You are on page 1of 22

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan
seterusnya kepada semua saudara seperjuangan yang bertebaran di muka bumi
Allah.
Bersyukur saya kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaan dan Inayahnya
dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman iaitu tugasan laporan BIG Fasa 5 / 2014 (Bengkel
Pengurusan Pendidikan dan Lawatan Benchmarking) yang telah dilaksanakan di
Dewan Khaldun, IPG Kampus Darul Aman dan Sekolah Kebangsaan Ibrahim,
Sungai Petani, Kedah.
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada
Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina
Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menjalankan program ini dengan
berjaya sekali.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua terutamanya kepada pihak
pengurusan BIG Fasa 5, Encik Wan Aziz b. W. Muhammad @ Wan Ahmad selaku
Penolong Pegawai Pengurusan (BIG) yang juga merupakan mentor kami. Tidak
dilupakan ucapan sekalung apresiasi terima kasih kepada ahli-ahli
kumpulan untuk BIG Ceramah dan juga Benchmarking iaitu kumpulan
Pendidikan Khas 1, Pendidikan Khas 4, Pendidikan Islam 1 dan juga kelas
saya sendiri iaitu Pendidikan Islam 2 yang telah banyak berkongsi
maklumat pelaksanaan tugasan kepada saya selama ini dan juga kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
merealisasikan Program Bina Insan Guru (BIG) ini. Jasa semua orang akan saya
kenang sampai bila-bila dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya yang tersayang kerana
mengizinkan saya untuk menyertai program ini dan telah banyak
memberi semangat dan dorongan yang amat bermakna untuk saya terus
berusaha.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasaran dan
kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang
tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh
saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.
Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan berguna kepada saya
untuk membina jati diri sebagai seorang pendidik, sekali gus dapat melatih diri dan
bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaan khususnya dalam
profesion perguruan.
Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap
akan dapat memanfaatkan pengalaman yang diperolehi ini dengan baik dalam
kehidupan selepas ini. Sebagai bakal guru, sama-samalah kita melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu supaya dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang,
gemilang dan terbilang kelak.
Akhir kalam, diharapkan apa yang dipelajari sepanjang program Bina Insan
Guru ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Semoga kita semua mendapat hidayah dan
rahmat dari Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT


1.0 Pengenalan
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk
memenuhi syarat mendapat Ijazah Perguruan Malaysia. Melalui penyertaan dan
penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru
dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas
pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai
insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi
dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh
itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era
globalisasi.

2.0 Rasional
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek,
sesuai dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya program ini,
diharapkan guru-guru pelatih PISMP semester 3 dapat membina semangat juang
yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya
kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP semester 3 diharapkan dapat
membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan
kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini
bertujuan untuk mencapai citi-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang
berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3 Matlamat
1 Peserta-peserta kursus akan dapat menimba pengetahuan dan
pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan
aktiviti kemasyarakatan
2 Peserta-peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalaman,
dan

kemahiran

masyarakat
3 Peserta-peserta

aktiviti-aktiviti
kursus

dapat

utama

dan

mengamati,

sampingan
menghayati

dalam
dan

menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti.


4 Peserta-peserta kursus dapat mengukuhkan sikap nilai-nilai murni
melalui interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti.

4.0 Objektif
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru-guru pelatih
PISMP semester 3 diharapkan dapat :
1

Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam


menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi
penambahbaikan secara berterusan.

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan


kepada komuniti.

Dapat

meningkatkan

kemahiran

berkomunikasi

mengikut

persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.


4

Melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian,


nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan normanorma kehidupan.

Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus


dan mengorganisai sesuatu program dengan baik.

