You are on page 1of 3

Cara penyimpanan Bahan Kimia

Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah


dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang
beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.
Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
Gunakan stok yang lama dahulu.
Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.
Cara Penyimpanan Bahan Kimia tak Organik
Haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia
tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.
. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama
logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama
sebatian ammonium.
. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan
yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.
Bahan Kimia Yang Menyerap Air Dari Udara
Asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium
hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida,
kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat,
kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida,
natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink
klorida,zink nitrat.
Alkali dan Asid
Bahan kimia cecair 9asid dan alkali) yang mengkakis tidak boleh diletakkan di
atas rak yang tinggi.
Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan
udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak
dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan
sentuh dengan tangan.
Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif .
Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.

Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid
nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid
askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan
garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan
kuantitinya.
Proses Pelupusan
Bahan-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke
dalam sistem saliran air yang banyak.
Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.
Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan
kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang
banyak.
Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan
terlebih dahulu sebelum dibuang.
Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong
sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah
dibungkus dan dibuang.
Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.
Pelupusan Stok Bahan Kimia
1.Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan
apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar,
bocor atau tidak digunakan lagi.
2.Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan
mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari
Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini
hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.
3. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus
beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;
Borang KEW PS-19
Surat dari Jabatan Alam Sekitar
Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

4. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedahkaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.
Pelupusan Aset Alih Kerajaan
1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu
dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun
2009.
2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari
milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang
ditetapkan.
3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik
dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan
disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.
4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan
Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian
lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW
PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke
Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut.
5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu
dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan
hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu
dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.

You might also like