You are on page 1of 13

http://rbhauto.blogspot.com/p/sistem-stereng-gantungan-steereng.

html
SISTEM STERENG
Sistem stereng didalam sesebuah kenderaan berkait rapat dengan sistem gantungan, gandar hadapan (front axle) dan juga
rangka kenderaan. Kebanyakannya bergantung diantara satu sama lain.
Sistem stereng membolehkan pemandu mengarahkan kenderaannya samaada kekiri atau kekanan. Roda hadapan
memainkan peranan penting didalam proses mengarahkan haluan kenderaan ini. Sistem stereng terdiri daripada gear
stereng,roda stereng dan rangkaian stereng. Penyambung stereng ialah rangkaian system pemaut, roda, tiub dan tuil
digunakan untuk memindahkan pergerakan daripada gear stereng ke buku sendi roda hadapan.
Gear stereng ialah alat yang membuatkan gear memindahkan kesan putiran oleh pemandu ke pemaut bagi aturan mengawal
arah kenderaan.
Terdapat dua jenis system stereng iaitu jenis insani dan jenis kuasa.
Kegagalan sistem stereng hanya akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Perkhidmatan stereng yang bermutu adalah
dikira dari aspek bagaimana stereng ini boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpangnya.
Kenderaan boleh dikawal arahnya samaada oleh roda hadapan atau roda belakang Kawalan stereng oleh roda belakang
adalah lebih mudah dilakukan jika pemandu nya berada dibahagian belakang juga, contoh seperti fork lift, kerete elektrik dan
lain-lain lagi. Tetapi walaubagaimanapun stereng pada roda hadapan adalah lebih mudah dikawal. Antara susunan yang
terdapat ialah enjin hadapan, pacuan belakang. Jenis susunan ini memisahkan antara sistem stereng dengan sistem pacuan.
Yang palin popular digunakan sekarang ini adalah enjin hadapan dan stereng pun hadapan. Sistem ini menyatukan antara
sistem pacuan dengan sistem stereng. Terdapat juga enjin belakang dan roda hadapanya hanya berfungsi untuk mengawal
stereng sahaja.

Steering Geometry
Semasa kenderaan bergerak pada satu selekuh, kesemua tayarnya mestilah berpusing dengan baik tanpa mengheret. Untuk
mendapatkan ini gandar bagi sesebuah kenderaan tersebut telah direka supaya ia bersilang pada satu point / titik. Point ini
akan menjadi titik tengah bagi kenderaan tersebut semasa ia mengambil selekuh. Susunan ini dikenali sebagai steering
geometry.
Gambarajah 1 dibawah menunjukkan susunan steering geometry bagi keempat-empat roda bagi sesebuah kenderaan. Roda
belakang bergolek melalui dua lengkuk, Titik tengah bagi kedua-dua lengkuk ini adalah pada O. Roda hadapan (1 dan 2) pada
gambarajah mempunyai gandarnya sendiri yang berbeza dari gandar roda belakang. Roda hadapan ini mempunyai
lengkuknya yang tersendiri untuk ia bergolek. Lengkuk-lengkuk ini iaitu untuk roda hadapan dan roda belakang
walaubagaimanapun mempunyai titik tengah yang sama iaitu pada O.

Untuk mendapatkan perjalanan sistem stereng yang baik, titik tengah roda belakang dan gandar belakang mestilah sama
dengan titik tengah bagi roda hadapan 1 dan 2.
Prinsip Steering Ackerman
Dalam kaedah ini roda hadapan dipansangkan pada komponen pangsi iaitu dikenali sebagai spindel stereng dan penyambung
stereng yang digunakan untuk mengikat spindle stereng bersama dengan pangsi roda hadapan.