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek


fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

BENGKEL ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL


PENGUCAPAN AWAM
1.0

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka
khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP). Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi
oleh guru pelatih untuk diiktirafkan dengan Ijazah Perguruan Malaysia.
Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan
insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu untuk melahirkan golongan guru
yang seimbang dan harmonis serta dapat memberikan sumbangan dan
bakti kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada
Tuhan, raja dan negara.
Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi
yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka
dari pelbagai aspek sama ada jasmani, emosi, rohani mahupun intelek.
Sebagai insan yang bergelar guru, menjadi satu kewajipan untuk
menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping mempamerkan
ketrampilan diri yang berkualiti.
Oleh yang sedemikian, Program Bina Insan Guru (BIG) bagi guru
pelatih PISMP Semester 3 2012 pada kali ini akan diadakan dengan tujuan
dan matlamat untuk melahirkan insan guru melalui pengisian-pengisian
yang telah direncana khas berdasarkan kepentingan dan rasional tertentu.

2.0

RASIONAL

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru
pelatih dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang
sepatutnya dimiliki oleh seorang guru sebelum melangkah ke alam
pendidikan yang sebenar.

3.0

MATLAMAT

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru


yang kompeten dalam aspek etiket sosial dan protokol yang dihadiri serta
berupaya mempraktikkan nilai-nilai dan kemahiran yang dipelajari. Usaha
ini diharapkan dapat menjadikan guru pelatih sebagai golongan yang
berketrampilan sesuai dengan profesion perguruan yang diceburi.

4.0

OBJEKTIF

Program ini diadakan dengan objektif :


4.1

Membekalkan guru pelatih dengan ilmu dan input berkenaan


etiket sosial dan protokol.

4.2

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan


kemahiran yang dipelajari dalam semua aspek kehidupan
secara berkesan.

4.3

Membolehkan guru pelatih bertindak balas secara positif


kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

4.4

Mengembangkan

kepelbagaian budaya.

kemahiran

berkomunikasi

dalam

4.5

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika


dan akhlak keguruan.

4.6

Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama


dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

2.0 LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


AKTIVITI
KEMASYARAKATAN (7 JAM)
Laporan Bina Insan Guru Aktiviti Kemasyarakatan Semester 3
PISMP Ambilan Januari 2012 di Pusat Bimbingan Islam Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA), Sungai Petani, Kedah.
Pada 4 Mac 2013, saya telah menjalankan Bina Insan Guru (BIG) Siri
3 di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA),
Sungai Petani, Kedah. Para peserta program ini seramai 40 orang yang
terdiri daripada pelajar PISMP Pendidikan Islam 1 dan PISMP Pendidikan
Islam 2 Ambilan Januari 2012 dan diiringi oleh dua orang mentor iaitu
Puan Sazura binti Zakaria dan Encik Wan Aziz bin W Ahmad @ Wan
Ahmad. Program ini dimeriahkan lagi oleh 25 orang ahli daripada Pusat
Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA).
Kami telah bertolak ke Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah (PUSBA), Sungai Petani, Kedah pada jam 8.00 pagi
dengan menaiki bas IPDA. Kami seramai 40 orang telah berkumpul di
hadapan Unit Kokurikulum seawal jam 7.45 pagi. Perjalanan kami
mengambil masa selama hampir 1 jam 30 minit untuk tiba di PUSBA

tersebut. Setibanya di sana, kami disambut oleh ahli-ahli daripada Pusat


Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA).
Sebelum aktiviti ini

dijalankan, pihak

kami

telah memberi

penerangan mengenai khidmat masyarakat yang bakal dilaksanakan serta


membuat pembahagian kumpulan untuk aktiviti yang bakal dijalankan.
Pihak PUSBA juga memberi penerangan kepada kami iaitu membersihkan
tempat-tempat tertentu sahaja. Di sana, kami juga telah mengadakan
aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) untuk amali wudhuk, amali solat,
azan dan iqamat kepada saudara-saudara baru. Selepas itu, barulah kami
mengadakan aktiviti gotong-royang dan membersihkan kawasan-kawasan
sekitar PUSBA.
Program ini merupakan program berbentuk khidmat masyarakat
yang perlu dilalui oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP). Melalui program ini, saya telah didedahkan dengan
realiti keadaan masyarakat di Malaysia pada masa kini. Pusat Bimbingan
Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ini ditubuhkan dengan tiga
matlamat utama iaitu bagi melatih saudara-saudara baru mengikut acuan
dan suasana Islam yang sebenar, mengkader pendakwah-pendakwah di
kalangan

