You are on page 1of 9

TUGASAN 1

Anda dikehendaki membaca, memahami dan menganalisis nilai-nilai intergriti yang diamalkan
oleh tokoh- tokoh guru terdahulu. Huraikan dan berikan contoh nilai-nilai intregriti yang mereka
amalkn sehingga menjadi tokoh guru yang disegani ramai dan telah menaburkan budi dan bakti
di seluruh Negara di bidang pendidikan.

LATAR BELAKANG INTEGRITI


Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh
kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilainilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan
organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir
Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah, 2005). Nilainilai murni tersebut ialah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia iaitu
nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia.
Mengikut Pelan Integriti Nasional (PIN,2004),inetgriti adalah kualiti unggul yang wujud
secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ia adalah berlandaskan etika dan
pencerminan etika dalam tindakan seharian. Integriti merupakan konsep penting dalam
pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan
dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 1998). Integriti sebenarnya membawa
maksud yang luas yang merangkumi setiap aspek kehidupan
Manusia (Ismail,2009).
Perkataan intergriti itu sendiri mempunyi makna yang begitu luas dan mendalam.
Perkataan integrity bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan manakala
ada pula yang menganggap integrity sebagai soundness of moral principle yang merujuk
kepada keiklhasan dan kejujuran ( Nillsen, 2004). Manakala mengikut Kamus Dewan DBP,
1985 integriti ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan

Sebagai penjawat awam khususnya guru merupakan individu yang berintegriti


akan melaksanakan amanah dan kuasa yang telah dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum dan bukannya kepentingan diri sendiri. Mereka tidak boleh
menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Apabila berlaku
konflik kepentingan, mereka haruslah memberi keutamaan terhadap kepentingan

awam. Dengan demikian, penjawat awam perlu telus serta harus memikul
tanggungjawab yang diamanahkan (Sulaiman Mahbob, 2005).
Integriti selalunya dikaitkan dengan etika. Integriti merupakan konsep penting

dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat
dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik serta melaksanakan perkara
yang betul (Musatafar Ali, 2004). Sekiranya perbincangan berkaitan integriti
dibahaskan, maka ianya tidak lengkap selagi takrifan etika diabaikan (Yusof, 2005). Hal
ini kerana takrifan konsep integriti individu dalam Pelan Integriti Nasional itu sendiri
menyatakan bahawa integriti individu ialah keselarasan antara apa yang dikata dan
dikota, antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, kepentingan
diri dengan kepentingan umum. Etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi
piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Etika ialah not only what is
legal but what is right. Menurut Yusof lagi, etika merupakan suatu tanggungjawab dan
akibat daripada tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Kepentingan Integriti.
Dalam sebuah terbitan bertajuk "Dari Akar Hingga Buahnya" terbitan Institut Integriti
Malaysia (IIM) mengambarkan "Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan. Akarnya
dalam, menunjangi yakni menyokong batang yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan
dedaun menghijau sebagai mahkotanya....". Sesiapa yang memiliki integriti akan berdiri teguh
yang tidak akan mudah goyah dan terpujuk kepada kebendaan umpama pokok tersebut yang
sifatnya kuat dan tidak mudah digugat.
Oleh itu, bila kita membicarakan tentang integriti, maka perlu kita merujuknya sama ada
individu itu sendiri atau individu sebagai penjawat awam dan sesebuah organisasi atau
pertubuhan. Ini kerana setiapnya mempunyai tindakan sehari-hari yang bertaut rapat dengan
etika. Dalam individu, integriti bolehlah dilihat sebagai 'cakap serupa bikin". Apa yang
seseorang itu katakan haruslah selari dengan tindakan dan yang dikotakannya. Tindakannya
pula bermoral, mengikut peraturan sedia ada dan beretika yang konsisten dalam apa juga
perkara yang selari antara kepentingan diri dengan kepentingan orang ramai. Tetapi jika berlaku
pula "cakap tak serupa bikin" individu tersebut bolehlah dianggap dan dikatakan tidak
berintegriti.

