You are on page 1of 2

HOT: DEMAM SAWAN (FEBRILE CONVULSION)

DEFINISI: Serangan sawan yang berlaku bersama dengan peningkatan suhu yang tinggi
(39C/102F)
PENILAIAN:
a) Penilaian Am
Pemerhatian dan pemantauan tanda vital. Contohnya suhu badan, kadar nadi, kadar
pernafasan,tekanan darah dan berat badan
b) Penilaian Spesifik
Pengambilan specimen CSF melalui psosedur LP untuk mengesan sebarang infeksi
yang menyebabkan demam sawan. Melakukan serologi specimen darah untuk C&S
bagi mengesan septisemia.
c) Penilaian diagnosis perbezaan/ komplikasi
Melakukan EEG untuk menilai aktiviti otak pada pesakit sekiranya mengalami epilepsi.
Melakukan urin FEME dan C&S untuk mengesan jika pesakit mengalami pilonephritis.
RAWATAN (SERANGAN AKUT)
a) Rawatan Spesifik (kecemasan)
Anti konvulsi: IV atau per recktal Diazepam 0.5mg/kg berat badan
S/E pening, sembelit, kabur penglihatan, dan mengantuk
Anti biotik: Amoxycillin 250mg TDS per oral atau parenteral
S/E diarhea, dipepsia dan hipersensitiviti
b) Rawatan Simptomatik
Anti piretik: sup. Paracetamol per rektal 125-250mg
S/E hipersensitiviti
Terapi oksigen: berikan bantuan oksigen 2-5L/min melalui high flow mask bagi
mengelakkan sianosis.

PENGURUSAN KEJURURAWATAN
a) Lakukan tepid sponging untuk menurunkan suhu pesakit
b) Posisikan pesakit dalam kedudukan lateral bagi mengelakkan aspirasi pneumonia
c) Membantu pesakit untuk menguruskan ADL seperti menjaga kebersihan pada termasuk
pesakit bergerak.
d) Pemantauan berterusan tanda vital pesakit seperti tekanan darah, suhu, nadi. Selain
pemantauan fit chart dan pengambilan specimen urin dan darah perlu dilakukan.
e) Memastikan pesakit tidak jatuh daripada katil semasa serangan sawan berlaku dengan
memasangkan bed rail.
PENDIDIKAN KESIHATAN
a) Memaklumkan pesakit dan keluarga terdekat tentang penyakit yang dialaminya serta
prognosis penyakit ini.
b) Terangkan tatacara pengambilan ubat yang betul dan maklumkan kesan sampingan supaya
pesakit berjaga-jaga. Contohnya pengambilan antibiotik akan menyebabkan diarrhea dan
dyspepsia.
c) Nasihatkan kepada ibubapa pesakit supaya membawa anak mereka untuk dating ke klinik
atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan susulan bagi mengelakkan
sebarang komplikasi.
d) Nasihatkan ibubapa atau penjaga untuk membawa kanak-kanak yang demam panas ke
klinik untuk mendapatkan rawatan kecemasan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
e) Terangkan kepada penjaga cara untuk menurunkan suhu panas kanak-kanak dengan
melakukan tepid sponging.
RUJUKAN KES
a) Penyediaan surat rujukan
Sediakan surat rujukan dan catatkan semua butiran rawatan stat yang telah diberi untuk
mengelakkan insiden double dose. Selain itu, dalam surat perlu rekod semua penemuan
baseline untuk tujuan perbandingan tahap progress pesakit setelah sampai ke hospital
kelak. PPP juga perlu hubungi pegawai di hospital yang bakal menerima kes ini supaya
persediaan awal dibuat dan pesakit diberi laluan fast-tract atau mengikut zon.
b) Pengurusan logistik

LIM KOK BIN ABDULLAH AFIQ ALMAZER ALBANI MOHD KHAIRUL NEEZM
MOHD HARFIZIE

HOT: DEMAM SAWAN (FEBRILE CONVULSION)

c)

Pengurusan logistic termasuk mengatur ambulans secara segara untuk menghantar pesakit
ke hospital. PPP perlu pastikan ambulans tersebut adalah lengkap dengan semua alatan
resus emergeny stand-by, bekalan oksigen yang cukup, kemudahan komunikasi yang
berfungsi. Jika pesakit mempunyai anak kecil ia perlu diurus untuk dijaga saudara pesakit.
Surat maklum balas daripada hospital untuk rawatan susulan
PPP perlu peka bahawa untuk setiap kes rujukan yang dibuat, ia akan disusuli dengan surat
maklumbalas discaj dari hospital kelak. Maklumbalas ini adalah penting untuk PPP untuk
menyediakan ubat-ubat bukan item C tertentu untuk pesakit tersebut yang akan dating
untuk rawatan susulan di klinik kelak.

LIM KOK BIN ABDULLAH AFIQ ALMAZER ALBANI MOHD KHAIRUL NEEZM
MOHD HARFIZIE

You might also like