You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KALI KE 1 / 2015

Panitia Mata Pelajaran

Bahasa Inggeris

Tarikh

03 Mac 2015 (Selasa)

Masa

1.10 tengah hari

Tempat

Makmal Komputer SK Telaga Nanas

Pengerusi
Kehadiran ( Bilangan )

:
:

Pn. Hamimah bt hashim


3 orang

Nama Yang Hadir

Pn. Hamimah bt hashim

Nama Yang Tidak Hadir

Hadir Bersama

En. Samsuddin B. Sabri


( Guru Besar )
En. Ahmad Nazri B. Mohd. Yusof ( Guru Kanan )

Minit Mesyuarat:
1.

Ucapan Pengerusi :
2.1 - Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK.
2.2 - Beliau mengharap agar guru bahasa Inggeris yang baru segera dihantar untuk mengantikan Pn
Telagawate A/P Govindaraju yang telah bersara pada 1 Jan 2015. dan berharap panitia Bahasa
Inggeris terus berusaha dan berganding bahu dengan panitia mata pelajaran teras yang lain bagi
meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris khususnya dan
menjayakan segala aktiviti dan program yang akan dirancang bagi tahun 2015.
Tindakan : AJK

2.

Ucapan Penasihat :
2.1 - Penasihat mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir di atas pencapaian
mata pelajaran Bahasa Inggers UPSR 2014 teutamanya dari segi kualitii dimana
peratus pencapaian keseluruhannya adalah 100% , meningkat dari Tahun 2013
2.2 - Dari calon seramai 11 orang, 6 calon mendapat A , 2 orang pangkat B, 3 orang
mendapat C.
2.3- Beliau menyarankan agar guru-guru Bahasa Inggeris merancang dan
melaksanakan aktiviti dan program untuk mengekalkan lagi prestasi Bahasa Inggeris
dari segi kualiti dan kuantitinya terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun 6 Tahun
2015 di mana sasaran ETR adalah 100% berdasarkan TOV PKSR 11/2014.
2.4- Ucapan tahniah dari Gb atas pencapaian 100% lulus LINUS 2014.Berharap agar prestasi
yang baik ini dikekalkan.
Tindakan : Guru-Guru Bahasa Inggeris

3.

Perkara berbangkit ;
3.1 - Pengerusi mengingkat mengenai perkara yang telah dibincang di dalam
Mesyuarat Kurikulum Bil. 4//2014:
3.1.1 - Guru-guru akur dan mematuhi setiap pekeliling terkini dalam melaksanakan
setiap aktiviti dan tindakan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Perak contohnya
NKRA/ sub NKRA / KSSR / MBMMBI / LINUS / KJJR / PBS DAN 1M1S.
3.1.2 - Guru sentiasa peka dengan setiap pekeliling dan perubahan
semasa. Guru diminta merujuk Portal JPN Perak dan PPD Manjung dari
masa ke semasa.
3.1.3 - Buku rekod mengajar dihantar pada setiap hari Jumaat pada setiap
minggu untuk disemak oleh guru besar. Guru-guru diingatkan tentang
keperluan menulis impak selepas setiap sesi PdP. Rancangan Pengajaran
berdasarkan DSP bagi Tahap 1, DSKP bagi Tahun 4 dan HSP bagi Tahun 5 dan 6.
3.1.4 - PdP guru mengandungi set induksi, ABM dan aktiviti pengkayaan
dan pemulihan.
3.1.5 - LINUS
3.1.5 - Penilaian dan peperiksaan
3.1.6 - Perancangan Program Peningkatan Akademik
3.1.7 - Penggunaan ICT / FROG VLE
Makluman : Semua AJK

4.

