You are on page 1of 6

SUSUN ATUR RUANG PAMERAN

Marjorie

Schiller

(1995)

menerangkan

bahawa

bilik

pameran

atau

galeri

melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan bilik perlu menitikberatkan
unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Karen Haigh
(1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi galeri seni hendaklah sehingga tidak
menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya seni selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan
sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik pameran selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan
peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi susun
atur ruang bilik pameran. Kebanyakan bilik pameran atau galeri telah disediakan
dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Contoh menyusun atur ruang pameran

CARA MENGANTUNG GAMBAR DI DINDING


Menggantung gambar memerlukan ilham serta sentuhan kreatif. Elok susunan serta
indah elemen yang ditonjolkan, bukan saja mengundang perhatian tetamu, malah
apa yang dipamerkan mampu menambah nilai karya seni itu. Bagi yang mencari
teknik dan panduan menghias dinding khususnya menggantung gambar, petua pakar
hiasan dalaman, Roddie Harris boleh dicuba.
Harris berkata, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum menggantung
gambar ialah menetapkan titik tumpu di dinding. Cara ini amat berguna bagi
sekelompok gambar, lukisan atau foto. Susun atur paling kreatif ialah menempatkan
secara berkelompok gambar berukuran kecil untuk digabungkan dengan gambar
lebih besar dan objek beraneka saiz. Pastikan setiap gambar disusun rapat,
katanya.
Paras ketinggian gambar yang ingin digantung terpulang kepada luas dinding
dan selera peribadi namun, untuk impak terbaik, pastikan gambar diletak separas
atau bawah sedikit dari paras mata. Sebaiknya, gambar itu disusun dalam
kedudukan lurus dan jarak tepat jika mahu ia dilihat seimbang dan harmoni. Bagi
dinding menempatkan sofa dan laci, pastikan gambar atau objek yang digantung
berjarak rapat dengan perabot itu. Selain menjamin kesan visual yang baik, gambar
yang digantung jauh dari kelengkapan berkenaan kelihatan seperti tergantung sekali
gus janggal dipandang.
Sewaktu merancang memenuhi dinding dengan gambar dan perhiasan, kenal
pasti dulu bahagian tengah dan titik pusat dinding. Seterusnya, mulakan
menggantung gambar di penjuru paling kanan dan kiri dinding sehingga mendekati
titik tengah yang ditetapkan. Michael Houghton, seorang lagi pakar hiasan dalaman
turut menyediakan teknik menggantung gambar dengan betul menerusi artikelnya di
laman web http://www.bhg.com.
Houghton berkata, ketinggian tepat gambar dan objek yang ingin digantung
mampu diagak dengan meminta bantuan individu lain memegangnya. Cara ini
membolehkan anda menilai sama ada kedudukan gambar digantung senget atau

terlalu tinggi. Selain itu, paku perekat dicadangkan Houghton bagi menstabilkan
kedudukan gambar. Namun, ini tidak digalakkan bagi dinding berhias kertas kerana
membuatkan kertas itu tercarik.
Bagi yang ingin menggantung himpunan gambar, sediakan dulu lakaran susun atur
atau rangka gaya susunan di lantai. Selain mendapatkan gambaran keseluruhan
susunan gambar, anda juga boleh menukar perancangan susun atur tanpa perlu
mencabut kembali paku dan skru yang boleh merosakkan dinding.

You might also like