You are on page 1of 20

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 / 2014

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

770703015761001

NO. KAD PENGENALAN

770703015761-01-5761

NO. TELEFON

012-3402598

E-MEL

mohdazleee@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

MENTAKAB LEARNING CENTRE

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

PENGGUNAAN APLIKASI ANDROID

METODOLOGI KAJIAN

INSTRUMENT KAJIAN

11

DAPATAN KAJIAN

14

KESIMPULAN

18

RUJUKAN

20

PENGENALAN

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


Peengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer (PPBK) ialah pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yanh dihasilkan untuk
disampaikan melalui komputer atau tablet.

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular,
komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian
Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang
kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah
Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google,
HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Android).

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi
untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh
didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan
mobile.

Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehmandan James D.


Russell(2000), aplikasi menggunakan computer untuk pengajaran selalunya dilabel sebagai
compuer-based instruction (CBI), computer-assistrd instruction (CAI) atau computr-assisted
learning (CAL).

Menurut Harold F. ONeil, JR and Judith Paris (1981), kosakata computer-based


adalah mencangkupi makna yang luas bagi mewakili pelbagai guna. Contohnya seperti
computer-managed instruction (CMI) dan computer-assisted instruction (CAI). Manakala
kosakata Instruction adalah merujuk kepada arahan sama ada dari sudut latihan dan
pendidikan.
3

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Menurut Alessi & Trollip (1985) mendefinisikan CAI sebagai penggunaan komputer
untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar. Menurut
Faharol Razi Hj. Shaari (1998) pula, menyatakan bahawa istilah Pengajaran dan Pembelajaran
Berpandukan Komputer (PPBK) adalah diambil dari istilah asalanya daripada bahasa Inggeris
iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang membawa maksud pengajaran terancang
berasaskan komputer.
Penggunaan sistem android telah membuka lembaran baru dalam sistem perkomputeran.
Pembelajaran sangat mudah diakses dengan kemudahan sambungan internet wifi sahaja. Beriburibu aplikasi aplikasi pembelajaran boleh dimuat turun dengan penggunaan AppStore yang
disediakan oleh Google pada bila-bila masa sahaja. Pembelajaran yang interaktif, grafik yang
menarik serta kesan audio yang memberangsangkan dapat menarik minat pelajar menguasai
sesuatu kemahiran pembelajaran dengan lebih efesyen dan berkesan.
Pada abad ke 21, sejajar dengan keperluan FPK dan menghadapi globalisasi pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolahsekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010.
Sewajarnya penggunaan tablet, telefon pintar atau peranti mudah alih yang lain adalah amat
bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini bagi melahirkan modal insan yang mahir
dalam teknolgi seiring dengan Wawasan 2020 bagi menjadikan Malayisa sebuah Negara maju.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan aplikasi Android bagi Math Work Out For Children

Paparan Tutorial
TUTORIAL
Tutorial melibatkan aplikasi android bagi penggunaan tablet atau smartphone memperkenalkan
bahan-bahan pembelajaran disampaikan secara berperingkat-peringkat. Ianya sesuai digunakan
untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji, membuat latih tubi, serta
5

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


penerangan mengenai tahap penguasaan pelajar dari aras mudah ke aras tinggi bagi
membolehkan pelajar memahami pembelajaran terhadap aplikasi ini.

Kategori Latih Tubi

Paparan Latih Tubi Tahap 3


LATIH TUBI
Latih Tubi adalah set latihan yang diberikan oleh aplikasi ini untuk meningkatkan pengalaman
belajar. Aplikasi ini akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau
salah. Seterusnya aplikasi ini dapat memberikan maklum balas kepada pelajar dalam bentuk
tulisan dan audio.
6

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Ini membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikut pembelajaran yang
diingini serta mengikut tahap penguasaannya sendiri serta dapat memaparkan kemajuannya
mengikut kemampuan pelajar utu sendiri. Tahap penguasaan yang boleh dicapai oleh pelajar
mengikut urutan, iaitu bermula tahap penguasaan satu hingga dua belas.

Kategori Permainan

Paparan Permainan
PERMAINAN
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan. Aktiviti ini
dapat mendorong pelajar membuat keputusan, mengikut arahan dan pertaturan permainan yang
telah ditetapkan. Elememn-elemen hiburan dan keseronokan dimasukkan dalam aplikasi ini bagi
memastikan pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK.
7

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Aplikasi ni dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan


kemahiran menyelesaikan masalah. Aktiviti permainan ini, dapat memotivasikan pelajar supaya
dapat bersaing dengan pelajar lain bagi menyelesaikan permainan ini dengan pantas.
Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabung dengan kaedah permainan untuk
menghasilkan suatu keputusan atau tindakan yang perlu diambil oleh pelajar. Pelajar akan
melakukan pilihan yang sesuai dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan .
Kategori Ujian

