You are on page 1of 4

PAMERAN SENI

Definisi
Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul How to Look at Art
mentakrifkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya
galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti; lukisan, catan,
cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork).
Hasil-hasil karya berkenaan secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan
dihayati oleh orang ramai. Aktiviti pameran ini selalunya berlaku hanya sementara
pada masa yang tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur
serta mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Jika pada
infomasi pameran tersebut ada mencatatkan Pameran Tetap (Permanent Exhibition),
bermakna pameran itu akan berterusan tanpa had waktu pengakhirannya.
Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran
dikenali sebagai exhibit (pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai
exposition atau show (pameran). Berbeza pula di United Kingdom mereka
menamakan exhibitions itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di
dalam pameran itu digelar sebagai exhibit.
Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang
mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang tertentu ataupun
kumpulan yang tertentu didalamnya. Manakala tempat yang digunakan pula
mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat untuk
berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.
Objektif Pameran
Setiap pameran yang dirancang mempunyai tema dan objektifnya tersendiri.
Biasanya sesuatu pameran itu diadakan adalah untuk menghargai hasil-hasil seni
yang telah pun dihasilkan oleh para pelukis dan pereka. Di samping itu juga, ianya
adalah satu bentuk aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-karya
seni. Budaya ini, dalam erti kata lain adalah mengajak dan mengajar masyarakat
tempatan untuk menghayati keindahan hasil seni itu.

Selain daripada itu, ianya juga merupakan satu penghargaan dan motivasi kepada
pengkarya. Aktiviti pameran ini juga sebagai satu bentuk pengiktirafan yang tertinggi
kepada pengkarya di dalam proses penghasilan karya mereka.
i. Tujuan sosial
Tujuan sosial bererti bahawa kegiatan pameran baik skala luas (di masyarakat)
mahupun skala terbatas (di sekolah). Karya seni yang dipamerkan dipergunakan
untuk

kepentingan

sosial.

Hasil

penjualan

karya

seni

yang

dipamerkan

disumbangkan kepada yayasan anak yatim, pendidikan anak cacat, dan mana-mana
yayasan yang memerlukan bantuan.
ii. Tujuan Komersial
Tujuan komersial pameran berkaitan dengan kegiatan untuk menghasilkan profit
atau keuntungan terutama bagi seniman. Melalui kegiatan ini seniman dapat menjual
karyanya kepada apresiator dan kolektor karya seni.
iii. Tujuan Kemanusiaan
Tujuan kemanusiaan kegiatan pameran adalah untuk kepentingan pelestarian
(maintain), pembinaan nilai-nilai, dan pengembangan hasil karya seni budaya yang
dimiliki oleh masyarakat. Media apresiasi bagi masyarakat terhadap karya-karya
seniman.
Jenis-jenis Pameran
Pameran yang diadakan terbahagi kepada beberapa jenis dan peringkat. Antara
jenis-jenis pameran tersebut adalah:
i. Pameran Solo
Pameran ini biasanya hanya melibatkan hasil karya seorang individu sahaja. Tempat
bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh
individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).
ii. Pameran Berkumpulan
Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Tempat
bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh
individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).

iii. Pameran Berbentuk Retrospektif


Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang dihasilkan dari awal
penglibatan beliau sehinggalah ke hari ini. Selalunya pameran ini melibatkan
seorang individu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi. Tempat
bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh
individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis/
penyimpan koleksi karya berkenaan).
iv. Pameran Koleksi Tetap
Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang telah dibeli ataupun dipunyai
oleh sesuatu organisasi itu. Selalunya pameran ini melibatkan hasil karya seorang
inidividu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi itu. Tempat bagi
mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu
ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh
kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan penyimpan koleksi karya berkenaan).
v. Pameran Berbentuk Jelajah
Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Tempat
bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh
individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis). Di
samping itu juga pameran ini akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang
lain setelah tamat tarikh yang telah ditetapkan.
vi. Pameran Hasil daripada Pertandingan
Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.
Manakala karya-karya yang dipamerkan adalah karya-karya yang telah dipilih
sebagai pemenang dan karya yang layak mengikut kategori yang telah ditentukan
oleh pihak penganjur pertandingan.Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di
galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awan ataupun
di tempat-tempat yang telah dipilih oleh kedua-dua pihak (penganjur dan penaja).
Manakala tempoh pameran ini telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

PENGURUSAN PAMERAN
Bagi membantu dan memudahkan pengurusan sesuatu pameran itu beberapa
perkara utama perlulah diberi perhatian. Antara perkara-perkara tersebut adalah
seperti dijelaskan seperti berikut:
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pameran
Sesuatu aktiviti yang telah dirancang tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna
tanpa tenaga kerja yang diamanahkan dan dilantik bagi menguruskan kepelbagaian
tugas di dalam aktiviti pameran ini. Ekoran daripada itu, maka satu perlantikan ahli
jawatankuasa

kerja

pameran

perlulah

dilakukan.

Struktur

perlantikan

ahli

jawatankuasa kerja pameran adalah terbahagi kepada dua:


i. Jawatankuasa Induk Pameran
Jawatankuasa ini terdiri daripada Penanung, Penasihat, Pengarah, Kurator,
Pembantu Kurator, Setiausaha dan Bendahari. Jawatankuasa ini bertanggungjawab
terhadap urusan jemputan, penyediaan katalog pameran, penyediaan teks ucapan,
penyediaan kad jemputan dan lain-lain hal berkenaan dengan pameran.
ii. Jawatankuasa Kecil Pameran
Jawatankuasa ini terdiri daripada JKK Seranta I, JKK Seranta II, JKK Teknikal dan
Percetakan, JKK Penempatan dan Kemudahan dan JKK Sambutan. Jawatankuasa
ini adalah tenaga kerja yang akan melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh
Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa.

You might also like