You are on page 1of 23

1.

PENDAHULUAN

Page

1.0

Pengenalan
Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam
menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di
negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam
dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah
untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk
menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa
mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk
mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk
memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam
menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) . Matapelajaran ini wajib untuk semua murid dari
tahun satu hingga tahun 6 telah ditransformasi ke Kurikulum Sekolah Rendah
( KSSR) .Oleh sebab itulah

penguasaan pelajar secara maksimum dalam proses

pembelajaran perlu dibantu dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang baik bagi
mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjayakan KSSR.
Penggunaan multimedia adalah merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk
melihat sejauhmana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains terhadap
murid-murid. Multimedia adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan
konkrit yang lebih baik daripada pernyataan lisan atau bertulis sahaja.
Menurut Fox (1991) Multimedia is commonly defined as the combination of
text, graphics, audio, video and animation on a computer. Dalam konteks pendidikan
satu definisi multimedia yang boleh digunakan adalah definisi yang diberikan oleh
Edgar (1972), iaitu Multimedia is the integration of audio, graphics, animation and

Page

text using the notebook as a control and presentation platform so as to enhance


significantly the learning and information environment
Dalam bidang pendidikan, guru sememangnya memikul tanggungjawab yang
berat untuk mendidik pelajar suppaya menepati kehendak matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pelajar yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai jati
diri yang dinamik

mampu bersaing dengan pelajar di luar Negara. Berdasarkan

tanggungjawab tersebut , guru perlu berkorban jiwa dan raga melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu dan terknik pengajaran yang sesuai, supaya dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk lebih gemilang dan terbilang dalam pencapaian akademik.

1.2

Releksi pengajaran dan pembelajaran lalu


2

3
Page

Pada semester 8 ini, pengkaji telah mengajar topik fasa-fasa bulan bagi Tema
Menyiasat Bumi dan Alam semester untuk tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Putra
Utama, Kulaijaya, Johor. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid sukar mengingati
bentuk-bentuk fasa bulan yang terbentuk mengikut Takwim Qamari . Selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran sains untuk tajuk fasa-fasa bulan, murid akan bertanya
kerana kurang memahami sebab terbentuk dan juga juga bentuk-bentuk fasa bulan yang
terhasil. Ini menunjukkan murid amat berminat dengan matapelajaran sains dan muridmurid memerlukan pemahaman yang lebih bagi memahami tajuk ini.
Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran sains bagi kelas 5 Bestari, pengkaji
telah berbincang dengan Ketua Panitia sains bagi mengambil langkah untuk membantu
murid lebih memahami tajuk fasa-fasa bulan ini. Berdasarkan perbincangan dengan
Ketua Panitia Sains ini, pengkaji telah mendapati bahawa, murid boleh memahami tajuk
ini dengan cara guru menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif ,contohnya
seperti penggunaan Ms Powerpoint Interaktif. Pengkaji mendapati murid amat berminat
dengan bahan bantu mengajar yang mengandungi banyak gambar yang menarik dan
soalan secara interaktif.
Pengalaman pengkaji sebagai seorang guru sains yang telah lama berkhidmat
menyebabkan pengkaji percaya bahawa murid amat berminat dengan matapelajaran sains
serta mempunyai sikap ingin tahu yang amat mendalam, walaupun matapelajaran ini agak
sukar untuk difahami.
Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran komputer ini
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baharu dan suasana pembelajaran
yang sihat akan mengembirakan murid . Walau bagaimanapun, Rashidi (1986)
menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai fasilitator katau pembimbing yang
bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan dan
penerokaan ilmu dikalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui garis
panduan yang diberikan oleh guru (Thomas, 1994).
Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai

Page

kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan
menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman
mereka.Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulangulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk
meningkatkan prestasi mereka. Di harapkan agar kajian tindakan yang telah dijalankan
ini dapat membantu pelajar untuk memahami fasa-fasa bulan dengan begitu jelas sekali.