Paparan Tahap Ujian


UJIAN
Ujian pula membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian atau prestasi pelajar dengan
cepat dan tepat. Soalan-soalan berbentuk gambarajah dan interaktif amat menarik minat murid
bagi mengusai pembelajaran yang elah ditetapkan oleh guru.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


Terdapat juga soalan berbentuk aneka pilihan jawapan, isi tempat kosong dan padanan
betul-salah dan sebagainya yang sesuai digunakan dalam PPBK jenis ini. Jawapan adalah ringkas
dan tepat serta tiada jawapan berbentuk penulisan esei atau karangan. Murid yang Berjaya
menjawab soalan ujian dengan cepat dan betul mengikut masa yang ditetapkan akan diberikan
skor mengikut kemampuan pelajar berkenaan.

METODOLOGI KAJIAN
Bab ini akan menerangkan tentang kaedah perlaksanaan kajian bagi mengkaji hubungan antara
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan minat
pelajar terhadap penggunaan system android dalam penggunaan aplikasi Math Work Out For
Children bagi mata pelajaran Matematik Tahap 2 sekolah rendah. Aspek yang dibincangkan
dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian , prosedur
pengumpulan data, prosedur analisis data data dan juga kesimpulan yang akan dijadikan panduan
dan juga garis kasar bagaimana kajian ini dilaksanakan di sekolah yang dipilih.
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan pada tahap penguasaan serta
minat murid terhadap penggunaan tablet sebagai medium pembelajaran mata pelajaran
Matematik.
Menurut Cambell & Stanley (1996), reka bentuk kuasi eksperimen adalah melibatkan dua
kumpulan kawalan yang tidak setara atau the nonequivalent control group design . Manakala
menurut Hessen, 1996; McTaggart, 1997; Schumuck, 1997, mereka memberi pendapat kajian
tindakan ialah proses untuk mengkaji masalah yang berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah
yang melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya memperbaiki kualiti tindakan
yang dilakukan di dalam bilik darjah.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


Foshy ,(1998); Tomlinson, (1995), mereka pula memberi takrifan kajian tindakan
merupakan sejenis penemuan yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan
orang lain tentang maklumat yang diperolehi. Kajian tindakan yang dilakukan adalah
bermatlamat untuk memperbaiki teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dan seterusnya meningkatkan fungsi sesebuah sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai satu objektif iaitu mengetahui penggunaan tablet yang menggunakan
sistem pengoperaisan android terhadap pelajar sekolah rendah dalam meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran Matematik.
SOROTAN KAJIAN
Tablet merupakan salah satu gajet telekomunikasi yang terkenal di seluruh dunia. Majoriti
masyarakat dunia khususnya di negara maju dan membangun sudah mampu memiliki sekurangkurangnya mempunyai sebuah tablet kerana harganya semakin murah. Terdapat dua
pengoperasian sistem tablet iaitu android dan IOS.
Tablet terdapat dengan pelbagai jenama di pasaran. Antara contohnya ialah tablet jenama
Samsung, Balckberry, Acer, Ramos, Onda dan Teclast yang menggunakan system android untuk
berfungsi. Ini berlainan dengan tablet Apple atau dikenali sebagai iPad yang menggunakan
sistem pengoperasian IOS utuk berfungsi.
Penggunaan tablet pada masa ini begitu meluas dengan beberapa aplikasi yang boleh
digunakan dalam hanya satu tablet. Antara kegunaan tablet adalah seperti melayari internet
dengan mudah dan pantas dengan penggunaan internet wifi. Tablet juga mempuyai perkakasan
kamera bagi tujuan mengambil foto. Selain itu, terdapat juga aplikasi penunjuk arah (navigator)
bagi memudahkan perjalanan. Selain itu terdapat banyak aplikasi permainan interaktif dan juga
10

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


permainan yang berunsurkan pendidikan serta pengguna tablet boleh menonton video dan juga
mendengar lagu.

ALAT UKUR / INSTRUMEN KAJIAN


Salah satu instrumen yang digunakan ialah set soal selidik. Menurut Majid( 2000), penggunaan
borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh
responden kerana tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji.
Berikut merupakan contoh instrumen borang soal selidik yang digunakan;
Instrument Penilaian
Tajuk

Mata Pelajaran

Kumpulan Sasaran

: .....