saudara-saudara

baru

dan

menjaga

dan

menunaikan

tanggungajawab kebajikan, keselamatan, pertolongan serta bantuan


kepada saudara baru. Kewujudan Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul
Halim Muadzam Shah (PUSBA) telah membuktikan bahawa kerajaan
sangat mengambil berat dan prihatin bagi menangani gejala murtad
dikalangan saudara baru dengan mencadangkan satu pusat khusus
diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada
saudara baru.
Antara objektif yang kami cuba capai sepanjang BIG ini adalah
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian

budaya

dalam

sesuatu

komuniti

serta

mewujudkan

hubungan silaturrahim dengan ahli Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul


Halim Muadzam Shah (PUSBA). Objektif ini telah dicapai melalui aktiviti
pertama yang kami lakukan iaitu ramah mesra dan LDK. Selain itu,
semangat kerjasama dapat dipupuk daripada aktiviti gotong-royong yang

telah dijalankan.

Antara aktiviti

gotong-royong

adalah

membersihkan

dewan makan, bilik perpustakaan, bilik kuliah, surau, bilik mesyuarat dan
ruang pentadbiran. Aktiviti ini menyebabkan hubungan silaturrahim
antara kami menjadi lebih erat dan mesra.
Sepanjang aktiviti gotong-royong ini berlangsung, kami dalam satu
kumpulan telah belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong
menolong antara satu sama lain. Aktiviti yang dijalankan ini juga memberi
kesedaran kepada kami semua mengenai betapa peri pentingnya
menjaga kebersihan. Persekitaran dan kawasan yang bersih membuatkan
kehidupan lebih menarik dan sihat. Kami berjaya menyempurnakan
tugasan dengan jayanya dan berdedikasi serta bekerjasama dalam satu
kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan.
Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta
melakukan tugas seumpama ini. Saya tidak akan malu melakukan tugas
ini, saya tidak akan menyesal melakukan tugas ini dan apa yang akan
keluar dari mulut saya hanyalah saya boleh dan saya akan melakukan
tugas-tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya, apabila posting nanti
mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pedalaman yang
mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang
akan

menyedarkan

orang

kampung

tentang

betapa

pentingnya

kebersihan itu.
Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada
dalam diri guru pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu
sama lain membersih kawasan persekitaran PUSBA tersebut. Persiapan
sebelum program berlangsung juga dilakukan bersama-sama sehinggalah
berakhirnya program itu. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu
masih belum mencukupi bagi program ini. Saya rasa Program Bina Insan
Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal
insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan.
Program gotong-royong ini berakhir pada pukul 4.00 petang. Setelah
mengemas semua peralatan yang telah digunakan, kami pula membuat
persiapan untuk majlis penutup.

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, begitulah juga aktiviti


kami pada petang itu. Kami menamatkan program BIG ini tepat pada jam
4.30 petang sewaktu berkumandangnya azan asar. Majlis penutup di
akhiri dengan sedikit ucapan ringkas daripada pengerusi BIG Fasa 3 Siri 6
(Khidmat Kemasyarakatan) iaitu Saudara Muhamad Amirul Syafiq bin Md.
Yusuf dan Pengetua Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam
Shah (PUSBA), Ustaz Abd Rahman bin Yusoff. Kemudiannya, pihak kami
menyampaikan sedikit sumbangan cenderahati berupa buku-buku ilmiah
sebagai tanda perhargaan dari pihak kami kepada Pusat Bimbingan Islam
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA).
Segala keriuhan dan gelak ketawa mengiringi sepanjang program ini
berjalan. Melihatkan riak wajah rakan-rakan yang begitu riang walaupun
kepenatan membuatkan saya gembira dengan aktiviti yang dijalankan ini.
Sememangnya aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan ini memberi
banyak pengalaman dan pengetahuan baru dalam diri saya. Pengalaman
yang saya perolehi bersama rakan-rakan juga tidak akan dapat saya
lupakan. Kami bertolak pulang ke IPG Kampus Darulaman tepat jam 5.15
petang. Sepanjang perjalanan pulang ke IPG, ramai guru pelatih yang
tidur kerana mungkin terlalu letih.
Tuntasnya, aktiviti ini amat berguna kepada kami sebagai bakal
guru di masa hadapan. Hal ini adalah kerana aktiviti ini mengajar kami
untuk menguruskan sesebuah program, pengurusan masa yang baik serta
berkhidmat kepada masyarakat. Aktiviti ini telah mengajar kami erti
persahabatan,