2.0

TINJAUAN LITERATUR
Pengkaji menggunakan perisian Ms power point interaktif untuk mengajar tajuk Fasa-

Fasa Bulan yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sains tahun 5 bidang Bumi dan Alam
Semesta. Oleh itu antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang berkaitan
dengan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer dan kesannya terhadap
pencapaian pelajar dalam menguasai konsep sains dan memahami sains dengan lebih baik
dan dapat menarik minat pelajar terhadap sains serta kelebihan menggunakan power point
interaktif dalam proses pengajaran.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk
mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu
kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer
dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh
orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu.
Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi dan
dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan untuk
mencapai matlamat pembelajaran.

Page

Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer


ialah satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu
kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih
dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga
dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran
dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara
matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak
mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap positif terhadap alat komputer,
dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran,
iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer.
Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zoraini
Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum
sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai
alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Komputer
yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk menarik perhatian
pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses pembelajaran
sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang diharapkan.
Menurut Jamaludin, 1989; Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan
kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran.
Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting ;
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan
pengaturcaraan komputer.
2.
Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data, memproses
3.

data penyelidikan dan juga memproses perkataan.


Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajara,,
pengaturan murid, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).
5

6
Page

Jamaluddin, 1989 berpendapat Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer


(PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk
membantu seseorang belajar. Komputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran
dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi
dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989).Dalam pengajaran
berbantukan komputer ( PBK ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam
proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor),
penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh
komputer dalam PBK ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan
sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin,
1989 ).Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
1.

Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif


terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.

2.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat


membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.

3.

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang


ketara.

4.

Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan


mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Ahmad Rizal Madar ( 2009) yang menjalankan kajian tentang Kesan

Penggunaan Koswer Terhadap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field


Independence mengatakan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini telah
berubah dan mengalami evolusinya sendiri. Jika dahulu penggunanya lisan dan tulisan
sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu
dalam penggunaan alatan yang lebih canggih seperti penggunaan Ms Powerpoint

audio dan teks.

Page

Interaktif, video dan pelbagai peralatan lain yang menggabungkan elemen visual ,
Pengkaji memilih teknik gaya pembelajaran ICT sebagai tindakan kerna
Divesta, Ingersol dan Sunshine ( 1971) menyarankan bahawa murid visual
mempunyai kekuatan ciri gambaran dan mampu menyimpan sesuatu dalam ingatan ,
memutar, membentang dan mentransformasiknya. Dengan ini pengkaji yakin murid
akan lebih memahami dengan lebih baik jika belajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran ICT.
Toffler ( 1980) dan Naisbitt ( 1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian
telah diberi gelaran sebagai The wave of the future . Wujudnya istilah Information
dan Communication Technology ( ICT). Dunia hari ini berlumba- lumba untuk
menguasai bidang ICT ini kerana bidang ini dianggap sebagai landasan untuk
memperkenalkan negara masing-masing dengan pengkongsian dan penyebaran
maklumat.
Oleh itu, penggunaan teknologi ICT seperti Ms Powerpoint Interaktif di dalam
kelas perlu diambil perhatian yang serius. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan
sejumlah wang yang besar untuk membangunkan ICT di Malaysia. Ramai guru telah
dihantar untuk mengendalikan kelas bagi memahirkan diri untk mengendalikan kelas
apabila menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara Ms powerpoint
interaktif. Kenyataan ini telah membuktikan bahawa guru-guru perlu mempunyai
pengetahuan yang begitu mendalam dalam bidang ICT bagi mengendalikan
perkakasan dan juga perisian komputer sebelum guru-guru dapat menghasilkan satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan di dalam kelas.

