You are on page 1of 27

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1.Definisi morfologi
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al 2008),
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi
struktur, bentuk dan pergolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit
bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.Perkataan-
perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam
golongan kata yang sama.
Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur,
bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan bahawa


Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang
perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993), mendefinisikan


morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata-
kata.Juga menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang
membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh
perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mendefinisikan morfologi sebagai


kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang melibatkan
infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.

1
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Pergolongan kata
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat, iaitu :
a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata adjektif
d. Kata tugas

a. Golongan Kata Nama


Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi
unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan
orang,haiwan, tempat, benda atau konsep.
Za’aba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang
menyebut benda atau orang dan sebagainya.Definisi Za’aba diperkemaskan
lagi oleh Abdullah Hassan (2003) yang memberikan definisi kata nama
sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan
nama perkara.
Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan
ciri-ciri semantik perkataannya iaitu :
i. Kata nama khas
ii. Kata nama am
iii. Kata ganti nama

i.Kata Nama Khas


Nik Safiah karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang
digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,
institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.Huruf
besar digunakan pada huruf pertama kata nama khas apabila digunakan
dalam penulisan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama
yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar.

2
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :


i. kata nama khas hidup
ii. kata nama khas tak hidup
Kata nama khas hidup dapat dibagikan kepada dua iaitu
i. Kata nama khas hidup manusia
ii. Kata nama khas hidup bukan manusia.
Contoh kata nama khas adalah seperti berikut :
Nama Khas Hidup
Manusia Bukan manusia
Nama khas Tak hidup
Muhammad Sang Bedal Pasir Gudang
Datuk Sri Shaharudin Si Tompok Gunung Mulu
Datin Sri Normah Bobo Proton Waja
Tun Perak Hibiscus rosasinensis Bank Simpanan
(Bunga raya) Nasional
Tun Fatimah Hibiscus sabdariffal Jalan P.Ramlee
(roselle)

Kata nama khas hidup bagi manusia boleh didahului oleh nama panggilan
atau gelaran.Contohnya :
- Datuk Sri Paduka Shaharudin
- Toh Puan Sri Norlini
- Profesor Ismail Abdullah
- Doktor Husna
Penggunaan kata gelaran seperti si dan sang turut boleh digunakan bagi
kata nama am yang sudah diberi pengertian khas.Contohnya :
- si mangsa
- sang pendeta
Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau
gelaran.Contohnya :
- Sang Bedal
- Si Tompok

Kata nama khas tak hidup

3
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkatan yang merujuk benda-benda
yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara,
tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan lain-lain.Contoh lain
selain daripada yang diberi di atas ialah:
- Sang Saka Merah Putih
- Universiti Malaya
- Iban
- Negeri Perak
- Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Datin Sri
- Piala Sumbangsih

ii. Kata Nama Am


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am ialah perkataan
yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya.
Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :
 Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup
seperti tumbuh-tumbuhan.
 Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat,
dan sebagainya.
Oleh itu kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :
 Hidup atau tak hidup
 Manusia atau bukan manusia
 Institusi atau bukan institusi
 Konkrit atau abstrak
 Berbilang atau tak berbilang

a. Kata nama am hidup manusia

4
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Merupakan kata nama yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan
mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bagi manusia :
- ibu
- tentera
- guru besar
- pendidik
- jutawan
b. Kata nama am hidup bukan manusia
Merupakan jenis kata nama yang terdiri daripada perkataan yang merujuk
benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama
am.Contoh kata nama am hidup bukan manusia :
- lembu
- unta
- iblis
- jin
- pokok
- itik
c. Kata nama am tak hidup institusi
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau
institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.kata
nama institusi boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan
daripada sebelum kata nama institusi tersebut.
Contoh kata nama am tak hidup institusi :
- sekolah
- pertubuhan
- dewan
- balai raya
- kelas
Contoh ayat :
Bantuan dalam bentuk komputer telah diserahkan kepada pertubuhan itu.