nilai

kerjasama,

tolong

menolong,

berdikari

dan

bertanggungjawab. Saya harapkan program seperti ini dapat diteruskan


pada masa akan datang agar bakal-bakal guru dapat memperolehi dan
memanfaatkan ilmu yang berguna ini. Dengan wajah yang penuh
kelesuan yang tergambar namun terpancar sedikit cahaya kelegaan
kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Kekuatan Program Khidmat Kemasyarakatan di Pusat Bimbingan Islam
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA), Sungai Petani, Kedah ini
ialah :

Mempunyai perancangan yang rapi dan teliti.


Aktiviti tersusun dan mengikut perancangan.
Semua guru pelatih memberikan kerjasama dan melibatkan diri
secara bersungguh-sungguh.

3.0 LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


CERAMAH
(3 JAM)
Laporan Bina Insan Guru (BIG) Ceramah Semester 3 PISMP
Ambilan Januari 2012 di Dewan Zaaba, IPG Kampus Darulaman
Pada 24 Februari 2013 yang lepas, saya telah menghadiri satu
seminar Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Masjid An-Nur, IPG Kampus
Darulaman. Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar PISMP semester 3
daripada kumpulan Pendidikan Khas 2,

Pendidikan Khas 4, Pendidikan

Pemulihan 2, Pendidikan Pemulihan 3, TESL 2, Matematik 2, Pendidikan


Seni Visual 2 dan rakan-rakan sekelas saya iaitu Pendidikan Islam 2
dimana melibatkan 160 orang pelajar. Seminar ini telah diberikan oleh
pendidik yang begitu berpengalaman dari SMK Hutan Kampong iaitu En.
Sukarno bin Abd Hamid.
Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi
ceramah yang disampaikan oleh En. Sukarno bin Abd Hamid dan sesi soal
jawab dimana melibatkan para pelajar tentang tajuk dibawah tema yang
diberikan.
Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat
saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar
yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Pengucapan Awam
begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah
terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan kami tentang
kesediaan sebagai bakal guru untuk berhadapan dengan masyarakat luar
yang pelbagai ragam. Oleh itu, guru perlulah bersedia dengan situasi
sedemikian

apabila

berada

di

sekolah

kelak.

Pengucapan

awam

merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua individu


terutamanya orang yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai
terutamanya guru atau pendidik. Kemahiran ini penting kerana kemahiran
ini boleh jadi penentu kejayaan seseorang di dalam temu duga, kerjaya
,pertandingan dan sebagainya. Ramai orang berbakat besar dalam bidang
pengucapan awam dan boleh berucap dengan lantang dan yakin di
hadapan umum. Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang
tinggi dan latihan yang konsisten untuk memastikan seseorang itu benarbenar menguasai kemahiran ini dengan baik.
Menyampaikan ucapan bukanlah merupakan proses yang mudah,
jadi melalui bengkel pengucapan awam ini, kemahiran menyampaikan
ucapan dapat saya pelajari dengan lebih mendalam dan berkesan. Hal ini
kerana proses pembelajaran kemahiran ini bermula dengan inisiatif sendiri
untuk berusaha mempelajarinya melalui sumber buku, internet dan
majalah. Selain itu, kemahiran berucap juga boleh dipelajari daripada