3.0

FOKUS KAJIAN
3.1

ISU KAJIAN
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat penting pada zaman moden

yang serba canggih ini. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui
kepentingannya. .Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan
7

Page

sebagainya. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan perisian power point akan dapat
menarik minat pembelajaran yang hendak dijalankan oleh pengkaji.
Berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai seorang guru yang telah lama
berkhidmat, PerisianMs PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan
gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak
dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam
kelas.
Perisian Ms PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk
menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang
dijual di kedai. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh
dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah. Berbanding perisian yang
dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk disesuaikan dengan
tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Tentulah keadaan ini menyukarkan guru
sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya.
Dengan adanya inovasi perisian MsPowerPoint interaktif ini, pengkaji
mendapati kebanyakan guru-guru di sekolah bebas merancang, mengaplikasi,
mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah.Sebagai guru,
mereka faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka .Maklum balas murid
juga telah diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.
Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang
memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar dengan berkesan.Ini kerana ia
memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan
memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri
sendiri. Selain itu dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran yang berbeza di
kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia itu sendiri
serta menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui
perbincangan dan projek kumpulan.
8

9
Page

Menurut Tim Boyer (1997), istilah multimedia memberikan idea satu sistem di
mana pelbagai media seperti teks, grafik, video dan audio digabungkan menjadi satu
sistem penyampaian di bawah kawalan komputer. Sistem multimedia interaktif
mungkin mengadunkan bersama teks, grafik, animasi, data, video dan audio, dari
pelbagai sumber, termasuk cakera padat dan komputer itu sendiri. Keupayaan
komputer digunakan dalam memberi jawapan segera secara maya, menyimpan dan
memanipulasikan maklumat serta melayan ramai pelajar secara serentak.
Grabe (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan melalui bahan multimedia dengan kombinasi teks,
grafik, sudio, video dan animasi mampu meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar
yang berbeza stail pembelajaran pelajar.
Menurut Ginder (1999), apabila kita mengajar dengan melibatkan deria
penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan pelajar, seluruh kelas dapat
menerima maklumat melalui salah satu atau lebih saluran komunikasi. Pendekatan
berbagai deria penerima ini dapat memaksa pelajar menggunakan keupayaan deria
mereka.
Pengkaji telah memilih kumpulan sasaran dengan teliti supaya perkaraperkara kajian boleh dikawalkan. Pengkaji merupakan seorang guru sains yang
mengajar sains tahun 5 bagi kelas 5 Bestari, waktu matapelajaran sains telah
dijadualkan di sekolah, maka pengkaji mudah untuk memilih masa yang sesuai untuk
melaksanakan kajian ini. Pengkaji hanya akan melaksanakan kajian ini terhadap
kumpulan sasaran di dalam bilik darjah ataupun di dalam bilik sains. Namun
kehadiran kumpulan sasaran semasa tindakan adalah di luar kawalan pengkaji.
Untuk melaksanakan kajian tindakan ini dengan lancar, kolaborasi dan
kerjasama antara pengkaji dan pihak sekolah amat diperlukan. Pengkaji memerlukan
ciri-ciri umum tentang kumpulan sasaran yang akan dikaji iaitu bilangan , jantina,
nama kelas dan prestasi akademik mahupun ciri-ciri unik yang lain. Hal ini kerana ciri9

Page

akan dilaksanakan.