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

5
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat
konkrit.Kata nama golongan ini lebih merujuk kepada tempat dan dalam ayat
ia didahului oleh kata sendi nama ke dan dari.
Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit :
- lebuh raya
- pekan
- pondok
- danau
- waqaf
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang dan boleh disertai dengan
kata bilangan.Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
berbilang :
- program
- kesedihan
- idea
- senyuman
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis
hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang.
Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang:
- kemesraan
- hawa
- roh
- ketibaan
- kedamaian

iii. Kata ganti nama

6
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang
mengambil tempat kata nama sebagai pengganti .Beliau membahagikan kata
ganti nama kepada lima, iaitu :
 kata ganti diri
 kata ganti Tanya
 kata ganti tempat
 kata ganti tunjuk
 kata ganti tak tentu
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama ialah perkataan
yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Penggolongan
kata ganti nama adalah seperti berikut :
Kata ganti nama
tunjuk umum
Kata ganti nama
tunjuk
tunjuk

Kata ganti nama


Kata ganti nama tunjuk tempat

Kata ganti nama


diri tanya

Kata ganti nama pertama


Kata ganti nama
tunjuk
diri
Kata ganti nama
diri orang kedua
ketiga

Kata ganti nama tunjuk merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata
nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk
itu.

7
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata ganti nama tunjuk umum adalah kata ganti nama yang menunjuk pada
perkara atau benda.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu itu yang
menunjuk pada yang jauh dan ini yang menunjuk pada yang dekat.Manakala
kata ganti nama tunjuk tempat merujuk kepada kata ganti nama yang
menunjukkan tempat yang terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat),
situ (menunjuk pada arah agak jauh) dan sana (menunjuk pada arah
jauh).
Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang
dalam bentuk tanya.Terdapat tiga kata ganti nama diri Tanya iaitu apa yang
merujuk benda atau perkara, siapa yang merujuk orang dan mana yang
merujuk benda atau orang.
Kata ganti nama diri orang merupakan perkataan yang merujuk diri orang
tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
Kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, beta, patik,
kami dan kita.
Kata ganti nama diri orang kedua adalah seperti anda, saudara, engkau,
awak dan kamu.
Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya.

b.Kata Kerja
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), kata kerja ialah perkataan yang
menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.Frasa kerja terdiri

8
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata
bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
Penggolongan kata kerja
Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu:
i. kata kerja aktif
ii. kata kerja pasif

Kata kerja aktif


Merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau perkara yang diterangkan.
Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1. Kata kerja aktif tak transitif
2. Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang
mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu:
i. kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
- Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut .
ii. kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
-Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.

Kata kerja aktif transitif


i. Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

Kata kerja pasif


Merupakan kata kerja hasil daripada transformasi atau perubahan ayat
aktif menjadi ayat pasif.

9
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

c.Kata adjektif
Kata adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
adjektif.Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur
keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Jenis kata adjektif


Menurut Nik Safiah Karim et.al (2004), kata adjektif terbahagi kepada
sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu:
i. Kata adjektif sifatan atau keadaan
Contoh: pandai, gagah, gelojoh
ii. Kata adjektif warna
Contoh: kuning, jingga,ungu
iii. Kata adjektif ukuran
Contoh: tinggi, rendah, renek
iv. Kata adjektif bentuk
Contoh: leper, bundar, bujur, tirus
v. Kata adjektif waktu
Contoh: silam, awal, segera
vi. Kata adjektif jarak
Contoh: rapat, dekat, hampir
vii. Kata adjektif cara
Contoh: deras, sering, selalu
viii. Kata adjektif perasaan
Contoh: marah, berahi, gembira
ix. Kata adjektif pancaindera
Contoh: masam, masin, tawar, payau

d.Kata tugas

10
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat,
berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata.