Sementara jika kita melihat individu sebagai kakitangan awam atau penjawat awam,
sudah tentulah kita melihatnya integriti sebagai mereka yang telah diberi tanggungjawab dan
amanah yang pelaksanaannya harus dipertanggungjawabkan untuk kepentingan umum. Di
bahu mereka ada amanah, jadi integriti dalam konteks penjawat awam merujuk kepada
melaksanakan amanah dan kuasa yang ada untuk kepentingan umum bukannya untuk
kepentingan diri sendiri, rakan taulan, saudara mara atau kroni atau kerana ada kepentingan
lain, kata orang "ada udang di sebalik mee". Seseorang penjawat itu harus mempunyai dan
menunaikan setelus dan setulus sama ada untuk masyarakat, bawahannya malah kepada
ketuanya. Aspek ini harus diutamakan. penjawat awam tidak boleh membiarkan amanah dan
kuasa yang dimilikinya diatur dan dikuasai oleh pihak lain.
Sesebuah organisasi juga perlu ada integriti. Bagi melihat organisasi yang berintegriti,
bolehlah kita melihat dalam aspek pelaksanaan kod etika, wujud piagam pelanggan, memiliki
proses kerja yang teratur dan pematuhan kepada amalan terbaik. Semua aspek ini harus
dihayati, diamalkan oleh kakitangannya sebagai satu kebiasaan yang membudaya dalam
organisasi berkenaan dan bukan sebaliknya aspek tersebut hanyalah sebagai hiasan dinding
dan hanya untuk dibaca atau diceritakan kepada pihak lain, tetapi pengamalan dalaman sendiri
tidak berlaku.
Berdasarkan itulah integriti akan terpancar sekiranya nilai-nilai elok sebagai jati diri
dalam keluarga, masyarakat keseluruhannya seperti ketelusan, beramanah, keikhlasan dalam
bekerja, tidak menipu, dipercayai, menepati masa dan memiliki sikap keterbukaan bila dikritik
dan ini menjadi amalan serta tauladan dan secara bersama kita lakukannya serta ditunjangi
dengan akar sistem yang cekap dan berkualiti sudah tentunya kita dianggap berintegriti.
Sebaliknya jika lemah dan hilang integriti dalam pola kehidupan seharian sudah tentu mereka
yang

memiliki

kuasa

akan

menggunakan

kuasanya

untuk

kepentingan

diri,

tidak

bertanggungjawab dan tidak produktif yang akhirnya mewujudkan satu sistem pengurusan dan
perkhidmatan yang lemah dan terbengkalai. Ini akan menjadi bertambah teruk apabila semua
tidak mengambil berat dan tidak sensitif dengan apa yang berlaku dalam sesebuah organisasi .

Sebagai seorang guru, integriti amatlah penting untuk diamalkan. Hal ini kerana,
sekiranya

seseorang

guru

atau

penjawat

awam

tiada

ketelusan

dan

sifat

tanggungjawab, ialah boleh menjejaskan kepercayaan umum terhadap penjawat awam.


Seorang guru yang berintegriti akan melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi
untuk kepentingan umum dan tidak menyalahgunakannya untuk kepentingan diri
mahupun keluarga. Integriti dalam diri akan memacu individu ke arah hidup yang lebih

