You are on page 1of 16

MISKONSEPSI DAN CARA MENGATASINYA

A. Topik Pecahan
2 1/3 = 2/3 + 1/3

Merujuk soalan di atas, miskonsepsi yang berlaku ialah miskonsepsi tentang hanya
nombor bulat dimanipulasikan untuk membuat pengiraan apabila melibatkan nombor
pecahan yang lebih besar daripada 1. Keadaan ini berlaku apabila murid membuat
operasi kira tambah atau kira tolak yang melibatkan nombor bercampur (mixed
numbers).
Miskonsepsi berlaku apabila nombor bercampur 2 1/3 dilaksanakan dengan
kefahaman bahawa nombor bulat ( iaitu 2 ) mempunyai penyebut yang sama dengan
penyebut nombor pada bahagian pecahannya ( iaitu 1/3 ). Murid didapati gagal untuk
membezakan nombor bulat dengan pecahan dan gagal memahami nilai pecahan.
Akibatnya jawapan yang salah yang diperolehi iaitu :
2

1/3 = 2/3 + 1/3


=

3/3

Sebaliknya tindakan yang betul ialah menukar pecahan bercampur iaitu


2 1/3 menjadi pecahan tidak wajar. Pecahan tidak wajar ialah pecahan yang
mempunyai pengangka yang lebih besar dari penyebut. Untuk memahamkan murid
tentang konsep pecahan tidak wajar adalah lebih mudah dengan menggunakan
gambarajah.

Cara mengatasi
Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan dua kaedah iaitu:
Penyelesaian 1 :

i.
ii.

2 1/3 = 2 + 1/3
Terangkan kepada murid , 2 1/3 ialah nombor bulat (2) tambah dengan pecahan
( 1/3 ).
Gunakan gambarajah untuk memudahkan pemahaman murid.

iii.

Berdasarkan soalan di atas, tegaskan kepada murid, pecahan mestilah mempunyai


bahagian yang sama. Jadi, gambarajah bagi nombor bulat 2 adalah sama bahagiannya
dengan gambarajah pecahan 1/3 iaitu setiap satunya mempunyai 3 bahagian sebagai
penyebut . Oleh itu, bahagian yang berlorek iaitu 7 sebagai pengangka. Jawapan bagi
pecahan tak wajar ialah 7/3 .
Secara ringkasnya : 2 1/3 = 3/3 + 3/3 + 1/3
= 7/3

Penyelesaian 2 :
Setelah murid faham akan konsep pecahan tak wajar, guru bolehlah menggunakan
kaedah yang lebih pendek dan menjimatkan masa.
Contohnya :
2

1/3 = ( 3 x 2 ) + 1
3

= 7/3

B. Topik Penolakan Nombor Bulat

406
285
281

i.

ii.

Miskonsepsi yang terlibat dalam penolakan nombor bulat di atas ialah :


Menolak melibatkan nombor 0. Miskonsepsi ini disebut sebagai smaller-from-large.
Miskonsepsi ini seringkali berlaku apabila murid menolak digit kecil dalam setiap lajur
daripada digit yang lebih besar tanpa mengambil kira kedudukan digit tersebut.
Keadaan ini timbul akibat kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaitu
operasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang
lebih kecil.
Merujuk soalan di atas, penolakan nilai tempat puluh iaitu digit (0 8) telah dianggap
sebagai (8 0) dan memberi jawapan sama dengan 8 telah dilakukan. Contohnya :
406
285
281
Miskonsepsi yang kedua ialah tidak melakukan pengurangan (decrementing) nombor
sebelah kiri daripada 0.
Contohnya :
406

285
281
Berdasarkan contoh di atas, murid tidak mengurangkan 4 kepada 3 semasa menolak.

Cara Mengatasi
Bagi mengatasi masalah konsepsi di atas, guru bolehlah menggunakan kaedah :
Penyelesaian 1:
Menggunakan petak nilai tempat dan menggunakan gaya penceritaan.
RATUS

PULU
H

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

SA

100
8 = 80

2 = 20

Penolakan nilai tempat sa tidak ada masalah.