Penuilan atau faedah mekanikal perlu untuk pemandu mengemudi kenderaan Cuma dengan sedikit gerakan yang dikeluarkan
pada roda stereng. Pemandu dibantu setiapmasa oleh faedah mekanikal untuk mengawalkenderaan terutama apabila
kenderaan berhenti. Apabila roda berpusing dipermukaan jalan, faedah mekanikalgear stereng mencegah gegaran atau
hentakan yang dipindahkan kepada pemandu melalui roda stereng.
Fungsi Sistem Stereng
i. Membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan baik semasa kenderaan sedang bergerak.
ii. Membenarkan pemandu membelok roda hadapan ke arah yang dikehendaki dengan senang dan daya yang sedikit.
iii.Menukarkan daya gerakan kekiri dan kekanan didalam menentukan hala tuju.
iv. Mengelakan kehausan pada tayar.
v. Membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan sempurna pada setiap masa ketika dalam perjalanan terutama jalan
yang tidak rata.
Jenis-jenis Sistem Stering
1. Jenis insani (manual).
2. Jenis kuasa (power steering).
Komponen manual stereng adalah penghubung antara pemandu dengan roda depan kenderaan. Ia mesti mampu
menyediakan satu pergerakan yang bertepatan dengan kehendak pemandu semasa mengawal stereng. Ia mesti boleh
menjadikan kawalan stereng menjadi lebih mudah segala hentakan jalan raya mesti tidak dirasai oleh pemandu. Ia juga mesti
boleh berkerja tanpa mengira keadaan permukaan jalanraya atau pun halaju kenderaan. Berdasarkan pada gambarajah

dibawah asas binaan sistem stereng terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:1. Steering column dan shaft
2. Steering linkage / perangkai stereng
3. Steering gear box / kotak gear stereng

1. Steering column dan shaft


Steering column dan shaft adalah merupakan penghubung bagi roda stereng ke roda. Ia memindahkan kuasa pusingan roda
stereng ke kotak gear stereng. Dipangkal steering shaft ini dipasangkan roda stereng. Roda stereng diikatkan ke steering shaft
dengan menggunakan satu center bolt dan pemasangan tersebut menggunakan kaedah splined. Pada hujungnya pula
disambungkan ke kotak gear stereng. Satu coupling menjadi penghubung antara shaft dengan kotak gear tersebut kerana
coupling ini akan memberikan satu flexibility didalam pergerakannya. Steering shaft dimasukan ke dalam satu tiub keluli yang
dikenali sebagai steering column. Steering dipegang oleh bearing yang terdapat didalam steering column tersebut. Steering
column juga dikenali sebagai mask jacket. Steering column juga adalah tempat bagi menempatkan alat-alat seperti suis
lampu, suis hazard, suis starting, suis wiper, dimmer switch dan sebagainya. Suis enjin juga terdapat disitu.

2. Steering linkage / perangkai stereng


Gambarajah dibawah adalah nama-nama bahagian yang terdapat didalam perangkai stereng.

a. Pitman Arm ( Lengan Gear)


Pitman arm adalah satu lever yang pertama didalam sistem stereng. Ia menukarkan pergerakan pusingan sector shaft atau
pun cross shaft didalam gear stereng kepada pergerakan linear atau pun pergerakan side to side. Ia bergerak didalam
linkungannya samaada menolak atau menarik relay rod. Ia juga kadang-kadang dikenali sebagai centre link. Pitman arm
diikatkan pada sector shaft malalui kaedah splined. Splined tersebut akan bertemu dengan splined pada sector shaft. Dengan
itu persambungan tersebut akan menjadi kuat dan pemindahanpergerakan stereng menjadi tepat.

b. Relay Rod (Perangkai Tengah)


Relay rod diperbuat daripada steel bar yang mana satu hujungnya disambungkan pada pitman arm. Ia disambungkan
menggunakan ball and socket joint (ball joint). Satu hujung lagi disangga oleh idler arm. Relay rod bergerak kebelakang dan
kehadapan apabila roda stereng dipusingkan. Dua lubang dibuat bagi membolehkan tie rod dipasang seperti yang ditunjukkan
pada rajah 9 diatas.
c. Idler Arm (Rod Penyambung)
Idler arm menyangga hujung relay rod. Ia bertugas untuk memastikan relay rod selari. Seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah 9 diatas, idler arm mempunyai panjang yang sama dengan pitman arm. Ia juga dipasang sebagaimana pitman arm
dipasang iaitu di rangka kenderaan. Dengan itu ia dapat menghasilkan pergerakan yang selari pada perangkai stereng. Idler
arm dipasangkan pada rangka dan pada relay rod dengan menggunakan ball stud (rajah 9) atau menggunakan bushing seperti
ditunjukkan pada gambarajah 10 dibawah.

d. Tie Rod
Tie rod diperbuat dari steel bar. Ia berfungsi untuk menyambungkan relay rod steering arm. Pada setiap hujung tie rod
dibuatkan lubang berbebenang bagi tujuan pelarasan toe in atau toe out.

