You are on page 1of 7

Faktor-faktor yang menyebabkan jerebu

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada
hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu . Fenomena jerebu ini seolah-olah telah
termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada
tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk
di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,
masalah jerebu turut berlaku sekali lagi
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialahpembakaran hutan secara
besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu
panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu
meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di
muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana
pihak Indonesiaingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh
raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari
Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita.
Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara
kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu
serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa
kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan
oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara
pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu
malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar
sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi

sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami
padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan
ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya juga telah mengakibatkan masalah
jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan
yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan
dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan
tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan
terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke
atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap
ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegarlegar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.
Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak
terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang
perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap
pengusaha kilang yang menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah
mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak
untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka
sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh
mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap
beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur
tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti
manusiaSekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan
datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding
bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya
masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat.

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM


KALANGAN REMAJA
Pada abad ke-21 ini
,
Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan d
alam dunia global
ini.
Kini,
Malaysia begitu terkenal di mata dunia
.
Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial ya
ng sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat
,
iaitu masalah pembuangan bayi
.Isu pembuangan bayi
yang tidak pernah berkesudahan ini
boleh dianggap sebagai
satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi , semakin hari semakin banyak dilaporkan di
dada-dada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang
tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat dinafikan pelbagai u
saha telah diambil
bagi membendung penyakit sosial ini.
Namun
begitu
,
apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah kurangnya didikan ag
ama dalam kalangan remaja.Kekurangan didikan
agama
yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan
dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas
.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubunga
n bertentangan dengan hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang
sah.Dalam situasi tersebut
,
remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragakagak untuk membuang
atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat terseb
ut.Hal ini menunjukkan peranan agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan
hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26
juga
menyatakan
bahawa
,
janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Alla
h.Hal
ini
membuktikan
bahawa
pegangan
agama
yang
teguh
akan
menjadi
benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam kehidupan.
Di
samping itu,
sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini.Remaja kini sangat cenderung untuk me
ncuba sesuatu yang baharu
.
Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud
dalam diri remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Remaja berangg
apan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat
dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Lebih-lebih lagi perlakuan
seks rambang
.Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan
dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama
.Persis kata peribahasa Melayu,sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna, menjelaskan
kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di
kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan lebih rapat dan banyak men
ghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan ibu
bapa
mereka.
Maka,boleh
dikatakan pengaruh rakan sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini.
Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak yang begitu besar
dalam kalangan masyarakat,negara mahupun
diri
remaja
sendiri.Antara kesan
permasalahan ini
kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja musnah begitu sahaja akibat kelalaian merek
a menuruti hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan
turut memberi impak kepada negara.

Antara kesan isu


ini
kepada negara
pula
adalah Perkembangan ekonomi negara akan merosot
dan seterusnya
menjejaskan pendapatan negara.
Hal ini demikian kerana,
remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan memainkan peranan yang
amat
penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi muda yakni remaja it
u sendiri .Hal ini kerana , pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara.Namun begitu ,
jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara kita pada masa akan
datang?
Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat merupakan anuger
ah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur, zuriat yang dilahirkan dianggap beba
n atau masalah dan bukti keterlanjuran atau kesalahan yang mereka lakukan.Hal ini mendorong mereka
untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut
.Namun,
wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu
bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan bukan sahaja dibunuh malah kadang-kala menj
adi habuan binatang buas.Bagi bayi yang masih bernyawa pula kesannya lebih mendalam kerana merek
a terpaksa menjalani kehidupan dengan memegang gelaran anak luar nikah
.Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu bapa kandung mer
eka. Masa depan mereka akan turut terjejas.
Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah
yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian dan
didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi
.Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya .Memberi didikan dan perhatian kepada anakanak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaks
anakan tugas mereka akibat rakus mengejar kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anakanak mereka yang kurang didikan dan kasih sayang?.Lebih-lebih lagi,
pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan
dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu
bapa
mengabaikan
tanggungjawab mereka.Dalam situasi ini,
sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang negatif bagi mereka berkongsi kasih
dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu
bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Selain itu, Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras pengedaran bahanbahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.
Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal
dan lebih berat iaitu penjara seumur hidup kepada mereka yang didapati bersalah. Hal Ini harus
dilakukan agar
remaja berasa
takut
dan
serik untuk
melakukan
atau terlibat dengan gejala pembuangan bayi yang kian berleluasa ini. Mereka juga akan berhatihati semasa bergaul
dan
mengelakkan
hubungan
yang
melampaui
batasan
agama.
Penekanan pendidikan juga amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama
remaja supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.
Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara
kita sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu
yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru
itu,
setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah d
an membanteras penyakit sosial ini agar tidak menular dengan lebih serius
dan menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai wawasan
2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni
remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini.Bak kata pepatah he

ndak seribu dalih

tak hendak seribu daya.

SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan mamanya Intan
Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 tahun) bersekolah di SMK
Seri Gading . Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru Matematik. Bapanya juga menjadi
guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomi di Kolej
Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik
Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika
melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu
tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah sepupu Jefri. Dia
kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam
perjalanan dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya.
Intan Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal sewaktu dalam perut dan
Intan Maliana koma selama 3 tahun . Jeffri membawa pulang isterinya untuk dirawat di rumah sahaja
kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama isterinya dan mengikuti perkembangan isterinya dari
semasa ke semasa. Selepas SPM , Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga
ibunya yang koma . Julia dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan,
minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia terserempak dua
kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan
tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernah bermain tenis bersama di Kelab
sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah.
Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah
menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan terlarang antara pensyarah UIA,
Muaz al-Khalibi dengan pembantu rumahnya warga Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandung
dan meletakkan bayi itu di tepi jalan bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapa
setelah Muaz al-Khalibi pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada
Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffri
melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan menjadi
anak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering ditinggalkan di rumah sahaja.
Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah mendapat persetujuan Intan Julia.
Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3
tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah
di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah
menduakannya

You might also like