You are on page 1of 32

1.

0 PENDAHULUAN
Dalam sebuah masyarakat majmuk maka tunjang perpaduan terletak kepada
hubungan baik antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah
masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka amat penting demi untuk
memastikan kesejahteraan hidup dapat dikecapi bersama. Malaysia merupakan
sebuah negara yang paling istimewa sekiranya dibandingkan dengan negara-negara
yang lain di dunia ini. Keistimewaan Malaysia adalah merupakan sebuah negara
kecil dalamnya terdapat kombinasi komuniti yang kepelbagaian. Malah terdapat pula
latarbelakang yang berbza-beza termasuklah adat, budaya, keturunan, bahasa dan
agama.

Kepelbagaian

inilah

yang

membuatkan

Malaysia

dipandang

oleh

masyarakat antarabangsa yang lain khususnya sebagai model atau destinasi


pelancongan luar negara.
Kemakmuran di Malaysia hari ini merupakan hasil daripada satu proses
sejarah yang panjang. Perpaduan yang wujud di Malaysia hari sesungguhnya
merupakan sebuah kebahagiaan yang telah melalui beberapa proses interaksi,
integrasi dan asimilasi antara masyarakat peribumi tempatan dengan masyarakat
bukan

peribumi

tempatan.

Perpaduan

merupakan

satu

proses

yang

menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi


negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan
merupakan satu komponen yang penting dalam membangunkan negara.
Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama
kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di
Malaysia menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan
dan kemajuan negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci
telah dilaksanakn untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Selaras dengan itu,
Malaysia

telah

menghasilkan

satu

pelan

pembangunan

pendidikan

yang

menekankan perpaduan dalam aspirasi pendidikan, iaitu Pelan Pembangunan


Pendidikan (PPPM). Objektif PPPM adalah untuk mengukuhkan visi dan aspirasi
sistem pendidikan sehingga tahun 2025. Ia menyediakan arahan dan terperinci
inisiatif pelaksanaan asas supaya objektif dinamik sistem pendidikan barat dapat
dicapai.
1

2.0 DEFINISI KONSEP


Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian
semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan
kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan
antarabangsa

yang

kian

meningkat,

peningkatan

aspirasi

negara

dalam

mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan


peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 dibangunkan dengan
mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan, dan kajian yang melibatkan panel pakar
pendidikan negara dan antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di
Kementerian, guru, pemimpin sekolah, dan ibu bapa. Selain itu, pelaksanaan
beberapa siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun
2012 telah berjaya mengumpul input berupa pandangan, idea, dan maklum balas
daripada hampir 12 ribu orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai
pihak berkepentingan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 bakal mengupayakan
pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem
pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik
disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan,
kecekapan, kualiti, kelestarian, serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh
terdekat. Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya
berupaya
mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan
diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat
antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada
pendidikan berkualiti, dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan
murid.

Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem


penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan adalah
kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Pelan ini
melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan
strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi
yang dihasratkan. Terdapat lima aspirasi yang disenaraikan dalam PPPM iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Akses

100% enrolmen

Kualiti

Negara dalam kelompok sepertiga


teratas

Ekuiti

50% dalam jurang pencapaian

Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan


perkongsian pengalaman dan nilai

Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan


keberhasilan murid

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap


Menteri Pendidikan, kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah
atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020. Dari segi kualiti, kementerian berharap
kedudukan sistem pendidikan negara diletakkan dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan
Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) yang menguji bacaan, Matematik dan Sains dalam tempoh 15
tahun.
3

Selain itu, jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020
juga diharap dapat dirapatkan serta menjana suatu sistem pendidikan yang memberi
peluang kepada murid berkongsi pengalaman berinteraksi dengan pelbagai etnik
bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Dari segi kecekapan, walaupun kerajaan
terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian berhasrat untuk
memaksimum keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Selain keberhasilan sistem, tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu
murid juga diberi keutamanaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan
terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan
seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem
pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus
dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka
menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

Kemahiran
Memimpin

Kemahiran
Dwi
Bahasa

Kemahiran
Berfikir

Pengetahuan

Etika &
Kerohanian

ASPIRASI
MURID

Identiti
Nasional

Selain itu, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan
bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malysia. Setiap
anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Sebahagian daripada anjakan yang terdapat dalam PPPM merupakan perubahan
strategi dan hala tuju pendidikan. Berikut merupakan 11 anjakan yang terdapat
dalam PPPM.

