You are on page 1of 14

Amin amin ya Rabaljalil

Doa hamba yang sangat zalil


Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail
(Ulang)

Asal usul negeri perlis

Asal-usul nama negeri Perlis


Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau
andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian
atau kisah yang diketahui:

Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita
yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu Phrau Loi
(Maphrau Loi ) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan
dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi pereleh atau Perlis.

Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada
perkataan peroleh yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu
disingkatkan lalu menjadi Perlis.

Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama
sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang
tokoh ulama yang terkemuka diNusantara iaitu Tok Perlis.

Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan perlus.
Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan
merekah. Sesiapa yang berjalan akan terperlus. Dari perkataan perlus itulah, Perlis mendapat
namanya.

Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama
negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini
dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir
sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan
sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

Sejarah Negeri Perlis


Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah
yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas
pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih
pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat
tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat
beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad
Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah
Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis".
Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu,
bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah
bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan
tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada
pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir
Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail
sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat
pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan. Padi telah berabad-abad
lamanya ditanam di tanah dataran barat Kedah dan Perlis. Perubahan yang berlaku ke atas peredaran Bintang Ketiga, arah
tiupan angin, tumbuh-tumbuhan, gelagat beberapa jenis haiwan dan sebagainya diteliti dengan penuh minat oleh penduduk
desa. Semua perubahan yang berlaku ini dibahagikan kepada dua belas musim pendek yang dinamakan bulan piama.
Bulan piama ini pula dijadikan panduan kepada mereka dalam mengusahakan sawah bendang serta berbagai kegiatan
harian yang lain.
Pengusahaan sawah dilakukan dengan menggunakan alat-alat tradisional. Padi hanya ditanam sekali setahun. Rata-

Negeri Perlis
Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di
utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan
ProvinsiSatun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan.
Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ) dalam masyarakat Siam ketika Perlis
pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. . Perlis menjadi sebuah negeri yang
berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai
Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah
jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang.
Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India(3,700),
lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).
ratanya penduduk desa ini mendiami kediaman yang serba uzur dalam persekitaran yang mundur.

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buahbuahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang
mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

Antara tempat tempat menarik di negeri perlis

TAMAN REKREASI BUKIT AYER

Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan
tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang
sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga
menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam
disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti
pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak
kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan
awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.

Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya
pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.
Di sini juga dikhaskan tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan
tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai
yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai
makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.

TASIK MELATI
Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan
seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini
terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih
dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati
dengan menggunakan bot atau sampan.

Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan


airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah
pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini.
Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan
pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di
sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.

Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah


sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya
melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik
buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk
berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.

GUA KELAM
Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling
menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter
panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit.
Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36
km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal
dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu
tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara
penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam
bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu
kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua
Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana
kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang
sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam
gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.
Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan
gua (cave walk)
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400
meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat
semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah
fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan
untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun
1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan
sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih
timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi
gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan
asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah
laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

TAMAN HERBA
Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan
juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman
Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya
ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998.
Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini
kini berfungsi sebagai muzium etnobotani dan juga sebagai
takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang
boleh didapati di negara ini. Perlis merupakan sebuah negeri
yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan
bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat
lautnya. Dengan keluasan 81,086 hektar, ia adalah sebuah
negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri
pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan
jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini. Mengalami iklim
bermusim yang ketara,di mana ia menerima jumlah hujan
yang paling banyak di dalam bulan Oktober dan April hingga
Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan
Disember hingga Mac.
Perubahan musim ini banyak mempengaruhi jenis
tumbuhan di Perlis. Ini termasuklah tumbuhtumbuhan yang unik dari segi ciri-cirinya berbanding
tumbuhan di negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Kedudukannya yang berdekatan dengan Thailand
juga menyebabkan negeri ini mempunyai spesiesspesies tumbuhan yang mempunyai perkaitan rapat
dari segi ciri-ciri dengan spesies-spesies yang sama
terdapat di Thailand dan Myanmar. Walaupun hanya
14% daripada keluasan Negeri Perlis diliputi hutan,
negeri ini terkenal sebagai salah sebuah negeri di
Malaysia yang sentiasa memelihara sumber-sumber
hutannya dari pelbagai aspek. Taman Herba Negeri
Perlis merupakan satu lagi projek Jabatan

Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk


mempelbagaikan potensi tumbuhan herba supaya
dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini
dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini telah
menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk
mengetahui warisan dan kemujaraban sistem
perawatan tradisional yang telah diamalkan oleh
nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu.
Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk
penyembuhan pelbagai jenis penyakit.
Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar,
Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuhtumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat
khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh
dijadikan sebuah muzium tumbuhan ubatan di mana taman
ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin
mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuhtumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri
dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ),
tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain
(ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari
negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri
ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah
menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan
ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip
Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu
Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini
merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling
rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam,
Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan
Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman
kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan
ubatan kepada manusia.

UZIUM KOTA KAYANG


Muzium Kota Kayang merupakan sebuah
muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota
Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang,
Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang,
Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim
Kayang iaitu berhampiran terusan buatan
manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia
banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia
terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah
pada kurun ke16. Segalanya berkisar
penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis.
Selain itu, koleksi simpanan raja raja juga
terdapat di sini.
Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan
Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu
raja sebagai tanda dan diberi mana Makam AlMarhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri
am yang mempamerkan kronologi pembinaan
Kota Kayang, peralatan harian golongan
bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang
mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang
dan sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang
mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis
bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika
bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan
pelbagai koleksi yang menarik

You might also like