10

ciri kumpulan sasaran ini akan memberikan kesan yang ketara kepada tindakan yang

Dalam pada itu, penggunaan Ms powerpoint sebagai teknik untuk melaksanakan


kajian tindakan ini bukan hanya sekadar digunakan oleh pengkaji tetapi guru-guru di
sekolah juga menggunakan teknik ini di dalam kelas ataupun di dalam bilik sains.
Pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan guru-guru sains di Sekolah Kebangsaan Putra
Utama menggunakan teknik multimedia seperti Ms powerpoint bagi menarik perhatian
murid serta menambahkan kefahaman murid tentang fakta-fakta sains.
Bagi menilai kefahaman terhadap topik Fasa-fasa bulan yang ada pada
kumpulan sasaran iaitu murid tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Putra Utama
Kulaijaya, Johor telah dilaksanakan tindakan kajian , pengkaji telah mendapati
kefahaman murid terhadap topik fasa-fasa bulan adalah sangat rendah. Murid tidak
dapat mengaplikasikan tajuk ini apabila murid diminta menghurai tentang kejadian fasa
bulan ini serta semasa menjawab soalan bahagian B apabila melibatkan kemahiran
proses sains. Sebenarnya kumpulan sasaran telah berlajar topik fasa bulan ini,dengan
teknik yang tradisional iaitu menyalin nota dan membuat latih tubi pada bulan Jun tetapi
hanya beberapa orang murid dalam kumpulan sasaran memberikan jawapan yang
memuaskan apabila pengkaji bertanya secara lisan. Justeru itulah pengkaji telah
menggunakan teknik multimedia dengan menggunakan powerpoint interaktis sebagai
satu teknik untuk membantu murid yang berada di dalam kumpulan sasaran ini.
Kajian ini dijalankan ke atas 0 orang murid lelaki dan 10 orang murid
perempuan. Pengkaji telah memilih waktu matapelajaran sains sepertimana yang telah
ditetapkan oleh Guru Penolong Kanan 1. Sehubungan dengan itu, tempat untuk
melaksanakan tindakan kajian ini telah ditentukan di dalam bilik seminar. Pengkaji
hanya akan melaksanakan tindakan terhadap kumpulan sasaran sahaja.
Perlaksanaan kajian ini dapat dijalankan dengan lancr dengan kerjasama
daripada pihak pentadbir, guru-guru dan guru sains yang lain. Antara pihak yang terlibat
ialah guru besar, kaunselor, guru penolong kanan dan juga guru-guru sains yang lain.
Pensyarah bimbing juga banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta pandangan
yang bernas kepada pengkaji supaya pengkaji dapat mengetahui cara penambahbaikan
kajian pengkaji dari masa ke semasa .Apabila terjalin hubungan dengan guru-guru
10

11

sains yang lain, ketua panitia sains dan pihak pengurusan sekolah, dapatlah memberi
Page

peluang kepada pengkaji untuk berkongsi idea dalam melengkapkan kajian ini.
4.0

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah untuk mengenal pasti sama ada :

1. Penggunaan perisian Ms power point interaktif ini boleh dijadikan sebagai alat
pengajaran yang berkesan.
2. Penggunaan perisian Ms power point interaktif ini lebih sesuai dalam pengajaran
topik Fasa-fasa bulan berbanding kaedah biasa/tradisional.
3. Penggunaan perisian Ms power point interaktif ini akan dapat
meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap pelajaran sains khususnya
tajuk fasa-fasa bulan.
4. Adanya jurang perbezaan pencapaian di antara pelajar yang
didedahkan dengan penggunaan perisian Ms power point interaktif dengan
pelajar yang diajar dengan kaedah tradisional.

5.0

SOALAN KAJIAN
Adakah penggunaan teknik multimedia dengan penggunaan powerpoint
interaktif dapat meningkatkan kefahaman mpelajar tahun 5 Bestari di Sekolah
Kebangsaan Putra Utama dalam topik Menyiasat Bumi dan Alam semesta-Fasa-fasa
bulan?

6.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Putra Utama, Kulaijaya
Johor. Sekolah ini terletak di kawasan bandar. Jumlah murid yang terdapat di sekolah
ini serami 1286 orang . Kumpulan sasaran yang terlibat dengan kajian tindakan ini ialah
murid tahun 5 Bestari seramai 10 orang lelaki dan 10 murid perempun yang membawa
jumlah 20 orang.