3.0 KEBERKESANAN STRATEGI-STRATEGI PPPM DI SEKOLAH


ASPIRASI YANG PERTAMA : MENAMBAH AKSES KEPADA PENDIDIKAN
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanakkanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)
menjelang 2020.
Di sini saya ingin menekankan berkaitan dengan Pendidikan prasekolah yang
bermatlamat memastikan kanak-kanak mempunyai asas yang kukuh dalam literasi
dan numerasi. Pendidikan awal ini juga dapat menggalakkan interaksi sosial sejak
awal usia bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan di sekolah dan kehidupan
mereka pada masa hadapan. Pendidikan prasekolah di Malaysia ditawarkan oleh
sektor awam dan swasta. Prasekolah awam disediakan secara percuma atau
dikenakan yuran minimum, namun tempat yang disediakan adalah terhad.
Prasekolah swasta memainkan peranan penting dalam menyediakan lebih banyak
tempat untuk memperluas akses kepada lebih banyak murid di seluruh negara.
Menurut Frederich Froebel, Kinder bermaksud kanak-kanak dan garten
bermaksud taman. Kanak-kanak merupakan biji benih dan ibu bapa dan guru
sebagai tukang kebun. Pendidikan awal asas penting untuk pendidikan seterusnya
kerana ia melibatkan aktiviti ke arah memperkembangkan mental, fizikaldan sosial
kanak-kanak.
Bagi meningkatkan enrolmen dan kualiti pendidikan prasekolah, kerajaan
telah melaksanakan beberapa langkah. Yang pertamanya adalah meningkatkan
bilangan kelas prasekolah. Sejak tahun 2010, bilangan kelas prasekolah di negara
ini semakin bertambah. Pada tahun 2014, sebanyak 1,273 kelas prasekolah baharu
telah dibuka, menjadikan bilangan keseluruhan kepada 42,866 kelas. Yang
keduanya adalah menyediakan geran Permulaan Prasekolah Swasta. Kerajaan juga
telah menyediakan geran Permulaan Prasekolah Swasta bagi menggalakkan lebih
banyak prasekolah dibuka, termasuk prasekolah bagi murid berkeperluan khas.

Inisiatif ini telah berjaya meningkatkan bilangan prasekolah baharu sebanyak 36%,
iaitu sebanyak 735 buah pada tahun 2014.
Yang seterusnya adalah untuk memastikan prasekolah boleh diakses oleh
semua, keluarga berpendapatan rendah dan kanak-kanak berkeperluan khas layak
menerima bantuan yuran bagi memasuki prasekolah swasta. Kelayakan bagi
menerima bantuan yuran ialah keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang
daripada RM500 per kapita. Pada tahun 2014, sejumlah RM36.8 juta bantuan yuran
telah diberikan kepada 41,109 penerima. Biasanya kita boleh melihat terdapat
beberapa prasekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang berbilang kaum. Rajah 1
menunjukkan enrolmen pada peringkat prasekolah:

Sumber: Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Bahagian Perancangan
dan

Penyelidikan
Dasar Pendidikan; Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Pendidikan awal adalah bertujuan untuk membentuk potensi kanak-kanak
dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas
dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip-prinsip Rukunegara. Berdasarkan objektif seperti ini, program ini menggalas
tanggungjawab yang penting bukan sahaja untuk memberi pendidikan awal di
kalangan kanak-kanak, tetapi juga menyelitkan elemen perpaduan dan keharmonian
antara kaum.

Perpaduan merujuk kepada proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan


negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap negara (Ahmad Ali Seman &
Warti Kimi, 2014:48; Syamsul Amri Baharuddin, 2007). Perpaduan (unity) lawannya
perpecahan (disunity), malah menurut Syamsul Amri Baharuddin (2008:3)
perpaduan yang diidam-idamkan di Malaysia akan tercapai melalui pengembelengan
ciri-ciri kepelbagai (diversity) yang wujud dalam masyarakat.
Pada prinsipnya, memupuk konsep perpaduan pada peringkat kanak-kanak
pada umur sebegini sepatutnya lebih berkesan kerana mereka merupakan golongan
yang tidak mempunyai rasa prejudis yang tinggi. Sehubungan itu, program ini juga
menarik kerana menyediakan kemudahan pendidikan awal yang amat rendah dari
segi kos dan dipimpin oleh guru-guru yang terlatih. Walau bagaimanapun, objektif
memberi pendidikan awal serta menanamkan semangat perpaduan yang jitu
merupakan objektif yang agak berat. Dalam erti kata lain, kedua-dua objektif ini
mesti dicapai dengan cara yang sebaik mungkin kerana pencapaiannya begitu
bermakna untuk kemakmuran negara.
Secara tidak langsung kita boleh katakan, pendidikan prasekolah ini dapat
wujudkan perpaduan di antara kanak-kanak yang berlatarbelakangkan keluarga
berpendapatan rendah dengan kanak-kanak berkeperluan khas dan juga yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Hal ini akan mendorong mereka masing-masing menerima
pendidikan yang sama pada tahap umur yang sama di tempat yang sama. Maka
mereka akan melayan semua kawan-kawannya dengan sama rata. Kita juga boleh
lihat bahawa kurikulum bagi semua prasekolah juga akan menjadi sama dan ini akan
mengurangkan jurang pendidikan.

ASPIRASI YANG KEDUA : KUALITI DALAM PENDIDIKAN


Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan standing dengan sistem
pendidikan antarabangsa. Tumpuan utama di dalam melaksanakan transformasi ini
adalah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kualiti merupakan
elemen terpenting yang diberi penekanan serius dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan

Malaysia(PPPM)

2013-2025.

Matlamat

PPPM

adalah

untuk

membangunkan siste pendidikan yang berkualiti dan berupaya menyediakan


generasi muda dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan, standing
dengan sistem pendidikan terbaik di dunia bagi menghadapi cabaran abad ke- 21.
Menurut Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History
of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan
penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia
dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam bukunyaPower Shift : Knowledge,
Wealth and Power at the Edge of The 21 st Century menyatakan bahawa 'the illiterate
of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot
learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan

itu,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(KPM)

telah

mengimplementasikan program Pembelajaran Abad ke-21 bagi melahirkan murid


yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global. Kurikulum
yang direncanakan dalam program Pembelajaran Abad Ke-21 ini bukan sahaja
mefokuskan penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada
penguasaan berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritikal dan
kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan
ciptaan dan seni, kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran
mencari, menginterprestasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan
bekerjasama dengan orang lain serta kemahiran kepimpinan dan pengurusan. Rajah
2 menunjukkan standard kemahiran yang ditetapkan dalam program Pembelajaran
Abad ke-21:

Rajah 2: Standard Kemahiran Yang Ditetapkan Dalam Program Pembelajaran


Abad ke-21:

Program Pembelajaran Abad ke-21 telah membawa kepada beberapa


perubahan di sekolah. Salah satunya adalah persekitaran fizikal bilik darjah abad ke21. Persekitaran fizikal bilik darjah penting kerana persekitaran kondusif boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Menurut Marland (1975) suasana
fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran.
Konsep bilik darjah abad ke-21 yang dibangunkan adalah mentransformasikan bilik
darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan
bermakna serta suasana atau iklim bilik darjah yang dapat merangsang murid untuk
bersaing, beajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Dari segi
perubahan yang dilaksanakan dari segi fizikal bilik darjah abad ke-21 adalah bilik
darjah sebagai sumber, kedudukan murid di dalam kelas iaitu dalam kumpulan,

10

dilengkapi dengan kemudahan teknologi seperti LCD, papan putih, soft board dan
komputer. Rajah 3 menunjukkan contoh susun atur di bilik darjah abad ke-21.

Rajah 3: Susun Atur Di Bilik Darjah Abad Ke-21.


Selain daripada perubahan persekitaran fizikal, kementerian pendidikan juga
telah memilih komuniti pembelajaran profesional sebagai asas pelaksanaan
Pembelajaran Abad ke-21. Ini adalah untuk memantapkan penyampaian pendidikan
bagi

meningkatkan

pencapaian

murid.

Komuniti

pembelajaran

profesional

merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga pihak sekolah


dengan komuniti luar.
Disamping itu komuniti pembelajaran profesional juga menyediakan peluang
berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan partnership. Secara amnya.
komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada usaha para pendidik yang
komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau
kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka
( Dufour, Eaker & Mary, 2006). Beberapa strategi pembangunan komuniti
pembelajaran

profesional

telah

dilaksanakan

di

sekolah

seperti

Jejak

Pembelajaran(Learning Walks), Bimbingan Rakan Sebaya atau Pembimbing

11

Instruksi, Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian, Sesi Perkongsian


Guru, Pengajaran secara Kolobratif dan Cross Visits.

Program Pembelajaran Abad ke-21 ini bukan sahaja dapat meningkatkan


kualiti pendidikan Malaysia malah ia juga memberi laluan ke arah perpaduan.
Contohnya, dalam bilik darjah abad ke-21, penyusunan meja kerusi adalah dalam
bentuk kumpulan yang terdiri daripada empat hingga 6 murid. Ia memudahkan murid
berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan serta memberikan peluang kepada
murid untuk mengutarkan ideanya tanpa sempadan perbezaan kaum atau bangsa.
Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan
mengelakkan setiap individu berinteraksi antara satu sama lain. Suasana bilik darjah
yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasam antara murid yang
berbagai kaum yang menuju ke arah perpaduan.
Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru
di bilik darjah abad ke-21 juga dapat mengeratkan perpaduan antara murid. Dalam
tugas melaksankan isi kandungan yang telah dirancang, selain daripada memberi
ilmu pengetahuan, objektif pengajaran juga perlu sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju
dengan cara yang tersendiri. Maka, sebagai seorang pendidik yang profesional, guru
di dalam bilik darjah abad ke-21 akan memberi segala bimbingan dan bantuan yang
menunjukkan

keadilan

dan

kesaksamaan.

Dalam

pembelajaran, guru akan menanamkan sifat rasional

sesi

pengajaran

dan

dalam usaha memupuk

semangat perpaduan dalam kalangan murid. Sesi ini membolehkan murid bertukartukar pendapat dan memberi pandangan yang membina. Murid juga mempelajari
menerima pendapat dan kritikan dari bangsa yang berlainan.
Disamping itu, pembelajaran koperatif yang diutamankan dalah Program
Pembelajaran Abad ke-21 juga mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid.
Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru
bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial murid di samping
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Murid akan bekerjasama dalam
12

satu kumpulan kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan
individu atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang
saling bergantung secara positif, bertanggungjawab, interaksi bersemuka yang sihat
dan penglibatan yanga saksama.
Kaedah pembelajaran secara koperatif ini penting dalam pembentukan
perpaduan kaum dan ini dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh
William Ragan and C. B. Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social
Dimension yang telah mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat
mengalakkan pelajar menetapkan perancangan bersama, menetukan matlamat,
membahagikan tanggungjawab dalam melaksanakan segala aktiviti seni yang
diminta. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi persahabatan antara
pelajar yang berbilang kaum.

