You are on page 1of 5

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

KAMPUNG AIRPORT BARU 10


PETI SURAT 185, 91207 KUNAK.
TEL: 019-5887259
______________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN KAMPUNG
KAMPUNG AIRPORT BATU 10
_____________________________________________________________________________________
TARIKH
: 13/05/2015
MASA
: 02.30 PETANG
TEMPAT
: RUMAH PJKKK KAMPUNG AIRPORT BATU 10
AGENDA
:
1. Bacaan doa.
2. Ucapan Pengerusi
3. Ucapan Alu-Aluan Pegawai Pembangunan Masyarakat
4. Pengesahan Minit Bil 01/2015
5. Pandangan Tentang Keselamatan
6. Taklimat Tentang Kesihatan
7. Hal-Hal Lain
8. Ucapan Penangguhan
KEHADIRAN :
1. PN. HJ. MAIMUNAH BINTI DTK HJ. ZAINAL (CDO)
2. ASP. TN. ABDUL RAHMAN (IPD KUNAK)
3. PN. JAHINAH BINTI KABANG (KETUA MUKIM MADAI)
4. EN. MAHADI BIN MORAH (PEGAWAI KESIHATAN)
5. EN. RAHIM BIN RESAR (PEMAJU MUKIM)
6. PN. MARIA BINTI UTUHIYA(PEMAJU MASYARAKAT)
7. PN. MASRIYAH BINTI MASDOR (PEMBANTU PEMBANGUNAN)
8. PN. JUBAIDAH BT HJ. JAMA (PEMBANTU PEMBANGUNAN)
9. EN.NORHISYAM (PEMBANTU KESIHATAN)
10.IMAM SYAHRIL BIN SAPPA (IMAM KARIAH ZON GIRAM)
11.EN. OMAR BIN SATUMAN (KK KAMPUNG AIRPORT)
12.HJ. BAKHRUL BIN SANDIRI (PJKKK)
13.EN. ABD. BURHANUDDIN BIN SANGKALA (T/P JKKK)
14.EN. SUAIB BIN SYAHRIL (S/U JKKK)
15.EN. MOHD KHAZALI BIN MOHD. DIN (AJK JKKK)
16.EN. ALAK BIN AMMASE (AJK JKKK)
17.PN. SINARE BINTI RAUNA (AJK JKKK)

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI JKKK


1.1
Mengalukan kehadiran Puan CDO, Tuan ASP - IPD Kunak, Penolong
Pegawai Kesihatan Kunak, Ketua Kampung Airport, Pegawai Unit dan
ahli JKKK.
1.2
Ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen dalam menghadiri
mesyuarat kali kedua.
2. UCAPAN ALU-ALUAN PUAN CDO
2.1
Ucapan tahniah dengan pelantikan Ketua Kampung airport yang baru
iaitu En. Omar bin
Satuman dan semua jemputan yang datang menghadiri mesyuarat.
2.2
Puan CDO memberitahu tentang procedur-procedur untuk menjadi
ketua kampung
dan berharap Ketua Kampung yang baru dapat menjalankan tugas
dengan baik.
2.3
Mengenai keselamatan kampung, puan CDO menekankan pentingnya
kehadiran pihak
Penguatkuasa keselamatan bersama-sama ahli JKKK dan pegawaipegawai unit
bersama-sama dalam bermesuarat.
2.4
Menekankan dalam membuat profil kampung dan membuat tiga
salinan yang mana
salinan tersebut akan diberikan kepada Pejabat Daerah dan Ibu Pejabat
Polis.
2.5
Mengenai permohonan tiang elektrik, perahu dan masjid, pihak JKKK
terutama PJKKK,
diminta untuk terus menerus menghantar surat permohonan dan
membangkitkan
permasalahan ini bila menjalankan mesyuarat.
2.6
Mengharapkan kerjasama Ketua Kampung dan Ahli JKKK untuk
memulakan operasi
menanam bunga bagi setiap rumah.
3. PENGESAHAN MINI MESYUARAT BIL. 01/2015
3.1
En. Mohd. Khazali mencadangkan pengesahan minit mesyuarat bil.
01/2015
3.2
En. Alak Bin Ammase menyokong pengesahan minit mesuarat.
4. PANDANGAN TENTANG KESELAMATAN KAMPUNG.
4.1
Tuan ASP Abdul Rahman menerangkan tentang keselamatan kampung.
4.2
Tiada jenayah berat yang di laporkan berlaku di dalam kampung.
4.3
Tuan ASP menyatakan tentang penjualan dadah iaitu syabu yang
berleluasa dan
telah mengenal pasti pembekal syabu. Pihak keselamatan hanya
menunggu masa
yang tepat untuk menangkap pembekal tersebut.