Dasar Kurikulum :
4.1 - Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris mesti dilaksanakan berdasar
kan Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ) dan Sukatan Pelajaran ( SP ) yang
sedia ada bagi semua tahap.
4.2 - PdP tahun 1 - 4 adalah berdasarkan pada DSP KSSR manakala
PdP Tahun 5 adalah berdasarkan pada DSKP KSSR yang dibekalkan.
4.3 - Guru Tahun 1 - 5 telah didedahkan dengan kursus KSSR.
4.4 - HSP ,SP , DSP & DSKP mesti bersama guru setiap kali guru
tersebut mengajar mengikut kelas KBSR dan KSSR.
4.5 - Buku Rekod mengajar yang lengkap dihantar pada setiap hari Jumaat
untuk disemak dan ditandatangan oleh Guru Besar.
4.6 - Ujian bulanan dilaksanakan berdasarkan topik yang diajar untuk mengukur
tahap pencapaian murid dari masa ke semasa. Ujian ini akan dijalankan
sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac dan September. Ujian PKSR 1
dan 2 dijalankan sebelum penghujung setiap penggal persekolahan.
4.7 - Penilaian Kelas KSSR adalah berdasarkan pada PBS iaitu Pentaksiran
Berasaskan Sekolah mengikut aktiviti penjaminan kualiti ( Pementoran,
Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan) yang berlangsung sepanjang
tahun.
4.8 - Program peningkatan akademik dan mata pelajaran disediakan berdasarkan
perancangan strategik sekolah.
4.9 - Takwim disediakan untuk kelas KBSR dan KSSR.
Tindakan : Guru Besar & Guru Bahasa Inggeris

Rancangan Pelajaran :
5.1 - Disediakan berdasarkan HSP KBSR , DSP dan DSKP KSSR .
5.2 - Format penulisan mata pelajaran Bahasa Inggeris diselaraskan dan ditulis

5.

mengikut format yang telah didedahkan pada guru.


5.3 - Guru mesti mencatat refleksi PdP diruangan impak pada penghujung
setiap pelajaran bagi setiap kelas yang diajar.
5.4 - Literature bagi Tahap 2 akan dijalankan dua minggu sekali.
5.5 - Kelas ICTL diharap dapat dijalankan dengan sempurna dalam masa terdekat.
5.6 - Guru BI Kelas KSSR Tahap 1 mesti merekodkan prestasi murid dalam borang rekod
transist dan borang pencapaian individu sebelum dimasukkan ke dalam SPPBS.
Rekod pernyataan DSKP Tahun 4 dan 5 direkodkan menggunakan format excel. Guru yang
Mengajar akan merekaodkan pernyataan eviden murid 3 bulan sekali.
5.7 - Eviden murid KSSR Tahap 1 di simpan dalam Fail Perkembangan Murid dan eviden
terbaik disimpan di Fail Showcase ynang disediakan di setiap kelas KSSR.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris & Penyelaras Makmal Komputer

6.

Buku Persediaan Mengajar :


6.1 - Buku Persediaan Mengajar dihantar pada setiap hari Jumaat untuk disemak
dan ditandatangan oleh Guru besar.
6.2 - Penyediaan Buku Rekod mengajar berdasarkan SURAT PEKELILING
IKHTISAS BIL. 3/1999 yang terdapat didalam buku rekod mengajar guru.
6.3 - Kegagalan menghantarnya adalah menjadi satu kesalahan dari segi akta
pendidikan .
Tindakan : Guru Besar dan Guru Bahasa Inggeris

7.

Prosedur Pembelian Barangan Panitia dan Pengurusan Stok :


7.1 - Guru Besar berbincang dengan guru Bahasa Inggeris mengenai barangan
yang diperlukan selepas berunding dengan pihak pembekal. Barangan
diperlukan akan dipesan mengikut peruntukan panitia pada tahun semasa.
7.2 - Barangan tersebut dimasukkan kedalam buku stok yang disimpan dipejabat
sekolah.
7.3 - Rekod bahan digital KSSR diuruskan oleh guru PSS.
Tindakan : Guru Besar, Guru Bahasa Inggeris & Guru PSS

8.

Pencerapan Hasil Kerja Murid ( menentukan jenis latihan dan bilangan latihan )
8.1 - Sebanyak 5 buah buku rampaian/latihan murid dihantar secara rawak kepada
Guru Besar dan 10 buah buku rampaian/latihan kepada Guru Kanan mengikut
jadual semakan buku rampaian seperti berikut :
Bahasa Inggeris Thn. 1 - 3

Minggu Pertama bulan Mac, Mei, Julai


dan September

Bahasa Inggeris Thn. 4 - 6

Minggu Pertama bulan Mac, Mei, Julai


dan September

8.2 - Latihan yang diberi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun 4, 5 & 6 merangkumi
latihan dari segi :
(a) Vocabulary
(e) Reading Comprehension
(b) Social Expressions
(f ) Sentence Construction