Objektif Pembelajaran :

Huraian Ringkasan :

Pengetahuan Sedia ada :


11

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Kebolehan Membaca : ..
Model Pengajaran dan Pembelajaran
Tutorial dan Permainan dalam penggunaan aplikasi android
Aplikasi android Math Work Out For Children
Pemeringkatan
Bi

Rendah
1
2

Item

l
1

Sesuai dengan objektif

Sesuai dengan peristiwa pengajaran

Boleh menjelaskan konsep / prosedur

Ada interaksi / maklum balas yang aktif dari murid

Boleh menyimpan dan memproses rekod / prestasi

Menggalakkan perbincangan / aktiviti susulan

Ketepatan maklumat

Mudah dikendalikan

Kadar kecepatan

10

Pilihan pelajaran mengikut kebolehan murid

11

Kesesuaian maklum balas

12

Dapat menarik minat

13

Kawalan murid

14

Arahan konsisten, teratur dan jelas

15

Aktiviti pemulihan atau bantuan

16

Bukti Keberkesanan
12

Tinggi
4
5

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


17

Kreatif / Inovatif

18

Kesederhanaan dan kebolehbacaan (grafik)

19

Kesesuaian warna (kontras dan bilangan)

20

Kesesuaian dan mutu audio

21

Pendedahan dan pencahayaan (visual fotografi)

22

Panduan Penggunaan / Dokumentasi system

Rumusan

Kelebihan Bahan

Kekurangan Bahan

Cadangan

Catatan : Instrumen di atas di ambil dari Yusof Hasim (1998) "Teknologi Pengajaran",
Fajar Bakti, KL.

13

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

DAPATAN KAJIAN
Seramai 20 orang pelajar sekolah rendah telah terpilih di salah sebuah sekolah kawasan luar
bandar bagi mengikuti kaji selidik ini. Pelajar berkenaan mempunyai latar belakang kekeluarga
yang berbeza, tahap ekonomi yang berbeza, jantina yang berbeza dan terdapat persamaan di
kalangan pelajar dari segi umur dan suasana atau latar belakang persekitaran kampung.
Hampir semua pelajar yang dikaji tahu menggunakan tablet dengan menggunakannya
secara betul. Kajian dibuat setelah pelajar berkenaan mempelajari pembelajaran mata pelajaran
Matematik di dalam kelas. Aplikasi ini bertujuan meningkatkan lagi kefahaman mengenai tajuk
atau operasi Matematik yang diajar di dalam kelas serta dapat menarik minat pelajar.
Pra Ujian telah dijalankan bagi mengetahui kefahaman pelajar terhadap operasi
Matematik yang dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional.
Post Ujian juga dijalankan setelah penggunaan tablet dalam pengajaran.
Berikut merupakan jadual perbandingan dapatan Pra Ujian dengan Post Ujian;
Resonden Kawalan
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Markah Pra Ujian %


50
60
20
40
40
30
70
20
40
14

Markah Post Ujian


70
80
50
60
70
50
90
50
60

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Min

30
50
50
20
60
30
40
20
20
60
50
40

50
70
70
40
80
50
60
50
40
80
80
61

Graf Perbandingan Min Responden Pra Ujian dengan Post Ujian

70
60
50
40
30
20
10
0
Pra Ujian

Post Ujian

Borang soal selidik telah diedarkan kepada sampel pelajar yang telah diajar dengan
menggunakan tablet (Math Work Out) iaitu seramai 20 orang. Soal selidik ini telah diedarkan
bagi mengetahui sejauh manakah minat dan kecenderungan mereka terhadap pengajaran
berbantukan multimedia (tablet). Hasil soal selidik yang dilakukan adalah bagi menguji hipotesis
kajian menyatakan bahawa tidak terdapat kesan positif terhadap pelajar selepas penggunaan
tablet di dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas bagi bagi mata pelajaran Matematik

15

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


yang mempunyai opersai asas nombor. Skala yang digunakan didalam soal selidik ini adalah
skala likert di mana sampel dikehendaki menjawab mengikut skala yang diberi iaitu:
Format Skala Linkert
Skor Nilai
Sangat Tidak Bersetuju
Setuju
Tidak Pasti
Seuju
Sangat Setuju

Skor
1
2
3
4
5

Peratus Keseluruhan Soal Selidik Mengikut Skala


Bil
1

Soalan
Saya suka menghadiri kelas yang

(STS)

(TS)

(TP)

(S)

(SS)

Min

diajar dengan menggunakan tablet.


Saya menumpukan perhatian semasa

10

4.42

didalam kelas yang diajar

12

4.32

menggunakan tablet.
Saya memahami sepenuhnya apa yang
3

4.08

diajar semasa menggunakan tablet.


Saya menghayati segala contoh,
simulasi, analogi yang ditunjukkan

10

4.24

4.02

11

4.36

oleh guru.
Saya berkeyakinan menjawab soalan
selepas pengajaran menggunakan

tablet.
Saya mudah faham dengan gambar
rajah interaktif yang terdapat dalam

tablet.
Saya tidak pernah berasa bosan
semasa pengajaran berlangsung
Saya fikir dengan penggunaan tablet

4.42

dalam pengajaran guru dapat

4.50

meningkatkan minat saya dalam


16

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


pembelajaran.