13

ASPIRASI YANG KETIGA : KESAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN


Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia juga adalah untuk memastikan
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan. Untuk mencapai matlamat tersebut, jurang pendidikan yang perlu
dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat ditingkatkan adalah jurang bandar
dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara
pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dan jurang sosioekonomi.
Merujuk kepada dasar dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang
mementingkan

kesaksamaan

peluang

pendidikan,

namun

kadar

keciciran

pendidikan dikalangan masyarakat orang asli masih lagi tinggi. Sehubungan itu,
Kementerian berusaha gigih untuk memastikan murid Orang Asli berdaftar di
sekolah, menghadiri sekolah dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah.
Maka, Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli 2013-2017 yang telah dilancarkan
pada tahun 2013 mensasarkan secara khusus kepada meningkatkan keberhasilan
pendidikan untuk kanak-kanak orang asli.
Pada tahun 2014, fokus Kementerian adalah untuk memastikan kanak-kanak
Orang Asli mengikuti persekolahan melalui penambahan bilangan sekolah K9 dan
meningkatkan

kesedaran

dalam

kalangan

masyarakat

Orang Asli

tentang

kepentingan pendidikan. Di samping itu, Kementerian juga memberi tumpuan


kepada akses untuk mengikuti latihan keguruan melalui peningkatan pengambilan
guru pelatih Orang Asli dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di
Institut Pendidikan Guru. Kementerian mengenal pasti bahawa terdapat beberapa
faktor yang menghalang penyertaan dan kemajuan murid Orang Asli dalam
pendidikan seperti

faktor geografi, ekonomi dan budaya. Mengikut perangkaan

14

UNICEF (2007), terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak
pernah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah.
Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kementerian telah
menubuhkan Sekolah Model Khas Komprehensif (k9) untuk menyediakan
pendidikan bagi murid pribumi daripada peringkat rendah hingga menengah. Model
Khas ini bertujuan untuk mengurangkan kadar keciciran murid daripada Tahun 6 ke
Tingkatan 1 dengan memastikan murid pribumi menerima pendidikan formal
sekurang- kurangnya sembilan tahun. Pada tahun 2014, dua buah lagi sekolah K9
telah dibuka menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7 buah sekolah. SK Pekan
Pensiangan, Sabah telah dibuka dengan 22 orang guru dan enrolmen sebanyak 165
orang murid pribumi. Sekolah ini turut dilengkapi dengan kemudahan asrama untuk
murid. SK (Asli) Bukit Kemandol dibuka di Kuala Langat, Selangor dengan 23 orang
guru serta enrolmen sebanyak 203 orang murid. Seramai 3,102 orang murid Orang
Asli berdaftar di sekolah K9 pada masa kini.
Melalui Sekolah Model Khas Komprehensif (k9), kementerian telah
memberikan peluang kepada Orang Asli dan Pribumu untuk mendapatkan
pendidikan berkualiti seperti murid aliran perdana. Sering kali perpaduan hanya
dikaitkan dengan kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Melalui
pelaksanaan strategi baru ini, perpaduan antara murid bukan sahaja antara kaum
Melayu, Cina ataupun India namun dengan Orang Asli dan Pribumi juga dapat
diperkukuhkan.
Sekolah Model Khas Komprehensif (k9) juga menggunakan kurikulum
seragam seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain. Kurikulum seragam yang
dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini
berorientasiakan suasana Malaysia. Misalnya, mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan
Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta
membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama
manusia.

15

Selain itu, sebelum wujudnya Sekolah Model Khas Komprehensif (k9) faktor
bahasa juga menjadi salah satu halangan untuk masyarakat orang asli terdedah
kepada perkembangan semasa terutama yang berkaitan dengan isu pendidikan.
Komunikasi juga menjadi lebih terhad kerana hanya sedikit daripada mereka yang
mampu berbahasa Malaysia. Jadi, maklumat-maklumat semasa atau perkembangan
pendidikan yang terkini tidak dapat diikuti dan difahami dengan jelas. Namun dengan
adalahnya strategi baru, semua murid pribumi dan orang asli dapat berkomunikasi
dalam Bahasa Malaysia.
Menurut Venderber dan Verdeber (1977), komunikasi adalah satu proses
berkongsi makna melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan
tidak sengaja. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu
pihak (penyampai) kepada satu pihak yang lain (penerima). Komunikasi juga dilihat
sebagai ejen yang menyebabkan terpupuknya persefahaman dan menjadikan
sesebuah bangsa itu harmoni jika kita mengelakkan berlakunya pertikaman lidah
dan sentiasa menggunakan bahasa yang elok ketika berkomunikasi.
Dengan mempelajari bahasa komuniksi iaitu Bahasa Malaysia ia memberi
peluang kepada murid pribumi dan orang asli untuk berkomunikasi dengan rakan
yang berbangsa lain. Ini adalah kerana, menurut kajian Hon (2007), 45 % murid
orang asli mendapati sukar untuk komunikasi dengan orang lain yang berlainan
etnik. Maka dengan mempelajari Bahasa Malaysia, murid orang asli dapat
berkomunikasi dengan bebas dan tanpa sifat rendah diri dan ini dapat mengeratkan
perpaduan kerana bahasa merupakan salah satu alat perpaduan.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling
ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan dapat ditafsirkan
sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (2005)
mendefinisikan

perpaduan

sebagai

penggabungan,

pelaburan

penyesuaian,

kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan
16

sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang


berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam
sesebuah negara.
Hal ini kerana cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum
dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Oleh
itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada
tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan
pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan
menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan
masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

ASPIRASI YANG KEEMPAT : MENGGALAKKAN PERPADUAN MELALUI


PENDIDIKAN
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara,
diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga
dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi. Bagi mencapai strategi ini, kementerian telah memperkukuhkan
perpaduan melalui kokurikulum. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) bagi menggalakkan integrasi dalam kalangan murid daripada pelbagai jenis
sekolah melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama-sama.
17

