You are on page 1of 32

BIOSAINS:BIOKIMIA

MABC1122
HOMEOSTASIS
YOGESWARI RENGANATHAN
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN
ALOR SETAR

Topik-topik dinegatif
bawah
homeostasis
dan
maklumbalas :
Maklumbalas

positif
Kawalatur utama badan
Keseimbangan cecair badan dan elektrolit
Keseimbangan asid dan bes

MAKLUMBALAS NEGATIF DAN


MAKLUMBALAS POSITIF
OBJEKTIF :
Menyatakan definisi homeostasis
Menerangkan proses homeostasis
Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi
homeostasis
Menerangkan maklumbalas negatif
Menerangkan maklumbalas positif
Menerangkan maklumbalas sekresi hormon

HOMEOSTASIS
A. Definisi
Satu mekanisma automatik dalam
pengimbangan persekitaran dalaman
badan.

B. Pengenalan
Proses

ini juga dipanggil sebagai


homeodinamik kerana perubahan persekitaran
luaran dan dalaman yang sentiasa berubah
menyebabkan pengawalan (adjustment)
sentiasa berlaku
Dalam keadaan normal, tisu dan organ
bertindak bagi mengekalkan keseimbangan
dalam badan apabila perubahan dalaman dan
luaran berlaku

Mekanisma

ini membolehkan penyesuaian


pada persekitaran berbeza
Proses ini dikawal oleh sistem saraf dan
endokrina
Homeostasis

Aktiviti

merangkumi

metabolik perlu keadaan seimbang


Suhu badan dikekalkan dalam julat yang kecil
[Nutrien], [O2], gas-gas, bahan kimia lain
kekalkan keseimbangannya setiap masa.

Ginjal

memainkan peranan penting dalam


hemeostasis melalui:
Kawalatur paras air darah
Mengekalkan paras garam dan ion
dalam darah
Kawalatur pH darah
Kumuhan urea dan sisa lain

Faktor

pengaruhi homeostasis
Suhu
Tekanan
Keadaan pH darah
Hormon
Pengimbangan air dan elektrolit.
Jika keseimbangan tidak dicapai maka
gangguan sebabkan ketidak fungsian berlaku
yang akhirnya menyebabkan penyakit atau
kematian

C. Mekanisma Kawalan
Terdiri

dari 3 komponen
Reseptor
Menerima maklumat tentang perubahan
persekitaran melalui stimulus (ransangan)
Pusat kawalan
Menerima dan proses maklumat dari
reseptor

Efektor
Memberi respon terhadap arahan pusat kawalan
sama ada dengan menentang atau menggalakkan
stimulus

Contoh:
Bagi kawalatur suhu badan, terdapat reseptor suhu
pada kulit
Jika terdapat stimulus (keadaan sejuk atau panas),
ia akan dikesan oleh reseptor

Reseptor akan menghantar maklumat ini kepada


otak (pusat kawalan) untuk diproses dan
memberikan arahan untuk bertindak

Salur darah dan kelenjar peluh (efektor) akan


bertindak mengikut arahan otak

D. Maklumbalas Negatif
Merupakan tindakbalas sistem respon yang menahan
atau mengurangkan stimulus asal
Kekalkan keadaan tidak lebihi had boleh toleransi,
maka kekalkan homeostasis
Berikut merupakan aliran tindakan maklumbalas
negative secara am

Contoh:
Apabila kepekatan karbon dioksida dalam badan
meningkat, paru-paru diberi isyarat untuk
meningkatkan aktiviti pernafasan bagi membolehkan
banyak karbon dioksida dikumuhkan. Maka, paras
karbon dioksida dapat diturunkan ke paras normal

E. Maklumbalas Positif
Merupakan

tindakbalas sistem respon yang


meningkatkan dan mencepatkan output
stimulus yang sudah ada
Bertentangan sistem maklumbalas negatif
Ia memberikan kesan ketidakstabilan maka
tidak menyebabkan homeostasis
Sistem ini berisiko dan berupaya melebihi
had toleransi

Contoh

Semasa perdarahan biasa akibat luka tindakan


mekanisme negatif akan merangsangkan enzim
dan faktor pembeku bagi menggumpal darah
untuk menghentikan pengaliran darah dari luka.
Jika pendarahan terlalu banyak, maka mekanisma
maklumbalas positif akan bertindak dengan
merangsang jantung untuk mengepam lebih
banyak darah ke salur darah bertujuan
mengekalkan isipadu dan tekanan salur darah.

