You are on page 1of 46

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PSV3073E
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

AKTIVITI INTERAKSI 01:


Pengenalan Teori Pembelajaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Seni Visual

AKTIVITI KUMPULAN - AMALI


Tugasan:
Hasilkan satu rumusan Teori Pembelajaran P&P
yang dipilih dengan aktiviti kegiatan Pendidikan
Seni Visual.
Pembentangan tugasan ini menggunakan
PowerPoint.

MS

* Sila gunakan slide ini sebagai rujukan kepada Teori Pembelajaran P&P PSV
untuk melaksanakan tugasan anda.

MENGUASAI
Ilmu pengetahuan, pedagogi, &
ilmu psikologi manusia

MENUNJUKKAN
Coopes (1988)

Sikap jujur yang dapat menggalakkan


pembelajaran & interaksi positif

Guru yang berkesan ialah:

MEMPUNYAI
Ilmu pengetahuan & kepakaran dalam
mata pelajaran yang diajarnya.

MENGGUNAKAN
Strategi, kaedah & teknik mengajar
yang membolehkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran
mereka dengan kaedah &teknik
yang betul

Guru-guru yang berjaya & profesional perlu


Mengetahui beberapa perkara:

Lee Shulman
(1987)

Dapat mengajar mata pelajaran akademik dengan baik.

Dapat mengaplikasikan strategi pengajaran kepada


semua mata pelajaran termasuklah pengurusan bilik
darjah yang baik dan kaedah mengajar yang berkesan.

Bahan-bahan kurikulum dan perancangan yang


bersesuaian dengan mata pelajaran dan tahap pelajar.

Kaedah pengajaran mata pelajaran yang khusus bagi


pelajar-pelajar yang memerlukan.

Memahami ciri-ciri dan latar belakang pelajar.

Tempat & suasana pelajar

Tahu matlamat, objektif & tujuan mengajar

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

Pengasas aliran ini di Amerika Utara.


Terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik.
Kajian dilakukan ke atas seorang
kanak-kanak, Albert & seekor tikus putih.

J.B.WATSON
(1878 - 1958)

Psychology as the Behaviorist Views It


merupakan artikel beliau yang diterbitkan
pada 1913. Beliau berpendapat psikologi
ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku
yang nyata.

IVAN PAVLOV
1849-1936

THORNDIKE
1874 1949

B. F. SKINNER
1904 1990

CORDELL HULL
(1871-1955 )

Dikenali juga sebagai aliran:


-Associationism
( mengkaji kaitan mental antara dua
peristiwa atau antara dua idea yang
membawa kepada terjadinya
pembelajaran)

KAJIAN
DALAM ALIRAN
BEHAVIORISME

Diaplikasikan kepada
Pembelajaran & tingkah laku manusia

Hasil kajian

mengfokus kepada tingkah


laku manusia dan menolak
aspek kerohanian.

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

Dipengaruhi oleh:
ALIRAN LOGIK POSITIF
(LOGICAL POSITIVISM)
Mereka berpendapat bahawa
semua ilmu atau pengetahuan
perlu disahkan melalui:

Cara yang empirikal

Pemerhatian yang sistematik

KONSEP KRITIKALYANG DIKEMUKAKAN


KE DALAM ILMU PSIKOLOGI IALAH:
DEFINISI OPERASIONAL
( OPERATIONAL DEFINITION)

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)


DEFINISI
OPERASIONAL
KONSEP SAINTIFIK
PROSES PENGUKURAN
KEPADA SESUATU YANG DIKAJI
CONTOH: LAPAR
(didefinisikan sebagai sesuatu yang
dialami oleh manusia atau haiwan setelah tidak makan
pada masa yang sepatutnya mereka makan.
Definisi ini tidak dapat diterima oleh aliran logik positif
kerana untuk mengesahkan situasi ini perlu ada
satu cara pengukuran yang tepat.

ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958)

Mengawal tingkah laku


Ahli psikologi behaviorisme
Menegaskan

meramal

TUJUAN ILMU PSIKOLOGI

menerang

menghurai

IMPLIKASI ALIRAN
BEHAVIORISME TERHADAP PENDIDIKAN
Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam
kesannya.

Dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran,


seseorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang
boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.

Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu
atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku
dalam minda muridnya semasa pengajaran.

Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada


murid yang menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki dengan
menekankan latih tubi.

Guru menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan,


bukannya kefahaman murid.
Gardner, 2000

ALIRAN HUMANISTIK
(1908 - 1987 )
PENGASAS

CARL ROGERS
(1902-1987)

ABRAHAM MASLOW
1908-1970

ALIRAN HUMANISTIK ( 1908 - 1987 )

Fokus kepada 3
perkara

Cara berfikir

Cara pengamatan

Tentang sesuatu
peristiwa atau
kejadian

Interpretasi

Seseorang individu bertanggungjawab


terhadap tindakannya.
CONTOHNYA:
Kalau seseorang ingin cemerlang dalam hidupnya,
dia hendaklah berusaha untuk mencapai matlamatnya
hidupnya.

Kuasa motivasi seseorang individu ialah


kecenderungannya untuk berkembang serta
mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation).

Ini bermakna, walaupun terdapat halangan, setiap


individu mempunyai keperluan untuk
mengembangkan potensinya dan mencapai
pemenuhan kendiri ke tahap yang maksimum.
KONSEP PEMENUHAN KENDIRI INI DIPELOPORI
OLEH MASLOW

Adanya kelas tambahan


atau kelas intensif
kelolaan/anjuran
pihak sekolah

Kelas pemulihan khas


bagi mengatasi Keciciran
murid

IMPLIKASI ALIRAN
HUMANISTIK
TERHADAP
PENDIDIKAN

Kumpulan Wang Amanah


Pelajar Miskin
(KWAMP)

Skim Baucer Tuisyen

ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880 )

DLL
Pemikiran
manusia

Motivasi

Kem.
belajar

KAJIAN

Persepsi &
penanggapan

Kognisi

KBKK
metakognisi

Ahli-ahli Psikologi Gestalt


AHLI-AHLI PSIKOLOGI
KOGNITIVISME

Max Wertheimer
1880 - 1943

Jean Piaget
( 1896 - 1980)

Lev Semenovich
Vygotsky
( 1896 1934)

Robert Mills
Gagn
(1916 2002)

Wolfgang Kohler
1887 - 1967

Kurt Koffka

1886-1941

Jerome S.
David Ausubel
Bruner (1915- )
(1918 -)

ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880 )

satu pandangan tentang cara manusia belajar.

Penggerak utama aliran ini ialah Jean Piaget.

Idea utama aliran ini adalah perwakilan mental yang


dikenali sebagai skema.

Skema akan menentukan bagaimana data dan


maklumat yang diterima akan difahami oleh minda
manusia.

Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka


maklumat itu diterima. Jika tidak maklumat itu ditolak
atau skema diubah suai.

UNIVERSITI/
KOLEJ KOMUNITI/
PUSAT GIAT MARA

KBSR/KSSR

IMPLIKASI ALIRAN
KOGNITIVISME
TERHADAP
PENDIDIKAN

PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN SECARA
KBKK / KBAT

SEKOLAH TEKNIK
& VOKASIONAL

ALIRAN KONSTRUKTIVISME ( 1925 )

Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara
manusia belajar iaitu konstuktivisme (faham bina)

Di asaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confey, Seymour
Peppert

Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses P& P

Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka
pelajari.

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan
pengetahuan sedia ada.

Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka
untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial
bersama rakan dan guru.

Sangat digemari sebagai kaedah mengajar mata pelajaran matematik dan subjek-subjek
sains.

