You are on page 1of 15

MANUAL BATERI UJIAN

ANTROPOMETRIK
UJIAN 1

: KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

Definisi:

Ukuran ketinggian dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala


semasa posisi berdiri tanpa alas kaki (tidak memakai kasut dan
stokin).

Rasional:

Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap


sesuatu jenis sukan atau permainan.

Objektif:

Mendapatkan ukuran ketinggian murid dalam posisi berdiri.

Peralatan:

Alat Mengukur Ketinggian (stadiometer)

PROSEDUR
a) Murid berdiri membelakangkan stadiometer dengan bahagian belakang
badan dan tumit berada dalam keadaan rapat ke stadiometer tanpa
memakai kasut dan stokin.
b) Kedua-dua kaki berada dalam keadaan rapat sementara kedua-dua belah
tangan rapat di sisi.
c) Gerakkan penanda bacaan rapat ke kepala murid.
d) Ketika bacaan di ambil murid perlu tarik nafas dan tahan nafas.Hembus
nafas setelah bacaan diambil.
e) Bacaan akan diambil pada satu titik perpuluhan (0.1 cm)
NOTA:a) Kedudukan mata penguji perlu selari dengan bacaan
yang diambil

ANTROPOMETRIK
UJIAN 2

: PENGUKURAN BERAT BADAN

Definisi:

Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) tanpa alas kaki.

Rasional:

Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian


sukan dan permainan tertentu.

Objektif:

Mendapatkan bacaan jisim badan

Peralatan:

Alat Penimbang Berat Badan

PROSEDUR:a) Penimbang berat hendaklah diletakkan di atas permukaan lantai yang


rata.
b) Pastikan bacaan penimbang berat berada pada kedudukan sifar 0
sebelum murid berdiri diatasnya.
c) Kasut , stokin dan aksesori (contohnya jam) harus ditanggalkan.
d) Murid dikehendaki berdiri tegak di tengah-tengah penimbang berat
dan memandang ke hadapan.
e) Bacaan akan diambil pada dua(2) titik perpuluhan (0.01kg).
NOTA:a) Bacaan diambil apabila paparan di penimbang stabil.
b) Pastikan ketepatan bacaan dengan membandingkan bacaan setiap
mesin penimbang menggunakan murid ujian yang sama sebelum
melaksanakan ujian sebenar.

KELENTURAN
3

UJIAN 3

: JANGKAUAN MELUNJUR

Definisi:

Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur


di lantai. (Johnson 1997b)

Rasional:

Kelenturan badan memberi kesan


kebanyakkan sukan dan permainan.

terhadap

prestasi

dalam

Objektif:

Mengukur tahap kelenturan dan kelembutan bahagian sendi


pinggul,
bahagian trunk .

Peralatan:

Kotak Jangkauan Melunjur (Sit & Reach Box )

PROSEDUR:a) Letakkan alat jangkauan melunjur rapat ke dinding.


b) Murid duduk melunjur dengan tumit kaki diletakkan rapat pada
penanda (foot line 23 cm) tanpa kasut.
c) Kedua-dua tangan menyentuh penanda bacaan dengan kedudukan
tangan lurus ke hadapan .Tangan ditindih antara satu sama lain dengan
hujung jari kanan dan kiri adalah sentiasa sama/ selari semasa
menolak penanda bacaan.
d) Tolak penanda bacaan sejauh yang mungkin. Bacaan diambil apabila
penanda bacaan tidak lagi bergerak (tahan selama 2 saat).
e) Ujian dilakukan sebanyak 2 kali secara berturutan dan direkodkan.
f) Bacaan akan diambil pada satu (1) titik perpuluhan (0.5cm).

NOTA:a) Kedua-dua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak penanda
bacaan.
b) Murid tidak dibenarkan:

menolak penanda bacaan lebih daripada sekali setelah ditolak


(no bouncing
tolakkan laju (hard push) semasa melakukan ujian.
Menjentik penanda bacaan
c) Pastikan bahawa lutut murid tidak terangkat semasa menolak penanda
bacaan (tahan lutut murid jika perlu dengan tekanan yang
minimum apabila kaki murid terangkat).
4

d) Murid dibenarkan menundukkan kepala semasa menolak penanda bacaan


bagi mendapatkan bacaan yang maksimum.
e) Bacaan perlu direkod dalam gandaan 0.5 cm.

KELAJUAN
UJIAN 4:

20 METER LARI PECUT

Definisi:

Keupayaan lari pecut 20 meter dan mencatatkan masa terpantas


dengan permulaan gaya berdiri statik.

Rasional:

Kepantasan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan


permainan.

Objektif:

Mendapatkan catatan masa bagi mengukur kepantasan.

Peralatan:

Jam Randik (Stop Watch)


Pita pengukur (50 meter)
Kon 6 unit
Bendera
Kawasan larian 30 meter (lantai bersimen)
Pita Pelekat

PROSEDUR:a) Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 20
meter dengan kelebaran lorong adalah 1 meter. Letakkan dua (2) kon
di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat. Tambahan
jarak 5 meter selepas garisan penamat. (seperti di gambar rajah).
b) Murid memulakan larian dalam posisi berdiri (standing start) dengan
keadaan sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan.
c) Pelepas berdiri 1 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan
memberi isyarat sedia dengan mengangkat tangan lurus dengan
bendera pada paras bahu.
d) Catatan masa mula diambil oleh penjaga masa sebaik sahaja pelepas
menjatuhkan bendera ke bawah.
e) Masa direkodkan apabila murid melepasi garisan penamat.
f) Murid wajib memakai kasut sukan semasa ujian dijalankan. Pemakaian
kasut spike tidak dibenarkan.
g) Setiap murid diberi dua (2) kali percubaan secara berselang(tidak
berturutan).
h) Bacaan akan diambil pada dua (2) titik perpuluhan (0.01 saat).