11

7.1

12

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Page

7.0

Perancangan langkah-langkah tindakan


Pengkaji telah melaksankan kajian tindakan ini di Sekolah Kebangsaan Putra
Utama ,Kulaijaya Johor. Sebelum menjalankan kajian tindakan, pengkaji telah meminta
kebenaran untuk menjalankan kajian tindakan ini di sekolah. Pemilihan tajuk juga adalah
penting bagi mengetahui pemasalahan yang seringkali timbul berdasarkan tajuk fasa-fasa
bulan. Murid kerapkali mendapat markah yang rendah apabila soalan berdasarkan tajuk
fasa bulan dikemukakan sama ada soalan bahagian A dan bahagian B
Melalui pemerhatian dan juga pengalaman seorang guru sains selama 15 tahun
mengajar, didapati tajuk fasa-fasa bulan memang sukar untuk difahami bagaimana
bentuk-bentuk fasa bulan terbentuk. Oleh sebab itulah pengkaji telah menentukan tajuk
fasa-fasa bulan sebagai kajian tindakan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap
tajuk fasa-fasa bulan.
Bagi menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah
memilih kaedah penggunaan powerpoint interaktif sebagai satu kaedah untuk
meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk fasa-fasa bulan. Pengkaji berpendapat
kaedah ini paling efektif untuk meningkatkan kefahaman murid. Antara langkah-langkah
yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Langkah 1

: Meminta kebenaran untuk menjalankan Kajian Tindakan

Pengkaji telah menjalankan kajian tindakan ini di Sekolah Kebangsaan Putra


Utama , Kulaijaya dengan meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah iaiti En.
Hannuar Hannuar selaku wakil daripada pihak pentadbir. Semua tindakan yang
dijalankan telah dilaporkan kepada pihak pentadbir sebelum melaksanakanya.
Langkah 2

: Penyediaan jadual pelaksanaan Kajian Tindakan

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam kajian tindakan ini akan dilaksanakan


mengikut jadual 5.2.1. jadual ini disediakan dalam bentuk Carta Gant. Jadual 7.1.1
Jadual Pelaksanaan Tindakan ( Lihat Lampiran )

12

: Borang maklumat murid

13

Langkah 3

Page

Borang maklumat murid digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan


maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat yang dikehendaki dalam
borang ini meliputi nama, jantina, bangsa, tempat tinggal, pekerjaan bapa, markah sains
dalam peperiksaan sebelumnya dan beberapa maklumat lain lagi. Borang soal selidik ini
perlu dilengkapkan oleh semua murid yang terlibat dalam kajian ini iaitu kedua-dua
kumpulan kajian.
Langkah 4

: Pengajaran pertama- Berpusatkan Guru

Pengkaji telah menjalankan proses pengajaran seperti biasa iaitu berpusatkan


guru. Pengkaji akan menerangkan konsep dan fakta tentang fasa-fasa bulan dengan
berpandukan buku teks dan juga carta bergambar sahaja. Murid hanya mendengar dan
mencatat nota sahaja. Istilah dan gambarajah tentang perubahan bentuk fasa bulan
hanya dipelajari melalui buku teks sahaja. Pengkaji akan menggunakan papan putih
dengan melukis bentuk fasa-fasa bulan. Komunikasi yang berlaku di dalam kelas adalah
secara satu hala.
Langkah 5

: Ujian sebelum intervensi

Terdapat 20 soalan dalam ujian ini, iaitu soalan berbentuk objektif. Masa yang
diperuntukan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit. Ujian Pra dilampirkan di
lampiran A.Pada dasarnya soalan-soalan ini diperolehi dan diubahsuai daripada buku
teks Tahun 5 dan juga buku-buku rujukan yang terdapat di pusat sumber sekolah.
Pengkaji telah berbincang dengan ketua panitia sains untuk menghasilkan soalan
supaya dapat digunakan sebaik-baiknya untuk memperolehi kesahan dan
kebolehpercayaan. Soalan-soalan yang dipilih adalah soalan-soalan yang seringkali
pelajar melakukan kesilapan.
Langkah 6

: Pengajian pertama- Aplikasi Kaedah Ms Powerpoint Interaktif

Semasa pengajaran kali ke dua, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah


Powerpoint interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid akan diterangkan
dengan jelas tentang fasa-fasa bulan. Pengkaji telah memuatkan beberapa maklumat dan
13

14

juga video tentang bagaimana fasa-fasa bulan berlaku. Murid akan mempelajari dengan
pemahaman tentang fasa-fasa bulan.
I.