Pengetahuan yang
diperolehi murid adalah
Hasil drp
Aktiviti pemb. aktif

Guru perlu mengenal


pasti pengetahuan sedia
ada murid sebelum
merancang P & P

P & P berpusatkan murid

IMPLIKASI ALIRAN
KONSTRUKTIVISME
TERHADAP
PENDIDIKAN

Guru sebagai fasilitator


Guru sebagai pereka
bentuk bahan P&P

Pendekatan
Biologi
Pendekatan
Behaviorisme

Pendekatan
Humanistik

PENDEKATAN
PSIKOLOGI

Pendekatan
Kognitivisme

Pendekatan
Psikoanalitik

PENDEKATAN
PENDEKATAN PSIKOLOGI
PSIKOLOGI
PENDEKATAN BEHAVIORISME

Pembelajaran sangat berkaitan dengan perubahan


tingkah laku.

Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada


peristiwa yang berlaku dalam mental ( sedar dan tidak
sedar) sebaliknya memberi penekanan kepada tingkah
laku yang diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.

Menurut Watson, tingkah laku seseorang


dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari
unsur-unsur dalaman.

PENDEKATAN BEHAVIORISME

Bernstein et al., 1994

Menekankan idea bahawa


tingkah laku dan proses
mental adalah hasil
daripada pembelajaran.

Tingkah laku ialah satu siri


gerak balas yang berlaku
dengan wujudnya
rangsangan.

Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi


rangsangan gerak balas atau R-G.

IVAN PAVLOV
1849-1936

Dikaitkan
dengan
konsep
pelaziman
klasik

Beliau menjalankan
eksperimen ke atas seekor
anjing bagi menunjukkan
perkaitan antara
rangsangan (makanan)
dengan gerak balas (air
liur)

E.L.THORNDIKE
1874 1949

Terkenal dengan Teori Pelaziman Cuba Jaya


(Teori of Trial and Error Conditioning)

Prinsip asas pembelajaran adalah pengaruh


ganjaran dan denda.
(Organisme akan membuat sesuatu yang
membawa keseronokan sebaliknya
organisme berkenaan akan mengelak drp
melakukan sesuatu yang membawa kesakitan
atau membahayakan diri).

Konsep ini dinyatakan sebagai:-pembelajaran instrumental


atau
-pembelajaran operan

- Kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan


oleh E.L.Thorndike.
- Terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur
pengaruh ganjaran dan denda .
B. F. SKINNER
1904 1990

- Beliau menjalankan eksperimen ke atas tikus


dan burung merpati.
- Dalam eksperimennya yang terkawal,
beliau telah dapat mengukur proses pembelajaran
dengan cara menukar frenkuensi ganjaran dan denda.

PENDEKATAN PSIKOANALITIK
*Berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia
dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar, yang
kita sendiri tidak sedar.
*Tingkah laku kita adalah berdasarkan konflik dalaman,
dorongan (impulse), kemahuan atau motif-motif yang
tidak disedari.
*Mengandaikan semua tingkah laku, normal & abnormal adalah
hasil daripada interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran
yang memberi kesan ke atas perubahan tingkah laku dengan
mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar
psikologi.

PENDEKATAN PSIKOANALITIK

Ahli teori ini menekankan kepentingan zaman awal individu dan


mempercayai bahawa peristiwa semasa kecil mempunyai kesan
sepanjang hayat pada psikologi individu.

Pelopor ahli teori


psikoanalitik
(psikodinamika) yang
paling terkemuka di
dunia.
Beliau percaya setiap
entiti ini bertanggung
jawab bagi satu set
operasi psikologi.
SIGMUND FREUD
(1856 1936)

Memperkenalkan teori
struktur personaliti.

TEORI
STRUKTUR
PERSONALITI
(STRUKTUR PSIKIK)

id

ego

superego

Teori Struktur Personaliti


ID
Sumber dorongan
dan
nafsu yang
diwarisi

Primitif

Mementingkan
diri sendiri

Tiada pengaruh
dunia realiti
(pengaruh tamadun)

Id dominan pada bulan-bulan awal


kehidupan bayi, apabila dorongan dan
kemahuan begitu kuat mempengaruhi
tingkah laku bayi.
Ia dilihat sebagai elemen psikik yang
pertama mempengaruhi tingkah laku.

Bertanggungjawab dan cuba


mengawal dorongan dan desakan
primitif agar mengikut lebih dekat
dengan kehendak persekitaran.