Penggolongan kata tugas


Kata tugas dapat dikelompokkan ke dalam empat kelompok berdasarkan
kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat.Kelompok tersebut
adalah:
i. Kata penyambung ayat
ii. Kata praklausa
iii. Kata prafrasa dan pascafrasa
iv. Kata pascakata

i.Kata penyambung ayat


Terdiri daripada kata hubung yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
a. Keterangan
b. Komplemen
c. Relatif

ii.Kata praklausa
a. Kata seru
b. Kata tanya
c. Kata perintah
d. Kata pembenar
e. Kata pangkal ayat

iii.Kata prafrasa dan pascafrasa


a. Kata bantu
b. Kata penguat
c. Kata penegas

11
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

d. Kata naïf
e. Kata pemeri
f. Kata sendi nama
g. Kata arah
h. Kata bilangan
i. Kata adverba

iv.Kata paskakata
a. Kata penekan
b. Kata pembeda

3.(i) a. Analisis penggolongan kata nama berdasarkan petikan pertama.

12
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Berdasarkan petikan satu yang bertajuk “Panglima Awang”,terdapat beberapa


perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata nama.Berikut disenaraikan
perkataan-perkataan berdasarkan penggolongan kata nama.

Kata nama khas hidup manusia


Merupakan perkataan yang merujuk manusia.
1. Azli
2. Harun Aminurrashid
3. Panglima Awang
4. Panglima Hitam
5. Enrique
6. Henry the Black
7. Kapten Ferdinand Magellan
8. Alfonso
9. Raja Sepanyol
10. Raja Hamabun
Perkataan Panglima Awang, Panglima Hitam, Raja Sepanyol dan Raja
Hamabun merupakan kata nama khas hidup manusia yang didahului oleh
nama panggilan atau gelaran.

Kata nama khas tak hidup


Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-
benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi,
Negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan
seumpamanya.(Nik Safiah Karim et.al (2008).
Kata nama khas tak hidup yang terdapat dalam petikan satu antaranya ialah:
1. Kota Melaka
2. Portugis
3. Ogos
4. India
5. Afrika
6. Maghribi

13
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

7. Sepanyol
8. Sevilla
9. Pulau Cebu
10. Filipina
11. Pulau Mactan
12. Melaka
13. Siam
14. Kuala sungai Brunei
15. Brunei
16. Eropah
17. Benua Amerika Selatan
Keseluruhan kata nama khas tak hidup dalam petikan satu merujuk kepada
nama tempat.Hanya satu perkataan sahaja kata nama khas tak hidup yang
merujuk kepada nama bulan dalam kiraan kalendar,iaitu Ogos.

Kata nama am hidup manusia


Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup
dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama daripada jenis ini adalah
seperti berikut:
1. penduduk
2. kaum
3. lelaki
4. sultan
5. pasukan
6. pejuang
7. Benggali Putih
8. pengikut
9. orang
10. askar
11. penjajah
12. pembantu
13. kelasi

14
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

14. pemerintah
15. pemberontak
Kata nama am hidup manusia yang terkandung dalam petikan satu merujuk
kepada manusia dalam bilangan sedikit dan ramai.

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit.


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit
sifatnya.Kebanyakkan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat.Contoh
yang terdapat dalam petikan satu ialah:
1. kota
2. pos kawalan
3. pelabuhan
4. bumi
5. dunia
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit dalam petikan satu merujuk
kepada tempat yang tdak dikhususkan akan tempat tersebut.Lebih jelas lagi
tempat itu disebut secara umum dan tidak dinamakan secara khusus.

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang.Contoh-contoh kata nama
jenis ini yang terdapat dalam petikan satu ialah:
1. pelayaran
2. kawalan
3. pembebasan
4. persiapan
5. persahabatan
6. peperangan
Kata nama am tak hidup bukan instusi abstrak berbilang dalam petikan satu
lebih menggambarkan perkara yang melibatkan perbuatan.Namun sifatnya
abstrak tetapi perbuatan itu boleh dibilang.Perkataan-perkataan di atas boleh
disertai dengan kata bilangan.Contoh ayat ‘Pelayaran tersebut melalui India

15
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

dan Afrika’.Jika diletakkan kata bilangan tiap-tiap, ayatnya akan menjadi


“Tiap-tiap pelayaran melalui India dan Afrika”

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang bukan jenis hidup,
bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.Contoh kata nama
jenis ini yang terdapat dalam petikan satu ialah:
3. huru-hara
4. maju
5. makmur
6. licik
7. malang

3.(ii) a. Analisis penggolongan kata kerja berdasarkan petikan pertama.

