You are on page 1of 1

Soalan:

Isi tempat kosong dengan perkataan, rangkai kata, slogan atau peribahasa yang sesuai.
Di negara kita, kes kemalangan jalan raya semakin menjadi-jadi (1) ____ _____ ______
______ ______ terutamanya pada musim perayaan. Statistik kes (2) _______ di jalan
raya ini terus meningkat dari setahun ke setahun. (3) _______ ini menyebabkan pengguna
jalan raya mengalami kecederaan dan kehilangan nyawa. Oleh itu, semua pihak mestilah
mengambil langkah yang (4) ________, iaitu (5) ______ _____ ______ untuk
mengurangkan musibah ini.
Salah satu usaha yang perlu dilakukan ialah setiap pengguna jalan raya perlulah sentiasa
berhati-hati ketika berada di jalan raya. Mereka mestilah berpegang pada prinsip (6)
`______ _______ ______, ______ ______ ______. Sebagai contohnya, setiap
pengguna jalan raya hendaklah mematuhi setiap papan-pan tanda yang terdapat di
sepanjang jalan raya. Jika sikap ini diamalkan, kemalangan jalan raya sudah tentu dapat
dielakkan.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya mematuhi undang-undang dan
peraturan di jalan raya. Anak-anak perlu diberi pendedahan tentang keselamatan jalan raya
sejak kecil kerana jika (7) ______ _______ ______ ________ _______ _______ .
Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah melarang anak-anal mereka yang tidak mempunyai
lesen motosikal untuk menunggang motosikal. Melalui cara ini, mereka tidak akan
mendedahkan diri kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.
Seterusnya, pihak swasta juga perlulah membantu kerajaan untuk mengadakan kempen
keselamatan jalan raya. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna tentang
keselamatan diri dan keselamatan orang lain ketika berada di jalan raya. Sebagai contohnya,
pihak sekolah memandu atau media massa hendaklah mempergiat kempen ini di surat
khabar atau di televisyen.. Tegasnya, kempen kesedaran keselamatan di jalan raya ini dapat
mendidik masyarakat untuk (8) ______ _______ ______ _________.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah menguatkuasakan semua undang-undang
yang ada tanpa (9) _______ ________ bagi mengurangkan kecelakaan di jalan raya.
Apabila disaman, pemandu akan berasa serik untuk mengulangi kesalahan tersebut kerana
(10) ______ ______ _______ _______ _______ _____. Sebagai contohnya, sesiapa
sahaja yang melakukan kesalahan berat, mereka hendaklah dikenakan denda maksimum
sejumlah RM300.00. Melalui cara ini, rakyat akan dididik supaya menghormati undangundang di jalan raya.
Sebagai kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa kerana (11)
______ ______ _______. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama (12) _____
_______ ________ ________ untuk menangani kes ini. Jika kes ini tidak ditangani
dengan segera, banyak anggota keluarga akan kehilangan nyawa atau (13) _______
________ dengan cara yang sia-sia. Oleh hal yang demikian, kita mestilah mematuhi
undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna yang lain supaya kita tidak
menyesal kemudian hari kerana(14) _______ ______ ______ ______ ______ _____
______. Jadi, slogan yang diuar-uarkan oleh kerajaan, iaitu (15) `______ ______
_______ ________ hendaklah menjadi pedoman kepada kita semua.

You might also like