You are on page 1of 7

Pengurusan Mesyuarat | PK07

PK 07/03
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI JAAFAR ALBAR
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 02/ 2015
Tarikh

:12 April 2015

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SMKTSJA

Pengerusi

: Pn. Rahmah Ayob

Kehadiran

: Seperti lampiran

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi menekankan, guru perlu ada anjakan paradigma dalam bidang masing-masing dan perlu
menganggap kerjaya pendidik ini adalah satu ibadah.
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat bil 1/2015 yang lalu telah dicadangkan sah oleh En. Hasmizam Hasan dan disokong
oleh En. Abd Syukur Mohd Ali.
Tindakan : Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk kepada perkara 2.2.4 pada mesyurat yang lalu, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh
guru susulan pemantauan beberapa pegawai JPN dan PPDKT hari ini, iaitu:
BUKU REKOD MENGAJAR - Pemantau: En. Azali (Pegawai PPDKT)
3.1.1 Guru hendaklah membawa buku rekod semasa mengajar
3.1.2 Penulisan buku rekod jangan terlalu ringkas - Pn. Fadhilah telah menerangkan penulisan RPH
terkini perlu ditulis Kriteria Kejayaan untuk tingkatan 1,2 dan 3.
3.1.3 Ruangan Refleksi perlu ada bilangan pelajar yang menguasai dan tidak menguasai.
3.1.4 Paparkan senarai nama pelajar dan markah TOV/ ETR serta markah penilaian terkini di bahagian
belakang buku rekod mengajar.
WAKTU MENGAJAR- Pemantau : En. Nathan (Pegawai JPNJ)
3.1.5 Guru perlu masuk ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan dalam jadual-jangan lewat.
3.1.6 Hasil pemantauan beliau pada hari ini, terdapat kelas-kelas yang masih tiada guru dan PdP tidak
berlaku.
3.1.7 Terdapat juga pelajar-pelajar yang tidur di dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
3.1.8 Kelas-kelas masih tidak ceria- Cadangan beliau agar guru-guru subjek lain membantu menyediakan
________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

Pengurusan Mesyuarat | PK07

bahan untuk di paparkan di papan maklumat di bahagian belakang kelas.


3.1.9 Namun begitu, terdapat juga komen positif daripada beliau mengenai Pedagogi abad ke 21.
Penyediaan kelas-kelas SBC telah dilaksanakan dengan baik.
3.1.10 Kedudukan pelajar mestilah di dalam kedudukan SBC iaitu secara berkumpulan. Kelas yang terlibat
ialah tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Tindakan: Semua Guru
3.2 SKPM
3.2.1 Merujuk kepada perkara 2.4 pada mesyurat yang lalu, berikut adalah peratusan SKPM bagi 2003
iaitu 90.6% manakala 2010 pula ialah 71.68 %. Maklumat ini perlu dicetak dan dipaparkan di pejabat
dan bilik guru.
Tindakan : Pn. Azlin Kasran
3.3 PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
3.3.1 Bagi Program Transformasi Minda (PTM), permohonan sedang dalam proses. Guru yang terlibat
ialah En. Zulfadzli Iman, En. Muhammad Hafizuddin, Cik Maimunah dan Cik Nuramalina.
Tindakan : Makluman
4. PENGURUSAN KURIKULUM
4.1 FAIL PBPPP
4.1.1 Pn. Rahmah menerangkan tentang cara penulisan fail PBPPP
4.1.2 Dimaklumkan kepada guru, contoh bahan penulisan boleh dimuat turun daripada email sekolah
Tindakan : Makluman
4.2 FAIL KURIKULUM
4.2.1 Fail panitia akan disemak oleh ketua bidang masing-masing. Ketua panitia hendaklah memastikan
fail telah lengkap mengikut senarai semak yang telah diberikan.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia
4.3 JADUAL WAKTU
4.3.1 Jadual waktu baharu akan dikeluarkan selepas perpindahan Pn. Noraniza Abd Rahman.
Tindakan : Makluman
4.4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.4.1 Daripada pemantauan Pn. Salina (Pegawai SIC), beliau menyatakan LDP perlu dilaksanakan bagi
menyelesaikan masalah guru bukan opsyen mengajar Bahasa Malaysia.
Tindakan : Makluman
4.5 PEMANTAUAN BUKU LATIHAN
4.5.1 En. Muhaidzar menyatakan peratusan guru yang menghantar buku latihan ialah kurang 30%. Ini
disebabkan terdapat guru yang menghantar terus ke pemantau tanpa menulis rekod yang disediakan
di bilik mesyuarat. Cadangan En. Muhaidzar ialah pemantau menyemak terus buku latihan pelajar
dari kelas ke kelas.
Tindakan : Makluman
________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

