You are on page 1of 4

KAEDAH PENTARUN MENINGKATKAN KETANGKASAN PEMAIN LELAKI BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN

KELUANG, BESUT TERENGGANU.


Oleh :
Siti Wahida binti Wahab
En Yaacob bin Mamat
wawawaheeda@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang meningkatkan kaedah PENTARUN meningkatkan
ketangkasan pemain lelaki bola baling. Satu kajian tindakan telah dijalankan untuk
mengatasi masalah murid untuk menukar arah ketika membuat hantaran. Sampel
kajian ini melibatkan empat orang subjek dari sebuah sekolah di daerah Besut. Fokus
kajian ini adalah untuk menilai sejauh manakah kaedah PENTARUN dapat
meningkatkan ketangkasan murid dalam permainan bola baling. Berdasarkan tinjauan
awal, murid sangat lemah dalam menukar arah ketika bermain. Diantara kelemahan
kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa tinjauan awal adalah murid teragak-agak
untuk membuat hantaran kepada ahli pasukan dan mengambil masa yang lama untuk
membuat hantaran. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan kaedah PENTARUN
oleh guru. Hasil kajian menunjukkan dari emapt subjek, seorang menunjukkan
peningkatan yang cemerlang dan tiga orang meningkat dengan. Melalui keputusan
ujian pra, min skor bagi setiap subjek adalah 3.5. Namun begitu selepas melihat
kepada ujian pasca, min skor bagi setiap subjek adalah 4.25. Merujuk kepada Rajah
1, min skor pada ujian selepas melakukan intervensi adalah lebih tinggi daripada min
skor ujian sebelum intervensi dijalankan. Melalui perbandingan min ini, dapat dibuat
kesimpulan bahawa intervensi yang dijalankan iaitu kaedah PENTARUN dapat
meningkatkan ketangkasan murid dalam permainan bola baling.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sewaktu menjalani Praktikum Fasa 2, melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa kebanyakan murid yang mengikuti
permainan bola baling di sekolah, menghadapi masalah dalam pergerakan menukar arah semasa dalam situasi permainan. Punca yang
mendorong kepada permasalahan ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan tentang kemahiran khusus dalam bola baling.
Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang mudah iaitu kemahiran hantaran, lontaran, dan menjaring tetapi mempunyai
masalah dalam kemahiran mengacah atau lebih dikenali sebagai kemahiran kawalan (menukar arah). Kemahiran kawalan merupakan
kemahiran di mana semua pemain perlu mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan.
Pemain harus pantas mengatasi lawan dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh
mengelak atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari.
Untuk itu, saya telah merancang satu latihan dengan memberi fokus dalam mempertingkatkan tahap ketangkasan murid
Hasil kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran mengacah bola baling murid. Saya menggunakan Pol di
dalam sebagai inovasi dalam meningkatkan ketangkasan murid dalam permainan bola baling khususnya.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini dilakukan untuk meningkatkan ketangkasan menggunakan kaedah PENTARUN bagi pemain bola baling
sekolah. Berbalik kepada pemerhatian awal, sebilangan murid tidak dapat mengacah dan menukar arah dengan pantas apabila
dihalang oleh pihak lawan.
Diantara masalah yang saya lihat selepas murid menerima bola ialah mereka sukar untuk melakukan hantaran mahupun
bergerak apabila dihalang oleh pihak lawan. Bersesuaian dengan masalah yang dihadapi dan ingin dikaji. Program latihan harus
disusun dengan panduan teori dan metodologi latihan serta teori pembelajaran motor. Terutamanya program latih tubi yang
mempunyai unsur seperti situasi permainan dapat menarik minat murid untuk menyertai secara aktif dalam Pendidikan Jasmani
(Dodds et al., 2001).
Jurulatih harus menyediakan program latihan dengan mengambil kira komponen biomotor latihan seperti ketangkasan,
kepantasan, koordinasi, fleksibiliti, aerobik, anaerobik, ketepatan serta kuasa) kemahiran dan strategi atau taktik (Drewe, 2000;
Wassmer & Mookerjee, 2002; Wilsmore, 1992) jadi untuk mengatasi masalah intervensi harus direka, tetapi sebelum merekabentuk
intervensi pengkaji harus menetapkan fokus kajian apa yang ingin dikaji.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


(i)

Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan ketangkasan menggunakan kaedah PENTARUN dalam permainan bola baling bagi murid
lelaki Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Keluang.
(ii) Objektif Khusus:
Melihat keberkesanan kaedah PENTARUN dalam meningkatkan ketangkasan pemain bola baling Tahap 2
4.0 KUMPULAN SASARAN
Subjek adalah terdiri daripada 4 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada murid lelaki.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
a) Tinjauan awal masalah
Sepanjang tinjauan dan pemerhatian saya tentang masalah murid dalam permainan bola baling, banyak masalah yang dihadapi
oleh murid, tetapi saya hanya akan memfokuskan tentang kemahiran mengacah dan menukar arah, ini kerana murid-murid
menunjukkan kelemahan apabila membuat hantaran kepada ahli kumpulan.
b)

Analisis tinjauan awal


Berdasarkan tinjauan awal, Merujuk kepada masalah yang saya hadapi, saya telah memilih ujian eksperimental pra dan pasca
menggunakan Ujian Illionis.. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu guru dalam mempertingkatkan lagi ketangkasan murid
melalui latihan yang telah disediakan. Menurut Getchell (1979), ujian illinois merupakan ujian ketangkasan yang sering
digunakan untuk pelbagai jenis sukan dan permainan. sayai ingin menilai keberkesanan kaedah 'PENTARUN' dengan
menggunakan ujian Illinois untuk menentukan tahap ketangkasan pemain bola baling setelah melalui latihan tersebut.
Perkembangan motor dan pertumbuhan kanak berlaku secara pesat sewaktu umur kanak-kanak menjangkau 8 tahun hingga 12
tahun (Gallahue1996). Jadi, sepatutnya, pada usia ini, kanak-kanak akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif yang telah
dikuasai sewaktu Tahap Satu ke dalam situasi permainan yang dipelajari pada Tahap Dua.
Tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati murid-murid tidak dapat mengubah arah dengan cepat dan berkesan. Keadaan
seperti teragak untuk menukar arah dan kembali ke permulaan sering berlaku. Keadaan ini saya perhatikan berulang kali
sewaktu melatih pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Keluang.
Bagi mengesahkan kemusykilan saya, saya telah memilih untuk melaksanakan satu ujian bagi mengetahui tahap ketangkasan
murid-murid didikan saya ini. Seramai 4 orang ahli pasukan tersebut mengikuti ujian yang saya laksanakan. Saya telah memilih
Ujian Illinois untuk dijadikan sebagai instrumen yang boleh membantu saya untuk mendapatkan tahap ketangkasan murid-murid
tersebut.
Sebelum ujian dilakukan, saya telah menjelaskan kepada murid-murid tentang tujuan ujian ini dijalankan. Selesai penerangan
tersebut, saya mula membuat demonstrasi tentang cara sepatutnya ujian itu berlangsung. Setelah itu, murid dibenarkan untuk
membuat dua kali percubaan sebelum ujian sebenar dilaksanakan. Ini bagi membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri
dengan latihan tersebut. Setelah itu, dua percubaan dibuat bagi setiap murid dengan rehat selama sepuluh minit diantaranya
sebelum bermula semula. Keputusan ujian telah dibandingkan dengan petunjuk skor tahap ketangkasan untuk mengetahui tahap
ketangkasan mereka.

c)

Merancang tindakan
Dalam kajian ini, sejumlah 4 orang subjek kajian daripada pasukan bola baling sekolah dipilih untuk melakukan intervensi
yang telah ditetapkan. Subjek lelaki akan diambil seramai 4 orang. Persiapan teknikal penting bagi memudahkan pengkaji
menjalankan intervensi dan mengumpul data dengan baik. Persiapan teknikal dalam kajian ini merangkumi persiapan alatan
seperti kayu hoki, bola hoki serta penanda. Untuk persiapan tempat pula, pengkaji akan memilih tempat yang sesuai dan
selamat untuk melakukan intervensi dan ujian.
Sebelum pengkaji mengambil langkah-langkah seterusnya dalam kajian ini, pengkaji perlu membuat tinjauan terhadap masalah
yang sudah dikenalpasti supaya mudah bagi pengkaji untuk memahami dan mencari kaedah yang sesuai bagi setiap masalah
tersebut.
Pengkaji perlu membuat tinjauan untuk mengutip data seperti berikut:i)
Pengkaji membuat ujian pra iaitu ujian Illinois untuk memgukuhkan kajian
ii) Pengkaji perlu membuat pemerhatian ketika sesi permainan bola baling dijalankan semasa latihan dijalankan,
pengkaji perlu menumpukan lebih kepada kemahiran mengacah dan menukar arah..
iii) Semasa pengkaji membuat pemerhatian, pengkaji perlu mencatat setiap tingkah laku murid tersebut bermain.