3. Steering gear box / kotak gear stereng


Terdapat banyak jenis kotak gear stereng yang digunakan pada kenderaan hari ini, tetapi walaubagaimana pun jenis yang

dinyatakan dibawah adalah yang popular digunakan:


a) Cam and roller
Apabila cam berpusing ia akan menyebabkan roller turut bergerak mengikut lurah yang berbentuk helix yang terdapat pada
cam tersebut. Rocker shaft yang dipasangkan pada roller juga akan turut berpusing. Pada rocker shaft dipasangkan pula
dengan satu perangkai stereng yang dikenali sebagai drop arm. Drop arm ini akan bergerak mengikut.

b) Cam and peg


Sila rujuk gambarajah 16 untuk mengetahui binaan stereng jenis cam and peg ini. Stereng jenis ini mengandungi satu rocker
arm yang mana pada hujungnya dibuatkan satu pasak atau pun lebih dikenali sebagai peg. Peg ini berbentuk taper atau kun.
Ia dipasang pada lurah helix yang terdapat pada cam. Jadi apabila cam berpusing, peg akan bergerak sepanjang lurah
tersebut. Rocker shaft juga terdapat pada steering jenis ini. Ia dipasangkan pada rocker arm secara splined shaft. Pada hujung
rocker shaft ini disambungkan pula dengan drop arm. Jadi peg yang bergerak sepanjang lurah cam tadi akan menyebabkan
rocker shaft berpusing. Pusingan rocker shaft pula akan menggerakkan drop arm samaada kekiri atau kekanan atau
kehadapan dan kebelakang.

c) Recirculating ball (Bebola Edaran Semula)


Stereng jenis ini adalah ubahsuai dari jenis worm and nut yang terdahulu. Lihat gambarajah 17.. Ia mengandungi satu worm
shaft. Terdapat juga satu yang mana didalamnya terdapat rangkaian bebola yang disusun didalam lurah yang dibuat didalam
nut tersebut. Nut ini dibuat berlubang yang mana ia akan dimasukkan kedalam worm shaft. Lurah-lurah didalam nut akan
bertemu dengan lurah-lurah yang terdapat pada worm shaft. Bebola yang dipasang didalam nut akan bergolek didalam lurahlurah ini semasa worm shaft atau cam berpusing. Nut ini tidak akan berpusing tetapi dia akan bergerak sepanjang lurah-lurah
worm.Pergerakan nut akan membuatkan sector shaft berpusing. Ini adalah disebabkan oleh pada hujung sector shaft dipasang
dengan satu gear yang dikenali sebagai sector gear. Sector gear ini dipasang pada gigi-gigi yang terdapat pada nut. Jenis ini
dapat mengurangkan berlakunya pergeseran yang berlebihan kerana terdapatnya bebola tersebut.

d) Rack and pinion


Stereng jenis ini biasanya dipasangkan banyak pada kenderaan yang kecil. Ia mempunyai reka bentuk yang sama dengan lainlain jenis stereng iaitu mempunyai steering shaft. Pada bahagian hujung shaft ini dipasangkan satu pinion. Pinion ini akan
bertemu dengan satu shaft yang panjang yang dikenali sebagai Rack. Pada kedua-dua hujung rack ini dipasangkan pula
dengan ball joint (Inner). Ball joint ini memberikan satu persambungan yang membolehkan roda turun dan naik mengikut
keadaan permukaan jalan raya. Ball joint ini menyambungkan antara rack dengan tie rod. Gambarajah 30 dibawah
menunjukkan dengan jelas binaan stereng ini. Tie rod ini terdapat pada kedua-dua hujung rack.. Dibahagian hujung luar tie rod
ini juga terdapat ball joint lagi yang dikenali sebagai outer ball joint. Dari sini barulah disambungkan ke steering arm, ke
steering knuckle dan terus ke roda. Pergerakan pusingan steeringakan menyebabkan rack bergerak samaada kekiri atau
kekanan dan terus memindahkan pergerakan tadi ke roda secara terus.
Didalam binaan sistem stereng yang terdahulu kita dapati roda yang jauh dari pemandu iaitu kenderaan pemanduan sebelah
kanan ia di pandu secara terus. Sementara roda yang dekat dengan pemandu akan dipandu melalui perangkai. Jadi dengan itu
ini akan menyebabkan mudahnya berlakunya kehausan pada steering joint dibahagian yang dekat dengan pemandu.
Walaubagaimana pun perkara ini tidak terjadi pada stereng jenis rack and pinion.

