You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KELAB FUTSAL
SESI 2015/2016
Tarikh: 11.07.2015 (Sabtu)
Masa: 11.30 am-12.15 pm
Tempat: Kelas Tingkatan 1 Harmoni
Pengerusi: Asmaa Auni binti Roslan
Pencatat: Sivaa Ranjaani a/p Subramaniam
Kehadiran: 1) Guru Penasihat: Puan Azizah binti Abdul Hamid
2) Guru Penasihat: Puan Rasyiqah binti Mohd Zaib
3) Murid hadir: 28 orang murid
I.

Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi


1

II.

Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu


2

III.

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru pensaihat dan ahli Futsal ke


Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan 1Murid1Sukan (1M1S) Futsal sesi
2015/2016

Luvithra Banu a/p Tharmalingam telah membentangkan Minit Mesyuarat


Agung Tahunan Sesi 2014/2015 untuk disahkan.
Cadangan:

Khausalya a/p Chandran

Sokongan:

Nurul Izzah binti Ismail

Perkara-perkara berbangkit
3

Perkara 6: Perbincangan semula perihal kutipan yuran tahunan untuk Kelab


Futsal
Tindakan: Setiap murid wajib membayar RM2 setahun sebagai yuran
tahunan dan kadar ini ditetapkan oleh ahli dengan
perbincangan
guru penasihat kelab.

Perkara 13: Kehadiran setiap ahli ke perjumpaan kelab


Tindakan: Setiap murid wajib hadir ke setiap perjumpaan/ aktiviti yang
akan dijalankan.

IV.

Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2015

Asmaa Auni binti Roslan dari Tingkatan 4 Bakti membentangkan laporan aktiviti
tahunan yang bakal berlangsung untuk sesi 2015/2016
Tindakan: Laporan pembentangan ini disokong oleh Siti Nur Ameera binti Mohd.
Anuawa dari Tingkatan 2 Kamil.
Makluman

V.
6

Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan 2015


Selaku Bendahari, Nur Faeqah Syazanie binti Roslan telah mendapatkan persetujuan
ahli untuk membayar yuran tahunan sebanyak RM 2 setahun dan yuran ini akan
dikutip oleh AJK Tingkatan masing-masing untuk mempermudahkan tugasan
kewangan kelab ini. Dengan itu, Bendahari menyeru AJK untuk menyiapkan nama
ahli berserta dengan tingkatan untuk dokumentasi kelab ini.
Tindakan: Bendahari Kelab

VI.

Membentangkan Usul

Tiada usul yang dibentangkan

VII.
8

Pembuburan Jawatankuasa Tahun 2014/2015


Luvithra Banu a/p Tharmalingam telah mewakili semua pembubaran jawatankuasa
bagi sesi 2014/2015 secara rasmi.

VIII.
9

Pemilihan Jawatankausa Sesi 2015/2016


Senarai ahli Jawatankuasa Baharu ialah:

Pengerusi: Asmaa Auni binti Roslan (Tingkatan 4 Bakti)


Naib Pengerusi: Nur Maisarah binti Ruzaimi (Tingkatan 1 Jujur)
Setiausaha: Sivaa Ranjaani a/p Subramaniam (Tingkatan 2 Jujur)
Penolong Setiausaha: Yasmin Irrina Qursiah binti Hasmadi (Tingkatan 1 Jujur)
Bendahari: Nur Faeqah Syazanie binti Roslan (Tingkatan 4 Kamil)
Penolong Bendahari: Sarani a/p Letchumanan (Tingkatan Jujur)
Ahli-ahli Jawatankuasa:
Tingkatan 1: Nurin Adila binti Norman Iswardi (Tingkatan 1 Harmoni)
Tingkatan 2: Siti Nur Ameera binti Mohd Anuawa (Tingkatan 2 Kamil)
Tingkatan 3: Nagaletchumy a.p Bathmanathan (Tingkatan 3 Jujur)
Tingkatan 4: Nurul Izzah binti Ismail (Tingkatan 4 Bakti)

IX.

Pemilihan Juruaudit Sesi 2015/2016


10
Khausalya a/p Chandran dan Husna Hanani binti Norman Iswardi telah
diberikan amanah untuk mengaudit perbelanjaan kelab Futsal pada Sesi
2015/2016.

X.
11

Cadangan Aktiviti Tahunan 2015/2016


Antara cadangan aktiviti tahunan sesi 2015/2016 ialah:

PENGGAL PERTAMA
Ice breaking and building rapport sessions
bersama dengan ahli Futsal
Pengenalan kepada Futsal
Latihan Kekuatan Kaki

PENGGAL KEDUA
Perlawanan antara kumpulan
Latihan di gelanggang sebenar
Pertandingan menghasilkan bola Futsal
mengikut kreativiti murid

XI.

Ucapan Penangguhan
12
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK and ahli
kelab yang lalu serta mengucapkan ucapan selamat bertugas kepada ahli-ahli
baru. Beliau juga memberikan pendapat bahawa tanggingjawab yang telah
diberikan merupakan satu cabaran baru pada sesi 2015/2016 dan ingin
menjayakan program-program yang telah dicadangkan dengan jayanya untuk
sesi ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 pm.


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

___________________
(SIVAA RANJAANI A/P SUBRAMANIAM)
Setiausaha,
Kelab Futsal SMKCFB,
Tarikh: 23 Julai 2015

____________________
(PUAN AZIZAH BINTI ABD HAMID)
Guru Penasihat,
Kelab Futsal SMKCFB.

You might also like