You are on page 1of 1

ABSTRAK

Adat Menyambut Kelahiran Bayi dalam Kalangan Masyarakat Cina di Taman


Selesa Jaya, Skudai, Johor.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji adat menyambut kelahiran bayi
dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Selesa Jaya, Skudai, Johor. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti adat menyambut kelahiran bayi yang
diamalkan oleh penduduk di kawasan kajian dan mengkaji faktor-faktor yang
menyebabkan amalan ini masih diamalkan. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi kajian
kerana kebanyakan penduduk perempuan di sini masih mengamalkan adat
menyambut kelahiran bayi. Seramai 30 orang penduduk dari Taman Selesa Jaya
terlibat dalam kajian ini.

Kaedah soal selidik, pemerhatian dan rujukan telah

digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif.
Daripada dapatan kajian, 100% responden bersamaan dengan 30 orang responden
memberikan kuih khas den telur merah kepada saudara mara dan 20 orang responden
yang mengelap badan dengan air panas bersamaan dengan 67% keseluruhan.
Memelihara identiti kaum Cina merupakan faktor amalan ini masih diamalkan. Adat
ini penting untuk mengekalkan tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang kita.

You might also like