Pengurusan Mesyuarat | PK07

4.6 PEMANTAUAN PdP


4.6.1 Pemantauan PdP dicadangkan bermula pada 30 Mac 2015
4.6.2 Pemantau akan melihat juga fail PBPPP guru yang dipantau
4.6.3 Guru perlu berbincang dengan pemantau waktu yang sesuai untuk dipantau.
Tindakan : Semua guru
4.6.4 Pemantau akan diberi fail khas untuk tujuan pemantauan.
Tindakan : S/U dan Pen. S/U Kurikulum
4.7 UJIAN DAN PENILAIAN
4.7.1 Bagi kemasukan markah Ujian 1 ke dalam SAPS, tarikh tutup adalah
4.7.2 Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 yang bermula pada 5 Mei 2015, soalan adalah
setara.
4.7.3 Guru-guru perlu menyediakan soalan sebelum tarikh peperiksaan.
4.7.4 Markah perlu dihantar pada 2 minggu selepas cuti pertengahan tahun.
Tindakan : Semua guru
5. HEADCOUNT TINGKATAN 4 DAN 5 (Analisa seperti di lampiran)
5.1 Pn. Salmi membentangkan headcount tingkatan 4 dan 5.
Tindakan : Makluman
6. POST MORTEM SPM 2014 (Analisa seperti di lampiran)
6.1 BAHASA INGGERIS
6.1.1 Kelemahan : Pelajar keluar awal dan tidak menjawab bahagian karangan
6.1.2 Kekuatan : -Bagi pelajar GALUS telah ada modul khas
-Panitia akan membuat kempen galakan menuis esei dan kempen English Day
6.1.3 Lain-lain

: -Memandangkan subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek wajib lulus pada


tahun 2015, maka usaha yang berlipat ganda perlu dilakukan kepada pelajar-pelajar
tingkatan 4 dan 5.

-En. Nathan (Pegawai JPNJ) akan datang ke sekolah selama 2 hari pada bulan 4 bagi
membantu pelajar tingkatan 4 dan 5. Beliau juga turut akan memberikan sokongan
dalam bentuk wang dan tenaga pelajar luar.
6.2 PENDIDIKAN ISLAM
6.2.1 Kelemahan : Pelajar lemah dalam sirah, kefahaman ayat Al-Quran dan Hadith- masih tidak
menguasai.

________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

Pengurusan Mesyuarat | PK07

6.3 MATEMATIK
6.3.1 Kelemahan : - GPS jatuh berpunca daripada soalan KBAT yang masih kurang pendedahannya
dalam kalangan guru dan pelajar.
- Cadangan Pn. Rahmah agar pelajar diberi latih tubi soalan-soalan KBAT.
6.4 SEJARAH
6.4.1 Kelemahan :- Pelajar masih lemah menjawab soalan kertas 3
- Latih tubi setiasa dibuat agar pelajar biasa dengan bentuk soalan.
6.5 SAINS
6.5.1 Kelemahan :Ramai pelajar tidak hadir kekelas tambahan akhir. Masalah tidak mengambil berat ini
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab tajuk-tajuk yang dijangka akan masuk.
6.7 PENDIDIKAN SENI VISUAL
6.7.1 Kekuatan : Guru memberi kerjasama dalam meminjamkan masa bagi membantu pelajar
menyiapkan kerja kursus PSV SPM
6.8 PRINSIP AKAUN
6.8.1 Kelemahan : Sikap pelajar yang malas dan lemah dalam soalan bentuk KBAT
6.9 MATEMATIK TAMBAHAN
6.9.1 Kelemahan : Kegagalan tidak dijangka. Juga terdapat soalan bentuik KBAT.
6.10 PERDAGANGAN
6.10.1 Kelemahan : Soalan 1 telah ada unsur-unsur KBAT, kehadiran pelajar ke kelas tambahan pula
kurang daridapa 10 orang. Namun begitu, harapan keputusan pelajar tahun ini akan
meningkat.
6.11 EKONOMI ASAS
6.11.1Kelemahan : - Kesediaan pelajar amat rendah dan soalan juga berbentuk KBAT
-Penglibatan guru di luar sekolah juga menjadi punca kejatuhan markah pelajar
6.11.2Kekuatan : -Modul disediakan dan kelas tambahan diteruskan
6.12 FIZIK
6.12.1Kelemahan :- Kesediaaan pelajar kurang kerana kehadiran mereka sangat tidak menggalakan
semasa kelas tambahan Ibnu Sina dijalankan
6.13 BIOLOGI
6.13.1Kelemahan :Kemahiran guru kurang.
6.13.2Kekuatan :Tiada lagi amali SPM dan kertas 3 boleh membantu.
6.14 KIMIA
6.14.1 Kekuatan : Membentuk kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar lemah, pertengahan dan
pelajar target.
6.15 SAINS SUKAN
6.15.1 Kekuatan : Pelajar menguasai dan harapan 100% lulus dan peningkatan GPS pada tahun 2015 ini.

