You are on page 1of 17

PJM 3112

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
PERMAINAN TRADISIONAL
BALING TIN

DISEDIAKAN OLEH:
ORAZLINA BTE MOHAMED
URINA HANY BTE HASHIM
PPG SAINS KOHORT 2

PENGENALAN

Permainan ini dikenali sebagai baling tin kerana

bahan asasnya adalah tin.


Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling
pot atau lecut pot.
Mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an
dan terus popular hingga pertengahan tahun
1970-an.
Kebanyakan masyarakat melayu dan cina gemar
bermain permainan ini.

Permainan ini dimainkan di kawasan kampung .


Permainan ini memerlukan kemahiran,
ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi
sesuatu permainan.
Di samping itu juga permainan ini memerlukan
kerjasama yang erat antara pemain dalam
sesuatu pasukan.

ASAL USUL PERMAINAN


Asal usul permainan ini tidak
dipastikan kerana telah tersedia ada
dimainkan di Negara ini sejak dahulu
lagi.
Permainan ini terus berkembang di
Tanah Melayu dan dimainkan oleh
pelbagai kaum.

PERALATAN BALING TIN


1. Tin-tin kosong
Tin-tin kosong perlu dibersihkan.
Biasanya bilangan yang diperlukan
ialah 10 tin.
Di susun secara bertingkat-tingkat.
Di tingkat bawah diletakkan 4 buah tin.
Di tingkat ke dua diletakkan 3 buah tin
Di tingkat ke tiga diletakkan 2 buah tin
satu tingkat atas.
Untuk lebih menrik tin-tin bolehlah dicat.
warna yang berbeza tidak digalakkan
kerana boleh mengelirukan pemain.

2. Bola
Bola mestilah bersaiz lebih
kurang 3 atau 4 inci dari
garis pusatnya.
Biasanya bola yang berwarna
terang digunakan untuk
memudahkan pemain melihatnya.
Tetapi kadang-kadang selipar
atau gumpulan kertas digunakan
untuk membaling tin.

ERATURAN PERMAINAN BALING T


1. Dua kumpulan diperlukan, sekurang-kurangnya dua orang dan
jumlah tersebut mestilah sama.
2. Semasa permainan , sekiranya pelontar kena cop atau kena
baling sebelum sempat menyusun tin-tin yang jatuh, ianya
dikira mati tanpa mendapat markah dan seorang pemain dari
kumpulanya akan melontar pula.
3. Sekiranya bola yang dilontar ke arah susunan tin dapat
disambut oleh penyerang sebelum mencecah tanah
kesemua pemain dalam kumpulan pelontar dianggap
mati dan kumpulan penyerang pula dijadikan
sebagai pelontar.
4. Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh
membaling dibahagian kaki ke bawah saja bagi
mengelakkan kecederaan.

5. Setiap pemain yang membawa bola untuk dibaling kepada


pelontar tidak boleh bersembunyi di sablik pokok-pokok
atau rumah untuk memastikan pelontar dapat mengetahui
kedudukan penyerang.
6. Bola tidak dibenarkan disembunyikan di dalam baju atau
sebagainya.
7. Penyerang juga tidak dibenarkan untuk menjatuhkan tin-tin
yang tidak jatuh semasa balingan pemain.
8. Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan
sesuatu pasukan.
9. Setiap pemain perlu bekerjasama untuk memenangi permainan
ini.

PERKARA YANG MEMBATALKAN


PERMAINAN BALING TIN
1. Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah pemain yang sama,
jika tidak sama secara automatik terbatal.
2. Susunan tin yang telah diunah, disepak atau diserakkn oleh
penyerang terutama selepas pelontar memulakan akan
terbatal dan pelontar dikira sebagai pemenang.
3. Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila
berlaku permainan boleh terbatal.

PADANG PERMAINAN

PROSEDUR PERMAINAN
1. Sebelum memulakan sesuatu permainan baling tin, dua
kumpulan perlu dibentuk. Setiap kumpulan terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua pelontar.Namun begitu jumlah pemain
yang lebih ramai adalah lebih baik kerana boleh memeriahkan
permainan tersebut.
2. Kemudian, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada
menjadi penyerang atau pelontar. Kumpulan pelontar akan
bertindak sebagai pembaling, manakala pemain pula adalah
pasukan yang memulakan permainan tersebut.
3. Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada
menggunakan duit syiling atau wan tu zom. Undian ini akan
dilakukan dengan adil supaya mendapat persetujuan kedua-dua
kumpulan.

4. Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara
bertentangan.Garisan tersebut boleh dibuat secara bertentangan
pada jarak lima meter.Garisan pertama digunakan untuk garisan
permulaan, manakala garisan kedua pula digunakan untuk meletakkan
tin-tib yang disusun dengan kemas.
5. Semua tin susu atau tin yang mempunyai bentuk dan saiz yang
sama akan disusun. Susunan tersebut harus disusun berhati-hati
supaya tidak runtuh sebelum bermain.
6. Aksi acah-mengacah harus dilakukan sama ada oleh pelontar
penyerang.Bahkan terdapat pelontar yang akan melarikan diri
daripada mengelakan dibaling oleh penyerang. Pada masa yang sama
pelontar harus memastikan penyerang mengejar untuk memberi
peluang kepada ahli lain untuk menyusun tin-tin tersebut.

KIRAAN MATA
Permainan ini dikira dengan kiraan padang. Kiraan padang bermaksud
sekiranya pihak pelontar berjaya menyusun susunan tin yang telah
berserakan, bermakna pasukan tersebut akan mendapat satu mata.
Kemudian permainan ini akan diteruskan lagi sehinggalah pasukan
pelontar mengalami kematian.
Sekiranya pemain bijak bermain, dalam satu permainan itu boleh
mengutip banyak mata.Namun apabila salah seorang pihak pelontar
telah mengenai bola, permainan tersebut terpaksa dibatalkan.

CONTOH PERMAINAN
BALING TIN

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like