Sekolah dibahagikan mengikut kluster dengan kombinasi dua hingga tiga


jenis sekolah (sebagai contoh: SK, SJKC dan SJKT; SMK, SMKA dan SMJK) bagi
mengukuhkan lagi kerjasama dalam kalangan murid, guru dan sekolah dalam aktiviti
terpilih. Dalam tahun 2014 program ini telah dilaksanakan di 3,011 buah sekolah.
Bagi memastikan RIMUP dilaksanakan seperti yang dihasratkan di sekolah,
beberapa siri jerayawara telah dijalankan di 16 buah negeri melibatkan penyertaan
daripada 20,916 orang pengetua, guru besar dan penolong kanan kokurikulum.
Aktiviti yang dijalankan dikelompokkan di bawah lima kategori iaitu akademik,
patriotisme, kebudayaan dan kesenian, khidmat masyarakat, serta sukan dan
permainan. Sebahagian daripada aktiviti yang dijayakan termasuk tarian, permainan,
dan sukan tradisional, karnival bahasa dan debat perpaduan. Dasar 1 Murid 1 Sukan
merupakan salah satu dasar yang diselitkan dibawah RIMUP. Dasar ini mewajibkan
setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat

untuk

melahirkan

insan

seimbang dari

segi

rohani,

dan

emosi

yang
intelek,
jasmani.

Dengan dasar

ini,

murid

melibatkan

akan

diri secara

aktif

dengan

setiap

menyertai

aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan
Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah
dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan
Sukan untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang
18

demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1
Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.
Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci
kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa
dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya
membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 57 tahun ini.
Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk
membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke
arah itu adalah melalui sukan.
Dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satusatu jenis sukan akan melibatkan ramai murid lain yang terdiri daripada pelbagai
peringkat umur, bangsa dan agama seperti. Keadaan ini akan memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah
pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, tak kenal,
maka tak cinta. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau
agama akan lebih meningkat.
Selain itu, melalui dasar ini semangat kerjasama dapat diwujudkan. Semua
murid akan bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa,
dan agama. Dengan ini mereka akan bertolak ansur antara satu sama lain dan akan
bermain secara satu pasukan untuk mendapat kemenangan. Sifat bertolak ansur
merupakan salah satu nilai yang perlu untuk mewujudkan perpaduan. Maka sudah
terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sukan merupakan jambatan perpaduan kaum di Malaysia kerana sukan
mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja
dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai
masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara
19

ini. Di samping itu, sukan juga merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat 'kekitaan di kalangan masyarakat Malaysia serta 'penjana'
dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia.

ASPIRASI YANG KELIMA : MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN


Seiring dengan transformasi sistem pendidikan negara, Kementerian perlu
melakukan transformasi dalaman bagi membolehkannya menyediakan bimbingan,
sokongan dan hala tuju kepada pemimpin sekolah, guru dan murid secara
berterusan. Usaha ini akan menjadikan Kementerian lebih cekap dan berkesan
dalam penyampaian pembelajaran dan keberhasilan murid. Pada tahun 2014,
Kementerian terus memberikan tumpuan kepada peningkatan akses kepada internet
dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1 Bestari Net.
Penembusan internet di Malaysia berada pada kadar 67% dan telah
meningkat pada kadar 19% daripada tahun 2010 hingga 2014. Namun begitu,
Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju seperti
Korea Selatan, Australia dan Singapura yang mempunyai penembusan internet yang
tinggi. Kadar pertumbuhan penembusan internet Malaysia juga lebih rendah
berbanding

dengan

negara

sedang

membangun

seperti

Vietnam.

Walau

bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai ruang untuk meningkatkan akses


internet berkualiti kepada rakyatnya. Kerajaan sedang mempertingkat usaha untuk
memperluas jaringan dan capaian serta mempertingkat kelajuan internet ke seluruh
negara sedang dijalankan.
Sejajar

dengan

trend

ini,

Kementerian

akan

meneruskan

usaha

memanfaatkan infrastruktur platform dan TMK untuk sekolah. Kementerian akan


meneruskan usaha untuk menggalakkan guru dan murid menggunakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan penguasaan kemahiran abad ke21. Kementerian telah melancarkan 1BestariNet untuk menyediakan akses internet
berkelajuan tinggi ke setiap sekolah di seluruh negara. Rangkaian 1BestariNet
memerlukan pembinaan menara komunikasi bagi menampung sambungan 4G

20

berkelajuan tinggi. Kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama


dan sokongan daripada pihak berkuasa tempatan bagi membina menara tersebut.
Sebagai langkah awal, sekolah yang masih belum disambung dengan talian
1BestariNet telah diberikan pilihan untuk disambungkan kepada talian Internet
Service Provider (ISP) lain. Talian internet sekolah tersebut akan melalui proses
migrasi kepada 1BestariNet dalam Fasa 2 projek ini pada tahun 2015.
Melalui 1BestariNet, persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning
Environment, VLE) telah diwujudkan untuk membolehkan guru berkongsi bahan
pendidikan dengan murid dan memberikan tugasan kepada mereka secara dalam
talian. Antara manfaat yang diperoleh murid termasuk kemudahan mengakses
laman pembelajaran, buku teks digital dan menyiapkan kerja rumah melalui VLE. Ibu
bapa juga boleh melihat tugasan dan mengikuti perkembangan prestasi akademik
anak-anak mereka serta mendapat maklumat mengenai aktiviti sekolah.
Sebagai bukti, persekitaran pembelajaran maya menggalakkan pengunaan
ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak
maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam
menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan
kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid
pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang
melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan
keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama
di Malaysia.
Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan
dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu
masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu
beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada
mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat
sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua
pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT
dalam sisitem pendidikan

sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk

semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.


