You are on page 1of 2

Azfa Hanani

Nilai kegigihan dalam menuntut ilmu ( pernyataan umum ) dapat dilihat melalui watak Azfa Hanani
yang gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kesusahan. Dia gigih belajar demi mencapai citacitanya sebagai seorang doktor walaupun terpaksa berulang alik sejauh 30km ke Sekolah Menengah Seri
Dian.
Nilai gigih melaksanakan tugasan yang diberikan (pernyataan umum) juga jelas terbukti melalui
watak Azfa Hanani yang gigihberlatih sebagai pengerusi dalam pertandingan Forum Remaja.
Kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakannya tidak sia-sia kerana Azfa Hanani akhirnya menjadi
pengerusi terbaik dalam pertandingan itu.
Nilai gigih meneruskan kehidupan (pernyataan umum ) juga dipaparkan melalui watak Pak Long yang
tetap gigih berusaha untuk menyara keluarganya serta sanggup memelihara Azfa Hanani walaupun dia
hidup susah.
Kembar Amira
Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan
seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah ibu bapa
hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh yang
paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali Amira tidak ada di Desa
Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan dia tidak memberi perhatian yang
secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer
juga memberian perhatian kepada Malique. Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu
supaya Malique mendapat rawatan yang sempurna.
Kita juga hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam semulajadi daripada dimusnahkan oleh
golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat mencontohi Tau yang bertindah berani dalam
mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan pembalak dan pelombong. Dia menakutkan
pembalak dengan menyamar sebagai makhluk misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak
secara songsang. Dia juga menangkap dan memberlasah seorang daripada pekerja OHara yang begitu
bersungguh-sungguh mencari emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin
membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai
kawasan simpanan kekal.

Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana
penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi
doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Akmal seperti lembu dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah permintaan rakanrakannya walaupun permintaan itu mennyusahkannya.

You might also like