Asas Kendalian Stereng

Apabila steering wheel dipusingkan, steering column turut berpusing dan steering gear akan mengubah gerakan putaran tie
rod. Seterusnya memindahkan kepada steering knuckle yang menyambungkan oleh perangkai kepada roda hadapan, dimana

satu roda akan ditolak dan satu lagi ditarik.


Stering Kuasa
Sistem stering kuasa menggunakan kuasa haidrolik untuk membantu pemandu memusingkan roda. Asas sistem stering kuasa
mengandungi satu pam,hos dan piston (rajah 14.57). Pam dipacu oleh enjin dan dan digunakan untuk mengorak kuasa
haidrolik bagi menjalankan sistem. Hos menyambungkan pam ke power piston . Power piston menggunakan kuasa haidrolik
yang terorak oleh pam bagi membantu menggerakkan gear stering atau perangkai (linkage).Menggunakan cecair jenis Atf
oil.Steering box jenis rack and pinion.

Prinsip Stering Kuasa


Sistem stering kuasa menggunakan prinsip haidrolik untuk membantu pemandu mengemudi kenderaan. Haidrolik adalah
sejenis cecair. Tekanan bolih melalui cecair dan tekanan bolih dipindah dari satu tempat ketempat lain. Dengan yang demikian
cecair tidak bolih dimampat kepada isipadu yang lebih kecil. Olih itu, cacair digunakan untuk memindah tenaga seperti dalam
rajah 14.58 dibawah. Jika satu selinder mengandungi dua piston diasingkan oleh cecair, piston A ditekan menyebabkan piston
bergerak.

Oleh sebab piston A mula bergerak, ia dipanggil piston utama dan piston B pula dipanggil piston keluaran. Jika piston utama
bergerak 8 cm, piston keluaran juga bergerak 8 cm. Sila rujuk gambarajah 14.59 untuk penerangan selanjutnya. Perkara yang
sama juga akan berlaku jika kita tukarkan cecair dengan rod penghubung yang padu diantara piston A dengan piston B, iaitu
piston A tetap bolih menggerakkan piston B. Cuma kebaikan sistem cecair ia bolih memindahkan gerak diantara selinder pada
sebarang sudut atau jarak. Tekanan kenaan ke cecair dipindahkan oleh cecair dalam semua arah dalam tiap-tiap bahagian
cecair. Sebagai contoh apabila satu piston dengan 1 cm persegi kawasan dikenakan satu daya 100 kg keatas cecair, tekanan
diatas cecair menjadi 100 kg/cm2. Tekanan pergi kesemua arah dalam sistem haidrolik. Jika kawasan piston mempunyai
keluasan 2 cm persegi dan piston dikenakan daya 100 kg, tekanan cuma 50 kg/cm2.
Dengan sistem masuk dan keluar ini, kita dapat menentukan daya kenaan kesebarang piston keluaran dengan mendarabkan
tekanan dalam kg/cm persegi dengan kawasan / luas piston keluaran dalam cm persegi. Sebagai contoh, jika tekanan 10
kg/cm2 dan luas piston keluaran 16 cm2, daya keluaran diatas piston ini 10 kali atau 160 kg. Jika piston mempunyai luas 2
cm2, daya keluaran 20 kg atau 10 x 2 (rajah 14.60)

Lebih besar keluaran piston, lebih besar daya keluaran. Jika luas piston 100 cm2 , daya keluaran sebanyak 1000 kg. Oleh
itu,lebih tinggi tekanan haidrolik, lebih besar daya keluarannya. Jika tekanan haidrolik diatas piston 2 cm persegi boleh dicapai
setinggi 1000 kg/cm2 ,daya keluaran keatas piston kira-kira 2000 kg.
Daripada kesemua contoh tadi, satu susunan piston selinder boleh mengeluarkan tekanan. Kaedahyang sama digunakan
didalam sistem brek haidrolik. Walaubagaimanapun dalam sistem stering kuasa sebuah pam digunakan untuk mengorak daya
masukkan dan piston kuasa digunakan untuk daya keluaran.

Sebuah pam anjakan malar menyediakan tekanan haidrolik untuk sistem stering. Pam dipandu oleh pulley dan mempunyai
satu takungan minyak yang dikamilkan. Ia dipasangkan dibahagian hadapan enjin melalui satu pendakap dan dipandu oleh
talisawat daripada pulley crank shaft enjin (rajah 14.61).

