertindak sendiri mengikut
pembawaan semula jadinya.
Menurut Carl Rogers, manusia bersifat rasional, gemar bersosialisasi,
berpandangan

ke

depan

dan

realistic.

Sebagai

penjelasan

lanjut,

beliau

menyenaraikan beberapa ciri-ciri manusia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Pandangan Carl

a) Mempunyai

maruah serta harga diri dan

harus

dihormati.
b) Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri dan
berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak,

Rogers Terhadap
Manusia

sekiranya diberikan peluang.


c) Berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing.
d) Mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab
secara konstruktif.
e) Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran
f)

dan tingkah laku masing-masing.


Berpotensi untuk melakukan

perubahan

yang

konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah


kehidupan yang memuaskan.
Rajah 2: Pandangan Carl Rogers Terhadap Manusia
Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers
(1942) membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai,
mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan
masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Mereka boleh
menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka menjalani hubungan teraputik
yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan pentingnya sikap dan
ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan antara klien dengan
ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan dan
keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Rogers menekankan tiga teknik ahli
yang amat penting bagi menjamin mewujudkan satu perhubungan yang berkesan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 berikut.

2.
Penerimaan
tanpa syarat
1. Keikhlasan
diri dan
kongruens

Rajah 3: Teknik yang digunakan dalam Teori Kaunseling Pemusatan Perorangan


Carl Rogers

Teknik pertama ialah keikhlasan diri dan kongruen. Sikap kongruens


merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli terapi
dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu
memberikan tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai
sifat ikhlas dan tidak berpura-pura.
Keikhlasan seorang kaunselor dapat dilakukan dengan aktif mendengar dan
berfikir tentang masalah dan perasaan yang diluahkan oleh klien. Mendengar
merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan
yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap
sama ada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan
prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas
tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri. Mengenal pasti
perasaan dapat memberitahu kepada murid bahawa kaunselor sedang mendengar
dan menggalakkan murid untuk bercakap dengan lebih bebas. Ini boleh membantu
untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan.
Dalam kes ini, Puan Low ada bertanyakan soalan untuk mendapatkan
penjelasan agar beliau boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur.
Tujuannya ialah memahami diri dari konteks bagaimana cara berfikir murid dan

perasaannya terhadap sesuatu masalah. Pada asalnya, guru tidak pasti sebab murid
ini tidak mempunyai rakan yang sanggup berkongsi pengetahuan dengan dia, jadi
beliau telah bertanyakan soalan untuk menggalakkan murid bercerita dengan lebih
lanjut.
Selain itu, sewaktu sesi bimbingan dan kaunseling dijalankan, Puan Low
memberikan maklum balas kepada murid. Beliau berkongsi apa yang difikirkan,
dirasakan dan untuk menyemak persepsi murid berkaitan dengan masalah yang
dihadapi. Apabila murid menyatakan dengan pengurusan emosinya yang kurang
memuaskan, beliau memberikan maklum balas dengan berkongsi dengan kesan
negatif yang akan menimpa sekiranya perasaan stres tidak dapat ditangani dengan
bijak.
Tidak lain dan tidak bukan, Puan Low juga ada mendengar untuk merasa
perasaan murid dalam kes ini. Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang
mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien.
Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi
persefahaman dua hala boleh dihindari. Dalam kes ini, Puan Low ada cuba
mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej yang dirangka
dalam bentuk perasaan kamu sekarang dan jika apa yang saya dengar ini betul.
Dalam kes ini, Puan Low juga ada menghormati murid ini. Menghormati
adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan
orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan
untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata. Puan Low menghormati
murid ini dengan memberikan layanan yang adil tanpa mengira latar belakang
keluarganya yang telah berpecah-belah. Puan Low tidak memandang rendah
terhadap murid ini.
Teknik yang kedua ialah penerimaan tanpa syarat. Teknik ini menekankan
supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai
tingkah laku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam erti kata
lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan apa-apa
syarat ke atasnya. Dalam kes ini, Puan Low bersedia menerima murid ini tanpa
prasangka atau sebarang penilaian.

Teknik yang ketiga ialah empati. Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa
dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu klien
daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di
dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat.
Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza
daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dalam kes ini, dari huraian murid, baik
melalui