(c) Grammar
(d) Text Completion

(g) Information transfer


(i) Note Expansion

8.3 - Latihan bagi Tahun 1 , 2 , 3 dan 4 adalah berdasarkan pada instrumen yang
disediakan oleh guru berdasarkan pada dokumen standard pada DSP dan DSKP KSSR iaitu
Listening & Speaking, Reading, Writing, Grammar & Language Arts.
Grammar hanya diajar mulai thun ini untuk murid Tahun 3 manakala Literature diajarkan
di Tahun 4 yang merangkumi 3 buah buku.
Tindakan : Guru Besar dan Guru Bahasa Inggeris
9.
Peperiksaan ( penyediaan soalan & skema ) :
9.1 - Mulai tahun ini ujian bulanan dan PKSR disediakan oleh guru Bahasa Inggeris
berdasarkan format kertas UPSR bagi murid Tahun 5 hingga Tahun 6.
9.2 - Murid Tahun1 hingga 5 akan dinilai berdasarkan PBS dan penskoran band dari
16
9.3 - Instrumen penilaian akan disediakan sekiranya perlu untuk menilai murid KSSR semasa
ujian PKSR 1 dan 2.
Tindakan : Guru Besar & Guru Bahasa Inggeris
Analisa Keputusan UPSR & PKSR II 2014 :
10.
10.1 - Pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR tahun 2014 adalah seperti
berikut :
Bilangan pelajar : 11 orang
GRED A

GRED B

Bil

Bil

54.5

%
18.1

GRED C

MENGUASAI

GRED D

GRED E

Bil

Bil

Bil

Bil

27.3

11

100

TIDAK
MENGUASAI

Bil

%
.

10.2 - Post Mortem keputusan ini dibuat oleh Pn. Hamimah, guru Bahasa Inggeris
Tahun 6/2014.
10.3 - Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris PKSR II / 2014
adalah mengikut lampiran 1.
10.4 - Peratus pencapaian Lulus ABC pada keseluruhannya memuaskan. AJK akan
terus menjalankan aktiviti dan program untuk mengurangkan kadar tidak
menguasai dan meningkatkan kadar pelajar yang mendapat A.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

11.

Head Count :
11.1 - Head Count mata pelajaran disiapkan sebelum penghujung Februari 2015.
11.2 - Head Count mata pelajaran Bahasa Inggeris telah disediakan dan disertakan
bersama . ( Rujuk lampiran 2 )
11.3 - Target Penyampaian UPSR 2015 adalah 100% dan bilangan Calon mendapat A adalah
4 orang.
Tindakan

: Setiausaha Peperiksaan & Guru Bahasa Inggeris

Merancang Program Panitia :


12.
12.1 - Program peningkatan akademik 2015 bagi Tahun 6 yang dirancang oleh
panitia terdiri daripada:
Projek Utama
Projek Sokongan
Projek Sampingan
( Rujuk lampiran takwim untuk keterangan lanjut )
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris
13.

Hal-Hal lain :
13.1 - Mini Library akan diujudkan disetiap kelas dan bahan berbentuk buku
cerita Bahasa Inggeris akan dibekalkan guru PSS.
13.2- Program MULUS dan HOTS oleh PPD akan dilaksanakan menggunakan bahan
yang dibekal .
13.3 - Instrumen penilaian Tahun 1 hingga 4 difailkan seperti yang dikehendaki.
13.4 - Bilik-bilik khas seperti PSS dan makmal komputer digunakan mengikut jadual
dan menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.
13.5 - Guru peka dengan sistem online yang digunakan iaitu APDM , SAPS, SPPBS,
LADAP,EduwebTV, NKRA , SPS.
13.6 - AJK juga dimaklumkan bahawa tiada murid yang memperolehi BAND 1 dan 2.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris & Guru PSS
Ucapan Penangguhan :
Pengerusi berharap segala aktiviti dan program yang dirancang akan berjalan lancar
dan tahap penguasan Bahasa Inggeris pelajar akan meningkat dari segi kualiti dan
kuantiti dan seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian dalam kelas dan UPSR.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh,
.......
(PN. HAMIMAH BT. HASHIM)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggers/ 2015.

Disahkan oleh,
.........................................
(EN. SAMSUDDIN B. SABRI)
Guru Besar,
SK Telaga Nanas.

You might also like