Semasa menolak nilai tempat puluh, guru mestilah menegaskan nombor sifar 0 tidak
cukup untuk menolak nombor 8. Tegaskan 8 = 80.
Jadi, perlu minta bantuan nilai tempat ratus sebanyak 1 ratus atau 100.
Minta murid menulis baki pada rumah ratus iaitu 3 ratus.
Tolakkan 1 ratus di rumah puluh dengan 80 bersamaan 20.
Akhir sekali, tolakkan nombor pada nilai tempat ratus, 3 ratus 2 ratus = 1 ratus.
Minta murid menulis jawapan akhir mengikut nilai tempat iaitu 121.

C. Topik Perpuluhan

2 56 2
+
1 23
2685

Miskonsepsi yang berlaku ialah murid tidak memahami peranan nilai tempat nombor
perpuluhan semasa menambah. Didapati murid melakukan operasi tambah nombor
perpuluhan dengan tidak menyusunnya mengikut nilai tempat yang sebenar serta
kedudukan titik perpuluhan yang tidak disusun dalam turus yang sama.

i.

Merujuk soalan di atas, kesalahan yang berlaku ialah :


Digit 3 (iaitu tempat persepuluh) telah disusun di bawah digit 2 (iaitu tempat
perseratus).

ii.
iii.
iv.

Digit 2 (iaitu tempat sa) telah disusun di bawah digit 6 (iaitu tempat persepuluh).
Digit 1 (iaitu tempat puluh) telah disusun di bawah digit 5 (iaitu tempat sa).
Titik perpuluhan tidak disusun dalam turus yang sama.
Cara Mengatasi
Bagi mengatasi masalah miskonsepsi di atas, operasi tambah nombor perpuluhan akan
lebih mudah sekiranya membuat jadual nilai tempat (rumah nombor) seperti di bawah:
Contohnya :

Tempa
t
Puluh
2
1

Tempa
t
Sa
5
2

Titik
Perpuluha
n

Tempat
Persepulu
h
6
3

Tempat
Perserat
us
2
0

2.
3.
4.
5.

1. Buat jadual nilai tempat

seperti di atas.
Nombor disusun menegak dalam satu turus mengikut titik perpuluhan.
Letakkan digit 0 pada tempat perseratus.
Tambah nombor seperti nombor bulat, bermula dari digit yang paling kanan.
Tandakan titik perpuluhan dalam jawapan mengikut turus yang sama dengan soalan.

D. Topik Wang

RM 1
+
50 sen
60 sen

i.
ii.

Miskonsepsi yang berlaku bagi soalan di atas ialah :


Murid tidak dapat membezakan nilai ringgit dan sen .
Murid menambah terus wang yang berlainan unit tanpa menukar salah satu unit sama
ada ringgit ataupun sen.

Cara Mengatasi :
Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru boleh memahamkan murid dengan konsep

RM1 = 100 sen. Selain itu gunakan petak nombor yang mempunyai pemisah ringgit dan
sen.
Contohnya:
RM

TITIK
PEMISAH

1
0

SEN
0

0
9 0

Murid dibimbing meletakkan nilai sen pada wang ringgit dengan meletakkan 2 sifar
selepas titik pemisah ( ) ringgit dan sen. Kemudian murid dibimbing supaya
meletakkan 1 sifar sebelum titik pemisah dan diikuti oleh 90 sen. Setelah murid
memahami langkah ini, murid diminta menyelesaikan operasi yang ditunjukkan pada
soalan.

PENUTUP

i.
ii.
iii.

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat


masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini
kerana, murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Sebagai guru seharusnya kita
menggunakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep
matematik dan menarik minat murid untuk terus fokus pada pengajaran dan
pembelajaran matematik. Menurut Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli
psikologi, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa
teknik penyampaian iaitu :
Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.
Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.
Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk
membuat perbezaan dan generalisasi.
Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi miskonsepsi di kalangan
murid sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun
faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK).
Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Namun, secara keseluruhannya,
terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi.
Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada
peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh
pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan
dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah
tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah sekiranya
tidak ditangani dari awal.