21

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana


pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang
baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada
proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih
berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata.
Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat
pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan
sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk
memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik
dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat
berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.
Dalam sistem 1BestariNet, para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai
tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid
mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan
menjadikan menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai
tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran,
memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu
tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja
semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

22

4.0 CADANGAN STRATEGI BARU KE ARAH PEMBINAAN PERPADUAN DALAM


KALANGAN PELAJAR MALAYSIA

Perlaksanaan Minggu Kebudayaan boleh dikatakan sebagai satu cadangan


strategi ke arah pembinaan perpaduan dalam kalangan pelajar Malaysia.
Sepertimana ditekankan ia boleh dikaitkan dengan aspirasi yang keempat iaitu
menggalakkan perpaduan . Antara tujuan mengadakan program sebegini adalah
untuk memupuk rasa bangga dalam kalangan murid terhadap bahasa dan budaya
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran murid, memepuk perasaan menghargai
persamaan dan perbezaan budaya yang rencam di Malaysia dalam kalangan murid
serta menonjolkan ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum
mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Disamping itu, murid-murid juga dapat
meneruskan konsep perpaduan yang memperkasakan hubungan antara kaum.
Menurut Che Su Mustaffa (2005), budaya merupakan sebahagian daripada
peninggalan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang, dan diwarisi
pula oleh generasi akan datang. Dalam konteks pendidikan di Singapura, aspek
kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberatkan kerana pelajar secara realitinya
hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa
pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati
diri masyarakatnya.
Prinsip pendidikan pelbagai budaya memperlihatkan perspektif yang positif.
Stephen May (1962) menyatakan bahawa prinsip tersebut mampu menggalakkan
pemahaman dan interaksi antara silang budaya serta penerimaan perubahan oleh
setiap kaum. Ibrahim Saad (1986) pula, menegaskan bahawa kepelbagaian budaya

23

penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu
mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan
identiti negara.
Hal ini kerana, negara kita ini merupakan antara bumi bertuah yang kaya
dengan pelbagai budaya, agama, etnik, adat dan tradisi. Walaupun kaya dengan
kepelbagaian sebegini tetapi berapakah peratus murid yang kenal budaya
masyarakat yang berlainan agama dan bangsa? Maka kita tidak boleh nafikan
bahawa program seperti Minggu Kebudayaan sebegini menjadi haluan bagi
mengenal budaya masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu, dalam minggu
Kebudayaan ini pelbagai aktiviti yang akan dijalankan yang menjurus kepada
sekurang-kurangnya mengenal identiti masyarakat yang lain. Sebagai contoh, setiap
hari dipilih untuk satu kaum dan sepanjang hari tersebut segala aktiviti yang
dilaksanakan adalah berkaitan dengannnya.
Sebagai contoh, katakan kita memilih hari Isnin sebagai hari bagi kaum orang
Melayu. Maka, pada hari itu semua murid digalakkan untuk memakai baju tradisional
orang melayu seperti baju kurung, kebaya dan baju melayu. Pelbagai tapak
pameran disediakan dan khaskan kepada aspek bagi pertunjukkan. Sebagai contoh,
pamerkan pameran berkaitan dengan adat dan tradisi seperti gambar adat merisik
dan berkahwin secara berturutan dan mereka juga khas satu masa bagi membuat
demonstrasi kepada pengunjung tapak pameran berkaitan dengan adat merisik dan
berkahwin. Begitu juga dengan tapak-tapak pameran yang lain bagi mempamerkan
pakaian tradisional, permainan tradisional, seni muzik, tarian dan sebagainya.
Pada hari tersebut, boleh juga mengadakan pertandingan yang berkaitan
seperti pertandingan memperagakan pakaian tradisional yang cantik, permainan
seperti congkak, gasing, sepak takraw, batu seremban, tarian dan sebagainya. Maka
secara langsung murid-murid yang berlainan bangsa akan celik pemikiran tentang
budaya, adat dan tradisi masyarakat Melayu. Tak kenal maka tak cinta, itulah
peribahasa yang sesuai untuk dikatakan kerana apabila kita kenal pada sesuatu
maka kita akan mula rasa sayang dan hormat padanya.
Hal ini akan mendorong kepada masyarakat yang budaya berbudi bahasa.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua
warna kulit ataupun status individu tersebut. Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan
24

mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga
perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan.
Ringkasnya, amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang
kaum di negara kita.