Purata Min keseluruhan = 4.3


Hasil daripada soal selidik menyatakan bahawa terdapat 64.0% pelajar sangat setuju untuk
menghadiri kelas yang diajar berbantukan tablet, seramai 16.0% mengatakan setuju dan hanya
12.0% sahaja yang mengatakan tidak pasti serta 8.0% menyatakan tidak setuju. Min bagi soalan
ini adalah 4.3 dimana pelajar setuju untuk menyertai kelas yang diajar dengan menggunakan
tablet. Ini mungkin kerana mereka mahukan sesuatu kelainan didalam kelas yang mana
pengajaran

berbantukan

tablet

akan

lebih

menarik

minat

mereka

beserta

bantuan

audio,video,grafik dan animasi yang menarik.

Min bagi setiap soalan soal selidik


4.6
4.5
4.4
4.3
4.2
4.1
4
3.9
3.8
3.7
1

KESIMPULAN
Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak. Syarikat-syarikat besar pembangunan
aplikasi dan teknologi seperti Apple, Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-

17

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


lumba mengeluarkan produk yang di luar sangkaan pengguna tentang kehebatan teknologi ini di
mana ia mesra pengguna dan mempunyai banyak manfaat.
Antaranya seperti Ipad, tablet, smart phone dan sebagainya telah menggantikan
penggunaan komputer yang agak besar dan berat untuk dibawa bersama kemana-mana. Kini
kanak-kanak seusia 3 tahun sudah dapat menguasai kehebatan teknologi ini. Jika hendak
dibandingkan kemahiran dan tahap kreativiti pelajar pada awal tahun 2000 amat jauh
perbezaannya.
Keperluan teknologi masa kini telah menjadi suatu keperluan asas kepada pengguna
begitu juga kanak-kanak. Ianya dapat memberangsangkan kebolehan pelbagai pemikiran mereka
secara interaktif. Kini, masyarakat telah sedar bahawa keperluan ini amat penting untuk
perkembangan kognitif anak-anak mereka selain menghantar ke pusat-pusat tuisyen dan
sekolah.
Idea Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang di bawa oleh Tan Sri Dato'
Muhyiddin Mohd Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia amat bersesuai pada masa kini untuk
mengangkatkan lagi tahap kemajuan pendidikan sedia ada bagi melahirkan generasi masa depan
yang mempunyai daya fikiran tinggi bertaraf dunia seiring dengan kemajuan teknologi masa
akan datang.
Oleh yang demikian bagi peringkat permulaan masa kini, guru-guru seharusnya perlu
mengaplikasikan penggunaan teknologi ini dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh penggunaan Ipad, Smart Phone dan Tablet dapat
dimanfaatkan dalam pengajaran di dalam kelas sebagai alat yang praktikal dan dapat
menggantikan papan hijau yang agak mengganggu masa interaksi bersama pelajar.
Teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi khas seperti
Kamus, Quick Office (word/excel/power point), YouTube (Video tayangan) dan sebagainya.
Alat seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, Galaxy Note dan tablet dapat menggunakan capaian terus
internet melalui kad sim (data Internet) atau wifi yang memudahkan guru-guru untuk mencapai
18

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


maklumat secara terus dan cepat untuk menunjukkan contoh gambarajah, video dan sebagainya
kepada para pelajar.
Alat ini juga dapat disambungkan kepada projektor atau televisyen untuk tatapan para
pelajar di dalam kelas secara langsung. Penggunaan teknologi ini memberi suatu daya tarikan
kepada pelajar disamping dapat menjimatkan banyak masa untuk menulis dipapan hijau dan
menunjukkan contoh-contoh gambar rajah atau sebarang contoh yang terhad di dalam buku teks
dengan mencapai di dalam Google, Yahoo atau sebarang capaian maklumat jaringan internet.
Jika perlaksanaan ini dapat dilakukan maka tiada yang mustahil untuk kita melahirkan
pelajar yang berkualiti dalam masa terdekat juga secara tidak langsung sistem pendidikan yang
lebih berkesan telah tercapai.

RUJUKAN
Malaysia, Ministry of Education (1997). The Malaysian Smart School implementation plan.
Kuala Lumpur: Ministry of Education
19

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching andlearning.
Singapore: Prentice Hall.
Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in thedigital age.
U.S.A: McGraw-Hill.
Williams, D.M. (2000). Integrating technology into teaching and learning. Singapore:Prentice
Hall.
P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design Solution
ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of Computer and Education. 32. 19-33
Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan
Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12,
Bil.02, Disember 2002
http://skkgngka.blogspot.com/2010/01/pembelajaran-e-book-di-dalam-kelas.html

20

You might also like