Terdapat tiga jenis pam stering kuasa iaitu:1. Jenis pengguling


2. Jenis gelinciran
3. Jenis ram
(Sila rujuk rajah 14.62). Pam jenis pengguling menggunakan satu set pengguling bulat, jenis ram menggunakan satu set ram
rata dan jenis gelincir pula menggunakan satu set gelincir bulat. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis, namun
kendaliannya adalah sama.

Bahagian Pam
Keratan rentas pam tertera dalam rajah 14.63 yang menunjukkan pam stering kuasa jenis gelinciran atau jenis ram. Pulley
yang tidak terdapat didalam gambarajah dipasangkan ke shaft pemacu pam. Pam tersebut dipasangkan ke pepasangan rotor
yang menyediakan mounting (cagak) untuk set gelincir atau ram dengan return spring.

diantara satu dengan lain. Cuping ini membentuk ruang berbentuk sabit diantara rotor dan gelang sesondol. Rotor
mengandungi plat tekanan luar dan dalam pada tiap-tiap hujungnya, yang membuat sentuhan dengan muka hujung gelang
sesondol. Plat tekanan ini memanjang dalam gelang sesondol, menyediakan satu ruang terkedap diantara diantara gelincir dan
rotor. Rajah 14.64Shaft pemacu disangga didalam perumah pam. Satu takungan untuk bendalir dipasangkan kepermukaan
pam. Pepasangan rotor dan gelincir didudukkan didalam perumah yang dikenali sebagai gelang sesondol. Gelang sesondol
terdiri dari dua cuping bersudut 180

Stereng Kuasa Rack And Pinion


Stereng jenis ini menggunakan pam haidrolik untuk membantu pemandu menggerakkan tayar hadapan. Rajah dibawah
menunjukkan dengan jelas binaan stereng jenis ini. Pam stereng kuasa biasanya dipasang dibahagian hadapan enjin. Ia
digerakkan oleh enjin melalui talikipas dan pulley yang dipasangkan pada pam tersebut. Stereng hos dan paip-paip
menyambungkan pam dengan kotak gear stereng.Binaan Rack And Pinion terdiri daripada:1. Power cylinder
2. Power piston
3. Hydraulic line
4. Control valve
Rajah dibawah menunjukkan power cylinder melindungi sekeliling rack. Tindak balas tekanan pada piston menolong
menggerakkan rack didalam perumah.

Power Cylinder And Piston


Ia dimesin supaya sesuai dipasangkan power piston didalamnya. Bahagian luarnya dibuatkan lubang lubang supaya bolih
menyambungkan paip kepadanya. Power cylinder diikatkan pada badan kenderaan. Power piston pula dimesin pada rack
bertugas sebagai penyendal cecair bagi mendirikan tekanan untuk menggerakkan rack samaada kekiri atau kekanan. Rubber
seal dipasangkan pada piston supaya penyendalan cecair dapat dilakukan dengan lebih baik dan juga mengelakkan cecair dari
bocor.
Rack And Pinion Control Valve
Terdapat dua jenis control valve yang digunakan pada stereng jenis ini iaitu rotary valve dan juga spool valve. Umumnya jenis
rotary adalah lebih banyak digunakan.
1. Rotary valve
Ia menggunakan torsion shaft yang disambungkan pada pinion gear bagi mengendalikan control valve.
2. Spool valve
Ia menggunakan sistem tindak balas thrust daripada pinion shaft untuk menggerakkan control valve. Control valve akan
menghantar cecair bertekanan tinggi ke power cylinder.

Rajah dibawah menunjukkan pemasangan power rack and pinion steering menggunakan spool valve untuk mengesan tindak
balas thrust oleh helical pinion gear. Ini akan mengawal tekanan cecair pada rack piston.

Operasi Rack And Pinion


Bila steering wheel dipusingkan keberatan kereta menyebabkan tayar hadapan ada rintangan untuk berpusing. Ini
menyebabkan torsion bar terpiuh (rotary valve mechanism atau thrust pinion shaft (spool valve mevhanism). Tekanan dari pam
membolehkan pengaliran cecair melalui control valve, hydraulic hose dan seterusnya ke power cylinder. Tekanan juga
membolehkan power piston bergerak, menolak rack dan seterusnya mengarahkan tayar samaada kekiri atau pun kekanan.
Perkakas bergerak yang terdapat didalam sistem akan sentiasa berminyak bagi mengelakkan berlakunya kehausan pada
sistem.

You might also like