Cadangan strategi kedua yang ingin dicadangkan adalah program anak


angkat antara guru dan murid yang berlainan bangsa. Cadangan ini boleh dikaitkan
dengan kualiti dalam pendidikan dalam PPPM. Di mana guru-guru cemerlang yang
berlainan bangsa akan diberi beberapa orang kumpulan murid Elit. Contohnya,
seorang guru yang berbangsa Cina akan diamanahkan untuk mengajar beberapa
orang murid yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.Sepertimana kita
ketahui, kebiasaannya masyarakat Cina mahir ataupun pakar dalam subjek
matematik, maksud apabila guru tersebut mengajar kita berkemungkinan besar kita
senang dalam memahami pengiraan disebabkan oleh teknik yang digunakannya.
Seterusnya, guru tersebut akan membimbing mentee membuat latihan tambahan
dan satu jam lagi dikhaskan supaya murid-murid diajar komunikasi asas bahasa
ibunda guru tersebut.
Setiap hujung minggu kesemua guru dan murid akan berkumpul di sebuah
sekolah bagi perlaksanaan program anak angkat. Tujuan utama perlaksanaan
program anak angkat adalah bagi menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan
komuniti setempat, membantu menjana pembangunan sosio-ekonomi komuniti
setempat dan mewujudkan perkongsian ilmu dengan komuniti. Hal ini kerana,
kebiasaannya, murid-murid tinggal dalam kawasan pedalaman atau kampung
mereka jarang berkomunikasi dengan masyarakat yang berlainan bangsa.
Dalam kajian perpaduan etnik di Semenanjung Malaysia, Yew, Mohammad,
Mansor, dan Samsudin (1990) mendapati perpaduan antara etnik adalah rendah dan
kajian mereka juga mendapati bahawa komunikaso antara etnik dan pendedahan
media massa tidak memberi sumbangan terhadap perpaduan. Maka, dengan
adanya program anak angkat mereka berpeluang untuk berkongsi idea dengan
murid dan yang berlainan bangsa di samping dapat meningkatkan keyakinan diri
untuk berkomunikasi dengan orang lain.

25

Ia juga dapat menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar


yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Persis kata mutiara,
melentur

buluh

biarlah

dari

rebungnya.

Apabila

murid-murid

digalakkan

berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa ia menjadi suri teladan dan
membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik sekali meningkatkan kebolehan
seseorang bergaul dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda seperti bahasa Tamil, Cina.
Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat
berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Selain
daripada itu, menguasai pelbagai bahasa membantu seseorang lebih mudah untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana
seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja.
Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada
generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat
berkembang dengan sempurna.
Cadangan strategi yang ketiga adalah pembinaan Perpustakaan Pelbagai
Kaum. Konsep pembinaan adalah menyediakan sebuah perpustakaan dimana
penuh dengan pelbagai jenis buku mahupun fiksyen ataupun bukan fiksyen dalam
pelbagai bahasa. Pelaksanaan adalah pihak sekolah perlu sediakan satu masa yang
khas dalam jadual waktu. Guru-guru pula perlu membawa mereka ke sana dan
memberikan tugasan ataupun mengadakan aktiviti seperti membuat buku skrap,
perbincangan, simulasi dan sebagainya dimana setiap kumpulan terdiri daripada
murid yang berlainan bangsa.
Kaedah pengajaran adalah lebih berpusatkan kepada murid manakala guru
hanya bertindak sebagai fasilitatir sahaja. Pembelajaran berpusatkan murid ialah
tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi
pilihan kepada murid jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta
mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang
melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan
murid dan melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan

26

pembelajaran. Secara tidak langsung, aktiviti ini meningkatkan kolaborasi dan


koperatif dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Johnson & Johnson (2003), menyatakan pembelajaran koperatif berfokus
kepada perkembangan sosioemosi dan interaksi kumpulan dengan aktiviti
ditumpukan pada perbincangan dan membina pasukan. Pendekatan pembelajaran
ini dikenal pasti dan dikembangkan seperti suasana di dalam bilik darjah yang
memberikan peluang kepada murid untuk belajar bersama-sama dan membuat
kajian dalam kumpulan secara koperatif seperti yang dinyatakan oleh Santrock
(2004). Dari erti kata yang lain, pembelajaran koperatif ini adalah satu pendekatan
mengajar dan belajar di mana murid bekerjasama dalam kumpulan yang kecil dan
saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan individu atau
kumpulan.
Menurut Jonassen (1996), pembelajaran kolaboratif dapat membantu pelajar
membina

pengetahuan

yang

lebih

bermakna

jika

dibandingkan

dengan

pembelajaran secara individu. Di samping itu juga dapat membentuk kemahiran


berkomunikasi yang positif dalam kalangan murid. Maka, tidak boleh nafikan bahawa
kita dapat meningkatkan perpaduan murid kerana mereka saling hormatmenghormati pendapat orang lain serta akan bersikap rasa berbesar hati bagi
menerima pendapat orang lain terutamanya individu yang berlainan bangsa.
Selain itu, pada masa yang sama guru boleh mengadakan pengajaran dan
pembelajaran silang budaya semasa waktu kurikulum. Guru boleh meminta setiap
wakil daripada murid berlainan bangsa untuk memperkenalkan ciri-ciri tertentu
budaya masing-masing dalam kelas secara formal dengan menyelitkan aktiviti
rangsangan yang sesuai. Guru juga boleh menyuruh murid mencari data dan
informasi melalui rangkaian sosial di Internet seraya mengumpul soalan sebelum
melakukan perbincangan dalam kumpulan. Murid-murid mengumpul soalan seperti
Mengapakah perlu menggunakan tangan semasa makan?, apakah ciri-ciri khas
dan makna semasa acara meminum the? dan Apakah konsep berpuasa bagi
masyarakat Melayu?
Sebagai seorang guru, saya berharap kita akan dapat melahirkan pemudapemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum
yang berlainan sekiranya kita dapat mengaplikasikan cadangan strategi sepertimana
27

dinyatakan tadi. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah
mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh
pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di
Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan
dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi
dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

5.0 RUMUSAN
Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Dalam
tempoh lebih 58 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan
peningkatan yang ketara dalam pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh
berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah
rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Dalam usaha mencapai aspirasi
yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak
boleh lalai.
Oleh

itu,

Malaysia

telah

melaksanakan

perubahan

besar

terhadap

keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua


murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan
memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian,
transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan
kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah
baik proses pengajaran dan pembelajaran.
Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat
disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Generasi awal
terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya
perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak
mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui
pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat
Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu
28

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan
bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul
daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.