KRM3023 ASAS UKURAN - MISKONSEPSI DAN


PENYELESAIANNYA
PENDAHLULUAN
Setelah sekian lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dilaksanakan, prestasi dan minat pelajar terhadap
Matematik masih kurang memuaskan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Malah,
beberapa kajian terdahulu telah menemui beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami
pelajar dalam topik-topik penting, seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya,
Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd. Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Dapatan kajian
lepas juga menunjukkkan amalan pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat
dengan kaedah tradisional (Abd. Razak; Abd. Rashid; Abdullah & Puteh 1996; Jemaah Nazir
Sekolah Persekutuan 1996; Voo 1996; Wan Mohd Rani 1999). Dari sudut pedagogi, amalan
guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan 1996).
Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld, 1994) dan tahap
penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru
(Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas
mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson
1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan
yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan
pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher
1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah
atau menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik (Tengku
Zawawi et al, 2009).

DEFINISI MISKONSEPSI
Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh
mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh
kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam
matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana
sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang
diberikan.
Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan
pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert

Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran
konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
i.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii.

Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.

iii.

Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat
perbezaan dan generalisasi.

iv.

Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk yang tepat.
Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah
miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami
sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk
murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka
yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian
yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan
ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu
kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep
disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah
1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)
2. Terlalu memudahkan (oversimplification)
3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).
4. Salah mengenalpasti (misidentifying)
5. Salah faham (misunderstanding)
6. Salah maklumat (misinformation)
7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)
8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands)
9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)
10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly
explained)

KESUKARAN DAN PENYELESAIAN


Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi
kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan,
perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah
pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang
dihadapi. Oleh itu penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi
memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan
miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna dan berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa
dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu
dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang
terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan,
perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas
ukuran disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya.

1.1.

Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah


Kemahiran penyelesaian masalah adalan antara komponen penting yang diberi tumpuan
dalam mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis dalam Sukatan Pelajaran
Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam Principles and Standards for
School Mathemeatics, National Council of Teacher of Mathematics (NCTM 2000), telah
menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik
murid-murid. Miskonsepsi dalam tajuk-tajuk dalam ukuran panjang juga melibatkan
kemahiran penyelesaian masalah. Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan
penting dalam pembelajaran matematik. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami
sesuatu simbol atau tatatanda matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep.
Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat
memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat
memahami kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian
masalah kepada ayat matematik.
Contohnya : Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam disuatu
lorong sepanjang 520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik.
daripada
panjang lorong itu ditanam dengan pokok bunga ros. Hitung panjang dalam km, lorong itu
yang ditanam dengan pokok bunga matahari.
5
=
x 520 m
8

5 x

520 m
8

=
=

325 m 1000
0.325 km

Penyelesaian : Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul, namun ia
bukanlah jawapan yang sebenar bagi soalan yang diberikan. Murid perlu kembali semula
melihat soalan dengan mencari maklumat yang diberikan. Murid perlu mencari bunga
matahari dan bukannya bunga ros. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang
melibatkan empat langkah utama sebagaimana dijelaskan dalam model Polya iaitu
memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan
menyemak kemnali. Selain itu juga gambaran yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi
membantu murid memahami bahasa yang digunakan dalam soalan penyelesaian masalah.
Memberi gambaran yang sebenar seperti memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau
gambar. Penggunaan pelengkap bagi pecahan ditekankan kepada murid
KAEDAH ;
Memahami masalah

Merancang penyelesaian
3
5

Melaksanakan penyelesaian
8
5
=
8
8

5
8

x 520
m

195 m 1
000

0.195 k
m
Meninjau kembali.

x 520 m

5 x

520 m
8

325 m

= 520 m - 325 m
= 195 m 1 000
0.195
km

=
1.2

Kesukaran Menyatakan Dan Menulis Nilai Rajah


Kesukaran kedua yang berpunca dari miskonsepsi pada rajah berlaku dalam dua bentuk.
Pertama iaitu kesukaran membaca nilai pada rajah alat penimbang, jarak, dan alat
penyukat. Kesukaran yang kedua adalah berkait dengan menulis nilai pada rajah.
Kesukaran ini berkait dengan diantara satu dengan yang lain, ini keranan apabila murid tidak
dapat menulis nilai pada rajah yang diberi tentunya mereka juga tidak dapat menyatakan
nilai pada rajah tersebut. Kesukaran ini berpunca daripada kegagalan murid dalam
memahami konsep senggatan dalam tajuk-tajuk ukuran.