________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

Pengurusan Mesyuarat | PK07

6.16 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


6.16.1 Disebabkan pelajar masih lemah dalam soalan KBAT, Pn. Rahmah mencadangkan supaya guruguru memperuntukkan masa selama 2 hari untuk membantu pelajar lemah di sekolah.
Tindakan : Semua guru
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Pn. Rahmah menunjukkan slide show yang berkaitan dengan sekolah amanah (SK Semenchu).
7.2 Learning Walk akan dilaksanakan di sekolah ini bagi melihat frasarana kelas dan PdP guru-guru lain
untuk tingkatkan PdP kita.
7.3 Learning Walk Fasa 1- Pengetua / Pentadbir / Ketua-ketua panitia akan membuat rondaan di kelas-kelas
setiap blok bagi melihat kelebihan dan kekurangan setiap bilik darjah. Perbincangan bersama akan
dilakukan bagi menetapkan skala / markah pada borang instrumen.
7.4 War Room- Pn. Rahmah menetapkan bilik mesyuarat sebagai War Room. Segala maklumat berkaitan
kurikulum, ko-kurikulum dan HEM akan paparkan pada papan kenyataan.
7.5 PLC-Terlibat kepada semua panitia. Bukti dimasukkan di dalam fail PBPPP.
7.6 Masalah penglibatan SBC- Seperti yang dimaklumkan, SBC tidak melibatkan tingkatan 3 dan 5, tetapi
komen daripada En Azali (pegawai PPDKT) penglibatan SBC adalah daripada tingkatan 1 hingga 5.
Tindakan : Semua guru
8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat
8.2Majlis ditangguhkan pada jam 5 petang

Disediakan oleh,
.......................................
(NURLAILI BINTI AZMAN)
Setiausaha Kurikulum,
SMK Tan Sri Jaafar Albar.
TARIKH : 15 JUN 2015

Disemak oleh,
.....................................
(PN.RAHMAH BINTI AYOB)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Tan Sri Jaafar Albar.
Tarikh :

PK 07/01
________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

Pengurusan Mesyuarat | PK07

SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR


TANJUNG SEDILI, 81910
KOTA TINGGI, JOHOR.

NO.TEL : 07-8918224
NO.FAX: 07-8918916
Ruj. Kami : JEA3039/600/3/2/1 (3)

Tarikh

: 14 Jun 2015

Semua Guru,
SMK Tan Sri Jaafar Albar
Kota Tinggi
Tuan,
MESYUARAT KURIKULUM BIL. 3/2014
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh
:16 Jun 2015
Masa
:2.30 Petang
Tempat :Bilik Mesyuarat SMKTSJA
Pengerusi :Haji Ishak bin Mahpoz

3.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup

4. Ketua- ketua panitia diminta menyediakan laporan audit akademik mengikut format yang ditetapkan
dan menyediakan satu salinan cetakan untuk disediakan kepada setiausaha kurikulum.
Kehadiran menepati masa dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian,
Saya yang menurut perintah,
............................................
(HAJI ISHAK BIN MAHPOZ)
Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar

________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

Pengurusan Mesyuarat | PK07

________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012-Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like