Sekiranya

mekanisme maklumbalas negatif tidak


berfungsi dan mekanisme maklumbalas positif
berterusan, seseorang boleh maut akibat dari
perdarahan berterusan akibat dari tindakan
jantung terus mengepam darah

4.2 KAWALATUR UTAMA BADAN


OBJEKTIF

:
Menghuraikan mekanisma bagi setiap
kawalatur

3 kawalatur utama badan


Thermoregulation
Osmoregulation
Glucoregulation
Ia merupakan sebahagian dari sistem maklumbalas
negatif yang beroperasi sepanjang masa dan
berterusan dalam badan manusia.

I. THERMOREGULATION
Suhu

badan sentiasa dikawal rapi melalui


thermoregulation
Jika terdapat perubahan diluar julat normal
maka badan tidak berfungsi lancar
Sensor / reseptor akan mengesan perubahan
(stimulus) dan maklumat dihantar ke pusat
integrasi di otak atau saraf tunjang ataupun di
sel-sel sistem endokrina.

Jika

suhu badan > 37 C maka pusat kawalan


(pusat integrasi) akan
merangsang kelenjar peluh mengeluarkan peluh
bagi turunkan suhu badan
bulu roma akan mendatar pada kulit bagi
menggalakkan haba dari kulit bebas keluar
vasodilatasi (vasodilatation) pada arteriol bagi
mempercepatkan kehilangan haba pada kulit

Jika

suhu badan < 37 C masa pusat


kawalan (pusat integrasi)
perpeluhan dihentikan
bulu roma menegak bagi membantu
memerangkap haba pada permukaan kulit
vasokonstriksi (vasoconstriction) pada arteriol
mengurangkan kehilangan haba melalui kulit

II. OSMOREGULATION
Kawalatur

aktif tekanan osmotik cecair badan


Ginjal memainkan peranan penting dengan
kawalatur jumlah air dalam kumuhan urin.
Hormon seperti ADH (hormon antidiuretik),
aldosteron dan angiotensin II meningkatkan
ketelapan duktus pengumpul (collecting duct)
pada ginjal bagi serapan semula air dan
menghalang ia dikumuh dalam urin

Berikut merupakan aliran tindakan semasa


osmoregulation

Contoh:
Jika

paras air tinggi dari normal dalam badan. Ia


akan dikesan osmoreseptor. Osmoreseptor akan
memberi maklumat pada hipotalamus.
Hipotalamus pula akan memberi isyarat pada
kelenjar pituitari agar sedikit ADH dirembeskan.
Ketelapan duktus pengumpul berkurangan
menyebabkan sedikit air diserap semula. Ini
menyebabkan banyak air dikumuhkan melalui
urin dan ini mengurangkan paras air ke tahap
normal.

Jika

paras air kurang dari normal dalam badan.


Ia akan dikesan osmoreseptor. Osmoreseptor
akan memberi maklumat pada hipotalamus.
Hipotalamus pula akan memberi isyarat pada
kelenjar pituitari agar banyak ADH dirembeskan.
Ketelapan duktus pengumpul meningkat
menyebabkan banyak air diserap semula. Ini
menyebabkan sedikit air dikumuhkan melalui
urin dan ini menaikkan paras air ke tahap
normal.

III. GLUCOREGULATION
Kawalatur paras glukosa darah
Berikut merupakan aliran tindakan semasa
glucoregulation

Jika

paras glukosa darah meningkat, ia akan


dikesan oleh reseptor pancreas. Pankreas akan
menghasilkan lebih banyak hormone insulin.
Paras hormon insulin yang tinggi menggalakkan
penggunaan glukosa dan penukaran glukosa
kepada glikogen (di hepar). Maka, paras
glukosa diturunkan ke paras yang normal

Jika

paras glukosa darah berkurang, ia akan


dikesan oleh reseptor pancreas. Pankreas akan
menghasilkan lebih banyak hormon glukagon.
Paras hormon glukagon yang tinggi
menggalakkan penukaran glikogen ke glukosa
di hepar. Maka, paras glukosa dinaikkan ke
paras yang normal

ULANGKAJI
MAKLUMBALAS NEGATIF DAN MAKLUMBALAS
POSITIF
1.
2.

Berikan definisi homeostasis


Huraikan konsep mekanisma kawalan
- Reseptor
- Stimulus
- Pusat kawalan

3. Huraikan konsep bagi


a. maklumbalas negatif
b. Maklumbalas positif
KAWALATUR UTAMA BADAN
Bincangkan mekanisma bagi setiap kawalatur
utama badan
- kawal atur thermo (Thermoregulation)
- kawal atur gluko (Glucoregulation)
- kawal atur osmo (Osmoregulation)

You might also like