You are on page 1of 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya
menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanahkan dalam melengkapkan sessi pengajian di
semester ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan matematik ambilan khas.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah Pn. Suhailah bt. Shariff atas
bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau.
Namun, setiap sesuatu kejayaan pastinya bermula dengan kesusahan. Kekangan waktu antara
pengajian dan waktu kerja merupakan masalah yang paling berat untuk diselesaikan.Proses
pembahagian tugas kerja seorang guru matematik tahun 6 yang akan menduduki UPSR dengan
tugas seorang pelajar amatlah berat untuk dipikul. Lambakan tugas pengkeranian di sekolah dan
kelas tambahan merupakan fenomena biasa untuk semua guru yang mengajar tahun 6. Justeru,
amalan profesional yang diperolehi semasa interaksi mata pelajran kali ini banyak membantu
dalam hala tuju menyiapkan tugasan ini.
Selain itu banyak kekangan lain yang dilalui untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan,
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan
yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga
menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pendrive luar
masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer.
Impaknya, ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini. Ia mejadikan
saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap yakin diri serta tidak mudah putus asa di masa
akan datang. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah kelak.

MAD SAIPON NIZAR B. ZAINON

14

14

You might also like