Penyelesaian : Murid perlu dijelaskan bagaimana membaca senggatan. Nilai yang diwakili
bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagikan dengan bilangan senggatan yang
diwakili. Contohnya dalam 1kg bersamaan 1000g, senggatan yang diwakili ialah 10, maka
1000 dibahagi dengan 10 bersamaan 100 g setiap senggatan. Begitu juga 1

l bersamaan

1000 ml , senggatan yang diwakili ialah 5, maka 1000 dibahagi dengan 5 bersamaan
200ml . Guru perlu menegaskan kepada murid agar mengira senggatan bagi setiap
bacaan.

0
1

1
1 000

2
1 000

0
0
.

0
0
.

1
1 000

2
1 000

2 0 0
5 1 0 0 0
- 1 0
. . 0
0
. 0
0
.

1.3

Salah Faham Konsep


Unit-unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciriciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk
menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Kesukaran yang dialami oleh murid-murid ialah tidak
dapat menyelesaikan operasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian
unit-unit ukuran seperti isipadu, ukuran panjang, timbangan dan masa kerana kesilapan
konsep. Mengikut teori behaviourisme, murid belajar apa yang diajar atau sekurangkurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajari. Teori Behaviourisme berpandangan
bahawa pengetahuan diperolehi dari pengalaman, dan pengetahuan sedia ada (current
knowledge) tidak diperlukan dalam pembelajaran. Oleh itu kesilapan miskonsepsi berlaku
dikalangan murid kerana mereka tidak dapat mengambil kira konsep sedia ada murid.
Selain itu juga ada proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan akomodasi. Murid tidak
dapat mencantumkan setiap pengalaman baru ke dalam skema pengetahuan sedia ada
mereka.
Contoh :
1

Kira hasil tambah 2 jam 35 minit dengan 5 jam 45 minit.


1

2 jam 5 5 minit
+ 5 jam 4 5 minit
8 jam 0 0 minit
Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat dijelaskan bahawa, murid
beranggapan penambahan tajuk masa dan waktu mempunyai konsep yang sama dengan
penambahan nombor bulat. Walaupun jawapan yang diberikan oleh murid betul, namun
penyelesaian seperti ini hanya sesuai untuk tajuk nombor bulat, perpuluhan dan wang.
Murid perlu dibimbing memahami konsep dengan cara yang betul dan mudah difahami.
Penyelesaian : Pengalaman sebagai guru akan membantu guru-guru mengesan masalahmasalah seperti di atas terutamanya menyelesaikan operasi yang melibatkan masa dan
waktu, ukuran panjang, isi padu cecair dan timbangan berat. Guru perlu menjelaskan
kepada murid bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan ini dan membantu
mereka menyelesaikan dan memperbetulkan miskonsepsi tersebut. Sebagai cadangan,
guru boleh menggunakan papan unit bagi membantu murid-murid menyelesaikan masalah
dalam unit-unit ukuran.
Rumus yang perlu dihafal

1
JAM

60
MINIT
1

+
+

2
5
7
1
8

5
4
1 10
6
4

5
5
0
0
0

8 jam

40 minit

Jelaskan kepada murid agar tolak jika lebih dari rumus di atas
Jelaskan kepada murid agar tambah 1 jika membuat penolakan

1.4

Tidak Menghafal Rumus


Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada
melakukan proses kerja matematik dengan baik. Hal ini berlaku kerana, matematik
merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses menghafal berbagai-bagai jenis rumus
sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor.
Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus, dan menggunakan rumus
bukan pada soalan yang dikehendaki.
Contoh :
21.62 kg + 896 g = _________ kg