Page

menjalani aktiviti hands-on supaya murid lebih memahami dan dapat meningkatkan
Pengkaji menyediakan bahan bantu mengajar seperti Ms Powerpoint,
dibantu dengan gambar-gambar tentang fasa bulan yang diperolehi
daripada internet, video tentang perubahan bentuk fasa bulan dan juga
II.

soalan secara interaktif.


Pengkaji mengajar dan menjelaskan topik fasa-fasa bulan dengan
menggunakan slaid Ms Powerpoint. Tayangan video diselitkan di dalam

III.

slaid Ms Powerpoint.
Soalan interaktif disediakan, dimana murid akan menjawab secara

IV.

interaktif di dalam Ms Powerpoint yang disediakan.


Pengkaji mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat
rumusan dan nyayian lagu fasa bulan.

Langkah 7:

Menjalan ujian selepas intervensi

Selepas pengajaran kali ke 2, pengkaji akan menjalankan ujian selepas


intervensi. Soalan yang sama diberikan. Mempunyai 20 soalan objektif dan masa yang
diberikan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.
Langkah 8

: Menjawab borang soal selidik

Selain daripada itu juga, pengkaji menggunakan borang soal selidik. Borang
soal selidik yang akan digunakan dalam kajian ini mempunyai 10 soalan. Selepas ujian
selepas tindakan dilaksanakan kepada kumpulan sasaran, soal selidik akan diedarkan
kepada kumpulan sasaran untuk pengumpulan data. Masa yang diberikan untuk
menjawab soal selidik ini ialah 10 minit.
Soal selidik ini hanya digunakan selepas tindakan kerana pengkaji ingin tahu
perasaan pelajar-pelajar selepas tindakan dilaksanakan. Melalui instrument ini, pengkaji
boleh mengumpul pendapat dari setiap pelajar dalam kumpulan sasaran. Soalan-soalan
instrument dalam soal selidik ini akan disediakan oleh pengkaji dengan bantuan ketua
panitia sekolah pengkaji serta guru-guru sains yang lain. Hasil dapatan daripada soal

14

15

selidik ini akan dijadikan data yang akan digunakan untuk pengkaji sama ada
Page

penggunaan teknik pembelajatan interaktik Ms powerpoint dapat membantu pelajar


memahami fasa-fasa bulan mengikut takwim qamari ataupun tidak.

7.2

Cara Pengumpulan Data


Pengkaji menggunakan 2 kaedah untuk mengumpul data iaitu secara
kuantitatif yang digunakan dalam kaedah ujian dan soal selidik. Semua kaedah
tersebut adalah seperti berikut:
7.2.1

Menjalankan ujian
Ujian sebelum dan ujian selepas merupakan salah satu instrumen
yang amat penting dalam mengumpulkan data bagi kajian tindakan ini.
Tujuan dibelum jalankan ujian sebelum adalah untuk mengenalpasti
tahap penguasaan murid terhadap topik fasa-fasa bulan. Manakala ujian
selepas tindakan pula dilaksanakan untuk mengetahui tahap kefahaman
murid selepas kajian dijalankan.
Keputusan ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan
akan dikumpulan dalam bentuk jadual. Kemudian keputusan ujian
dianalisis dengan menggunakan graf untuk menentukan sama ada tahap
pemahaman dan penguasaan murid mempunyai peningkatan yang
signifikan. Dengan cara ini pengkaji akan dapat mengetahui sama ada
kaedah MS Powerpoint interaktif dapat membantu murid dalam
memahami lagi tajuk fasa bulan ini.