baik di samping dapat mengelakkan seseorang individu itu daripada terlibat dalam
gejala yang tidak bermoral.
Integriti juga penting kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran seseorang
supaya menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif. Sebagai guru,
contoh tauladan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi ikutan para pelajar.
Sekiranya seseorang guru tidak jujur, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai
budi pekerti, para pelajar juga akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama.
Integriti yang terdapat dalam diri seseorang guru akan dapat membawa guru tersebut
ke arah pencapaian nilai-nilai murni dalam dirinya yang merangkumi keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, keutuhan, ketulusan, jujur, berbudi pekerti,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan sebagainya.
Nilai-nilai seperti inilah yang akan dicontohi oleh para pelajar di sekolah.
Integriti dalam kalangan guru juga penting bagi mengurangkan gejala rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. Hal ini kerana dalam konteks
pendidikan juga boleh berlakunya kejadian rasuah dan penyelewengan. Ketika di
sekolah, guru akan terlibat dengan urusan jual beli buku dan kutipan yuran. Setiap
urusan haruslah dilakukan secara telus supaya tiada ruang untuk membolehkan
berlakunya penyelewengan dan membabitkan unsur rasuah.
Selain itu, integriti dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi masalah birokrasi. Menurut Syed Ismail dan Ahmad
Subki (2010), organisasi pendidikan merupakan antara organisasi yang melibatkan
pelbagai peringkat pentadbiran dan pengurusan. Terdapat peringkat, hierarki dan
prosedur yang perlu dipatuhi ketika berurusan dengan pihak pengurusan. Bagi
meningkatkan meningkatkan kecekapan

dalam pengurusan, guru haruslah cuba

mengurangkan karenah birokrasi dan menyampaikan maklumat kepada pelanggan


dengan cekap dan memberikan kesan yang maksimum.

Guru yang berintegriti dan berakauntabiliti akan melahirkan insan yang memiliki
nilai-nilai positif dalam diri mereka. Hubungan antara guru dan murid yang berteraskan

rasa tanggungjawab, kasih sayang dan keikhlasan akan memberikan impak yang baik
kepada murid-murid. Hal ini kerana guru adalah contoh teladan yang terdekat dengan
murid-murid selain ahli keluarga mereka. Wajarlah dikatakan bahawa integriti amat
penting dalam diri seseorang guru. Integriti memacu guru ke arah pembentukan
sahsiah yang baik di samping melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi
demi melahirkan anak bangsa yang turut berintegriti.

Isu-isu nilai integriti


Pelbagai isu yang melibatkan integriti guru sering berlaku di sekolah. Antara isu
integriti yang sering berlaku ialah guru tidak menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Perkara ini sering berlaku tertutamanya dalam kalangan guru lelaki. Walaupun
penulisan rancangan pengajaran merupakan perkara wajib, namun masih terdapat guru
yang memandang remeh akan perkara tersebut. Terdapat sekolah yang memandang
remeh tentang penulisan RPH ini. Sepatutnya setiap hari Isnin atau Jumaat buku
penulisan RPH ini perlu dihantar untuk tujuan pemantauan. Buku penulisan RPH ini
adalah harta yang sangat penting bagi seorang guru.situasi ini menunjukkan bahawa
integriti dalam kalangan guru masih di tahap yang rendah. Bagi menggalakkan guru
menulis Rancangan Pengajaran Harian, pihak sekolah harus memastikan buku RPH
dihantar setiap hujung minggu. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah membuat sistem
ganjaran kepada guru yang dapat menghantar buku RPH terawal diberikan nombor
bertuah. Bila ada majlis sambutan hari guru, nombor yang terpilih akan mendapat
ganjaran. Program seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan sesama guru
malah memberikan semangat untuk guru menyiap dan menghantar buku RPH.
Isu integriti yang kedua ialah guru tidak menjaga kerahsiaan guru-guru dan
kerahsiaan murid walaupun menjaga kerahsiaan adalah salah satu etika keguruan.
Kerahsiaan guru dan murid didedahkan apabila guru berbual dengan guru yang lain
atau kata lainnya mengumpat. Terdapat juga guru yang menyuarakan ketidakpuasan
hati terhadap rakan guru dan pentadbiran sekolah secara terbuka di bilik guru.
Perbuatan ini menunjukkan bahawa guru tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab

dalam menjaga hal-hal kerahsiaan orang lain. Telah dinyatakan di dalam kod etika
keguruan di mana guru harus menghormati maklumat sulit murid dan guru lain dan
tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain. Namun, masih terdapat guru
yang tidak mematuhi kod etika tersebut. Hal ini jelas menunjukkan guru tersebut tidak
mempunyai integriti sebagai seorang guru dan juga sebagai pendidik. Hal kerahsiaan
guru ini merupakan hal yang begitu besar. Oleh yang demikian, guru yang ditangkap
membocorkan rahsia guru yang lain haruslah dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Tambahan pula, guru harus menunjukan perwatakan yang boleh dicontoh oleh muridmurid bukannya yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan murid.
Isu yang seterusnya ialah guru-guru berniaga di sekolah. Perbuatan berniaga
barangan di sekolah adalah perbuatan yang dilarang. Namun begitu, masih terdapat
guru yang berniaga secara curi-curi di bilik guru. Sekiranya guru mahu berniaga,
mereka hendaklah meminta kebenaran pentadbir. Tambahan pula, perniagaan boleh
dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Ini memastikan kerja guru dapat
disiapkan semasa waktu persekolahan dan tidak dibaziri dengan aktiviti jual beli. Selain
itu, terdapat juga guru yang menjalankan penyelewengan semasa berurus niaga untuk
pembelian buku dan sebagainya. Penyelewengan bukan sahaja dilakukan dalam
urusan jual beli buku, malah dalam pengurusan wang yuran murid-murid juga. Perkara
ini jika tidak ditangani akan menyebabkan kejatuhan integriti seseorang guru. Isu pecah
amanah dalam pengurusan kewangan amatlah serius sehingga telah tercatat di dalam
kod etika keguruan di mana telah dinyatakan bahawa guru tidak harus bertingkah laku
begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubungan dengan kewangan. Perkara ini bukan perkara yang baru malah perkara
ini sering terjadi di sekolah. Bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan, pihak
pentadbiran harus memberikan tugasan ini kepada seorang yang boleh dipercayai.
Guru tidak seharusnya dibebankan dengan kerja selain mengajar. Oleh itu, seorang
kerani wajar dilantik bagi menguruskan hal-hal berkaitan yuran dan juga pembelian
barangan sekolah. Guru yang berintegriti sepatutnya mematuhi kod etika keguruan dan
berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus dengan isu penyelewengan dan pecah
amanah.

Sebagai seorang guru cara berpakaian juga mencerminkan integriti seorang


guru. Telah dinyatakan di dalam perkeliling Cara berpakaian seorang guru.:
Seseorang guru

Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985

mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan,


Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat
Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian
Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan
semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti
yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh
18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam. Berikut

adalah garis panduan tentang cara berpakaian bagi melambangkan integrity seorang
guru:
Pakaian Lelaki
a)

Pegawai Kump. A dan B, "lounge suite" atau "bush-jacket" dengan bahan


kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher;
dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan
dilipatkan.

b)

Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta


baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke
dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan
dilipatkan.

c)

Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang
mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang;
pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.

d)

Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam
yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju
batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang
dipakai Itu adalah buatan Malaysia.

e)

Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai
dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

f)

Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Wanita
a) Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai
dipakaisemasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-apa pakaian
yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.
b) Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang
sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak
boleh dipakai semasa bekerja.
Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)
Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang
dibekalkan dengannya.
Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)
a) Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan
rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa,
tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan
Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digaIakkan memakai batik buatan
Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negeri
dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.
b) Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau
mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik
buatan Malaysia.
Pakaian

Lain

(Lelaki

dan

Wanita)

Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai

awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan
oleh

Ketua

Pakaian

Yang

Menjolok

Jabatan
Mata

masing-masing.
(Lelaki

dan

Wanita)

Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok


mata.Walaupun garis panduan telah ditetapkan tentang cara berpakaian, masih ramai guru
tidak mematuhi etika berpakaian. Keadaan ini akan mencemarkan nilai intergriti seorang
guru. Masyarakat luar akan memandang sinis tentang integrity yang dipamerkan oleh
seorang guru
Rumusan Buku Jejak Guru Berintegriti
Berdasarkan penerangan yang telah diperjelaskan mengeni integriti seorang
kakitangan awam khususnya seorang guru, bahagian Institut Intergriti Malaysia telah
menerbitkan sebuah buku mengenai Jejak Guru Berintegriti Integriti Memperkasa.
Buku ini ditulis oleh Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin dan diterbitkan oleh Institut

You might also like