4.4
Penjualan syabu, penjualan nombor ekor dan laga ayam yang
berleluasa dikhuatiri
akan mencetuskan jenayah berat di kawasan kampung.
4.5
Mengharapkan kerjasama dari masyarakat dan AJK Kampung dapat
membantu mengurangkan Kes-kes jenayah yang berlaku di dalam
kampung.
5. TAKLIMAT TENTANG KESIHATAN
5.1
Pelaksanaan program COMBI dan ceramah tentang kesihatan yang
telah dilakukan oleh
Pihak kesihatan bersama penduduk kampung.
5.2
Berterima kasih dengan kerjasama yang telah diberikan oleh
penduduk-penduduk
Kampung.
5.3
Mengenai isu penyakit denggi dan malaria, pembawa penyakit bukan
berpunca dari
penduduk kampong ini.
5.4
Respon dari penduduk kampung mengenai air telaga telah diterima
dan pembahagian klorin secara berkala akan dilaksanakan oleh pihak
kesihatan. Ini disebabkan kerana kekurangan kakitangan kesihatan.
6. HAL-HAL LAIN
7.1
Pengerusi JKKK bertanyakan kepada Puan CDO dan Tuan ASP tentang
pembinaan
Klinik 1 Malaysia dan mencadangkan rondaan pihak polis pada jam 10
malam dan peti lawatan polis.
7.2
Puan CDO mengharapkan agar Pengerusi JKKK mengajukan pertanyaan
kepada pihak
Kesihatan.
7.3
Tuan ASP menyatakan akan mengadakan mesyuarat bagi pihak
keselamatan
mengenai rondaan jam 10 malam dan mengenai peti keselamatan,
pihak JKKK
disarankan agar membuat surat permohonan peti keselamatan.
7.4
Pegerusi JKKK menyuarakan pendapat kepada pihak kesihatan tentang
penyeburan
kabus dapat dilakukan 3 kali dalam sebulan. PJKKK juga bertanyakan
tentang
peyelupan kelambu berubat yang telah lama tidak dilakukan pihak
kesihatan.
7.5
Pihak kesihatan memaklumkan tentang penyemburan kabus hanya
akan dilakukan
bila berlakunya kes penyakit denggi atau malaria dan menyuarakan
pendapat agar

Pengerusi JKKK membuat surat permohonan untuk pelaksanaan


penyemburan kabus.
7.6
Pegawai kesihatan menyatakan penyemburan kabus tidak boleh
dilakukan dengan
Kerap kerana dikhuatiri akan membunuh serangga yang
mendatangkan kebaikan
Kepada pokok. Mengenai penyelupan kelambu, ianya bergantung
kepada bajet tahunan.

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua ahli
Jawatankuasa, semua unit PPM, Pegawai Polis dari cawangan IPD Kunak dan
Pegawai kesihatan Kunak di atas kehadiran pada mesyuarat JKKK Kampung
Airport Batu 10 untuk kali kedua tahun 2015. Pengerusi menangguhkan
mesyuarat JKKK ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak pada jam 04.30
petang.

Disediakan Oleh:
Oleh:

Minit Ini Disahkan

Suaib Bin Syahril


Setiausaha JKKK,
Kampung Airport Batu 10,
Batu 10
Kunak.

Hj. Bakhrul Bin Sandiri


Pengerusi
JKKK Kampung Airport

s.k:
4

Kunak.

1.

Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kunak, Kunak.

2.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat


Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat

3.

ASP Tuan Abdul Rahman, IPD Kunak.

4.

Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kunak.

5.

Pegawai Pembangunan Masyarakat

6.

Pegawai Mukim Madai

7.

Fail

You might also like