You are on page 1of 1

Remaja Sekarang Kurang Ajar

Rasanya ini adalah bukan entri yang pertama kali membincangkan hal-hal perihal remaja atau budak-budak zaman
sekarang. Aku juga tidak pernah terlepas daripada kehidupan sebagai seorang remaja. Tetapi apa yang aku
perhatikan, remaja pada zaman ini tidak sama pada ketika masa remaja aku dahulu. Bukan nak kata aku ni tidak
bersosial langsung, tetapi sesosial aku dahulu tidak lah sampai tidak hormatkan orang tua, tidak takut langsung
pada orang tua dan rasanya aku tidak pernah bersikap kurang ajar kepada kedua orang tuaku.
Aku perhatikan remaja-remaja pada masa kini lebih biadap dan kurang ajar. Tidak tahu menilai di mana rasa
hormatnya kepada orang tua. Mengapa mulut aku begitu lancang memperkatakan sebegini? Sebabnya, dahulu kalau
orang tua jeling sikit kepada kita, mungkin kita akan rasa takut. Dan mungkin juga segan dengan kesalahan yang kita
lakukan. Bila sebegini, aku rasa wujudnya perasaan hormat kepada orang tua.
Tapi perkara sebegini tidak berlaku pada remaja pada zaman sekarang. Banyak perangai budak-budak / remaja
zaman sekarang biadap dan kurang ajar. Tidak boleh di tegur sikit. Memang cepat melenting. Kalau melenting kat
situ je tak per. Lebih ganas lagi, kereta kita jadi mangsa. Tak dapat lepaskan geram kat orangnya, kereta atau apa
sahaja menjadi mangsa.
Kalau dulu, bila orang tua tegur, kita boleh terima dan ikut. Cuba di tegur budak-budak zaman sekarang, jangan kata
nak ikut melawan lagi ada laa. Kenapa semua ini terjadi? Bila di sebut perkara ini, Ibu Bapa di persalahkan 100%.
Aku tak berapa setuju dengan pernyataan ini. Sebenarnya semua orang memainkan peranan yang penting. Tidak
boleh di persalahkan kepada ibu bapa sahaja.
Jiran-jiran, guru-guru, orang-orang yang lebih dewasa dan semua orang kena mainkan peranan. Tetapi
perlaksanaan mungkin sudah berbeza. Remaja-remaja sekarang sudah tak makan kalau selalu di pukul, disepak
diterajang. Benda-benda macam ni memang tak jalan. Mereka memang tak suka di kongkong. Naluri remaja sekrang
lebih extreme berbanding remaja masa dahulu.
Jadi mereka ni perlu di nasihat dengan sebaik-baik mungkin. Tak perlu berkasar pada mereka. Cakap dengan baikbaik, rendahkan suara dan ajak mereka berbincang. Jangan diikutkan hati. Kita kena faham rentak mereka. Nasihat
dan berikan motivasi sedikit. Sering ceritakan pengalaman sewaktu kita dahulu. Bagaimana ibu bapa kita mendidik
kita sehingga kita jadi orang yang berguna. Ambil pendekatan psikologi sikit. Ambil tahu tentang mereka. Kemana
mereka pergi, dengan siapa mereka keluar, betul atau tidak. Ambil tahu apa yang mereka sukakan. Sokong
sepenuhnya apa yang mereka nak buat. Beritahu supaya jauhi melakukan perkara-perkara yang salah. Apa
kesannya jika mereka tetap membuat perkara-perkara yang salah terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dan yang paling utama, jangan berbohong kepada mereka. Sekali kita berbohong, mereka akan berulang-ulang kali
berbohong pada mereka. Percayalah. Mereka akan hilang kepercayaan dan rasa hormat jika kita berbohong kepada
mereka. Maaf jika setiap penulisan aku pada entri kali ini menyinggung perasaan kalian semua. Aku menulis dari
pemerhatian dan pengalaman aku sahaja. Tiada niat lain hanya untuk menjadikan remaja-remaja kita lebih berbudi
bahasa, penuh rasa hormat dan berjaya. Insyallah.

You might also like