6.0 REFLEKSI
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya,
tugasan kerja kursus berasaskan ilmu Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) ini
dapat disiapkan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Saedah Binti Sukiran kerana telah
memberi penerangan yang cukup jelas dan terperinci berkaitan dengan tugasan ini.
Tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya
bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk
membuatnya. Setelah menghadiri beberapa kelas Puan Saedah dan dengan
penerangan yang jelas tentang tugasan ini segala masalah telah dileraikan. Tugasan
yang difokuskan adalah tentang menganalisis isu dan cabaran semasa yang
membolehkan

guru

dapat

mengenal

pasti,

mereflek

keberkesanan

serta

mencadangkan strategi-strategi baru yang mampu membawa perubahan positif


pada masa hadapan.
Sebagai langkah awal saya telah mencari maklumat tentang Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia dan juga tentang isu perpaduan. Ini adalah
kerana saya ingin menerokai beberapa maklumat dan pengetahuan supaya saya
mempunyai pengetahuan semasa melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu, saya
telah menganalisis maklumat-maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber dan
telah menyusun maklumat-maklumat tersebut secara teratur. Saya telah mengumpul
maklumat berkaitan PPPM, strategi dan program serta isu perpaduan dengan
29

menggunakan pelbagai sumber. Iaitu, dari sumber buku, internet, surat khabar,
jurnal dan sebagainya. Saya juga telah membincang dengan rakan sekelas
mengenai kerja kursus ini untuk mendapat idea-idea yang baru. Selepas mengumpul
maklumat saya telah mula membuat tugasan ini.
Sebenarnya saya telah menghadapi kesukaran untuk membuat tugasan ini
kerana tajuk tugasan yang diberi memang mencabar. Dasar baru yang
diimplementasikan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia merupakan satu dasar yang sangat baru dan maklumat yang
berkaitan PPPM adalah sangat terhad. Ini telah menyukarkan saya untuk
melaksanakan tugasan ini. Namun begitu, saya tidak berputus asa. Saya telah
menerokai program-program dan strategi yang dilaksanakan dibawah PPPM melalui
pembacaan modul Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Walaupun saya telah
mengambil masa yang agak lama untuk mendalami strategi-strategi di bawah PPPM
ini namun usaha keras saya telah memberikan faedah.
Melalui tugasan ini, saya dapat memahami tentang Pelan Pembanguan
Pendidikan Malaysia ini dan juga berkaitan dengan perpaduan. Saya juga telah
mengetahui tentang apakah perbezaan antara PIPP dengan PPPM, fokus PPPM,
antara usaha yang telah dan akan dijalankan oleh kerajaan terutamanya
Kementerian Pendidikan supaya dapat menghasilkan satu sistem pendidikan yang
lebih berkesan dan efisien dari segi kualitinya.

Selain itu saya juga dapat

mengetahui tentang perpaduan, kelebihannya, kesan negatif sekiranya tidak dicapai.


Tambahan pula, melalui tugasan ini, secara tidak langsung saya dapat
memahami lebih lanjut tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang guru
dan antara isu-isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan ini. Melalui tugasan ini
saya memahami bahawa pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak
transformasi untuk melalui era globalisasi dan dengan adanya sistem pendidikan
dan persekolahan yang berkonsepkan ICT, akan merancakkan lagi dunia
pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang
dan cepat diperolehi. Saya juga telah memahami bahawa tugas seorang guru bukan
hanya terbatas sebagai agen pendidik sahaja di dalam kelas tetapi juga sebagai
agen perpaduan dan integrasi kaum. Dengan pengetahuan yang saya perolehi ini,

30

saya yakin bahawa saya boleh menghadapi segala cabaran yang akan saya
menempuh sewaktu menjadi seorang guru sebenar pada kelak nanti.
Sebenarnya, saya berasa gembira dan berpuas hati kerana melalui
melaksanakan tugasan ini kerana melalui tugasan ini, saya telah mendapat banyak
ilmu pengetahuan yang dapat boleh saya aplikasikan semasa saya bertugas
sebagai seorang pendidik. Saya juga mendapati bukan mudah untuk menggalas
tugas sebagai seorang guru yang baik kerana seorang guru perlu sentiasa peka
terhadap keadaan semasa dan perlu menambah ilmu dan pengetahuan untuk
dikongsikan kepada murid-murid.
Sekian, Terima Kasih.
7.0 RUJUKAN
1) Ahmad Marzuki Ismail (2008). Komunikasi Asas Untuk Pelajar. Kuala
Lumpur: Karisma Publication Sdn Bhd.
2) Awang Had Salleh (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan : Sebuah Perspektif
Sejarah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

3) Haris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4) Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1987). Circle Of Learning. Cooperation In
The Classroom (3rd Ed.). Edina, Minnesota: Interaction Book.
5) Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohamad Ainuddin
Iskandar Lee (2006).Hubungan etnik di Malaysia.

6) Ruslan Zainuddin. 2005. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

7) Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat


Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

31

8) Ibrahim Saad ( 2001). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:


Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

9) May,S. (1962). Making Multicultural Education Work. Toronto: Ontario Institute


for Studies In Education.

10)

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

http://skptmabb6066.blogspot.com/p/pppm.html

11)

http://www.astroawani.com/topic/Pelan-Pembangunan-PendidikanMalaysia/news

32

You might also like