d)

Pelaksanaan tindakan
Pengkaji memilih subjek yang akan terlibat dalam kajian lalu akan menjalani intervensi selama 12 minggu. Satu minggu akan
mengandungi 2 sesi. Setiap sesi memerlukan 45 minit termasuk memanaskan badan dan menyejukkan badan.Sebelum
melakukan intervensi murid harus menjalani ujian pra untuk mendapatkan bacaan tahap ketangkasan mereka sebelum
menjalani intervensi. Kemudian muridl harus menjalani ujian pasca pula bagi mendapatkan data untuk menunjukkan kemajuan
dalam ketangkasan berpandukan intervensi yang telah diikuti. Selepas menjalani ujian pra, intervensi dan ujian pasca, pengkaji
akan mengumpul data, merekod, dan menganalisis data yang telah diperoleh. Data akan dianalisis semula bagi melihat samada
berlaku peningkatan dan intervensi yang dijalankan berhasil atau tidak.

e)

Pemerhatian/penilaian yang dijalankan


Pemerhatian akan meliputi dari ujian pra, intervensi, ujian pasca iaitu tingkah laku murid semasa bermain, ujian Illinois dan
intervensi. Melalui keputusan ujian pra, min skor bagi setiap subjek adalah 3.5. Namun begitu selepas melihat kepada ujian
pasca, min skor bagi setiap subjek adalah 4.25. Merujuk kepada Rajah 1, min skor pada ujian selepas melakukan intervensi
adalah lebih tinggi daripada min skor ujian sebelum intervensi dijalankan. Melalui perbandingan min ini, dapat dibuat
kesimpulan bahawa intervensi yang dijalankan iaitu kaedah PENTARUN dapat meningkatkan kemahiran memukul bola dalam
permainan hoki

6
5
4

MURID 1

MURID 2

MURID 3

MURID 4

0
Murid Lelaki
.
Rajah 1 : Data analisis skor Ujian Illinois
Keputusan Ujian Illinois yang telah dilaksanakan menunjukkan tiada murid berjaya mendapat skor tertinggi iaitu 5 bagi Murid
1. Manakala Murid 2 mendapat skor 4. Skor kurang daripada 4 mendominasi graf bar keputusan. Ini membuktikan bahawa,
anak-anak didik saya mengalami masalah dalam menguasai aspek ketangkasan. Sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan
tahap ketangkasan mereka.

Jadual 1. Formula yang digunakan


Bil.

Kegunaan formula

1.

Min

2.

Peratus

Formula

X X1 X 2 X 3 ........... X n
n

% = (n / n) X 100%

MIN SKOR
5
4
MIN SKOR

3
2
1
0
Ujian Pra

Ujian Pasca

6.0 CADANGAN
Cadangan ini meliputi elemen penambahbaikan yang boleh memberikan satu kajian yang lebih berkualiti dan tepat. Subjek kajian di
dalam kajian ini dipilih berdasarkan penglibatan mereka dalam permainan bola baling. Sebelum melakukan intervensi, tahap
keupayaan kemahiran subjek kajian tidak diuji, Selain itu penyelidik menyarankan agar kajian seterusnya melibatkan lebih ramai
subjek dari pelbagai lapisan umur agar data yang diperoleh lebih pelbagai, pengkaji boleh melibatkan golongan atlit oleh kerana
latar belakang yang berbeza dengan subjek yang di nilai dalam kajian ini, Guru disekolah dapat mengaplikasikan intervensi yang
telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid mereka dalam permainan bola baling, atau permainan bersukan yang lain,
pengkaji seterusnya boleh menggunakan tempoh masa yang lebih panjang untuk intervensi dan juga menambah kitaran kajian agar
lebih dari satu.

7.0 RUJUKAN
Clayne R. Jensen. (1972). Health education, physical education, and recreation series. USA: Lea & Febiger
David L. DeVries. (1980). Teams-games-tournament: the team learning approach . USA: Educational Technology
Johnny Unitas. (1979). Improving health and performance in the athlete. USA : Prentice-Hall
Mary Phyl Dwight et.al. (1997). Team handball: steps to success. USA : Human Kinetics
Paul Gamble. (2009). Strength and conditioning for team sport : sport-specific physical preparation for high performance. USA:
Taylor & Francis
Susan S. Adler. (2008). PNF in practice: an illustrated guide. Germany : Springer

You might also like