You are on page 1of 2

Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa
Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan
skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006
dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia
dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita
yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini
dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai
WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran
WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada
bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka
Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena
hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang
untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di
Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia
oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh
kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh
kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga
tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Nicol turut meraih
Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Kehidupan Peribadi
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru
sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang
pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adikberadik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat
kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di
sekolahnya; beliau

pernah

bercita-cita

menjadi

jurutera.

Nicol

mendapat

tujuh

dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu

menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau
Pinang. Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

Anugerah Dan Penghormatan


Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan
hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan
penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah ini terhad
kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan
kemanusiaan.
Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan
sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award
(DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang
dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun
Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang, pernah mengakui bahawa
Nicol lebih terkenal daripadanya. Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana
Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham. Nicol turut menerima anugerah Pemain
Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.
Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan
menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut
telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima
Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.
Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan
Olimpik Athens 2004, di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia
oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

You might also like