Prinsip realiti
mengiktiraf permintaan
atau kehendak
masyarakat yang realistik.

EGO

Ego secara
perlahan-lahan
mengambil tanggung
jawab menjadikan
dorongan primitif id lebih
mengikut pada kehendak
moral dan piawaian etika
masyarakat.

Operasi ego berpandukan


kepada prinsip realiti,
bukan pada prinsip keseronokan
yang mempengaruhi id.

Superego
Apabila kanak-kanak yang
mempunyai superego punitif meninkat
remaja, mereka berkemungkinan
menghadapi masalah dalam
memenuhi permintaan superego.
Freud percaya kerisauan dan
kemurungan biasanya datang
bersama dgn kehendak superego
yang melampau.

Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh


ibu bapanya secara melampau, dia akan
bersifat kritis, menghukum, dan
mendenda, permintaan ini boleh menjadi
keterlaluan(excessive). Dalam kes ini
superego menjadi tidak fleksibel atau
ketat. Hal ini menyebabkan kanak-kanak
tidak dapat menikmati keseronokan
normal pada zamannya.

Bila kanak-kanak bertambah


besar, peranan ego semakin
bertambah. Ia mesti berurusan
dengan superego yang
merupakan sumber awal suara
hati ( conscience), iaitu kebolehan
untuk membezakan yang baik
daripada yang buruk.

Superego muncul secara perlahanlahan bila kanak-kanak mula


mempelajari peraturan yang
digunakan oleh ibu bapanya untuk
menginterpretasi jangkaan
masyarakat.Ibu bapa berperanan
sebagai conscience sehinggalah
kanak-kanak secara evolusi
membina set piawai dalamannya

PENDEKATAN PSIKOANALITIK
Mengikut Pendekatan Psikoanalitik;
Id, ego dan superego biasanya mempunyai
matlamat & kaedah yang berbeza.
Jika id dan superego menjadi cukup kuat untuk
menguasai ego, biasanya hal ini akan akan
berakhir dengan konflik dalaman dalam diri
individu tersebut.
Sekiranya konflik antara tiga komponen struktur
psikik ini tidak selesai mungkin akan membawa
kepada kecelaruan mental.

PENDEKATAN
PSIKOANALITIK

ABNORMALITI

Peristiwa yang dialami semasa kecil mempunyai kesan apabila individu


tersebut berada di alam dewasa.

Freud percaya kanak-kanak membesar dengan melalui pelbagai tahap


psikoseksual pada peringkat-peringkat yang sudah ditetapkan.

Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan


kepuasan dorongan seksual.

Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi dan genital dengan cara
yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang normal.

Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan


terdapat fixation yang mempengaruhi sifat individu pada kehidupan dewasa.

Contohnya: seseorang yang makan terlalu banyak di tahap oral mungkin


akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang yang
gemuk atau penagh dadah bila dewasa.

Kesimpulannya:
Pendekatan ini memberi sumbangan
yang besar dalam membantu kita
memahami perkembangan personaliti
manusia.Pendapat tentang pengaruh id,
ego dan superego dari zaman
kanak-kanak bagi perkembangan
personaliti seseorang telah merangsang
banyak penyelidikan.Pendapat ini juga
berpengaruh dalam disiplin-disiplin seperti
seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

Pendekatan Kognitivisme
Pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada
proses pemikiran individu seperti KBKK, kemahiran
belajar, motivasi, dll.
Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwaperistiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti
dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami.
Berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang
mengfokus kepada pemikiran tidak sedar, pendekatan
behaviorisme yang mengfokus kepada faktor
persekitaran dan tingkah laku.

PENDEKATAN HUMANISTIK

TOKOH-TOKOH

ABRAHAM
MASLOW
1908-1970

CARL ROGERS
(1902-1987)

ROLLO MAY
(1909-1994)

GORDON ALLPORT
(1897-1967)

Pendekatan ini berpendapat bahawa manusia adalah


individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk
berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai.
Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak
melakukan sesuatu kemahuan atau keperluan.
Mengikut pendekatan ini,manusia sentiasa aktif dan bukan
menunggu untuk dirancang oleh orang lain.