16
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Di dalam petikan pertama, terdapat kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap, iaitu kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut.Contoh-contoh adalah seperti berikut:
1. Sultan pula telah berundur meninggalkan kota.
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap di atas diikuti oleh unsur
keterangan, iaitu berfungsi sebagai memberikan maklumat tambahan.Dalam
ayat di atas, kata kerja berundur telah diikuti unsur keterangan iaitu
meninggalkan kota.
Kata kerja tersebut masih boleh berdiri sendiri jika unsur keterangan itu
digugurkan.
2. Pada tahun 1513, Panglima Awang mengikuti Magellan berpindah ke
Sepanyol.
Dalam ayat di atas, berpindah merupakan kata kerja manakala ke Sepanyol
adalah unsur keterangan.
Dalam petikan pertama ini juga terdapat kata kerja aktif tak transitif
berpelengkap yang menjadikan ayat di dalam petikan ini sempurna.Kata kerja
jenis ini mempunyai pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat.Pelengkap ialah unsur atau keterangan yang hadir selepas kata kerja tak
transitif untuk menyempurnakan maksud ayat.Contoh kata kerja aktif tak
transitif berpelengkap ialah:
1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah
benar.
Dalam ayat di atas ditulis merupakan kata kerja tak transitif manakala
berdasarkan kisah benar merupakan pelengkap.
2. Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang Portugis.
3. Esoknya mereka berjaya membunuh beberapa orang askar Benggali
Putih.
Dalam ayat 2 dan 3,perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak
transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap.Ayat-ayat akan
menjadi tidak sempurna sekiranya pelengkap digugurkan.Sebagai contoh:
- Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang.

17
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Di dalam petikan pertama, terdapat juga perkataan-perkataan yang


digolongkan dalam kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Contoh
kata kerja aktif transitif dalam ayat:
1. Azli telah membaca novel bertajuk “Panglima Awang” karya Harun
Aminurrashid.
2. Azli telah menulis cerita tentang kisah Panglima Awang.
3. “Saudara-saudaraku, kita akan menyerang Benggali Putih di pos
kawalan di sebelah timur pada malam ini,”
4. Panglima Awang menumpang sebuah kapal Siam.
Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membaca, menulis, menyerang
dan menumpang ialah kata kerja transitif.

18
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.(i)b. Analisis penggolongan kata nama berdasarkan petikan kedua.


Berdasarkan petikan kedua yang bertajuk “Roselle Bunga yang Enak
Dimakan”,terdapat beberapa perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata
nama.Berikut disenaraikan perkataan-perkataan berdasarkan penggolongan
kata nama.

Kata nama khas hidup bukan manusia


Dalam petikan kedua, kata nama khas hidup bukan manusia lebih banyak
merujuk kepada tumbuh-tumbuhan.Contoh-contoh kata nama khas hidup
bukan manusia ialah:
1. Hibiscus rosasinensis
2. Hibiscus sabdariffal
3. Jamaican Sorrel

Kata nama khas tak hidup


Dalam petikan kedua, kata nama khas tak hidup digunakan untuk merujuk
kepada negara seperti Malaysia, India, Afrika barat, West Indies dan
Sudan.

Kata nama am hidup manusia


Beberapa perkataan yang terdapat dalam petikan kedua yang digolongkan
sebagai kata nama am hidup manusia ialah:
1. rakyat
2. usahawan
Perkataan-perkataan di atas merujuk kepada manusia.