video individu-individu menyampaikan ucapan seperti Debat Piala Perdana


Menteri dan Forum Peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung,
penonton ataupun bakal gudu seperti saya dapat mencontohi cara dan
gaya daripada video visual tersebut.
Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi
yang akan diberikan oleh setiap orang, contohnya perasaan berdebardebar, gementar dan takut. Saya juga tidak terkecuali mengalami
perasaan tersebut. Menurut penceramah, sebenarnya setiap speaker
samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya
mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk
bercakap di khalayak awam. Dengan mempelajari teknik-teknik yang
betul maka lama-kelamaan rasa gemuruh dan gementar dapat di atasi
dan dikawal apabila telah terbina keyakinan diri setelah berulangkali
berceramah. Daripada ceramah tersebut, saya dapat meningkatkan
keyakinan diri saya untuk lebih yakin berhadapan dengan dengan orang
ramai apabila sudah bergelar sebagai seorang pendidik suatu masa nanti.
Pada bengkel kali ini, saya dapat mempelajari pelbagai teknik-teknik
pengucapan awam yang mudah dan berkesan. Teknik yang paling penting
ialah mempunyai niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.
Niat dan azam inilah yang akan mencetuskan semangat yang akan
memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan
semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa
mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut.
Selain itu, saya perlu buat persediaan sebelum berucap dengan
menyediakan rangka dan isi yang ingin disampaikan. Kemudian kita mesti
mengenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka
mendengar isi ucapan kita. Penceramah juga mengatakan bahawa
sebelum

berucap,

seseorang

itu

perlu

membuat

latihan

dengan

menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Pengucap


yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks.

Antara perkara yang begitu ditekankan oleh En. Sukarno bin Abd
Hamid selaku penceramah pada hari tersebut ialah peranan bakal-bakal
pendidik sekarang yang sepatutnya diamalkan oleh guru-guru pelatih.
Mendengar muqaddimah yang begitu menarik daripada penceramah
membuatkan semua guru pelatih begitu khusyuk mendengar ceramah
dari beliau. Sebenarnya, guru memikul tanggungjawab dan amanah yang
sangat berat dalam mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang
berguna dan kamil di masa hadapan. Sesungguhnya usaha mendidik ini
semakin hari semakin mencabar dek arus pembangunan teknologi yang
semakin canggih sekarang. Tambahan pula, seorang guru juga sanggup
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi mendidik anak bangsa.
Guru juga bertanggungjawab menyeru perkara makruf serta mencegah
yang mungkar.
Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai
seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun
belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada
sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan
nasihat ini sebenarnya
sekarang

amat

banyak menyedarkan saya

bertepatan

dengan

apa

yang

dimana

disampaikan

situasi
oleh

penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul
satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu
perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak
betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini
juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan
lagi keadaan. Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat
raptai mental. Berucap dahulu dalam pentas minda anda. 'Lihat, dengar
dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu
mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang
apa yang anda lhat, dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek
realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk menanamkan dalam
minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis
semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai.

Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan


dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik
mengungkapkan maksud ucapan anda. Datang 15 minit lebih awal untuk
persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut. Alat
bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan
maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti
papan dan kertas mahjung, pen marker, sistem audio, laptop dan LCD
dengan menggunakan power point atau sebagainya. Perkara yang paling
penting ialah membaca doa sebelum memulakan ucapan.
Sebagai kesimpulannya, penceramah berharap agar kami semua
bersedia dari sekarang untuk menghadapi komuniti di luar sana apabila
telah bergelar pendidik pada suatu hari nanti. Beliau juga menekankan
supaya kami menanamkan dalam diri sukakan kerjaya pendidik ini
sebagai kerjaya yang paling mulia.

4 Refleksi Kendiri Bina Insan Guru (BIG) PISMP Semester 5


Ambilan Januari 2012 Benchmarking.

NAMA

AFIFAH BINTI RAMLI

NO.K.P

910709-02-6236

KUMPULAN

PISMP PENDIDIKAN ISLAM-PR-2

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah.