bahasa

mahupun

melalui

gerak-geri

tubuh

badannya,

Puan Low

berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai,


mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam
objektifnya dari realiti yang sebenar. Contohnya, murid asyik melihat sekeliling dan
menjawab soalan berkaitan dengan keadaan pembelajaran di kelas. Guru dapat
menginterpretasikan gerak-geri ini bahawa murid masih takut dengan persekitaran
baru. Jadi, guru cuba memahami perasaan murid ini dengan mesej seperti Saya
faham akan perasaan anda. Saya sentiasa sedia membantu anda.
Penggunaan Teori Kaunseling Individu ini dapat menampakkan beberapa
kekuatan. Yang pertama, tiga teknik yang dibincangkan di atas dapat membina
hubungan teraputik antara kaunselor dengan klien. Hubungan teraputik
bermaksud suatu hubungan interaksi yang mempunyai sifat menyembuhkan.
Contohnya, teknik ketulenan yang ditunjukkan oleh kaunselor dapat membolehkan
murid rasa selesa dan hubungan teraputik antara kaunselor dengan murid dapat
diwujudkan. Sekiranya Puan Low terlalu terikat dengan peranannya, perbualan akan
menjadi kurang selesa. Kaunselor tidak dapat berkomunikasi secara terbuka, dan
terlalu berjaga-jaga. Kaunselor sebegini juga akan bersifat impulsif atau terlalu terikat
dengan peraturan. Kaunselor bersikap sedemikian akan rasa kekok untuk
meluahkan perasaannya yang tersembunyi.
Yang kedua, teori ini amat menitikberatkan perhubungan antara kaunselor
dengan klien dari awal hingga akhir sesi kaunseling. Contohnya, teknik empati
yang digunakan dapat memastikan keselesaan dan kelancaran sesi kaunseling dari
awal hingga akhir sesi. Menurut Choong Lean Keow (2010), antara strategi yang
terangkum dalam sifat empati termasuk kemahiran melayan dan kesenyapan. Mimik
muka dan postur badan merupakan indikator kepada klien bahawa guru bimbingan
dan kaunseling memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan dan dirasai.
Ini dapat dilakukan dengan mendengar masalah klien secara aktif, iaitu
kesediaan seseorang kaunselor untuk mendengar permasalahan klien, tidak

memberi perhatian kepada fikiran dan masalah orang lain dan cuba memahami
maksud yang hendak disampaikan oleh klien. Kemahiran mendengar secara aktif
memerlukan seseorang kaunselor memerhati mesej yang cuba disampaikan oleh
klien berdasarkan komunikasi verbal dan tingkah laku bukan verbal.
Dalam kes ini, Puan Low ada bertanya soalan yang pelbagai dan menunjukkan
minat yang mendalam dengan setiap butir penceritaan murid. Dalam proses ini,
Puan Low juga ada memberi respon, mempamerkan bahasa badan yang sesuai
agar mesej ini dapat difahami oleh murid bahawa beliau sedang mendengar
masalahnya. Mesej seperti Jangan risau. Saya faham situasi anda dan akan cuba
membantu anda. dapat membolehkan murid rasa sifat empati yang ditunjukkan oleh
Puan Low. Selain itu, beliau juga memberikan anggukan kepala, kontek mata,
senyuman dan nada suara yang lembut, ini adalah amat penting bagi mewujudkan
hubungan kaunseling yang teraputik.
Yang ketiga, teori ini berpusatkan klien, klien yang bertanggungjawab
membuat keputusan. Berdasarkan Teori Kaunseling Individu, peranan sesi
kaunseling berprientasikan pemusatan perorangan bertujuan untuk membantu klien
meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi dan spontan. Matlamat kaunseling
yang disasarkan ialah menghasilkan klien yang mampu berfungsi dengan sempurna,
berupaya mengurus kehidupan masing-masing dan berkebolehan menghargai diri
masing-masing. Contohnya, dalam kes ini, Puan Low membimbing murid membuat
keputusan sama ada terus kekal di kelas cemerlang atau bertukar balik ke kelas
tahap sederhana, beliau tidak bersifat mengarah semasa membimbing murid
membuat keputusan dengan menyampaikan mesej-mesej yang mengarah seperti
Saya rasa anda bertukar balik ke kelas sederhana lebih baik kerana. Beliau
menggalakkan murid membuat keputusan sendiri. Akibatnya, murid membuat
keputusan untuk terus kekal di kelas cemerlang.
Secara tidak langsung, ini juga dapat menjadikan individu lebih berdikari
dan bertanggungjawab ke atas dirinya. Murid perlu berfikir dengan teliti sebelum
membuat keputusan, bukan sahaja dalam kes ini, malahan juga perlu berbuat
demikian semasa membuat keputusan berkaitan kehidupan seharian pada masa
kelak.

5.0

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Guru bimbingan dan kaunseling sekolah, Puan Low Set Choo telah memberikan
nasihat berkaitan beberapa jenis kaedah penyelsaian untuk membantu murid ini.
5.1

Membimbing dan memberikan hak membuat keputusan kepada murid

Salah satu tugas sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling adalah menolong
pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan
sendiri. Dalam perkara ini, seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk
mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup
bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang
bakal diambilnya. Perkara ini akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan
teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
Dalam kes ini, Puan Low ada menjelaskan bahawa murid diberikan dua pilihan iaitu
sama ada terus berada di kelas cemerlang atau bertukar balik ke kelas sebelum ini.
Beliau memberikan bimbingan dengan menyatakan sebab dan akibat bagi membuat
kedua-dua keputusan itu. Seterusnya, guru memberikan hak membuat keputusan
kepada murid sendiri. Pada akhirnya, murid membuat keputusan untuk terus berada
di kelas cemerlang dan bertekad akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran
kelas.
5.2