Kata nama am hidup bukan manusia


Perkataan-perkataan yang digolongkan kata nama am hidup bukan manusia
dalam petikan kedua ialah:
1. bunga
2. pokok
3. biji benih

19
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4. daun
5. batang
6. ulam
7. salad

Kata nama am tak hidup institusi


Hanya terdapat satu perkataan sahaja yang digolongkan dalam kata nama
jenis ini, iaitu negara.

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang


Perkataan-perkataan yang digolongkan dalam kata nama jenis ini yang
terdapat dalam petikan kedua ialah:
1. minuman
2. makanan
3. hasilan

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang


Contoh-contoh perkataan yang digolongkan dalam jenis kata nama ini ialah:
1. kebanggaan
2. kebangsaan
3. ketengahkan
4. beriklim
5. kesihatan

20
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.(ii) b. Analisis penggolongan kata kerja berdasarkan petikan kedua.


Kata kerja aktif tak transitif yang terdapat dalam petikan kedua adalah kata
kerja yang diikuti oleh unsur keterangan.Unsur keterangan ini berfungsi
memberikan maklumat tambahan.Contoh kata kerja tersebut adalah:
1. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan.
Perkataan yang bergaris merupakan unsur keterangan yang memberi
maklumat tambahan.Jika tanpa unsur keterangan, kata kerja itu masih boleh
berdiri.Jadi kata kerja ini digolongkan dalam kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap.

Dalam petikan kedua juga terdapat kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini
mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya.Contoh kata kerja aktif transitif yang terdapat dalam petikan
kedua ialah:
1. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga tiga hingga lima meter serta
mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.
2. Teknologi memproses pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan
oleh MARDI untuk dimanfaatkan oleh usahawan yang berminat.
Dalam ayat-ayat di atas kata kerja mengeluarkan dan memproses merupakan
kata kerja transitif.

21
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bahagian B: Sintaksis
1. Definisi ayat majmuk berdasarkan buku Tatabahasa Dewan.
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu
sehingga menjadikannya ayat baharu.
Pernyataan di atas menjelaskan bahawa ayat-ayat yang terbentuk hasil
daripada gabungan dua ayat atau lebih, digolongkan sebagai ayat
majmuk.Dua ayat atau lebih ayat yang membentuk ayat majmuk dihubungkan
dengan kata sendi dan kata hubung.
Contoh ayat majmuk adalah seperti berikut:
1. Adik menyanyi sambil menari.
Ayat di atas adalah gabungan daripada ayat:
a. Adik menyanyi
b. Adik menari.
Apabila dua ayat ini dicantumkan, subjek yang sama pada ayat yang kedua
digugurkan dan tidak diulang.Sebagai contoh,perkataan adik pada ayat kedua
tidak diulang apabila kedua-dua ayat itu digabungkan.
Contoh-contoh lain ayat majmuk ialah:
a. Emak sedang memasak manakala ayah mencuci kereta.
b. Aman menangis kerana diganggu oleh abangnya.
c. Din berbaring di atas katil lalu tertidur.
Perkataan yang bergaris merupakan kata yang menghubungkan dua ayat.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk yang dikenalpasti,iaitu:
1. Ayat majmuk gabungan
2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang disatukan dengan kata kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan
sebagainya.manakala ayat majmuk pancangan pula ialah di mana terdapat
satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dan
menjadi sebahagian ayat induk.ayat majmuk campuran pula ialah ayat yang
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk.

22
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan.


i. Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-
ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya.
Dalam petikan pertama terdapat beberapa ayat yang digolongkan sebagai
ayat majmuk gabungan.Ayat-ayat yang digolongkan sebagai ayat majmuk
gabungan ialah:
1. kaum lelaki dibunuh atau ditangkap.
2. Beliau berjaya ditawan oleh askar penjajah lalu dibawa ke Portugis
untuk dijual.
3. Pelayaran tersebut melalui India dan Afrika.
4. Armada ini disertai lima buah lima kapal dengan 280 orang kelasi.
5. Harta benda penduduk dirampas,manakala kaum lelaki di bunuh atau
ditangkap.
Dalam contoh-contoh di atas,perkataan-perkataan yang bergaris merupakan
kata hubung yang mencantumkan dua ayat menjadi satu ayat.Ayat 1 terdiri
daripada dua ayat iaitu:
a. Kaum lelaki dibunuh.
b. Kaum lelaki ditangkap.
Ayat 2 terdiri daripada dua ayat utama iaitu:
a. Beliau berjaya ditawan oleh askar penjajah.
b. Beliau dibawa ke Portugis untuk dijual.
Dua ayat yang terdapat dalam contoh ayat 3 ialah:
a. Pelayaran tersebut India.
b. Pelayaran tersebut melalui Afrika.
Contoh ayat 3 terdiri daripada ayat:
a. Armada ini disertai lima buah kapal perang.
b. Armada ini disertai 280 orang kelasi.
Ayat 5 adalah gabungan tiga ayat tunggal iaitu:
( a )Harta benda penduduk dirampas.
( b )Kaum lelaki dibunuh. ( c ) Kaum lelaki ditangkap.

23
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

ii. Ayat majmuk pancangan


Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat terdapat satu ayat utama atau ayat
induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam
ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan.Jenis ayat
majmuk pancangan itu ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang
dipancangkan.Jenis-jenis ayat majmuk pancangan ialah:
a. Ayat relatif
b. Ayat komplemen
c. Ayat keterangan
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang
seperti contoh yang terdapat dalam petikan pertama,iaitu:
1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah
benar.
Contoh ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Novel itu diterbitkan pada tahun 1958.
b. Novel itu ditulis berdasarkan kisah benar.
Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Novel itu ditulis berdasarkan
kisah benar dipancangkan ke dalam ayat induk Novel itu diterbitkan pada
tahun 1958.Oleh sebab frasa novel itu diulang maka frasa nama kedua yang
serupa digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang
Contoh lain ayat majmuk pancangan relatif yang terdapat dalam petikan
pertama ialah:
a. Kota yang maju dan makmur itu telah jatuh ke tangan Portugis.

24
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

iii. Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu
jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk
atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.Ayat sedemikian biasanya
panjang.Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan pertama ialah:
a. Panglima Awang yang berbadan sasa serta menguasai ilmu persilatan
tidak berdiam diri.
Terdapat tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu:
a. Panglima Awang berbadan sasa
b. Panglima Awang menguasai ilmu persilatan.
c. Panglima Awang tidak berdiam diri.
Ayat a dan ayat b digabungkan dengan perkataan yang sementara ayat c
dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk.

25
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan kedua.


i. Ayat majmuk gabungan
ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan kedua ialah:
a. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sadariffal
atau lebih dikenali dengan nama roselle.
b. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan batang.
c. Bahagian ini mempunyai rasa yang amat masam dan dapat
diproses menjadi minuman.
d. Seperti pokok bunga raya yang lain, pokok roselle sukar
dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar.
e. Di sudan pula, roselle diproses menjadi minuman tradisional
yang dinamakan karkadeh dan merupakan minuman
kebangsaan orang Sudan.
ii. Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam petikan kedua ialah:
a. Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara.
b. Pokok roselle mudah tumbuh di negara kita yang beriklim tropika.
c. Di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak
yang baik untuk kesihatan.
Ayat-ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan ayat relatif di mana
ayatnya ditandai dengan penggunaan perkataan yang.
iii. Ayat majmuk campuran.
Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan kedua ialah:
a. Salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika
dibandingkan dengan bunga raya biasa.
b. Tahukah kamu daun dan batang muda roselle juga boleh dimakan
sebagai ulam atau salad dan boleh dijadikan perasa dalam kuah kari?

26
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bibliografi

 Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid
Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi
Zainal Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

 Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan


Sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

 Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:


Sasbadi Sdn. Bhd.

 Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan


Publication and Distributors Sdn. Bhd.

 http://www.tutor.com.my/tutor

 http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 minggu
o5.ppt.

27
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008

You might also like