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat
saya melaksanakan Bina Insan Guru Program Khidmat Masyarakat pada
10 Mac 2014 dan Bengkel Etiket Sosial dan Protokol Pengucapan Awam
dengan jayanya pada 24 Februari 2013 pada semester ini pada masa
yang telah dirancang dengan baik tanpa sebarang kekangan atau
halangan yang besar. Program khidmat masyarakat tersebut telah
berlangsung pada hari 4 Mac 2013 iaitu pada hari Isnin bertempat Pusat
Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA), Sungai
Petani, Kedah. Manakala, ceramah Pengucapan Awam telah berlangsung
pada 24 Februari 2013 iaitu pada hari Ahad.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung di atas segala tunjuk ajar, teguran
dan

nasihat

yang

diberikan

sepanjang

saya

dan

rakan-rakan

menyempurnakan tugasan ini. Saya percaya bahawa ia akan memberikan


satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa
begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program
khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan manfaat yang
telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.

Kekuatan yang dapat saya kesan daripada pelaksanaan program ini ialah
kerjasama antara rakan guru pelatih yang ditunjukkan membuat saya rasa amat
bersyukur, bangga dan gembira kerana kerjasama yang ditunjukkan ibarat tunggak
atau tiang yang menentukan kekukuhan sesuatu bangunan. Saya juga berbesar hati
dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Pengarah Program iaitu Muhamad Amirul
Syafiq bin Md Yusuf serta ahli jawatankuasa pelaksana yang lain yang sentiasa
memastikan perjalanan program dilaksanakan dengan baik dan lancar. Saya
sebagai AJK pengangkutan juga berasa bertanggungjawab dalam memastikan
program berjalan dengan baik dan sistematik. Saya juga berasa teruja dengan
semangat dan kebijaksanaan rakan-rakan guru dalam berkomunikasi dengan orang
muallaf apabila tiba di pusat tersebut. Sambutan orang-orang muallaf sememangnya
di luar jangkaan saya. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua
pihak amat menyenangkan. Saya bangga melihat kesungguhan dan kekreatifan
rakan guru pelatih.
Dari aspek lain, tidak banyak kelemahan yang dapat saya berikan kerana
secara keseluruhan program dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Pada
masa akan datang Saya dan rakan-rakan guru pelatih akan berusaha memberi yang
terbaik kepada setiap program dan projek yang akan dijalankan. Saya bersyukur
kerana sekiranya terdapat tanda-tanda kelemahan wujud, setiap anggota unit
prihatin dan bekerjasama dalam mengatasi segala kelemahan tersebut. Oleh yang
demikian, segala kelemahan dapat diatasi.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa untuk menjadi seorang
guru yang dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita
haruslah

melakukan

apa

sahaja

yang

diamanahkan

untuk

memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Hal ini


demikian kerana apabila kami sampai ke pusat tersebut,

kami telah

dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya berasa sangat terharu


apabila

semua

peserta

termasuk

menerima

apa-apa

kerja

yang

diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan


ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang
guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut
memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-

sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada masa,
tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid
dan sekolah kita.
Walaupun tugasan saya telah selesai, saya juga turut menolong
sahabat-sahabat yang lain untuk meringankan kerja mereka. Situasi ini
juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang
hidup dalam kumpulan, kita harus memberikan bantuan dan
pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami,
tanpa mengira kaum dan bangsa.
Pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi
memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum. Kami juga
tidak memberikan apa-apa bantahan mengenai posisi pembahagian tugas
kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan apa-apa
sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Selepas
kami membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas
kami seperti yang telah diamanahkan.
Semasa

menjalankan

tugas,

kami

sentiasa

membantu

dan

menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat
disiapkan

pada

masa

yang

telah

ditetapkan.

Saya

sedar

bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah


sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana
sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan
sebarang

pertenglikahan

dan

persengketaan

dapat

dielakkan

bagi

melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya,


kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami
dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini
bahawa program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan
menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.
Bukan itu sahaja, melalui Bengkel Etiket Sosial dan Protokol ini juga
secara tidak langsung dapat membantu kami mengenali rakan-rakan
yang berasal dari kumpulan dan bangsa yang lain. Hal ini demikian

kerana kami telah digabungkan untuk menjalankan bengkel ini bersamasama dengan kumpulan yang lain, iaitu PISMP Ambilan Januari 2012
Pendidikan Khas 2,