Gambar rajah ujian 20 meter lari pecut

NOTA:a) Permukaan untuk melakukan ujian larian perlu rata bagi mengelakkan

risiko kecederaan.

KUASA
UJIAN 5:

LOMPAT JAUH BERDIRI

Definisi:
Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.
Rasional:
Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian beberapa jenis
sukan dan permainan.
Objektif:
Mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat
berdiri.
Peralatan:

Standing Broad jump Mat


Pembaris Sesiku L / Pembaris panjang

Prosedur:
a. Murid berdiri dengan kedua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki
seluas bahu. (tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari garisan).
b. Murid berdiri di hujung bebola kaki.
c. Murid perlu berada dalam posisi half squat sebelum melonjak.
d. Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan
bantuan hayunan tangan.
e. Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian belakang
kasut semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan
yang terbaik.
f. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali secara
berturutan Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki
untuk mengulangi ujian sehingga dua (2) bacaan yang tepat dapat
diambil
g. Dua (2) kali bacaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan
diambil kira.

NOTA:a) Murid diwajibkan memakai kasut semasa melakukan ujian ini.


b) Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan
ujian.
c) Lompatan dibatalkan sekiranya
8

Murid melompat menggunakan satu belah kaki sahaja.


Tidak mendarat dengan kedua belah kaki.
Kaki bergerak selepas mendarat (menyeret kaki).

KOORDINASI
UJIAN 6: BALING DAN TANGKAP
Definisi :
Kebolehan menangkap bola yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
Rasional :
Koordinasi mata dan tangan berkait rapat dengan pencapaian dalam
9

sesuatu sukan.
Objektif :
Menilai ketepatan dalam balingan dan tangkapan bola.
Peralatan

Bola Tenis
Pita Pengukur
Pita Pelekat

PROSEDUR:a) Sediakan garisan balingan (1.0 meter) daripada dinding.


b) Gunakan pita pelekat dan bentukkan satu petak empat segi sama (30 cm
X 30 cm). Jarak diantara petak sasaran dan lantai adalah 1.0 meter.
c) Murid hendaklah berdiri di belakang garisan balingan yang ditandakan
semasa ujian dijalankan.
d) Murid dikehendaki membaling bola tenis tersebut ke arah dinding dalam
petak sasaran menggunakan satu (1) tangan (dominan)
dan
menangkapnya dengan kedua-dua belah tangan.
e) Bola hendaklah dibaling menggunakan teknik balingan underarm throw.
f) Murid diberikan 10 kali percubaan. Jumlah balingan yang berjaya
ditangkap akan direkodkan.

Gambar rajah ujian baling dan tangkap mengikut ukuran

10

NOTA:a) Balingan tidak berjaya sekiranya:


Melepasi garisan balingan semasa membaling dan menangkap bola.
11

Balingan diluar petak sasaran.


Bola jatuh ke bawah sebelum ditangkap.
b) Penguji perlu memastikan petak sasaran dapat dilihat dengan jelas oleh
murid
c) Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan
ujian.
d) Satu markah diberikan bagi setiap percubaan yang berjaya mengenai
sasaran.
Pengiraan skor (1 markah) adalah seperti berikut:
Bola mesti dibaling mengenai sasaran
e) Murid tidak dibenarkan melepasi garisan permulaan semasa melakukan
balingan .
f) Penggunaan warna pita pelekat perlu kontra kepada warna dinding

LAMPIRAN
12

Contoh Borang Kebenaran1

13

Contoh Borang Kebenaran 2


BORANG PENYERTAAN PROGRAM MYTID
INSTITUT SUKAN NEGARA
PUSAT PENGENALPASTIAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT

PPD

NEGERI

SEKOLAH
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
Umur:
Tarikh Lahir :

Nama:
No. Kad Pengenalan :
Alamat:

No Telefon (R):

No Telefon (HP):

Jantina:

Bangsa:
Lelaki

Melayu
Cina

Perempuan

India
Pribumi

Lain-lain

BAHAGIAN B: MAKLUMAT WARIS


Nama:
No. Kad Pengenalan :
Alamat :

Tarikh Lahir :

No Telefon (R):

No Telefon (HP):

Hubungan:
Bapa

Ibu

Penjaga

Lain-lain

BAHAGIAN C : MASALAH KESIHATAN


Penyakit
Kritikal

Asthma

Masalah
Jantung

Lain-lain

BAHAGIAN D : ACARA SUKAN YANG DIMINATI


Sukan 1 :
Sukan 2 :
BAHAGIAN E : KEBENARAN MURID/ IBU BAPA / PENJAGA
Dengan ini saya selaku **murid/ibubapa/penjaga berjanji tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau
mengambil apa-apa tindakan undang-undang / makamah terhadap pihak penganjur ataupun sesiapa yang ada
kaitan dengan program / aktiviti ini sekiranya berlaku kemalangan, kecacatan, kematian dan sebarang
kecederaan terhadap **diri saya / anak jagaan saya semasa dan sepanjang program ini berjalan.
** sila potong mana yang tidak berkenaan

Disaksikan oleh :
Tandatangan:
Nama:
No. KP:
Tarikh:

Tandatangan:
Nama:
Tarikh:

14

Borang Keputusan Ujian

15

You might also like