15

16

Membuat soal selidik


Pengkaji menggunakan soal selidik untuk mengenalpasti sama
Page

7.2.2

ada murid berminat dan seronok dengan teknik pengajaran pengkaji.


Borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapat maklum balas murid berdasarkan kaedah Ms Powerpoint yang
digunakan.
Selepas soal selidik dikumpulkan, maklum balas murid akan
dianalisis. Pengkaji menggunakan carta pai bagi memudahkan analisis
dibuat.
8.0

Analisis dan Interpretasi Data


Data yang diperolehi daripada kajian tindakan yang dijalankan perlu dianalisis
dan ditafsirkan secara sistematik dan betul. Dengan menganalisis data, pengkaji akan
dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang sahih daripada murid.
Keputusan yang sahih bagi sesuatu sama ada pemulihan yang dijalankan berkesan atau
sebaliknya.
8.1

Ujian sebelum dan selepas

Analisis Peratusan Markah


Selepas ujian sebelum dan selepas dijalankan, markah diambil sebagai data
untuk menganalisis bagi membanding beza tahap penguasaan murid dengan tajuk yang
diuji. Peratusan markah ujian sebelum dan selepas yang diperolehi telah menunjukkan
perbezaan. Oleh sebab itulah, peratusan markah ujian selepas menunjukkan peningkatan
pemahaman murid dengan menggunakan kaedah Ms Powerpoint interaktif jika
dibandingkan dengan strategi pembelajaran tradisional.

16

17
Page

Jadual 1

: Peratusan markah Ujian sebelum intervensi dan Ujian Selepas Intervensi

GRED/SKOR

Ujian Sebelum Intervensi

Bil. peserta

Peratusan ( % )

Ujian Selepas Intervensi

Bil. peserta

Peratusan ( %)

A
( 80-100)

8 x 100%
30
= 26.67 %

15

15 x 100%
30
=50%

B
( 60-79)

9 x 100%
30
= 30 %

8 x 100 %
30
=26.67 %

C
( 50-59)

9 x 100 %
30
= 30%

7 x100 %
30
= 23.33%

D
( 40-49)

4 x 100 %
30
=13.33%

E
( 0-39)

30

100 %

30

100%

Jumlah peserta/
Jumlah Peratusan

Perbandingan Gred Ujian

17

18

50

Page

50
45
40

UJIAN
INTERVENSI
30 SEBELUM
30

35
30

26.67

26.67
23.33

25
20

13.33

15

UJIAN SELEPAS INTERVENSI

10
5
0
GRED A

GRED B

GRED C

GRED D

GRED E

Rajah 1 : Perbandingan Gred Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian Selepas Intervensi
Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1, bilangan responden yang mengambil ujian
adalah seramai 30 orang. Bilangan responden yang mendapat gred A dalam ujian sebelum
intervensi hanya 8 orang sahaja ( 26.67% ) tetapi telah meningkat kepada 15 orang
responden ( 50% ) dalam ujian selepas intervensi.
Manakala responden yang mendapat gred B sebelum intervensi ialah 9 orang
responden ( 30%) telah berkurang kepada 8 orang responden ( 26.67%) dari ujian
sebelum intervensi ke ujian selepas intervensi.

Bagi gred C pula bilangan responden telah turun daripada 9 orang responden

18

19

( 20%) kepada 7 orang responden ( 23.33%) selepas menjawab ujian sebelum dan
Page

selepas menjawab ujian . Bagi gred D pula bilangan responden telah banyak berkurang
dari 4 orang responden ( 13.33%) kepada 0% iaitu tiada responden yang mendapat gred D
selepas ujian intervensi. Tiada responden yang mendapat gred E sebelum ujian dan selepas
ujian.

19

Selepas Intervensi.

20

: Perbandingan Min Skor antara Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian


Page

Jadual 2

20

21
Page

Sisipan piawai

21

22
Page

Sisihan piawai

22

23

Soal Selidik

Page

8.2

23

You might also like