Pendidikan Khas 4, Pendidikan Pemulihan 2,

Pendidikan Pemulihan 3, TESL 2, Matematik 2 dan Pendidikan Seni Visual


2. Pada program ini, kami berasa bertuah kerana berpeluang bergaul dan
berkongsi pendapat dengan mereka yang berasal daripada kumpulankumpulan yang dinyatakan di atas. Daripada pergaulan dengan guru-guru
pelatih yang berasal dari kumpulan lain sepanjang program khidmat
masyarakat

ini,

kami

berpeluang

untuk

memahami

dengan

lebih

mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi


mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan sebagainya.
Walaupun

masa

pergaulan

kami

dengan

kumpulan-kumpulan

lain

hanyalah sebentar, namun kami berharap agar kami dapat bersama


dengan kumpulan mereka lagi dalam program-program yang akan
diadakan pada masa yang akan datang.
Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang
sangat bermakna dan penting melalui program ini, iaitu bersosial
dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal
ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan,
memandangkan

manusia

merupakan

golongan

yang

hidup

secara

berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu


berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang berkesan,
kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan
mendapatkan

bantuan

yang

dapat

membantu

kita

menyelesaikan

masalah kita.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa hubungan sosial yang aktif adalah
sangat penting bagi memastikan guru dapat bergaul dan berkomunikasi
dengan

masyarakat

lain

dengan

baik.

Malah,

saya

juga

percaya

bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani berhadapan


dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni
dan baik dengan mereka.
Melalui

ceramah

juga,

saya

dapat

mengenalpasti

beberapa

kelemahan diri dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat

penting

sekali

bagi

menjaga

dan

menjamin

kelancaran

mencari

penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti


dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan satu jalan
penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan
seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu
dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi
membaiki kembali budaya guru pelatih ini harus dilakukan supaya guru
pelatih akan menjadi seorang guru yang profesional suatu hari nanti.
Bagi saya, guru juga dijadikan role model kepada masyarakat di
sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana
seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi
mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya
pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau
contoh buat masyarakat.
Bengkel Etiket Sosial dan Protokol Pengucapan Awam ini telah
banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru
yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan teladan dan
yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai
seminar-seminar yang bertemakan pengucapan awam, saya pasti akan
menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi
menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya.
Jadi, ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat
daripada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat
ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya
aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh.
Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan
datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya
untuk menyertai aktiviti ini.
Melalui program khidmat masyarakat ini, beberapa penambahbaikan dapat
dicadangkan bagi menambahkan pengisian serta menjadikan program lebih
bermakna. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah
dengan membuat program lanjutan ke kampung berkenaan atau kampung lain

dengan pengisian yang pelbagai dan menarik. Selain itu, sumbangan kepada
penduduk kampung atau masjid mahupun surau boleh dipelbagaikan selain
sumbangan wang dan sejadah.
Program yang telah diatur ini dijalankan dengan lancar dan juga
telah

menepati

matlamatnya

untuk

membentuk

insan

guru

yang

sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru
yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat
menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi
sebarang

cabaran

atau

rintangan,

lantas

melahirkan

guru

yang

seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada


guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di
mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan
program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara.
Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan projek ini juga banyak menambah
pengetahuan dan pengalaman saya tentang cara penganjuran dan pengurusan
program khidmat masyarakat dan bengkel etiket sosial dan protokol yang betul dan
terancang. Selain itu, saya juga dapat menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai dan
akhlak keguruan dan melatih guru pelatih agar dapat mengurus diri dengan
mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari serta penampilan diri
yang sesuai. Di samping itu, melalui pelaksanaan program ini semangat berpasukan
dapat diperkukuh dan mengeratkan silaturrahim. Seterusnya, saya amat bersyukur
kerana Allah mengizinkan saya memperkukuhkan pengetahuan sedia ada saya.
Jutaan terima kasih jua buat rakan-rakan dan juga kepada pihak yang turut
membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program
ini. Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha
yang disumbangkan diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat serta dapat
memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

You might also like