You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR MALI

02700 SIMPANG EMPAT,PERLIS


Tel:04-9805891 Fax:04-9805890 Email:SKBOHORMALI@gmail.com

1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2015


Tarikh : 26 Januari 2015 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 2.00-3.00 Ptg
Kehadiran:
1. Pn. Rukiah bt. Ismail
2. En. Izhar Bin Idros
3. Semua Guru Rujuk lampiran

- Guru Besar
- SU Kokurikulum

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi.


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab.
1.2 SU Kurikulum mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran ke Mesyuarat Pengurusan
kali pertama 2015..
Agenda 2 : Ucapan Tn. Guru Besar
2.1 Beliau berharap untuk pasukan SK Bohor Mali menjadi juara dalam setiap pertandingan yang
disertai.
2.2 Beliau juga berharap supaya ada di kalangan pelajar SK Bohor Mali dapat mewakili ke
peringkat kebangsaan.
2.3 Beliau juga berharap semua guru dapat memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ko
kurikulum sepanjang tahun 2015.
Tindakan : Agenda 2.3 Pengurus dan Penasihat Unit-Unit Kokurikulum

Agenda 3 : Taklimat aktiviti kokurikulum 2015


3.1 Aktiviti kokurikulum yang dilakukan harus berpandukan pekeliling.
3.2 Menyenaraikan aktiviti penting unit kokurikulum sepanjang tahun 2015.
3.3 Membentangkan dasar 1M1S .
3.4 Pengurusan aktiviti kokurikulum perlu dirancang dengan sempurna sebelum perlaksanaan..
3.5 Memastikan semua murid mengenakan pakaian unit beruniform dengan lengkap.
3.6 Guru penyelaras memastikan semua murid terlibat dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.
3.7 Setiap guru penasihat memastikan surat kebenaran dan perakuan kesihatan murid.
3.8 Perlantikan jawatankuasa unit-unit kokurikulum perlu mengambil kira potensi pelajar cemerlang
agar mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

3.9 Pertandingan peringkat PKP adalah seperti takwim.


Tindakan : Agenda 3.7 & 3.8 Semua Guru Penasihat
Agenda 4: Pengurusan kokurikulum tahun 2015
4.1 Perlaksanaan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah dijalankan pada setiap rabu dan khamis.
4.2 Setiap aktiviti luar perlu mendapat kelulusan daripada JPN
4.3 Kad Kokurikulum pelajar akan diedarkan kepada guru penasihat dan akan diserahkan kepada
guru kelas akhir oktober untuk dimasukkan markah kedalam sistem.
4.4 Minit mesyuarat agung persatuan ,unit beruniform dan kelab persatuan mesti diserahkan
kepada PK Kokurikulum dalam masa 7 hari selepas mesyuarat.
Tindakan: Agenda 4 - Semua guru penasihat unit beruniform dan kelab persatuan
Agenda 5 : Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2015
5.1 Kertas kerja pembangunan sukan bagi setiap permainan perlu disediakan.
5.2 Aktiviti kokurikulum tahun 2015 perlu dirancang berdasarkan SKT( sasaran Kerja
Tahunan).Rasionalnya supaya aktiviti kokurikulum yang dijalankan tahun ini dapat menarik
perhatian pelajar dan mencapai sasaran target 100 peratus penglibatan pelajar diperingkat
sekolah.
5.3 Setiap aktiviti mengikut jadual kerja kokurikulum yang telah ditetapkan .
Tindakan : Agenda 5 - Semua Guru Penasihat
Agenda 6 : Hal-hal lain.
6.1 Semua guru telah memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti pada tahun
2014.
6.2 Semua berkaitan aktiviti akan diemailkan dalam email sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 Ptg

Dicatat oleh,
..
(Izhar Bin Idros)
SU Kokurikulum
SK Bohor Mali

Disahkan oleh,

(Rukiah Bt. Ismail)


GURU BESAR,
SK Bohor Mali

You might also like