You are on page 1of 2

Apa itu SISC?

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School
Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih
(sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan
latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".

Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk
memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah
serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang
dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh
dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.
Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guruguru Cemerlang dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik.
Impaknya perubahan yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan
awam terutamanya UPSR dan SPM.

Perbezaan SISC dan SISC+


Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang
keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+
diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2
negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013.
Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

Mengupaya JPN dan PPD


Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang
terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung
dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari
untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat
laporan dan juga bermesyuarat.

Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk
membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak
Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan
pengurusan sekolah.

Tugas SISC+

1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah


2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang
amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti
pengajaran di sekolah
4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan maks 30 orang) untuk tempoh sebulan;
SISC+ bebas untuk merancang bagaiman proses bimbingan yang bakal dilaksanakan.

You might also like