= 8 9 6 g
k
= 8 . 9 6
g

1 0 0

Rumus
1kg = 1000 g
dan bukannya 100

k
g
k
+
8 . 9 6
g
k
3 0 . 5 8 g
2 1 . 6 2

Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid


ialah menggunakan nilai 100 bagi menukar g kepada
kg, walhal rumus yang sebenar ialah dengan
membahagi nilai dengan 1000. Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada
miskonsepsi murid kepada konsep timbangan berat. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya
murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti isipadu cecair,
ukuran panjang dan masa dan waktu.
Penyelesaian : Bagi membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi ini, pendekatan yang
berbentuk menghiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep
dalam tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan
lebih mudah diselsaikan oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam
matematik. Sebagai contoh :

mm 10
= mee maggi

cm

100

cepat masak

m
mari

1000

km
kita makan


ml 1000 l
0

g 100

kg

= mira lari bahaya (bahagi) lori


1.5

= Gee

balik (bahagi)

kampung

Keliru Dengan Istilah Matematik


Merujuk kepada kesukaran di atas, kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak dapat
menyatakan nilai apabila adanya istilah matematik dalam soalan-soalan yang diberikan.
Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan muridmurid.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University of
Gdrasisk, Gdarisk Poland terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah matematik.
Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang digunakan dalam
masalah matematik. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan berkaitan maksud setiap
setiap simbol dan istilah-istilah yang diberikan
Contoh :
Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak R, S dan T.
Kotak

Berat

3.5 kg

325 g kurang daripada R

1.25 kg lebih daripada S


Jadual 3

Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak, dalam kg.


Kesilapan Murid :
Tidak menolak 325 daripada 3.5 kg dari nilai R

k
3 . 5 0 0 g
k
+ 0 . 3 2 5 g
Kesilapan Murid :
k
Tidak3menambah
. 8 2 1.25
5 gkg daripada nilai S
k
+ 1 . 2 5 0 g
k
5 . 0 7 5 g

Penyelesaian : Dalam hal ini, kaedah yang boleh digunapakai bagi membantu murid-murid
ialah dengan menekankan perkataan kurang daripada dan lebih daripada. Bagi kurang
daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi daripada sesuatu nilai, manakala
bagilebih daripada pastikan murid menambah nilai diberi daripada sesuatu nilai. Sesuatu
nilai ini boleh mewakili huruf, bilangan orang, bentuk-bentuk, bunga dan sebagainya.
Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat membantu murid
menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan lebih mudah. Sebagai contoh :
nilai

ditolak (kurang) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll)


k
Daripada nilai R
3 . 5 0 0 g
Nilai yang kurang daripada R
k
- 0 . 3 2 5 g
k
3 . 1 7 5 g

nilai

ditambah (lebih) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll)


Nilai yang perlu lebih daripada S
Daripada
nilai S

k
3 . 1 7 5 g
k
+ 1 . 2 5 0 g
k
4 . 4 2 5 g

k
3 . 5 0 0 g
S

k
+ 3 . 1 7 5 g
k
6 . 6 7 5 g

k
+ 4 . 4 2 5 g
k
1 1 . 1 0 0 g

KESIMPULAN
Miskonsepsi miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara yang serius dan
perlu diatasi. Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik hendaklah
diubah dan diperbaiki. Bahasa matematik merupakan perkara yang sering membatasi
pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. Murid-murid mempunyai
kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan
yang diberi. Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan
pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Jamil
Ahmad, 2008). Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan
miskonsepsi mereka terhadap pengajaran asas nombor iaitu, nombor bulat, pecahan,
perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia
perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.
Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara
berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga
memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya
berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka.
Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan
pelajar (Dr. Jamil Ahmad, 2008). Penggunaan sesuatu istilah atau perkataan dalam
matematik adalah mengikut terminologi matematik. Ini menyebabkan penggunaan sesuatu
perkataan atau istilah dalam mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada
pengggunaanya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penggunaan
bahasa dalam matapelajaran matematik menjadi lebih kompleks dan berbeza daripada
penggunaannya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Keadaan ini seringkali
mendatangkan masalah kepada pelajar, terutamanya dalam aspek pemahaman semasa
pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik.
Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut
cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid murid terhadap
pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam
penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z, Nurdalina D). Matematik merupakan
jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan
teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam

memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk
menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

You might also like