You are on page 1of 29

GPM 1083

KUMPULAN 3
NILAI DARI PERSPEKTIF
PELBAGAI AGAMA DI
MALAYSIA

LATAR BELAKANG AGAMA ISLAM

Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi.

Asas kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah


yang melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah,
syariat dan akhlak.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT ISLAM


Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah animisme,
dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau
semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.
Dengan ini timbulah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang,
kebudayaan dan sebagainya.

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT ISLAM


HARI RAYA AIDILFITRI
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut
Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya
Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.
HARI RAYA AIDIL ADHA
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan
perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
'Maulidur Rasul', bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571
bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

NILAI MASYARAKAT ISLAM


Rasional bermakna boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata,
mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan
tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli
Maarifah juga antara nilai yang diamalkan. Ia bermaksud pengetahuan yakin
dan pengalaman yang membolehkan seseorang menjelas dan mengamalkan
prinsip dan asas-asas Islam.

Bercakap benar akan melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu
serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk
faedah semua

Adat resam dan kepercayaan agama hindu


Melenggang perut diamalkan di kalangan keluarga diraja & juga rakyat
jelata apabila kandungan ibu itu genap tujuh bulan. Diadakan kendurikendara dan upacara mencecahkan gula ke mulut kanak-kanak
Pakaian masyarakat India lebih dikenali dengan warna-warna terang & kaya
dengan benang emas, perak, labuci dan juga batu-batu permata.
upacara bertindik telinga juga antara adat resam yang dilakukan oleh
masyarakat agama hindu

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT AGAMA


HINDU
DEEPAVALI
Deepavali atau Diwali dikenali juga sebagai pesta cahaya yang dianggap sebagai simbol
kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Depavali dikenali
sebagai Pesta Cahaya kerana ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut
Hindu.
THAIPUSAM
Dianggap sebagai perayaan keagamaan Hindu dan lazimnya dirayakan oleh masyarakat
Tamil iaitu ketika bulan penuh mengikut bulan Thai iaitu bulan Januari atau Februari.
Manakala pusam pula merujuk kepada bintang yang terletak pada kedudukan tertinggi
semasa perayaan ini. Perarakan Kavadi juga diadakan.

NILAI MASYARAKAT HINDU


Bhakti (berbakti, cinta pada Tuhan)
Bhakti berasal dari urat kata BHAJ yang ertinya terikat kepada Tuhan. Dari
urat kata ini terbentuk kata bhakti yang bererti kasih sayang kepada Tuhan Dari
urat kata BHAJ terbentuk kata BHAJAN yang mengandung erti: bhakti sepenuh
hati dan bhakti sambil bernyanyi (nyanyian suci kepada Tuhan).

Asteya (tidak mencuri)


Penganut agama Hindu dinasihati supaya tidak melakukan perkara-perkara
seperti mencuri dan menghasut kepunyaan orang lain. Sesiapa yang melakukan
kegiatan mencuri adalah melanggar prinsip Asteya.

Saucha (Kebersihan dari segi mental dan fizikal)


Di bawah Saucha, penganut agama Hindu diarahkan sentiasa mewarisi sikap
kebersihan dari segi mental dan fizikal. Ini bererti mereka mesti sentiasa menjaga
tingkah laku dan perbuatan mereka agar tidak menjadi percakapan orang lain.

Tepaha (sabar dan bantu-membantu)


Tepaha mendorong penganut agama Hindu supaya memiliki sikap sabar dalam
menghadapi segala cabaran hidup. Menurut Tepaha, seseorang itu perlu memiliki
sikap sabar agar tidak terburu-buru dan cepat marah apabila menhadapi masalah.
Tambahan pula, penganut agama Hindu juga perlu sentiasa bantu-membantu
antara satu sama lain.

ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN AGAMA BUDDHA


Di Kedah agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab iaitu Theravada dan
Mahayana. Kedua-dua mazhab tersebut mengamalkan 5 rukun asas agama Buddha
iaitu:

Dilarang membunuh benda hidup


Dilarang berbohong
Dilarang mencuri
Dilarang berzina
Dilarang minum arak atau mengambil dadah

Orang Siam yang beragama Buddha mempercayai adanya hidup dan penjelmaan
semula sesudah kematian. Orang yang mati di rumah akan di simpan selama tiga
hingga tujuh hari. Dalam kes kematian di luar rumah pula, mayat akan dibawa terus
ke kuil dan di bakar dalam masa seminggu. Sesetangah orang Siam membakar
mayat dalam binaan mereka yang direka indah. Upacara pembakaran mayat hanya
dilakukan oleh golongan yang berada.

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT


AGAMA BUDDHA
HARI WESAK
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak
melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan
mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip
"Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha
"Sutras".
HARI RAYA KATHINA
Hari raya Kathina merupakan upacara persembahan jubah kepada Sangha setelah
menjalani Vassa. Jadi setelah masa Vassa berakhir, umat Buddha memasuki masa Kathina
atau bulan Kathina.

NILAI MASYARAKAT BUDDHA


Jalan Lapan Lapis Mulia:
1. Pandangan yang Betul
2. Fikiran yang Betul
3. Pertuturan yang Betul
4. Perbuatan yang Betul
5. Pekerjaan yang Betul
6. Usaha yang Betul
7. Kesedaran yang Betul
8. Tumpuan yang Betul
Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.

AGAMA KRISTIAN
Peraturan Emas
Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah:
mencintai Tuhan dengan sepenuh hati
mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri
mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia
dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ
telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut
antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei
bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

AGAMA SIKH
Suatu gerakan reformasi di india pada abad ke-15 , yang memprotes
norma-norma ritual dalam agama dan takhayul. Gerakan ini lebih
berintikan suatu etika peribadi dari pada suatu agama. Tidak mempunyai
bentuk penyembahan dan tempat sembahyang yang tetap.

Gerakan reformasi tersebut pada waktu itu belum mempunyai pemimpin


yang dapat dijadikan penutun. Setelah lahir guru nanak beliau
memperlihatkan suatu bakat untuk memimpin gerakan yang baru ini, yang
kemudian menjadi penemu ajaran nilai-nilai baru yang pada akhirnya
dikenal menjadi titik sejarah berdirinya agama hindu sikh.

Dalam kepercayaan sikh, pemimpin agama atau guru, menduduki tempat


kedua setelah tuhan.
Kitab suci ini kemudian dideklarasikan menjadi guru granth sahib oleh guru
gobind singh. Kitap suci itu berisikan ajaran-ajaran suci dalam bentuk asli
yang ditulis oleh para guru sikh sendiri
Dalam agama sikh tidak ada kelas-kelas pendeta atau pun hirarki agama.
Wanita dibenarkan mengambil bahagian dalam setiap upacara agama ataupun
menjadi pemimpin upacara tersebut.
Gurdwara merupakan rumah ibadah bagi umat sikh yang dilengkapi dengan
ruang dapur umum yang disebut guru ka langgar yang menyiapkan makanan
bagi setiap orang yang hadir tanpa memandang kedudukan social, kasta, jenis
kelamin, pangkat mahupun agamanya.

AGAMA ANIMISME
Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai
merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan
manusia primitif purba kala

Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, ( seperti kawasan tertentu gua, pokok
atau batu besar ), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat
tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh
jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

Kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati
boleh masuk ke dalam tubuh haiwan

Muzium seni asia, universiti malaya, kuala lumpur telah mempamerkan amalan
animisme menerusi pameran alam misteri yang telah diadakan pada hari 1 ogos
hingga 14 september 2014.
Perkara dan kuasa mistik sememamgnya wujud dan mampu bertindak balas
dengan manusia kerana ia mungkin disebabkan perlakuan jin yang berasal dari
alam ghaib yang tidak dapat dilihat manusia.

Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, ( seperti kawasan tertentu gua, pokok atau
batu besar ), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak
mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga
dalam kehidupan seharian mereka.
Kaum negrito yang tertumpu di bahagian utara semenanjung bersempadan thailand iaitu di
hulu perak, baling, kedah dan jeli di kelantan, orang senoi pula tinggal di bahagian tengah
terutama di kaki banjaran gunung termasuk di perak, kelantan, pahang dan selangor.
Penganut agama animisme sedang memelihara kepercayaan dan tradisi mereka. Kita
sebagai rakyat harus memberi sokongan dan dorongan untuk memperkembangkan tradisi
mereka.

AGAMA TAOISME
Agama yang tertua di duna ini, yang diakui agama ini
wujud sejak 7000 tahun lagi dan sebahagian besar
orang tionghoa telah menganuti agama ini.
Dikenalkan oleh wang di(2698 sm) dan dikembangkan
oleh lao zi dan berkembang menjadi sebuah institusi
keagamaan yang lengkap oleh zhang tao ling.

Menekankan pemahaman tao atau hukum alam semesta untuk hidup


dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini

Amalan membaca lao zi telah memberikan pengetahuan tentang agama


tao melalui buku-buku wang di. Beliau sangat menyanjung keagungan
alam yang memberikan kehidupan kepada semua makhluk hidup,
termasuk manusia.

Ajaran lao zi bersama-sama ajaran wang di digabung menjadi ajaran


wang-lao yang dikenali oleh semua orang sampai sekarang.

Taifah-taifah taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat yang


kini amat popular , khususnya dengan orang-orang cina yang hendak
memperbaik kesihatan mereka.

Seni seni silat seperti tai chi, dan pelbagai qiqong kini menjadi semakin
popular dengan orang-orang barat. Chi iaitu tenaga dalam badan bukan
lagi dianggap sebagai primitif tetapi telah memperoleh pengiktirafan oleh
perubatan barat sebagai suatu unsur yang benar-benar terjadi dalam
badan.
Ying dan yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai negatif dan
positif . setiap benda adalah dualisme, terdapat positif dan negatif.

AGAMA CONFUCIANISME
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan
ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.
Ajaran confucianisme juga telah menekankan teori lima hubungan
dianggap asas atau panduan kepada sesuatu perhubungan yang akan
membawa kepada kebahagiaan keluarga dan seterusnya menyumbang
kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara.

Insan yang baik dan akan kembali ke sifat yang baik. Mereka tidak
memerlukan juru selamat tetapi yang dibutuhkan oleh umat manusia
adalah guru yang berbudi dan melakukan dengan sungguh-sungguh
ajarnya serta menjadi contoh teladan bagi orang-orang lain seperti
yang telah diceritakan dalam analekta 2:13

Setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak


lain. Sekiranya, setiap tanggungjawab dipatuhi masyarakat serta
negara akan bersatu, tenteram dan harmoni

Dalam sesebuah negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat,


dan rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat.
Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus
berperanan sebagai shang-ti.

Confucianisme telah meresapkan nilai-nilai murni terus kepada


penganutnya. Hal ini, dapat membentuk masyarakat yang harmonis dan
sejahtera.

NILAI MASYARAKAT
MALAYSIA
Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh
seseorang atau sesebuah masyarakat.
Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai
sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau
realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan
kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah
masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan
agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.

Setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu


mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik
dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap
baik oleh kelompok yang lain.

Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat


menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan.Lebih
daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan
dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi


nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai
contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak
ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama
Islam.

Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu


prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi
setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri
masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat sejarah yang membina
bangsa dan negara.

ISU PERUBAHAN NILAI


MASYARAKAT MALAYSIA
Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari
segi sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui
perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari
dulu hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial
yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era pramoden, era
penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima
tahun.
Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu
era ke era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang
hendak ditujui.

Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan ketenangan menjadi


keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam filem-filem
Melayu klasik.Kedatangan British telah membawa nilai dan norma
yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada
secara terang atau tersembunyi.Masalah sosial mula timbul sejak
mereka memerintah Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah
pertengahan kurun ke 20.
Penghayatan nilai-nilai mumi oleh masyarakat majmuk perlu
diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta
mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini.Kesemua
agama dan budaya masyarakat yang merupakan
entititerbesardalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India
menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia.

TERIMA
KASIH

You might also like