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Dikemukakan oleh Abraham


Maslow (1970).

Andaian dalam teori ini


bahawa manusia tidak pernah
puas dengan apa yang
dicapai.

PENYEMPURNAAN
KENDIRI
(KEPERLUAN PENYUBURAN)
PENGHARGAAN KENDIRI : DIHORMATI
(KEPERLUAN SEKUNDER)
KASIH SAYANG: KELUARGA & KAWAN
( KEPERLUAN SEKUNDER)
KESELAMATAN: TEMPAT TINGGAL
(KEPERLUAN SEKUNDER)
FISIOLOGI: MAKANAN & MINUMAN
(KEPERLUAN ASAS)

PENDEKATAN BIOLOGI

Pendekatan Biomedik

Model Penyakit
(Model Perubatan)

Mengandaikan bahawa manusia adalah sistem fizikal


& mesti difahami dari sudut fizikalnya.

Keadaan fisiologi

Sifat-sifat sistem
saraf individu

Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah


hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang
mempunyai kesan ke atas otak.

EDWARD HITZIG (18931927) & GUSTAV FRITSCH (1839-1907)


AHLI FISIOLOGI JERMAN

Memasukkan dua batang


dawai ke dalam permukaan
kortikal otak anjing.

Melalui eksperimen, mereka mendapati bahawa


struktur otak adalah tempat asal-usul urat saraf, berkait
rapat dengan tingkah laku manusia.
Dengan kata lain,otak boleh memberi tindak
balas bila rangsangan elektrik diberikan secara langsung
dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu.
FOKUS : PERANAN SISTEM SARAF PUSAT YANG MENGAWAL
SETIAP PEMIKIRAN & PERGERAKAN MANUSIA.

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


KONSEP ASAS:
Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku
individu dan kumpulan individu secara saintifik. Manakala
pendidikan pula merupakan proses untuk mengembangkan
potensi individu dalam bidang tertentu.
Psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia.
Pendidikan pula ialah profesion yang mengkaji
dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran
Pembelajaran untuk digunakan di sekolah.
Banks dan Thompson (1995)

Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang mengfokuskan


kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan
empirikal mengenai pengajaran & pembelajaran dalam bilik
darjah.
Borich dan Tombari (1997)

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Psikologi pendidikan sebagai applying the methods of
psychology to study the process of education.
Clifford, 1984 (dalam Hensen & Eller, 1999)

Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan


psikologi ke dalam situasi bilik darjah.
Grinder (1981)

Kesimpulannya:
psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk
tujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar danmemudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Memahami tingkah laku


pelajar dalam proses P&P
Meramal tingkah laku
gantian yang mungkin
berlaku & mengawalnya.

TUJUAN
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Merancang aktiviti &


Bimbingan utk membentuk
Tingkah laku yang diingini.

Memperihalkan
(describe)

Menerangkan
(explain)

Mengawal
(control)

Meramalkan
(predict)

Abd.Majid Mohd Isa


&
Rahil Mahyuddin
(1997)

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

Beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan


mempraktikkan
Membolehkan guru
memahami
mengapa pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu
psikologi
pendidikan:

tingkah laku dan membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.


Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan
pelajarnya.
Guru juga dapat meramal tingkah laku pelajar, apa yang disukai dan apa yang tidak
disenangi pada peringkat umur tertentu.
Dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam
usaha mengawal tingkah laku dan memotivasi pelajar supaya rajin belajar.
Guru juga dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif,
sosial, dan emosi dan merancang P & P sesuai dengan tahap perkembangan
pelajarnya.
Guru dapat membina soal selidik yang mudah dalam mengenal pasti tahap
perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah dan seterusnya
dapat merancang program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar dalam meningkatkan
prestasi pembelajarannya.
Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu pendidikan seperti masalah
disiplin bilik darjah. Data & maklumat yang diperolehi dapat membantu menyelesaikan
masalah pelajar dan meningkatkan kualiti P&P.
Membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Oleh itu, dapat
membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

You might also like