Membimbing murid mengenai cara pengurusan masa

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada


proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta
mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai
oleh orang yang menerimanya. Pengurusan masa adalah penting bagi setiap orang
dalam kehidupan harian untuk tujuan perkembangan holistik individu.
Sekiranya pengurusan masa dilakukan dengan baik, maka dapat melakukan
beberapa aktiviti dalam sehari dengan cekap dan sempurna. Cara pengisian masa
kehidupan seharian dapat menentukan kualiti hidup seseorang pada masa depan.
Dalam kes ini, murid menggunakan kebanyakan masanya dalam membuat kerja
sekolah dan revisi sahaja. Dia kurang melibatkan diri dalam aktiviti hiburan dengan
jiran atau rakannya. Akibatnya, dia kurang kemahiran bersosial dengan orang di
sekelilingnya, termasuklah rakan sekelasnya sekarang. Jadi, sebab inilah yang
menyumbangkan punca dia kurang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
kelas yang baru.

Dengan ini, Puan Low menggalakkan murid ini untuk menyertai aktiviti hiburan
yang berfaedah dengan rakan pada waktu lapang. Murid perlu mempraktikkan
kemahiran bersosial dalam aktiviti kumpulan. Kemahiran sosial yang dimaksudkan
adalah kemahiran mendengar, berkongsi dan memberi galakan yang digunakan
ketika berinteraksi dengan individu lain sama ada secara lisan atau bukan lisan.
Selain itu, kemahiran sosial akan dipelajari secara tidak langsung semasa murid
berinteraksi.

Dengan

adanya

kemahiran

bersosial

dapat

membantu

mempercepatkan lagi proses penyesuaian sesama murid di dalam kumpulan yang


terdiri daripada murid yang berbeza latar belakang dan wujud perbincangan dalam
suasana pembelajaran yang harmoni.
Selain itu, Puan Low turut menasihatkan murid ini untuk menghasilkan jadual
waktu persendirian. Murid boleh tentukan tempoh masa yang harus dia peruntukan
masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. Murid boleh memilih keutamaan
mengikut tahap kesusahan sesuatu mata pelajaran atau topik, seterusnya berikan
tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran tersebut. Keupayaan minda
menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Menurut pengalaman sendiri Dr. Mohd
Shukri Abdullah yang kini menjawat sebagai Pengarah Urusan, Amalan Belajar Sdn.
Bhd, beliau menasihatkan bahawa panjang masa belajar yang sesuai untuk sehari
ialah 2 jam.
5.3

Membimbing murid mengenai gaya belajar

Salah satu tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan
memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk
berkembang dengan baik, memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien
hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai
kesempurnaan kendiri. Dalam kes ini, murid menggunakan masa yang panjang
dalam membuat revisi, namun demikian tetap tidak dapat mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki. Puan Low mendapati murid ini mungkin telah
menggunakan cara belajar yang kurang efektif. Jadi, Puan Low membimbing murid
mengenalpasti gaya pembelajaran dan cara belajar yang sesuai bagi setiap gaya
pembelajaran masing-masing.
Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang
digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1982), dalam buku Learning Style
Inventory Development and Research, menghuraikan gaya pembelajaran sebagai
cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan , iaitu persekitaran, emosi,

sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu


untuk

memahami,

berinteraksi

dan

bertindak

balas

kepada

persekitaran

pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah


cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat
untuk membentuk konsep dan prinsip.
Puan Low menerangkan dan membandingkan jenis gaya pembelajaran bagi
membantu murid memahami serta mengenal pasti jenis gaya pembelajaran yang dia
tergolong. Gaya Pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik (VAK) mengandungi tiga
aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kenestetik.
Bagi murid gaya pembelajaran visual, murid belajar lebih baik dengan melihat
sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku di papan hitam atau paparan
computer. Murid visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti auditori tetapi
mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Bagi murid jenis gaya
pembelajaran auditori, murid belajar dengan mendengar perkataan yang disebut
dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat
atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu
yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman
pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Bagi murid jenis gaya
pembelajaran kinestetik, belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil
bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu
dengan baik apabila mencuba terus melalui hands-on.
6.0

KESIMPULAN

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik


berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi
menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk
perkembangan

dan

penyesuaian

peribadi

klien,

berlandaskan

moral

etika

kaunseling. Kemahiran kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling
sahaja ia juga perlu dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti
bimbingan semasa di sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia
selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan
kebolehan seseorang guru menolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup di dunia.

Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru, diharapkan murid dapat
belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan
perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi
guru atau kaunselor tidak mengajar. Fungsi guru pada masa itu adalah sebagai
pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani
murid dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti
keperluannya.

You might also like