You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMA

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2015

Tarikh

:28.5.2015(Khamis)

Masa

:2.30 Petang

Tempat

:PSS SMK Alam Damai

Pengerusi

:Pn.Roselin Binti Mat Wajab

Senarai kehadiran :
1. Roselin Binti Mat Wajab
2. Hassimah Binti Hassan
3. Nur Farah Fasihah Bt Komari
4. Mohd Idzha Bin kassim
5. Azlina Binti Ramali

Hadir Bersama :Tiada

Tidak Hadir Bersebab:


1. Siti Amira Nabila ( Mesyuarat Panitia B. Melayu)

Setiausaha : Pn azlina Ramali

1.

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat guru yang kedua
bagi tahun 2015. Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang teguran daripada
pengetua berkaitan etika kerja dan berpakaian. Selain itu pengetua juga telah
memberi peringatan tentang kehadiran guru masuk- keluar ke kelas. Kelas perlu
diutamakan. Guru-guru perlu masuk dan keluar kelas tepat pada waktu supaya
pdp berjalan lancar.

Tindakan: Makluman
1.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya menghantar buku rekod mengajar
tepat pada waktu. Penulisan rekod pengajaran harian (RPH) perlu tepat megikut
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Guna penulisan rekod pengajaran harian
seperti yang dipamerkan oleh Pn. Samehah dalam mesyuarat yang lepas.
Pengerusi juga mengingatkan pesanan pengetua supaya menulis band dalam
RPH menggunakan format terbaru.
Tindakan: Makluman
1.3 Pengerusi juga memaklumakan tentang teguran pengetua berkaitan pembetulan
latihan pelajar. Selaian itu dalam refleksi perlu ditulis tentang aktiviti pengayaan
dan pemulihan bagi pelajar yang lemah.
Tindakan: Makluman
1.4 Pemantauan atau pencerapan guru akan dijalankan dan guru perlu merujuk
jadual yang telah ditetapkan. Semasa pdp perlu berfokuskan pelajar apabila
dicerap atau dipantau.
Tindakan : Semua guru

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat dicadangkan pengesahannya oleh En. Idzha bin Kassim dan
disokong sebulat suara oleh ahli mensyuarat.

3.

PERKARA BERBANGKIT

3.1 Soalan peperiksaan perlu dihantar kepada ketua panitia untuk bank soalan
beserta dengan JSU
Tindakan:

Semua

guru
3.2 Sudut Sejarah perlu dipenuhkan kerana masih terdapat sudut sejarah yang
kosong dalam kelas-kelas. Guru-guru sejarah perlu membantu pelajar
memenuhkan sudut sejarah yang masih kosong.
Tindakan : Semua guru
3.3 Guru-guru diminta menghantar buku latihan kepada ketua panitia untuk
semakan.
Tindakan:

Semua

guru
3.4 LADAP untuk penandaan PT3 dan KBAT akan diadakan untuk membantu guruguru memantapkan lagi kemahiran guru yang sedia ada.
Tindakan: Makluman
3.5 Analisis jawapan pelajar berkaitan dengan soalan peperiksaan pertengahan tahun
Tindakan:
Semua
guru

4. LAPORAN PANITIA
4.1

Peperiksaan akhir tahun tiada soalan objektif. Hanya soalan objektif pelbagai

instrumen. Hal ini kerana terdapat pelbagai masalah yang timbul selian sukar untuk
membuat post mortem. Ramai pelajar yang gagal apabila solan objektif diutarakan
dalam peperiksaan yang lepas.
Tindakan: Makluman
4.2 Setiap guru perlu buat post-mortem bagi setiap kelas yang diajar. Post-Mortem
perlu dihantar selepas cuti persekolahan penggal pertama. Bagi kelas Ibnu Sina perlu

buat dua salinan. Satu salinan dihantar kepada ketua panitia sejarah dan satu salinan
lagi dihantar kepada Pn. Lailatul Shima.
Tindakan :
4.3 Berkaitan dengan PBS, boleh mula melengkapkan PBS di bilik S/U peperiksaan.
Dalam buku rekod mengajar juga perlu diisi beserta tarikh terutama selepas bulan
April.
Tindakan:

Semua

guru
4.4 Panitia sejarah telah dipilih sebagai panitia perintis untuk PLC. PLC ini akan
diadakan pada hari selasa selepas cuti. Kelas yng terlbat ialah kelas 5 adab. Guruguru akan diberi

relief dan En. Idzha akan menjadi perekod semasa PLC

berlangsung.
Tindakan: Makluman

5.HAL-HAL LAIN

5.1 Berkaitan PT3, apabila persekolahan diteruskan selepas cuti pertengahan tahun,
pelajar mula perlu dilatih untuk membuat jadual kerja dan kerangka kasar. Proses
awal ini markahnya adalah sebanyak 10 markah. Diikuti Objektif Kajian, Kaedah
Kajian dan juga sumber rujukan
Tindakan: Guru PT3

5.2

PT3 akan berlangsung pada 5 Julai 2015 hingga 17 Julai 2015. SMK Alam

Damai akan melaksanakan PT3 Sejarah pada 6 Julai Hingga 10 Julai 2015.
Kemungkinan minggu selepasnya sekolah akan bercuti.

Tindakan: Makluman
5.3

Rujukan PT3 perlu difailkan dan dihantar kepada guru untuk rujukan

pentaksiran.
Tindakan: Makluman
5.4

Kertas jawapan pentaksiran murid PT3 Sejarah akan dicop oleh ketua panitia.
Tindakan: makluman

5.5

Kertas jawapan pentaksiran yang siap perlu diikat dan disimpan. Kertas

jawapan

ini tidak boleh dilihat atau ditanda sebelum dipanggil untuk proses

penandaan.
Tindakan: Makluman
5.6 Kertas jawapn PT3 Sejarah yang siap ditanda akan dikumpulkan mengikut
Gred.
Tindakan: Makluman
5.7 Pastikan pelajar dapat markah penuh untuk Proses Awal.
Tindakan: Guru PT3

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran guru untuk
mesyuarat panitia kali kedua. Diharapkan setiap pesanan dan teguran diambil
peduli dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan Oleh :

Disemak oleh:

( Azlina binti Ramali )

( Pn. Roselin binti Mat Wajab )

You might also like